.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, June 12, 2011

Ibrah Dari Hospital..


Hari ini, seawal jam 8 pagi penulis dah start enjin kereta sebab nak bawa my mum ke hospital memandangkan keadaanya tidak sihat. Suku perjalanan, penulis toleh ke sebelah dia sudah tidur. “Dia letih agaknya bertarung dengan sesak nafas, biarlah dia tidur..” Getus hati penulis. Seat diturunkan. Keadaan dalam kereta jadi sunyi, tidak ada teman berbual bersama penulis kerana hanya kami berdua dalam kereta tersebut. Teruslah penulis memandu berseorangan meredah highway. Lantas jari penulis menekan CD, melantunlah lagu Maher Zain dari speaker. Hanya itu peneman penulis ketika itu bagi memecah kesunyian.

Hampir 500 meter selepas keluar dari Touch n Go, sesuatu mengejutkan penulis dan pastinya juga mengejutkan pemandu lain. 3 ekor monyet melintas Highway Utara-Selatan yang dilalui penulis. Betul2 di hadapan kenderaan penulis. Kereta sangat sibuk ketika itu. Sungguh, monyet tersebut tidak bernasib baik ketika itu. Ketiga-tiga monyet tersebut dilanggar kereta yang berada di lorong kedua. Bernasib baik penulis berada di lorong ketiga. Allah! Hampir2 penulis menjerit. Nasib baik sempat mengawal keadaan dan berjaga-jaga supaya tidak mengejutkan my mum dari tidurnya. Menyayat hati penulis lihat monyet tersebut menggelupur bertarung dengan nyawa di atas jalan raya. Datang kereta belakang digilis pula dengan tayar.

Allah.. Penulis cukup terkejut dengan kejadian tersebut. Bersama ibu monyet tersebut, dikendong anaknya yang masih kecil. Kelihatannya seperti satu keluarga. Sayu.. Sungguh sayu. Benar, ajal di tangan Allah. Walau di mana berada, bila tiba saat ajalnya, maka tidak ditunggu walau sesaat. Bagaimana cara kematian itu adalah menjadi asbab. Cukup lagikah amalan yang kita ada untuk bertemu Allah? Gerun rasa bila memikirkan soal kematian. Masih terbayang2 ketika monyet itu menggelupur di atas highway dalam keadaan darah penuh. Tragis!

Maksudnya:

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

(Surah an-Nisa': 78)

Sampai di hospital, penulis turunkan my mum di bahagian kecemasan kerana di situ ada doktor khas yang akan buat medical. Jadi, tidak perlu tunggu lama dan penulis terus menggerakkan kereta pergi ke tapak parkir. Hampir dua jam penulis menunggu di dalam hospital. Sambil menunggu, penulis sempat menghabiskan bacaan, buku yang penulis bawa bertajuk “Allah Is Calling”.. Sesekali penulis berjalan ke luar dek kesejukan yang keterlaluan di dalam ruang tersebut..

Sedang penulis membaca, di belakang penulis terdengar suara seseorang seperti sedang mengajar. Terdetik di hati penulis.. “Ini hospital, ada pulak ke kelas mengajar? pelik”.. Lantas penulis toleh ke belakang, ada seorang yang umurnya lingkungan 30an berkerusi roda bersama seorang budak kecil berusia anggaran 5-6 tahun. Oh, rupanya dia sedang mengajar anaknya menulis jawi! Lihat, di hospital pun si kecil tu bawa buku. Belajar menulis jawi pulak tu. Tidak membuang masa begitu saja. Ayahnya pula dalam keadaan kaki cedera mampu dan tegar semangat mengajar anak, memperbetulkan kesalahan. Suaranya cukup tegas dan berhemah.

Terhenti bacaan penulis, terpegun seketika. Seorang ayah yang gigih menerapkan nilai dan pelajaran agama dalam diri anaknya. Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam mendidik manusia, Allah sangat mengutamakan masa. Buktinya, Allah telah berkali-kali bersumpah dengan masa (Surah Al Asr) dan juga kejadian-kejadian yang ada kaitannya dengan masa seperti bulan, matahari, siang, malam, waktu subuh dan sebagainya. Ini menunjukkan betapa Allah sangat pentingkan masa. Semoga anak itu menjadi pendakwah dan memartabatkan Islam suatu hari nanti.

Habis check up, my mum ajak lunch terus. So, kami berdua terus ke café. Di café pulak berbagai ragam ada. Kebetulan makan di café hospital berbagai-bagai ragam para doktor boleh dilihat.. Ada yang terlebih ramah, ada yang berbual topik isu semasa. Ada yang buat date dan berbagai-bagailah. Hampir kesemua penulis lihat doktor muda-muda belaka. Rupanya di Malaysia ramai tenaga doktor yang muda2. Patutla ada kes tentang kos medic di IPT baru2 ni kan. Kesimpulannya, apa yang penulis boleh katakan, doktor di sini memang semua baik2 dan peramah. Pendek kata kalau penulis dan my mum pergi, selalunya disambut mesra dan perkhidmatan juga disegerakan.

Dalam perjalanan pulang, di satu selekoh ada satu pondok pengawal. Seperti biasalah, kalau nampak pondok pengawal, guard yang ada di sini selalu akan duduk bersahaja. Itu fenomena yang sering kita lihat, tidak dinafikan. Dari awal penulis masuk ke situ jam 8.30 pagi, balik jam 11.45 masih macam tu lagi. Penulis pula yang rasa cukup rugi masa duduk bersahaja begitu. Sedangkan masa itu boleh diisi dengan membaca atau perkara berfaedah. Kalau yang sibuk bekerja, tidak mencuri tulang tidak mengapa. Ini siap duduk silang kaki, badan bersandar sambil hisap rokok lagi. Sedangkan rokok itu haram, membazir duit, itu satu. Pembaziran masa, mengundang kemurkaan Allah pula. Dan tidak amanah dalam bekerja. Bagaimana tu? Renungkanlah.

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda,

dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima

kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan.

Riwayat al-Bukhari

Cukup banyak situasi yang membuatkan penulis terfikir pagi ini. Entahlah.. 10 manusia, 10 ragam.. Gunakan akal berfikir tentang kehidupan. Berfikir dan buatlah sesuatu sesuai dengan tujuan penciptaanmu kerana Allah tidak menciptakanmu dengan sia-sia.. Allah cukup sayangkan diri kita, kita sendiri tidak sayangkan diri kita?

Oh ya, malam ini penulis ada buat Spagheti Bolognese! Nanti ada masa penulis kongsikan resepi ya. Ini resepi sendiri yang direkacipta.. hehe.. ^_^

0 comments:

Related Posts with Thumbnails