Thursday, December 29, 2011
Indahnya Islam (KLCC) 2012
Thursday, December 22, 2011
Keputusan PMR 2011!
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.
Tuesday, December 20, 2011
Promo Konvensyen Fiqh Ummah 2012
Saturday, December 17, 2011
Special for My Love
Wednesday, December 14, 2011
Maher Zain di Malaysia lagi!
IPOH 13 Dis. - Penyanyi kelahiran Lebanon, Maher Zain yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia bakal menghiburkan peminat beliau di negeri ini pada Konsert Untuk Rakyat-Maher Zain pada 24 Disember ini.
Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, konsert yang julung kali diadakan itu dibawakan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Perak Tourism.
Katanya, konsert tersebut akan diadakan di Stadium Perak, di sini bermula pukul 9 malam.
"Maher dijangka menyanyikan 20 buah lagu termasuk lagu yang masih belum diperdengarkan kepada umum pada persembahan selama dua jam itu.
"Kita turut mengundang penyanyi rock popular, Ramli Sarip bagi menghiburkan penonton sebelum kemunculan Maher selama 30 minit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Maher Zain Live In Concert,
Kerajaan negeri juga turut akan mengadakan Himpunan Perdana Mahasiswa Bersama YAB Menteri Besar Perak (HADARI 2011) dengan butiran program seperti berikut :-
* T-Shirt dan makanan akan disediakan.
Sunday, December 11, 2011
Baucer RM200 kepada pelajar IPT
Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi
Disember 2011
Friday, December 9, 2011
Gerhana Bulan Penuh 2011
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium (perisian tu boleh download je, best gunakan perisian ni, banyak maklumat boleh explore).
Gambar rajah 1 di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi.
Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada bahagian:
i. Penumbra– kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar.
ii. Umbra– kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari. Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.
Gambar rajah 2, di bawah ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini.
Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir
Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.
Selamat Mencerap Gerhana! (^_^)
Thursday, December 8, 2011
Di mana kita...?
Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?
Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?
Soalan 3 : Siapakah RAJA LAWAK ?
Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?
Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?
Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?
Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?
Soalan 9 : Siapakah nama suami Siti Nurhaliza?
Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....
Berapa banyak pula kita boleh jawab?
Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.
Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.
Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.
Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajadah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajadah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)
Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.
Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran?
Jawab: Surah an-Nur.
Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).
Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.
Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.
Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.
Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.
Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.
Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.
Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.
Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.
Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.
Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.
Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.
Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.
Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki erti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.
Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Isteri Nabi Luth as dan isteri Nabi Nuh as.
Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.
Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.
Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.
Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.
Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash
Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.
Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.
Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)
Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.
Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.
Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.
Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.
Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).
Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?
Jawab: Doa nabi, iaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.
Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.
Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba '.
Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.
Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.
Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.
Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.
Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.
Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.
Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..
Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.
Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.
Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.
Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'
Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.
Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.
Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.
Soal 54: Nama surah manakah yang bererti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.
Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, iaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.
Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.
Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.
Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).
Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.
Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.
Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.
Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.
Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.
Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.
Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.
Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.
Soal 67: Buku apakah yang dikenali dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.
Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.
Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.
Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, iaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.
Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.
Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.
Soal 73: Terdapat di dalam surah manakah angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.
Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah
Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, iaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.
Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.
Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.
Soal 78: Apakah kalimat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.
Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.
Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.
Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.
Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.
Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlas
Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.
Soal 85: Surah apakah yang dikenali dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.
Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.
Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.
Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.
Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.
Soal 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.
Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.
Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk berselawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56
Berapa banyak yang kita boleh jawab? Berapa banyak yang kita tak boleh jawab..?
Allah.. Kerdilnya diri.. Peringatan untuk diri juga dan untuk semua..
Kita sedang bermusafir, ini bukan perhentian kita yang utama. Dunia hanya persinggahan.
Sumber: Usrah Jamaah Anak Muda
Thursday, November 17, 2011
Monday, November 14, 2011
729!
ATTENTION: 729
Everyone, Please alert!
Berhati-hatilah ketika membeli setiap jenis barangan..
Perhatikan kod barangan terlebih dahulu..
Jika kod berkenaan bermula dengan angka 729, maka produk berkenaan adalah produk keluaran Yahudi..!
A Web Of Information About Bar CodeUPC and EAN Bar Code Page:
Source
Kasih antara BOSS
BOSS
Hanya yang tertentu mengetahui istilah pendek ini. Hanya yang memahami akan memahami singkatan ini. Satu nama yang tidak asing bagi penulis walau dikenali dan berada di dalam kelompoknya dalam tempoh yang singkat, namun terasa seolah sudah bertahun bersama ‘BOSS’. Sudah tercipta kasih antara kami.
