Alhamdulillah dengan izin Allah penulis serta sahabat2 yang lain berjaya menamatkan program rasmi Delegasi Muamalat yang berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 26 Jan till 28 Jan 2011.
Program ini dibuat berdasarkan atas keprihatinan mahasiswa Uni SZA terhadap tahap keperluan pendedahan tentang bagaimana sesebuah jabatan atau organisasi itu diatur dan ditadbir urus. Lawatan bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang struktur pentadbiran sesebuah organisasi. Lawatan ini juga bertujuan untuk memberi motivasi dan gambaran kepada pelajar tentang susur galur sesebuah jabatan atau organisasi. Masalah kurang pengalaman dan pendedahan, tidak tahu serta kurang yakin dalam menjalankan sesuatu gerak kerja menjadi salah satu masalah dan punca segelintir mahasiswa menganggur pada hari ini. Sehubungan itu, inisiatif ini diambil bagi mengadakan program bermanfaat ini untuk membantu dan mendedahkan mahasiswa Jabatan Syariah yang mengikuti kursus- kursus diambil semasa sesi pengajian mereka di UniSZA.
26 Januari 2011
Hari pertama, kami sampai di Masjid Besi yang terletak di Putrajaya pada jam 6 pagi. Untuk pengetahuan, keseluruhan masjid ini dibina daripada besi, sebab itulah dinamakan masjid besi. Selesai solat, kendiri dan makan. Tidak melepaskan peluang, kami buatla sesi fotografi SDN BHD di area tasik situ.
Then, disebabkan masa awal lagi kami menuju ke Masjid Putrajaya dulu. Haa.. Di sana ada satu story menarik tau. Kebetulan masa kami pergi tu ada pelancong asing dari Beijing, China. Kami turun je dari bas, terus pelancong tersebut datang ke arah kami untuk bergambar bersama. Tiba2 rasa macam artis la pulak.. hehe.. Mereka tidak pandai berbahasa Melayu dan tidak juga pandai berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris pun boleh sikit2 je. Jadi, agak susah untuk berinteraksi. Nasib baikla bahasa Mandarin penulis bolehla faham sikit2..
Masjid Putrajaya, bersama pelancong asing
from Beijng, China.
from Beijng, China.
Jam 9, kami bertolak ke Mahkamah Syariah. Masuk ke sana jam 9.30. Di sana kami diberi sedikit takklimat di bilik khas. Tiba2 rasa macam lawyer pulak.. hehe. After taklimat, kami dibawa ke kamar perbicaraan. Di mana, ketika itu sedang berlangsungnya perbicaraan kes nikah dan terdapat 10 kes dijalankan pada hari tersebut. Dah nama pun mahkamah syariah kan, mestilah segala kesnya berkaitan dengan hukum hakam syariah dan di sini orang selain daripada agama Islam tidak dibicarakan. Itu di luar bidang kuasa Mahkamah. After perbicaraan habis, kami berpeluang bersembang sebentar bersama hakim dalam court. Menarik! Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Beramah mesra dengan hakim dalam court, siap gelak2 lagi.
Tengah hari kami ke food court yang terletak di Presint 17. Dan jam 2.30 kami melawat ke Istana Kehakiman (Palace Of Justice) pula. Actually ini dah kali ke-3 penulis datang ke Istana Kehakiman ni. Seperti biasa, di sini kami dibawa melawat ke court iaitu adanya Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan. Ketika kami di sana, kedua2 kamar ini sedang berlangsungnya perbicaraan kes. Jadi, sempatla kami lihat sekejap.
Kemudian kami dibawa ke Perpustakaan khas. Perpusatakaan ini menjadi tempat rujukan utama para Hakim, Majistret dan lain2 untuk meneliti sesuatu kes. After that, kami ke muzium. Di sini, kami dapat melihat pelbagai barangan berharga yang digunakan dalam arena kehakiman. Sangat menarik! Keseluruhan binaan bangunan ini adalah dari seni reka Moor. Memang berkonsepkan macam Istana lah. Habis lawatan, kami ke UKM untuk check-in di penginapan kami yang telah ditempah.
