Ada seorang pemuda yang lama bersekolah di negeri Syam dan telah kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah dia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
“Anda siapa? Dan adakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya.
“Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama.
“Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang pintar yang lain tidak mampu menjawab pertanyaan saya.”
Jawab Guru Agama“Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”
Pemuda bertanya, “Saya mempunyai 3 pertanyaan: 1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya 2. Apakah yang dinamakan takdir? 3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata, “Kenapa anda marah kepada saya?”
Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.
“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu.
Guru Agama bertanya, “Bagaimana rasanya tamparan saya?”.
“Tentu saja saya terasa sakit”, jawab beliau.
Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”.
Pemuda itu mengangguk tanda percaya.
Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!”
“Tak boleh”, jawab pemuda.
“Itulah jawapan pertanyaan pertama: Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”.
“Tidak” jawab pemuda.
“Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?”
“Tidak” jawab pemuda.
“Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Tangan yang saya gunakan untuk menampar anda diperbuat daripada apa?”.
“Kulit”. Jawab pemuda.
“Pipi anda diperbuat dari apa?
“Kulit “ Jawab pemuda.
“Bagaimana rasanya tamparan saya?”.
“Sakit.” Jawab pemuda.
“Walaupun Syaitan dibuat daripada api dan Neraka dibuat daripada api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu, redhalah Islam menjadi agamamu.. Pasti tiada kekecewaan buatmu. Kelak, suatu hari nanti ada insan yang sedia menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu di dunia, wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum meletakkan cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu..
0 comments:
Post a Comment