.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, February 15, 2011

Cerita di sebalik Kardinal (Paderi) Mesir menerima Islam..



04.30.05 (3:17 am)

Berikut adalah terjemahan dari bahasa Arab, syarahan audio yang disampaikan oleh bekas paderi Mesir yang bernama Abu Ishaq (Isaac) dalam sebuah gereja di Mesir. Saya amat berhutang budi kepada sahabat saya, Mustafa Ahrawi kerana sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam membantu saya menterjemahkan ucapan ini dan semoga Allah membalas segala jasanya.

Abu Ishaq baru-baru ini telah memeluk Islam dan kisah dan tauladannya sepatutnya dijadikan inspirasi oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di mana dalam dunia pada hari ini, di saat seluruh umat Islam sedang terlena, tetapi masih terdapat orang yang masih bergelut dan berjuang untuk Islam dalam menghadapi bahawa yang diwujudkan oleh musuh-musuh Islam yang merupakan tragedi pada masa kini.

Di saat majoriti umat Islam yang mampu membuat perubahan, tiba tiba mendiamkan diri dengan tidak menghormati dan tidak mempercayai kaliber Abu Ishaq dan lain-lain dalam situasi sepertinya kekal di barisan hadapan agama Islam.

Tidakkah kita pernah diberitahu oleh al-quran,
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri."

Kemudian soalan yang seharusnya selepas itu ialah, bilakah setiap orang dari kita akan memulakan proses merubah diri kita sendiri? Mungkin dengan kehendak Allah dan kisah penyayangnya seperti di bawah ini, akan membantu setiap orang daripada kita merubah diri kita sendiri.

Dan Allah Maha Mengetahui

Kardinal (Padri) Abu Ishaq

Saya adalah ketua kepada Gereja Missinari Koptik Afrika Barat dan Asia. Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana telah memeluk Islam. Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang muslim. Saya adalah musuh Islam yang terbesar. Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah kerana telah mengIslamkan saya.

Setelah saya keletihan di setiap sudut untuk mencari kebenaran dan mencarinya di atas dan bawah dan apabila saya yakin bahawa Islamlah agama yang sebenar maka saya telah memeluk Islam.

Setelah saya mengkajinya secara mendalam kesemua kitab-kitab kristian, saya dapati nama Nabi (Muhammmad) SAW, walaupun ia tidak menyebut Muhammad atau Ahmed tetapi melalui maknanya: (al Muazzi pembawa berita gembira). Tetapi kenapa Saya menjadi muslim? Adakah saya menjadi muslim untuk mendapatkan kekayaan?

TIDAK! Kerana saya telah mendapat gaji sebanyak 3,000 (Mesir) dan dari gaji tersebut saya menghabiskan sebanyak 600 untuk hashish dan lain-lain, dadah serta alkohol. Saya juga tidak menjadi muslim untuk mengahwini wanita cantik, tetapi saya menjadi muslim kerana kesucian Islam dan kasih sayang dan keampunan dalam Islam. Saya menjadi Islam kerana kebenaran yang saya temui dan saya mengikutinya dan saya menyedari kepalsuan dan meninggalkannya.

Semenjak saya masih kanak-kanak di sekolah di 'Said, Mesir; kemudian di sekolah Ahad; kemudian di 'Koliya Lahut' (Kolej Jesus) di Beirut dan kemudian semasa saya membuat doktorate dalam bidang agama di Falkulti Theologi di universiti Kaherah; tidak pernah terdapat mata pelajaran atau kuliah yang diajar yang tidak pernah mengutuk Islam dan mengajar kita untuk membencinya.

Kami telah diajar untuk memiliki dua personaliti dan untuk menerima Jesus (Isa AS) adalah kambing hitam dan bahawa beliau mengampuni kesemua dosa kita dan kita mestilah percaya bahawa beliau adalah Tuhan, Anak Tuhan dan beliau maha berkuasa. Bahawa Tuhan tidak terpisah dari badan Jesus dan bahawa beliau adalah 'singa yang perkasa' yang mempertahankan keyakinan orang-orang kristian daripada keburukan moral dan pendustaan Islam.

Seseorang sepatutnya sentiasa menyoal diri sendiri (mengenai Tuhan) dalam keadaan yang jujur dan ikhlas, beliau juga sepatutnya sentiasa memikirkannya dengan bijaksana. Ini kerana pengetahuan yang kamu miliki (mengenai agama) dan kebenarann sebenar mengenainya mungkin amat berbeza. Sesiapa yang tidak mengetahui mengenai agamanya walaupun beliau mengetahui mengenai perkara lain adalah sia-sia dalam kehidupan ini.