Secara rasminya, dalam keadaan sungguh terharu, penulis mahu tujukan perenggan pertama selepas intro untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat BOSS yang sangat mesra, sporting, ceria, peramah dan..dan..dan.. Tak tersebut rasanya.. Sebab di hari2 terakhir penulis berada di unisza, mereka buatkan penulis lalui hari-hari dengan penuh makna. Mereka cuba buat penulis tersenyum. Ya, penulis mampu tersenyum walau dasar hakikatnya hati menangis & tersenyum kelat. Mereka membuatkan penulis tabah walau pada satu masa penulis akur hampir rebah, beratnya kaki nak melangkah.
Terima kasih sudi hadir dalam satu majlis yang dianjurkan secara spontan. Mereka juga cuba berhibur waktu itu. Bila dah balik rumah, terkenang kembali detik itu, penulis tersenyum, akhirnya tertumpah air mata. Rindu menyapa. Seronok kan kita main bersama, sekelas. Maaf kalau apa yang penulis sediakan waktu itu ada kekurangan. Duit & harta benda boleh dicari tetapi waktu berharga sebegitu bersama sahabat penulis tidak mampu beli dengan nilai wang. Penulis tidak mampu untuk bayar harga sebuah kemesraan dan kasih sayang serta detik2 berharga kita bersama. Semua itu terlalu kemas dalam ingatan.
Sahabat-sahabat yang bertandang ke bilik secara peribadi, teruja rasanya. Buatkan diri menjatuhkan air mata lagi. Terima kasih. Sahabat-sahabat yang menghadiakan pelbagai hadiah pada penulis. Sampaikan penulis kena sediakan satu bagasi besar khas untuk hadiah yang penulis terima dari kalian. Cookies, teddy bear, tudung, mug, buku, cenderamata, ‘ikan nemo’, bunga, muffin, bantal upin, kad ucapan, sampaikan ada coklat yang harga RM50 ke atas penulis dapat. Barang ‘amanah’ yang penulis dapat, sangat berharga untuk diimplikasikan dalam kehidupan. Dan x lupa pada yang belanja makan. 2, 3 hari tu memang rasa macam banyak makanla, sure naik berat badan~ Terima kasih. Terima kasih banyak2. Terima kasih. Tidak terucap rasanya. Melihat kembali semua hadiah2 dan gambar2 ini, mengingatkan memori kita bersama.
Dan hari ini… Sahabat semua kembali ke kuliah seperti biasa, terasa kaki juga ingin melangkah ke sana, berjalan seiring bersama sahabat. Sungguh, penulis rindu saat berada dalam bilik kuliah bersama sahabat semua. Fenomena berceloteh, rebut kerusi, tanya soalan, gelak ketawa dll.. Semua rasa terbayang-bayang dan terngiang-ngiang. Detik itu semua tidak akan dapat kuulang kembali melainkan menjadikan satu memori yang kemas dalam hati. Semoga Allah pelihara ukhuwah yang telah kita miliki...
Pernah dulu aku tak mengerti
Kehadiranmu disisi
Apa harus kurasai
Sahabat
Aku pernah bertekad
Hanya sekali aku muktamad
Tiada ulangan tiada tempat
Sendiri aku akhirnya bertekad
Sahabat
Dunia ini tidaklah mutlak
Walau tekad sudah bernoktah
Tuhan jua yang punya takdir
Segala kemungkinan terhampar
Tiada yang mustahil
Sahabat
Aku cuba mengerti kehadiranmu kini
Hikmah Tuhan pasti tersembunyi
Moga Tuhan redhai hati
Agar kita sering diberkati
Namun sahabat,
Sungguh aku tidak angankan perkenalan
Yang akhirnya bawa perpisahan
Perit untuk diangankan
Lagi pedih bila berdepan
Justeru sahabat
Takdir aku mungkin berundur
Sebelum disentap
Sebuah sejarah ulangan
Yang pernah menggigit jiwa
Percayalah sahabat
Andai persahabatan ini ikhlas
Aku yakin Tuhan akan jagainya
Kerana Tuhan adalah Yang Maha Kuasa
Kerana Tuhan takkan pernah zalimi kita
Sahabat
Terima kasih atas segalanya
Sebuah hakikat nyata
Pasti jadi kenangan jiwa
Friday, November 11, 2011
Ber'dating' Tengah Malam
Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya. Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah SWT.
Berkata Fudhail bin Al-Iyadh: "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata: "Jikalau tidaklah kerana malam, nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."
Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.
Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka." Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."
Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah SWT memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggalkan keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba.
Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wuduk dan berdiri serta sujud kepada Allah SWT. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah SWT menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.
Meskipun itu adalah janji dari Allah SWT kepada kita, namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia dari melakukannya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah SWT, nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk, nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat, nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian, nescaya menjadi keji jiwa dan malas."
Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah SWT. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."
Friday, October 21, 2011
Kerana RM20
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah...
