.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, July 16, 2011

BERSIH di Puduraya


Perhimpunan yang pada awalnya aman terus bertukar menjadi huru hara selepas FRU datang dan tiba-tiba menyemburkan water canon serta gas pemedih mata. Alhamdulillah penulis sempat lari ke kawasan yang agak selamat. Ketika itu penulis berada di tempat yang tinggi dan boleh Nampak semua apa yang berlaku. Memang, tembakan FRU rambang tanpa mengira kanak-kanak, orang tua yang uzur dan wanita.

Seorang pemuda cina menghampiri penulis dan my mum lalu menghulurkan penutup muka. 5 helai diberikan pada kami bagi elakkan hidu gas berlebiham. Ketika itu ada bersama dnengan penulis 4 orang peguam dan seorang doktor pakar perubatan yang sedang memantau keadaan sambil mencatat sesuatu sebagai pemerhatian mereka. Sempat juga berbual dengan mereka sekejap walau dalam keadaan begitu. Mereka sanggup harungi segala halangan walau dalam keadaan baju berkot, mereka juga menyokong BERSIH.

Lalu kami berjalan menuju ke puduraya. Di sana, subhanallah ramainya orang, kami berjalan lagi untuk menuju ke tempat tujuan utama perhimpunan. Beberapa minit penulis berada di sana, pihak polis mula menghampiri kami. Tetapi rakyat tegar tidak berundur. Kami disekat di hadapan. Perjalanan terhenti. Ketika itu, penulis sedang berjalan dalam keadaan beg tergalas di bahu dan kamera DSLR yang tergantung di leher. Tertoleh ke sebelah kanan penulis, ada seorang warga tua berbaju kuning dan di tangannya memegang bunga warna kuning. Dia senyum pada penulis. Lalu penulis membalas senyuman dan penulis menegurnya. "Wah auntie, bunga kuning, baju pun kuning?" Dan dia balas "HIDUP KUNING!" sambil tersenyum menampakkan barisan giginya dan mengangkat bunga tersebut. Kemudian diangkatnya tangan penulis yang memakai armband BERSIH sambil laungkan BERSIH. Tersenyum bahagia penulis lihat auntie tu.. Rupanya dialah AUNTIE ANNIE yang jadi Heroin Bersih dan cukup terkenal dengan keberaniannya sekarang. Ketika itu, Perundingan dibuat dengan polis supaya memberi jalan tapi sedikitpun tidak diendahkan. Ketika itu, permintaan rakyat secara lembut untuk berjalan dalam keadaan aman juga tidak diendahkan.

Beberapa minit kemudian, penulis yang berada di tengah2 kumpulan lihat ke hadapan, kelihatan mereka sudah lari menuju ke balakang. Rupanya gas pemedih mata telah dilepaskan tanpa mempedulikan perundingan damai kami. YB yang mengetuai perundingan dengan polis bagi memohon laluan jalan dibuka kepada rakyat juga akhirnya ditangkap, rakyat di belakang disembur gas pemedih mata. Ketika ini, tindakan mereka cukup kejam. Janji hanya tinggal janji, sebaliknya racun diberikan kepada kami.

Hilang semburan pertama yang berdas-das tembakan, rakyat kembali semula menuntut dibuka laluan. Tapi kami disembur lagi dengan gas. Ketika itulah hujan mulai turun. Alhamdulillah Allah datangkan pertolongan buat hambaNya. Bantuan hujan daripada Allah membantu mengurangkan dan menghilangkan semburan gas dalam masa yang singkat. Juga dapat mengurangkan kepedihan di kulit apabila terkena gas / water canon. Di mana, jika terkena gas tersebut, ruang pernafasan disekat seolah terhenti, kulit pedih dirasa macam terbakar kena api dan mata tidak mampu dibuka. Water Canon pula kalau kena, boleh menghilangkan tenaga dan akan menyebabkan kegatalan di kulit. Sebab itulah dalam garis panduan peserta BERSIH digalakkan membawa garam supaya boleh memulihkan tenaga.