Pengetahuan dikaitkan dengan pengetahuan terhadap Allah. Kita tidak pernah melihat Allah tetapi kita mempercayai-Nya, kita tidak pernah melihat Jesus tetapi kita telah mendengar ajarannya dan kesemua para nabi dan kita tidak pernah melihat Muhammad SAW tetapi kita telah mendengar ajarannya.

Semasa saya mula mempelajari kitab Testimen Baru dan kisah mengenai hubungan yang meragukan di dalamnya dan saya dapati bahawa ia amat tidak boleh diterima. Kami diberitahu untuk mempercayai bahawa al-Masih adalah Tuhan dan kami dilarang dari menyoal begitu banyak soalan.
Saya pernah melihat seorang saudara menyoal imam apa sahaja soalan yang beliau ada, bebas dan tidak terbatas, tetapi di dalam gereja kamu dilarang menyoal apa-apapun. Kamu hanya boleh mendengar. Di university pun, mereka menyatakan perkara yang sama, 'jangan soal, tapi hanya dengar'. Semua ini sering becanggah dengan kkefahaman saya. Saya sering berkata kepada mereka, bagaimana saya boleh mengajar orang lain sedangkan saya sendiri tidak memahaminya!

Semasa saya mula mempelajari Testimen Baru, ia adalah pada hari krismas. Alangkah indahnya hari tersebut! Sesiapa yang mahu menyaksikan krismas harus datang ke Mesir. Menjelang tengah malam, lampu digereja dipadamkan selama lima minit pada hari krismas, memberi isyarat bahawa kami bukan menuju kepada kegelapan tetapi dari kegelapan kepada cahaya (sebagaimana yang dilihat dari kelahiran Jesus).

Dan dalam masa lima minit tersebut
para remaja lelaki dan perempuan bercampur bebas di dalam gereja. Mereka tidak teragak-agak dalam pergaulan bebas dan mereka tidak pernah menghormati hakikat bahawa mereka sebenarnya berada di rumah Tuhan. Dari hari pertama sehingga hari ketujuh bulan Januari, berbagai-bagai acara keagamaan yang tidak masuk akal telah dijalankan. Mereka rukuk kepada idol (patung) yang terdapat pada pintu masuk gereja kerana setiap orang yang memasuki gereja hendaklah rukuk. Saya telah melihat ada juga beberapa orang Islam yang melakukannya hanya untuk menyertai perayaan hari krismas.

Dalam salah satu krismas semasa saya mengetuai
'Abbey Megirgis', seseorang telah datang untuk mengorbankan seekor biri-biri dan beliau meminta untuk menemui ketua Abbey. Pada ketika itu, sebagaimana adat telah dikelilingi oleh lain-lain padri dan saya menunjukkan diri dan memberitahu beliau bahawa sayalah ketua Abbey. Beliau telah meminta izin dari saya untuk mengorbankan biri-birinya di hadapan pintu Abbey (di mana terletaknya patung 'saint Megirgis') kerana beliau (saint Megirgis) telah memberinya Fatima. Saya tanya siapakah Fatima.

Beliau menjawab bahawa Fatima adalah anaknya dan bahawa isterinya tidak berupaya memperolehi anak selama 25 tahun sehingga beliau datang kepada Abbey dan
meminta 'saint Megirgis' agar menganugerahkannya seorang anak. Beliau berkata bahawa anak tersebut telah dilahirkan pada malam krismas.

Dan telah berlaku banyak kejadian seperti itu. Dan selepas saya mendengar kejadian tersebut saya sering mahu bertanya kepada seseorang yang lebih tinggi daripada saya, samada bishop atau kardinal mengenai kejadian tersebut.

Saya telah dilahirkan dalam sebuah kampung kristian di kelilingi oleh kampung kristian yan lain, yang mempunyai jumlah penduduk seramai 60,000 orang di mana tiada seorangpun yang beragama Islam!
Zaman remaja saya dihabiskan 100% kristian. Saya hidup dalam kufur (tidak beriman) dan syirik (menyekutukan Allah dengan yang lain).

Setiap kali kami ke gereja, mereka akan mengingatkan kami agar berhati-hati dan berwaspada terhadap umat Islam.
"Jangan bercampur dengan mereka", kata mereka; "Jangan makan bersama mereka", "berwaspadalah terhadap mereka". Saya sering berkata kepada diri sendiri, di manakah umat Islam yang sering dinyatakan kepada kami oleh padri agar berwaspada? Tiada seorangpun!