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
Bila penulis terbaca artkel ini, teringat isu yang berlaku sekarang. Graf kes sosial terlalu tinggi. Awal didikan bermula dari rumah, awal didikan mengenal Allah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sama2 kita ambil peringatan pandang ke hadapan.
p/s: Hargailah masa berharga bersama keluarga. Jangan biarkan mereka membesar dalam keadaan dahagakan kasih sayang ibu & ayah. Anak kecil itu punya hak. Berikan hak mereka.
Sumber: Maher Zain Malaysian Fan Club
Thursday, October 20, 2011
Segulung Ijazah
Tuesday, September 20, 2011
Terharu layanan Prof
Hari Jumaat lagi Prof dah call Tanya penulis dah tempah resort ke untuk keluarga.. Jawapanya ya penulis dah booking resort melalui online sebab adik2 penulis minta penulis carikan resort yang ada swimming pool. Lalu Prof Tanya. “Kenapa enti xbagitau ana awal2 keluarga enti nak datang, ana nak suruh enti sekeluarga duduk rumah ana je”. Terharu dengan pelawaan Prof.
“Keluarga enti semua berapa orang yang datang? Ana hajat nak bawak ayah enti dinner. Malam ni lepas maghrib ana nak gi tempah restoran” Kata Prof. Sekali lagi dia membuatkan penulis terkelu dan tak tahu nak bagi jawapan apa.
Jam 11pagi, masa penulis sedang melayan angin di tepi pantai bersebelahan resort tempat penulis menginap, Prof call lagi. “Ayah enti dah sampai? Ke petang ni sampai?”
“Keluarga ana dah sampai Subuh tadi prof. sekarang tengah rehat2 kat pantai. Adik2 ni nak main layang2” Balas penulis.
Oh, ana ingat ayah enti sampai petang ni. Ok, malam ni pukul 8 malam enti sekeluarga datang ke Restoran ***. Ana dah booking restoran kat sana.” Kata Prof. Tiada kata yang mampu diucapkan melainkan membalasnya dengan ‘InsyaAllah’. Dalam hati dah rasa macam segan pulak dan cukup terharu dengan Prof.
Malam tiba. Prof datang bersama zaujah dan dua orang anaknya. Sungguh, sebelum ini penulis tidak berkesempatan untuk bersembang dengan zaujahnya, hari ini penulis diberi peluang. Keramahan zaujahnya terasa macam kami dah lama kenal dan anak-anaknya yang manja. Entah berapa ratus ringgit Prof habiskan untuk dinner malam itu.
Retoriknya, Prof merupakan pensyarah penulis di UniSZA dan penulis selalu ambil job dari dia. Biasanya kalau penulis nak balik rumah, dia akan kirimkan skrip buku kepada ayah penulis. Pernah juga satu ketika dahulu penulis edit bukunya. Dan dia juga merupakan sahabat ayah penulis sebab ayah penulis banyak buat typesetting semua buku-buku Prof. Jadi, dengan keadaan yang tidak pernah jumpa, hanya berhubung melalui telefon dan internet, sebab tulah Prof aturkan temujanji sebegini. Kebetulan pula keluarga penulis datang konvo penulis di Terengganu.
Prof merupakan seorang penulis buku. Buku-bukunya sudah banyak di pasaran dan pernah mendapat jolokan buku “Best Seller”. Antara buku yang popular adalah “Halal & Haram”. Pernah menterjemah buku Syeikh Qardhawi. Pernah juga muncul dalam slot ceramah di media2 elektronik. Banyak syarikat yang menerbitkan bukunya. Sehingga sekarang masih aktif dalam penulisan. Di universiti pun, Prof banyak tolong penulis. Dia menjadi pencetus semangat penulis. Itulah pensyarah penulis, Profesor Madya Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari.
Nak cerita lagi..? Bersambung kisah selepas konvo… =)
Wednesday, September 14, 2011
Bermula Hidup Baru
Monday, August 29, 2011
Hari-hari Terakhir
Wednesday, August 24, 2011
Sayu, Syahdu
Sunday, August 14, 2011
Aku yakin Kau berjawapan
Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat,
Tapi dugaan pula yang datang.
Kadng-kadang kita minta untuk cerdik,
Tapi masalah pula yang datang.
Kadang-kadang kita minta kebahagiaan,
Tapi huru-hara pula yang datang.
Tapi percayalah, semua itu tersirat jawapan yang kukuh..
Dugaan menjadikan kita kuat.
Masalah menjadikan kita berfikir.
Huru hara menjadikan kita tabah.
Subhanallah! Semua aturanNya ada hikmah tersembunyi..
Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : 216)
Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya."
(Al-Baqarah : 286)
Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Yusuf : 87)
Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Al-Baqarah : 45)
Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..
(At-Taubah : 111)
Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah : 129)
Ya Allah...berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?
(Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.