Satu keajaiban yang benar-benar membuatkan penulis cukup tersentuh seolah mahu sujud ketika itu juga. Apabila setiap kali gas pemedih mata ditembak, setiap kali itulah hujan turun. Bila dah clear gas di udara, hujan mula berhenti. Ditembak lagi gas pemedih mata dan ketika itu juga hujan turun dengan tiba-tiba bersama peluru gas pemedih mata. Keadaan ini berulang selama tiga kali. Subhanallah.. Hampir menangis penulis di situ menyedari Allah begitu hampir dan bantuan Allah tiba pada kami semua. Dengan hujan, dapat mengurangkan kandungan gas yang dilepaskan. Kedengaran ramai yang mengucapkan Alhamdulillah dan menadah tangan bersyukur pada Allah. Sungguh, tersentuuh dengan keadaan sebegitu.

Keadaan lebih genting lagi apabila……….

Bersambung


5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak melihat liputan ini melalui channel news asia (s'pore) sebab tv M'sia mana nak publish. Sakit hati namun doa kakak moga akan ada miracle akan Allah berikan seperti datangnya burung hud-hud sewaktu rasulullah berperang dulu. So... hujan itulah pertolongan Allah.

Pada hari yg sama CNA juga memaparkan negara-negara luar tidak ada sebarang tangapan pun keatas rakyat kita yg membuat demonstrasi di kedutaan. Malu kan...

p/s: tunggu bersih 3.0!!

dol_bendol said...

jika di hayati Al Quran, bukankah Jangan Melampau perentahNya, juga Jagalah dirimu dan ahli keluarga kamu, jika kamu beriman

kemudian, apa sahaja yang menimpamu, akibat tangan mu sendiri

kenapa nak menyalahkan orang lain

wanita Islam bukankah jika mahu baik, stay back dalam rumah?

maaflah ya, berbeda pulak dengan kalian, sajalah, masing masing ada bahagian kerjaNya

subhanallah

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Dol_bendol:

Lihat di sini:
http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=246:dewan-ulamak-kesal-kerana-hukum-demontrasi-ditafsir-luar-daripada-konteks-sebenar&catid=24:kenytaan-rasmi&Itemid=19

maksud ketentuan syari'atnya menyeru para wanita agar menetap di rumah, menahan diri agar tidak keluar kecuali untuk suatu kepentingan.Namun nasihat Al-Qur'an tersebut bukan bermaksud bahawa kaum wanita harus menetap di rumah selama-lamanya dan tidak boleh keluar sama sekali, juga bukan bermaksud merendahkan kehormatan wanita apalagi mengikis kehidupan sosialnya, sebagaimana tuduhan kebanyakan musuh-musuh Allah, justeru sebaliknya Al-Qur'an ingin menunjukkan suatu jalan pemeliharaan diri yang dapat ditempuh dengan kehendaknya sendiri dan bukan ditentukan oleh kehendak orang lain..

Justeru harus berdiam diri melihat kezaliman di depan mata terbentang tanpa sebarang tindakan? Sabar bermakna tidak redha dengan keadaan yang tidak diredhai oleh Allah dan Rasul serta mencari jalan untuk mengatasinya dengan berdakwah, nasihat dan menunggu masa yang sesuai untuk mengubah keadaan. Ramai orang salah faham dengan menyangka, bahawa kita wajib redha dengan kezaliman dan kefasikan pemerintah, dan ummat Islam hanya perlu menyerah dan pasrah menerima sahaja dan tidak ada cara syar’ie untuk mengatasinya. Batasan kekufuran yang nyata, kurang diperhalusi oleh golongan yang lebih cenderung untuk pasrah menerima kezaliman.

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Kakzie:

Simple words,
"KEBENARAN MENGATASI KEZALIMAN"

p/s: selagi tidak dikotakan, selagi itu kita tuntut. BERSIH 3.0 ^_^

aboyandnick said...

TAK PAYAH TUNGGU PUKUL 12 la, aboy tak sabar nak hidangkan korang dengan video extreme ni hehe. ok, kita tengok roti creative dan mengerikan ni. Mak Bedah, Kak Nab dan Cik bi jgn pulak loya tekak lepas tengok video ni. nanti makan tengah hari tebayang pulak tangan orang atau hidung orang.. hehe. Selamat menonton.
http://dapurbujang-aboyandnick​.blogspot.com/2011/07/roti-cre​ative-dan-mengerikan.html

Related Posts with Thumbnails