Umat Islam yang pertama yang saya lihat ialah semasa saya memasuki sekolah menengah. Mereka sering memisahkan seorang kristian dari seorang Islam di dalam kelas kami dan ada kalanya dari dalam diri saya, saya sering bertanya kenapakah kami diasingkan. Setiap kali saya bertanya padri soalan tersebut, beliau menjawab,
"berhati-hatilah dengan orang-orang Islam atau kamu tidak akan dapat memasuki syurga dan saya akan mengambil pengampunan Tuhan daripada kamu". Seolah-olah syurga berada ditangannya. Seolah-olah mereka yang menguasai siapa yang akan memasuki syurga dan siapa yang akan mereka tarik keluar!

Walau bagaimanapun
saya perlu mencari kebenaran, walau di mana sekalipun kebenaran itu berada, mungkin dalam agama Yahudi, Buddha atau jika ia berada dalam Islam dan saya terpaksa mengikuti Nabi Muhammad SAW. Dan jika saya tidak dapat mencari kebenaran tersebut saya bersedia untuk menjadi seorang atheis.

Setiap kali mereka melihat saya duduk bersama seorang Islam di sekolah, mereka akan datang dan memisahkan saya dari mereka.

Di universiti, apabila saya membawa kitab oleh Dr Ibrahim Khalil, seorang guru di Lahut (Kolej Jesus), agar saya dapat menyoal beliau mengenai pandangannya dalam kitab tersebut, saya diberitahu oleh padri bahawa beliau telah meninggal dunia (sebenarnya beliau telah memeluk Islam dan meninggalkan kolej tersebut).

Setiap perkara yang saya baca menyakinkan saya bahawa
hanya terdapat SATU Tuhan. Apabila saya membincangkannya dengan pelajar lain di kolej, padri memberi amaran kepada saya agar tidak membincangkan mengenai teori tersebut dengan orang lain.

Saya telah berkata kepada padri bahawa segala-gala yang mereka ajar kepada saya telah mempersiapkan saya untuk menjadi guru kepada skriptur tersebut. Saya berkata,
"bagaimana boleh saya mengajar di masa hadapan jika kamu tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan terhadap soalan saya. Bagaimana jika sekiranya mereka menyoal soalan yang serupa yang saya soal kamu pada hari ini?"

Saya menyoal lagi, bolehkah guru mathematik mengajar math tanpa memahami subjeknya? Tetapi mereka tiada jawapan untuk itu. Mereka mahu saya menjadi seperti apa yang dinyatakan di dalam al-Quran, "seekor keldai yang membawa kitab." Apa yang perlu saya lakukan menurut mereka hanyalah
memberi keampunan kepada sesiapa sahaja yang mahukan pengampunan dan menerima bayaran dari mereka kerana melakukannya. Menurut mereka itu sahajalah yang perlu dilakukan, TIDAK KURANG DAN TIDAK LEBIH!

Pope (dari gereja koptik orthodox) memutuskan untuk menjadikan saya ketua kepada missionari di Afrika Barat. Sedangkan pada masa tersebut saya sendiri masih tercari-cari tentang kebenaran dan saya terlalu ingin untuk mencapainya.

Saya sentiasa tidak percaya kepada salib, ia tidak wujud dalam bible, dan saya amat mengetahui mengenainya sebelum saya membaca al-Quran lagi. Terdapat banyak perkara lagi seperti 'Mannut al-Masih', yang saya tidak tahu dari mana mereka datang dan kesemuanya adalah rekaan manusia. Saya memiliki buku dan skripnya, saya tahu!

Satu hari Pope sendiri telah memanggil saya dan saya telah diberitahu oleh pembantu saint (istilah yang digunakan untuk Pope) bahawa beliau telah memanggil saya tetapi bagi saya beliau bukanlah seorang saint!


TAKDIR YANG MENENTUKAN

Pope berkata, "Kami akan menghantar kamu ke Alexandria dan di sana terdapat orang Islam yang boleh kamu berbincang dengan mereka (iaitu untuk mengkristiankan mereka), dan boleh memujuk mereka". Saya terfikir kenapa mereka menghantar saya ke sana? Apa yang harus saya cakapkan kepada orang Islam
tersebut sedangkan saya sendiri tidak mengetahui mengenai agama saya sendiri! Ia seperti orang buta meminta seorang buta yang lain untuk menjelaskan mengenai satu-satu objek secara visual.

