Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah semua. Didoakan semua berada di dalam keadaan sihat.
Sudah lama rasanya penulis menyepi sebentar dari berbicara di sini ya.. J Maaflah, aktiviti terlalu padat yang telah teratur dirancang dan tanpa dirancang. Ketika jari menari di atas laptop menulis santapan untuk blog, penulis berada dalam kereta dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, mengambil masa kira-kira 6-7 jam. Sepi dalam kereta, semuanya tidur dek keletihan (mungkin juga). Hanya tinggal penulis dan ayah penulis terus berjaga. Sesekali bicara kami berdua memecah kesunyian. Tiada topik utama yang menarik perhatian kami waktu ini melainkan soal kerja dan isu semasa yang sedang hangat di Malaysia. Ya, sememangnya penulis dan ayah penulis sering berkongsi cerita dan maklumat terbaru semasa. Sengaja penulis berbicara dengan ayah penulis untuk mengelakkan rasa mengantuknya ketika memandu.
Beberapa minit kemudian, hujan mulai turun membasahi highway Utara-Selatan yang kami lalui, hujan rahmat juga turut membasahi bumi. Tersenyumlah tumbuhan menikmati hujan yang dihadiahkan Allah.. J Ketika hujan mulai turunlah penulis mula mendiamkan diri, membiarkan ayah penulis berhati-hati dalam pemanduan. Ketika itulah jari penulis mula menari di atas laptop. Sambil mulut mengunyah kurma dan buah tin. Memang penulis menerapkan dalam kehidupan penulis sekeluarga supaya kurma dan buah tin dijadikan makanan rutin, dari mengambil makanan ringan yang ‘kurang berkhasiat’, kurma dan buah tin adalah pilihan terbaik. Dan halwa telinga ditemani lagu Maher Zain yang berkumandang di corong speaker kereta.
Alhamdulillah berada di Kedah selama 4 hari cukup memberi satu kepuasan kepada penulis. Menziarahi sanak saudara dan mengeratkan ukhuwah serta menguatkan kasih sayang. Sebenarnya tiada perancangan langsung mahu pulang ke Kedah, tengah hari buat keputusan dan kami terus berkemas, start kereta, jalan terus. Memang tiada perancangan. Sampai Kedah, mulalah misi kami menjelajah dan menziarahi sanak saudara. Memang ‘lumat’lah penulis dicium oleh ayah2 saudara, emak saudara, nenek saudara semua. Iyalah, sudah lama penulis tidak pulang ke Kedah. Ketika parent penulis pulang sebulan lepas, penulis tidak sempat luangkan waktu ziarahi semuanya. Balik kali ini memang ‘lumat’ dipeluk diciumlah. Suasana begini yang sering penulis rindui! Sungguh, waktu itu terasa betapa nikmatnya kasih sayang yang Allah anugerahkan. Besarnya hadiah dan nikmat kasih sayang dari Allah. Subhanallah.
Sehari sebelum penulis pulang ke Kedah, penulis ada buat bisnes jualan baju BERSIH 2.0. dan dibuka untuk tempahan. Sedang dalam tempoh promosi lah kiranya. Alhamdulillah dibantu oleh YDP sini. Jadi, peluanglah bagi penulis balik Kedah pun dengan target meluaskan promosi BERSIH. Tahu apa itu BERSIH? Hah, tolong jangan jawab tidak tahu. Anda pembaca sebagai rakyat Malaysia seharusnya tahu perkembangan semasa dan isu hangat. Pergi Google cepat kalau tak tahu!
Tidak kurang juga yang bertanya soalan sebegini.. “Su, tak takut hilang kawan dan ramai musuh ke terlibat benda2 camni..?” Tersenyum penulis dapat soalan macam tu. Rasa lucu pun ada. Dia tidak bersalah, dia cuma bertanya. “Masih ada rasa gentar dan rasa tidak yakin dengan janji Allah dalam hatinya ni.” Bisik hati penulis. Jawapannya. TIDAK! Penulis tidak hilang kawan, malah penulis terus dapat sokongan yang saban hari semakin ramai yang memberi semangat. Yang hilang pun, mungkin tidak faham erti sebenar ukhuwah. Ukhuwah yang dijalinkannya tidak berpaksikan kepada Allah. Moga insan seperti itu terus diberi hidayah oleh Allah. Bila sesuatu yang dilakukan kerana Allah, nikmatnya cukup manis.
"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."
“Eh USS, kamu tak takut ke kene tangkap polis jual dan promote baju BERSIH 2.0 ni..? Iyelah, dalam berita dah ramai yang kena tangkap sebab jual baju ni, sebab promote baju ni.” Ok, penulis melakar satu soalan di sini. Takut polis atau takut Allah sekarang? Sila tepuk dada dan jawab.
"Mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin."
“Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya,” kata pensyarah undang-undang UIAM itu.
(Peguam Khairuddin)
Sebagai rakyat kita berhak bersuara dan punya hak bersuara. Anda rakyat yang punya pemimpin, dipimpin oleh pemimpin. Pemimpin yang harus dipatuhi adalah pemimpin yang menjalankan amanah mendokong rakyat dan memerintah Negara berlandaskan syariat. Justeru, jika sebaliknya pemimpin kamu, bagaimana..? Tegar lagi melihat drama yang dipertontonkan dan menunggu kebinasaan..? masih berdiam diri tanpa sebarang usaha..? jawablah di hadapan Allah kelak.
“Wahai orang yang beriman, sesiapa (pemimpin) di kalangan kamu yang menyimpang dari agamanya akan Allah datangkan satu kaum (pemimpin) yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNya.”
(Al-Maidah: 54)
“So, kamu tak takutlah US..?” Tidak! Ana lebih takutkan pandangan Allah berbanding pandangan manusia. Ugutan dipenjara semua itu hanya taktik kotor dalam dunia. Lihat, syeikh Abu Bakar al-Awawida dipenjarakan oleh Israel demi pertahankan Baitul Maqdis, Palestin. Tapi beliau tidak sedikitpun merasa gentar kerana beliau yakin sebaik-baik pertolongan adalah daripada Allah. Sebaik-baik pengharapan adalah kepada Allah. Beliau yakin lakukan semua itu, terus bersabar dan kuat kerana beliau lakukan semuanya kerana Allah, kerana rasa cintanya kepada Allah mengatasi segalanya. Jangan takut sahabatku, jika kita lakukan sesuatu di pihak yang benar dan kerana Allah, pasti kita akan diberi pertolongan oleh Allah dalam apa keadaan sekalipun.
Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapi kebenaran itu akan mentertawakannya juga.
(Hamka)
Dah lama menulis, artikel diperap, hari ini baru posting.. :)
0 comments:
Post a Comment