Perpustakaan dan sekitar Istana Kehakiman
Sebelah malam pula, kami diundang oleh pihak tertentu untuk makan malam. Makan malam tersebut dibuat di masjid. Setibanya di sana, kami disambut meriah oleh orang2 masjid di sana. Memang rasa terharu lah jugak dan berpuas hati even sepanjang perjalanan terdapat sedikit kesulitan. Then kami terus ke i-City.. Iaitu bandar yang dilimpahi cahaya. Sampai di sana, penulis baru teringat ada salji. Terus penulis ajak kawan2 penulis beli tiket untuk main salji.. Ok, bab salji ni kite story dalam next entry ye. Hehe
27 Januari 2011
Agenda ke Bank Negara Malaysia (BNM). Sepatutnya kami perlu berada di sana jam 9.30 pagi. Tapi disebabkan kesesakan jalan yang sangat teruk, kami tiba di sana jam 10.30. 1 jam lari time kan. Kesian pegawai di sana yang telah menunggu kami. Kami terus dibawa ke auditorium khas untuk sesi taklimat. After that kami dibawa untuk melawat kawasan sekitar BNM tersebut., Penulis pulak pergi mencari buku dengan kawan penulis.
Sebelah petangnya pula, seperti yang dirancangm, kami terus bertolak ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang terletak di Bangi. Merisaukan keadaan sesak, sebab itulah kami bertolak awal ke sana. Teruja bila sampai.. Kami disambut begitu mesra. Sepanjang jalan kami ada pegawai pengiring sampaila ke bilik conference. Siap ada cameraman lagi. Selesai taklimat dan sesi ramah mesra serta soal jawab, kami dihidangkan sedikit jamuan dan dibawa melawat ke kawasan di sekitar ILIM sambil diberi penerangan. Sehinggakan setiap segenap penjuru pejabat kami dibawa masuk. Beramah mesra dengan semua pekerja di situ.
Readers nak tahu sesuatu? Di sini, setiap pagi semua pekerja diwajibkan bertadarus dan berusrah dahulu sebelum memulakan kerja, siap ada bilik khas untuk bertadarus. MasyaAllah. Bagus dan seronok kan bekerja macam tu. Bekerja dalam mencari keredhaan Allah, penuh keberkatan. Mereka juga mengamalkan system ‘5S’.Di mana, sistem ini telah diamalkan di Jepun dan terbukti keberkesanannya. Memudahkan kerja dan kira penulis ia adalah satu sistem yang bagus serta teratur. Berakhir dengan sesi bergambar sepuasnya, kami pun bertolak pulang dengan satu kepuasan.
Malamnya pula, kami ke Satay Kajang untuk dinner. Hanya satu bas sahaja yang keluar malam itu sebab sebahagiannya lagi x join. So enjoy. Puas dapat makan la.. hehe..
Then, kami terus bertolak ke Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Sekali lagi kejutan yang membuatkan kami teruja. Kami disambut meriah juga. Luar dari jangkaan kami. Kami diiringi ke dewan khas untuk sesi taklimat rasmi. Seterusnya kami dibawa perpustakaan khas ILKAP, melihat kawasan di sekitar ILKAP. Then, kami dibawa ke dewan makan khas. Persembahan dewan makan di sana seolah macam berada di hotel. Siap ada pelayan dan berhawa dingin. Biasanya dewan ini dihadiri oleh para hakim dan pegawai2 tertentu. Selesalah.
Satu perkara yang boleh dikatakan lucu jugakla bila terkenangkan. Sepanjang program tersebut penulis dipanggil dengan gelaran ‘puan’ oleh kawan2 penulis, Kenapa jadi macam tu? Sebab masa ucapan penghargaan, pengarah jabatan menyebut penulis sebagai puan dan sebagai pensyarah pengiring. Pensyarah pengiring hanya dua orang sahaja. Entah macam mana penulis termasuk sekali. Then, satu tempat tu masa ucapan penghormatan, mc majlis sebut nama penulis sebagai ‘Puan Siti’. Nama penulis tidak ada ‘siti’.. So, wujudlah pula gelaran baru dalam kalangan kawan2 penulis iaitu ‘Puan Siti’. Oh, sangat nakal guys menyakat penulis! Itulah kawan2 penulis. Ceria. Dah rasa macam keluarga sendiri.
Hari terakhir dan petang yang terakhir. Kami ke KLCC untuk bawa peserta2 berjalan2 di sekitar KL. 2 jam di sana. Berjalan2, shopping dan makan. Then terus bertolak balik. Parent penulis ambik penulis di The Mall. Itulah perhentian terakhir kami sebelum bas tersebut bertolak ke Terengganu. Penulis drop di perhentian terakhir sebab penulis bertanggungjawab terhadap semua peserta. Risau takut berlaku sesuatu atas peserta.
Done! Alhamdulillah semua selamat dan selesai. Thanks to Allah mengizinkan program ini berjalan dengan baik dan terlaksana.
0 comments:
Post a Comment