Saya menaiki keretapi dari Asyut ke Kaherah. Walau bagaimanapun apabila saya disayangi oleh Pope saya telah dihantarkan sebuah kereta khas tetapi tidak kali ini! Bersyukur kepada Allah kerana adakalanya sesuatu telah mengganggu perjalanan kita atau satu kesukaran dan suatu rahmat telah mengejutkan kamu. Kamu haruslah menyedari bahawa setiap orang mengenali seseorang yang lebih tinggi dari mereka (seperti bossnya dan sebagainya), tetapi di sana pasti terdapat orang yang lebih tinggi dari mereka semua, YANG MAHA TINGGI!

Jika anda mengasari orang yang di bawah anda, jaga-jagalah kerana akan ada orang yang akan mengasari anda (lebih-lebih lagi Allah). Tetapi malangnya semua ini berlaku jauh dari pandangan mata seseorang (yang menyebabkan mereka tidak menyedarinya) tetapi Allah melihat kesemuanya.

Semasa saya tiba di stesen Kaherah saya telah bertanyakan kereta (untuk membawa saya ke Alexandria). Tetapi saya diberitahu bahawa semua kereta telah digunakan oleh padri lain. Oleh itu saya telah ke perhentian bas dan menaiki bas bernombor 64.

Seorang pemuda menaiki bas tersebut dan membawa beberapa buku kecil. Beliau terus membahagi-bahagikan buku tersebut kepada semua penumpang dan
apabila sampai kepada saya beliau melepasi saya dan memberi buku tersebut kepada penumpang lain. Beliau dapat melihat bahawa saya seorang padri yang memakai pakaian serba hitam (dari kepala ke tumit dalam kain padri), dan ketika itu hati saya menjadi gelap dan kehidupan saya menjadi gelap!

Saya memanggil pemuda tersebut dan meminta satu buku dan beliau enggan memberinya. Beliau berkata, "buku ini bukan untuk kamu, padri" (apa yang dapat difahamkan bahawa di Mesir orang Islam tidak berdakwah kepada mereka yang bukan Islam atau sebaliknya). Tambahan pula, saya memakai salib emas pada dada saya yang besatnya lebih kurang 1/4 kilo. Tetapi saya terlalu inginkan buku yang berada ditangan pemuda tersebut. Seperti seseorang yang kelaparan dan mahukan makanan di tangan seseorang dan akan merebutnya.

Pemuda tersebut membenarkan penumpang menyimpan buku tersebut untuk dibaca di sepanjang perjalanan untuk harga hanya sebanyak 2 garsh (duit siling Mesir), atau mereka boleh menyerahkannya semula kepada pemuda tersebut. Saya merayu kepada pemuda tersebut dan bertanya kenapa beliau tidak mahu memberikan buku tersebut kepada saya. Pemuda tersebut mengumpul kesemua bukunya dan lari keluar dari bas. Saya bersumpah demi Allah, saya bersumpah demi Allah, saya bersumpah demi Allah, bahawa saya telah lupa siapa saya dan apa yang saya wakili.

Pemuda tersebut melarikan diri dan saya mengejarnya dari belakang. Orang ramai melihat kejadian tersebut yang begitu kelakar dan ketawa. Ketika itu pemuda tersebut telah terjatuh dan saya dapat menangkapnya. Saya memberinya 5 untuk buku tersebut. Pemuda tersebut mengambil wang dan berkata, "saya rasa untuk jumlah tersebut encik boleh mengambil kesemua buku ini".

Saya menyimpan buku tersebut dan meneruskan perjalanan saya ke Kathedral Abbasiyah (di Kaherah kerana beliau telah tertinggal bas) dan terus menuju ke bilik tetamu khas. Pada kebiasaannya apabila saya keletihan
saya perlu membaca bible dan apabila saya membaca bible saya dapat tidur dengan cepat. Tetapi kali ini, saya mahu membaca buku kecil ini, saya terfikir sendiri. Saya terfikir, adakah buku in akan membuat saya tidur atau terjaga.

Apa yang saya tidak sedar ialah dalam buku tersebut terdapat penawar bagi saya (di dalam hati saya).
Ini adalah kali pertama saya memegang buku Islam ditangan saya. Saya teruskan untuk membuka helaiannya. Saya telah membukanya yang bermula dari petikan ayat al-Quran. Ia berbunyi:

"1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. 2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, 4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." [al-Ikhlas: 1 - 4]

Saya membacanya lagi dan lagi dan lagi
. Saya membacanya sehingga saya dapat mengingatnya di dalam hati. Ia terasa begitu manis. Saya merasa begitu aman di dalam.

