.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, December 16, 2009

Bila Rasulullah di hadapan rumah kita dengan senyuman Baginda..


ااسلام عليكم ورحمةاللّه وبركته


Sahabat yang dikasihi Allah..

Buat renungan dan tatapan kita bersama…


Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul
mengetuk pintu rumah kita….


Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita, Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan rasa sangat bahagia yang tidak terucap dengan kata.. Dan memeluk beliau erat-erat lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.


Kemudian kita tentunya akan meminta dan berharap sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.

Beliau tentu akan tersenyum....


TAPI……


Barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat Video CD rated 18xxx yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.

Beliau tentu tetap tersenyum........


Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita saparuh telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..

Beliau tetap tersenyum……


Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di belakang pimtu dan kita meletakkannya di ruang tamu.

Beliau tetap tersenyum.......


Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lalai mengajari anak-anak kita.

Beliau tetap tersenyum........


Barangkali kita menjadi malu bahawa anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi mengenali anggota Power Rangers atau Ninja Turtle atau lain-laim.

Beliau tentu tersenyum…..


Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.

Beliau tetap tersenyum........


Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.

Beliau tetap tersenyum........


Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib, keluarga kita masih sibuk di hadapan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur'an. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal jiran tetangga kita.

Beliau tetap tersenyum.......


Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari melewati di hadapan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya tentang nama dan alamat tukang menjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum beliau masih ada di situ........


Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita......


Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana kerana hal itu akan membuatkan kita sangat kalut dan malu.


Maafkan kami ya Rasulullah.....


Masihkah beliau tersenyum?

Senyum pilu, senyum sedih atau senyum getir......?

Oh!!! Betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah....

Nabi tersenyum saja..

Tapi lukakah baginda?


Andai baginda terluka.. ke syurgakah kita?

Renungkanlah..... Tanya diri sendiri...


p/s: Untuk menyelami “RIWAYAT HIDUP RASULULLAH” atau “SAAT-SAAT BAGINDA WAFAT, klik di sini..


0 comments:

Related Posts with Thumbnails