Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tutur katanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan IlmuYang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya,
Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibu bapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan,
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati ,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga,
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia,
Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
PHƯƠNG PHÁP HỌC TẬP HIỆU QUẢ
1 year ago
8 comments:
Salam,
Semoga para lelaki menjadikan ini sebagai batas sempadan dan pengajaran dalam kehidupan.
Salamualaki mujahidah..
Maafkan ana andai coretan dalam ni keterlaluan pd su dan menganggu konsentrasi.. semoga Allah ampuni dosa hambanya.
Kenapa ana tidak diberi peluang langsung untuk menjelaskan hajat ana.. Sms ana xberjawab.. Ana tahu tidak mungkin ana dapat memiliki su. Siapalah diri ana. tp ana ikhlas untuk mengenali su. Bisikan hati ana telahpun menggetarkan sesuatu. ana kenal su melalui sahabat ana. selama ni ana xprnah terus terang dengan su. Ana hantar sahabat ana untuk risik2 su. sekian lama ana bertanya tentang su melalui sahabat ana, ana rasa tiba masa untuk ana terus link pd su. namun, segalanya tidak bernoktah.
Risikan ana hanya untuk mengetahui samada su sudah mempunyai calon dalam hidup atau belum. Namun su hanya berdiam diri. Adakah ini menandakan yang su sudah dipunyai? Ana perlukan jawapan.
Ana tahu su masih belajar, namun serasa ana tidak salah untuk berusaha dapatkan sesuatu.
Ana rasa ana tidak perlu sebutkan nama ana di sini. Cukupla sekadar su tahu.
Maafkan ana sekali lagi. ana terpaksa menulis coretan ini di sini mamandangkan sms yang ana tinggalkan pd su tidak berjawab walau satupun. ana xtahu samada su baca atau tidak. Ana dari jauh doakan semoga su sentiasa dalam lindungan Allah. Insyaallah ana akan tamatkan pengajian ana tidak lama lagi.
Maafkan ana..
-Salam dari bumi barokah-
Faridrashidi: Mudahan begitu..
Doakan semua muslim di bawah peliharaan Allah.. Amin..
susah jgk nk mnjadi lelaki mcm tu..
huhu
nk tnye, ape tajuk lagu dlm blog ni??
To: Hazwan Arif
Susah??
Xkan jadi susah andai hati bertekad. Doa menjadi senjata. Memohon kepada kepada Allah. InsyaAllah niat yang baik dipermudahkan urusan.. =)
Tajuk lagu tu 'Lafaz Yang Tersimpan".. Kenape?
To: syabab-anbia
Maafkan sy..
mmg senang nk bertekad..
tp kadang2 hati ni mudah lalai..
huhu.
hurm..
saje je tnye..
nk donlod..
cmbest je..
=)Sebab tu masing2 dah ade peranan.. Syaitan dengan peranannye.. Manusia dengan peranan manusia..Sebaiknye graf peranan manusia tu lebih tinggi dan di tahap yang 'selamat'.. Barula 'saham' yang dicari dan tercari2 melonjak naik..
Dalam men'download' tu, cube cari tajuk 'Taubat Seorang Hamba'.. dan hayati..
Post a Comment