Semasa saya membacanya lagi dan lagi salah seorang pegawai mengetuk pintu dan memanggil, Ya Abu Ishaq. Saya membuka pintu dan terkeluar perkataan
"Tuhan itu SATU!" Saya tidak tahu apa yang telah saya kata. Pegawai tersebut terkejut dan bertanya apa yang telah saya kata. Saya menjawab bahawa saya tidak berkata apa-apa!

Kami menuju ke kereta yang akan membawa saya ke Alexandria (akhirnya mereka mendapatkan satu kereta untuk saya). Saya bersumpah demi Allah, saya bersumpah demi Allah bahawa bermula dari saya menaiki kereta tersebut sehngga kami tiba di Alexandria, satu-satunya perkataan yang terkeluar dari lidah saya untuk sepanjang perjalanan selama 3 - 4 jam ialah:

"1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. 2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, 4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." [al-Ikhlas: 1 - 4]

Apabila saya tiba di Alexandria, padri yang bertugas telah menyambut saya dengan cara yang paling sopan. Beliau telah diberitahu oleh Pope bahawa saya telah menjadi kes mental kerana saya mula menyoal soalan yang salah. Pope telah menelefonnya sebelum ini dan berkata bahawa "kita mempunyai seorang muslim di gereja".

Mereka mmenganggap saya sebagai seorang muslim. Tetapi kenapa mereka begitu membenci kepada muslim, saya menyoal diri sendiri, sedangkan kita sepatutnya memberitahu mereka mesej berkasih sayang kristian! Padri tersebut berkata, "kami mahu kamu berada dalam keadaan yang baik dan melupakan kesemua pemikiran yang karut."

Pada hari Ahad, kami bersembahyang di dalam Chapel. Tetapi
sembahyang di dalam gereja amat berbeza dengan bersembahyang di masjid. Di masjid, kamu akan melihat semua orang akan sama; Menteri kerajaan ataupun rakyat biasa, orang miskin atau kaya dan semua ini berdasarkan kepada hadith Nabi SAW:

"An Arab is not better than a non Arab nor a non Arab better than an Arab, everyone is from Adam and Adam was from dust"

Di dalam gereja, semakin banyak yang anda bayar, maka semakin hadapan anda berada di dalam pew. Yang pastinya, kesemua orang di dalam Islam setiap orang dari kita mempunyai bebanan dileher masing-masing (iaitu setiap sesuatu dicatat oleh malaikat), dan beliau bertanggungjawab di atas setiap dosanya. Tetapi di gereja, ceritanya amat berbeza, padri akan membaca untuk semua orang, dan yang lain akan "duduk dan bangun" menurut arahannya.

Jika padri mengangkat tangannya semua orang akan melakukannya juga, tetapi apa yang dibaca oleh padri, tiada siapa yang memahaminya. Beliau bersembahyang untuk mereka, beliau memaafkan mereka dan beliau adalah segala-galanya untuk mereka (dari segi kerohanian) dalam kehidupan ini.

Semasa saya memulakan tugas saya di Abbey, saya duduk di dalam kotak pengakuan untuk mendengar pengakuan. Suatu hari seorang wanit datang kepada saya untuk memohon keampunan. Dan apa yang telah saya lakukan
, saya telah mengambil hak Tuhan untuk diri saya sendiri. Saya menghulurkan tangan saya untuk mengampun orang lain tetapi saya lupa bahawa terdapat tangan yag mengatasi saya. Saya memaafkan orang lain sedangkan saya tidak tahu samada saya dimaafkan atau tidak. Saya memberi fatwa kepada orang dan saya tidak mengetahui bahawa terdapat orang yang lebih tinggi dalam alam ini.

Wanita tersebut tiba pada hari itu untuk meminta pengampunan kerana telah berzina sebanyak 3 kali dibeakang suaminya. Jadi sebagaimana yang pernah saya lakukan, saya meletakkan salib dimukanya, merahmatinya dan beliau memberikan 100 kepada saya. Sebaik sahaja saya menarik salib daripada mukanya dan menunggu eliau memberikan wang kepada saya, bibir saya seperti melekat dan saya tidak mampu untuk berkata-kata.

Semasa saya memandang ke hadapan saya, di belakang kerusi pengakuannya saya telah melihat satu tulisan daripada cahaya berwarna hijau:

"1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. 2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, 4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." [al-Ikhlas: 1 - 4]

Saya melihat beliau menangis di luar dan saya sedang menangis di dalam (bahagian kotak pengakuan). Saya sedang menangis, saya telah memberi pengampunan kepada seseorang sedangkan saya tahu bahawa saya sendiri perlu diberi pengampunan.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails