.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, July 30, 2009

Malaikat di Sisi Kita di Dunia...


Suatu hari seorang bayi bersedia untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan:

"Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah"?

Dan Tuhan menjawab, "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

"Tapi di sini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan menyayangimu dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih bahagia."

"Dan bagaimana saya boleh faham saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar dan dengan penuh kesabaran serta perhatian. Dia akan mengajarkan bagaimana cara untuk berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara denganMu?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak akan melihatMu lagi."

"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu.

Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan si anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?

"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."

Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa..


Friday, July 24, 2009

Gambar GERHANA MATAHARI 22 Julai 2009..

Entry Gerhana kembali lagi...!
Kali ni jom kite lihat pula gambar Gerhana Matahari pada 22 Julai 2009..

Cerapan Gerhana ni dibuat di Taman Rekreasi Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung). Unit Falak (UDM) telah menyertai program cerapan gerhana anjuran bersama Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Terengganu, Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)..

Program cerapan ni bermula jam 8 pagi tetapi awan tebal menghalang cerapan peringkat awal gerhana yang bermula jam 8.24 pagi. Gerhana mula dapat disaksikan jam 9.16 pagi, yang sudah melepasi detik maksimum jam 9.08 pagi. Cerapan dirakam menggunakan Astrovid Stellacam melalui teleskop GOTO (F=660mm) dengan penapis filem hitam putih (x-ray) selepas penapis lain (mylar dan polimer) tidak dapat digunakan sebab faktor awan.

Gambar2 di bawah ni menunjukkan sebahagian fasa gerhana yang berlaku..
Jom lihat..






Seputar Gambar2 Gerhana..

Jom kite tengok beberapa foto GERHANA yang diambil..
Let's goooo..
Beberapa formasi gerhana separa 26 Jan 2009

Permulaan Gerhana

Akhir Gerhana

Telur mudah didirikan semasa gerhana berlaku..

Gerhana Matahari 22Julai 2009

Fenomena gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu satu kali atau dua kali dalam satu tahun kalendar. Gerhana matahari terbahagi kepada 4 jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh+cincin) dan gerhana separa (sebahagian). Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin. Gerhana penuh matahari pada 22 Julai 2009 nanti merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21.
Bill Kramer dalam laman webnya menyebut:
"The eclipse passes over the Chinese cities of Chengdu, Suining, Chonging, Wuhan, Xiaogan, Hangzhou, and Shanghai by which time the duration of the eclipse is over five minutes of totality. Leaving Shanghai the path continues into the ocean encountering islands such as Toshima and Akusaki south of Japan and eventually the Marshall islands. The maximum eclipse duration of 6 minutes and 43 seconds occurs far off the coast in the Pacific Ocean."

Lokasi yang menjadi laluan gerhana penuh boleh dilihat pada rajah di bawah. Namun bagi penduduk Malaysia, mereka hanya berpeluang menyaksikan gerhana tersebut dalam fasa separa dalam peratus maksimum yang kecil antara 3% hingga 18% sahaja dari kebanyakan bandar-bandar utama di Malaysia.


Dari Kuala Terengganu, formasi gerhana (13% maksimum) adalah seperti rajah berikut:-




Wednesday, July 22, 2009

Countdown ke Gerhana 2009!

Peluang menjejak Gerhana esok 23 JUN 2009..

Maka bermulalah saat COUNTDOWN GERHANA 2009!!

Ijtimak bulan berlaku jam 3.35 pagi esok (23 Jun). Ini bermakna pada maghrib esok, Bulan akan berumur 15.84 jam. Ia akan berada 7 darjah 34 min atas ufuk ketika matahari sudah terbenam keseluruhannya. Sebanyak 0.7% bulan akan cerah terkena cahaya matahari.

(Foto diambil pada 26 Apr ketika Bulan berumur 32 jam.)

Wanita di sisi Rasulullah...


"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan... darinyalah aku mendapatkan keturunan."

Begitulah Rasulullah saw berkata tentang keperibadian Khadijah, istrinya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.
Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya justeru jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan.

Saidatina Khadijah R.A merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.

KESETIAAN YANG BERSEJARAH

Mari kita singkap kembali peristiwa yang sungguh mendebarkan jantung Rasulullah SAW. Peristiwa itu ialah penerimaan wahyu yang pertama di Gua Hira'. Sekembalinya ke rumah, baginda berkata kepada isterinya yang tercinta, "Aku berasa khuatir terhadap diriku".
Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, "Ya Rasulullah, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya engkau adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah".

Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira' seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita berlaku demikian?

Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Beliau boleh hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas-tugas suaminya. Hal ini jelas menunjukkan beliau merupakan wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan kepada Rasulullah SAW sepanjang kehidupan mereka bersama. Oleh itu, kita perlu berdoa semoga Allah memberi kita kekuatan untuk membantu menguatkan semangat jihad golongan yang seangkatan dengan kita.

KESETIAAN YANG MENDORONG KEGIGIHAN

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira', beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyu' bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Firman Allah yang bermaksud:

Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl: 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang soleh. Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Wahai muslimah, sekarang adalah masa untuk kita hidupkan kembali hakikat ini dalam kehidupan kita. Semoga kekuatan Islam akan kembali mentadbir kehidupan insan.

Saturday, July 18, 2009

LELAKI ACUAN AL-QUR'AN..

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tutur katanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan IlmuYang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya,
Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibu bapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan,
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati ,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga,
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia,
Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.





Friday, July 17, 2009

Sesuatu yang menjadi penantian..

PRO FORMA KURSUS ASAS-ASAS TAKWIM..

Alhamdulillah naik sem baru, su dapat join satu kursusu yang su minat sangat untuk dalami.. berkaitan dengan Sains Astronomi atau Falak...

Takwim sebagai produk falak
- Definisi
- Keterangan al-Qur’an
- Takwim dalam pelbagai tamadun

Asas-asas Sains Takwim
- Takwim sebagai aplikasi kosmologi
- Hukum Kepler pergerakan planetary


LAWATAN KE BALAI CERAP UDM
- (23 Julai 2009, Khamis jam 5 petang – 10 malam)

- Sistem kordinat Samawi
- Perubahan musim
- Fasa bulan
- Jenis-jenis takwim kamariah dan syamsiah

6. Taklimat Tugasan
- Takwim Alam Melayu Pra-Pemodenan

Sains Kenampakan Anak Bulan
- Perkembangan kajian kenampakan anak bulan
- Parameter kenampakan anak bulan
- Kajian-kajian kenampakan anak bulan

Perspektif Rukyah dan Hisab Di Malaysia
- Justifikasi feqah kaedah rukyah dan hisab
- Penyelarasan takwim Hijri di Malaysia

–Penyusunan takwim Hijri Imkanur Rukyah

Maklumat Takwim Dalam Internet

- Data almanak
- Grafik an animasi fasa bulan
- badan2 kajian kenampakan anak bulan
(UDM, ICOP, Accurates Time)

Tugasan Data Amali/ Pembentangan data dan laporan
Amali Cerapan Anak Bulan
- ( 19 Oktober 2009, Isnin jam 5 petang – 10 malam)

Friday, July 10, 2009

Al-Hubb Story..


"Suatu ketika Syawal terlibat pembicaraan dengan gurunya….

Syawal mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: “Masuklah kedalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang". Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.

Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya bertanya, maka jawab syawal: “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”. Guru itupun berkata: “Itulah makna Cinta ”.


Lalu Syawal pun bertanya apa makna perkawinan. Guru pun menjawab: “Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pokok yg kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan”.

Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal dengan membawa pohon yng tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah. Gurunya pun bertanya, maka jawab syawal: “Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya.. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan …. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa merawatnya dan menjadikanya indah”.

Lalu guru berkata: “Itulah makna Perkahwinan”. Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tetapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih tidak satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergilir ke depan, yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.

Disakitkan-NYA kite sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cinta-NYA.
Disusahkan sedikit agar insaf namun segera di senangkan semula, itulah belaian-NYA.
Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasih-NYA.
Dipangil-pangil kepada-NYA, untuk meminta itu dan ini,
Tuhan amat melayani hambanya, tapi si hamba tidak peduli langsung!!



Thursday, July 9, 2009

Hati Dan Perasaan..



Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup
Yang lain akan terbuka tapi lazimnya
Kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama
Hinggakan kita tidak nampak
Pintu yang telah pun dibukakan untuk kita


Kawan yang paling baik adalah insan yang boleh duduk di dalam buaian
Dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
Dan kemudiannya berjalan pulang dengan perasaan
Bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah di alami
Memang benar kita tidak akan tahu
Apa yang telah kita punyai, sehinggalah kita kehilangannya
Dan juga benar kita tidak tahuApa yang kita rindukan, sehinggalah ia datang


Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup
Untuk membuatkan diri kita menarik
Percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat
Kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan
Dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia
Selalu bayangkan diri kita berada di dalam situasi seseorang
Jika kita terasa ianya menyakitkan kita
Fikirkanlah yang ianya mungkin menyakitkan orang lain juga


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya
Dalam memiliki segala yang terbaik
Kita hanya membuat yang terbaik di dalam hampir apa sahaja
Yang datang di dalam perjalanan hidup kita
Kebahagiaan terletak pada mereka yang menangis, terluka
Dan mereka yang telah mencari dan mencuba
Hanya mereka sahaja yang boleh menghargai
Kepentingan manusia yang telah menyentuh kehidupan mereka


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
Kehidupan lalu yang telah dilupakan
Kita boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
Sehinggalah kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam
Semasa kita dilahirkan, kita menangis
Dan orang di sekeliling kita tersenyum
Teruskanlah hidup ini supaya
Apabila kita mati nanti
Kita yang akan tersenyum
Dan orang di sekeliling kita pula yang akan menangis

Wednesday, July 8, 2009

Kenangan Terindah... Yang kekal abadi..

Sem baru dah bermula.. Maka berakhirla keseronokan bersama keluarga.. Hmm.. Sedih betul.. Tpi, cuti sem yang beru je berlalu, memberikan satu kepuasan pada su sebab banyak program yang berjaya dilaksanakan.. Alhamdulillah Allah permudahkan dan melancarkan perjalanan.. Dan dalam cuti tu jugakla dirancang holiday bersama family...

Orang kate merancang percutian dalam Malaysia itu lebih baik.. Itu kate2 orang Malaysia laa.. Xkan orang luar nak kate pulak kan.. Memang betul pun.. Cuti2 Malaysia dengan family.. Sebenarnya kat Malaysia ni banyak tempat menarik.. So, kite kene teroka keindahan di negara kite sendiri..
Time cuti hari tu, sempatla pusing2 Malaysia ni.. Ke Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, naik Genting Highland, ke Kelantan then last destinasi ke Terengganu.. Dah last2 minit nak balik U pun sempat lagi follow family pegi bercuti 2 hari.. Isy3.. Nak longgar skru kaki ni.. Hehe.. Xpe, kate orang, 'jauh perjalanan, luas pengetahuan' kan3...
Sekarang ni, dahpun kat U.. Hmm.. berat hati nak tinggalkan family.. Sedih ni.. Isk3.. Apepun, cita2 perlu dilunaskan.. Impian menanti di hadapan.. Dah bukak sem baru ni, kene bukak lembaran baru, buku baru dan segalanya baru. Tp impian, harapan dan cita2 masih kekal terpahat di minda..
Okay.. Nak rehat dulu.. Malam ni ade perjumpaan dengan adik2 junior yang baru masuk.. Salam perjuangan.. =)

Tuesday, July 7, 2009

Golongan Jin Iri Hati Dengan Ratu Balqis

Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.
Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aib pun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.

Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.

Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.

Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.
Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.

Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.

Firman Allah SWT: “Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13)

Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.

Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.

Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.
Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang melimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.

Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.

Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.” (Al-Qamar:54-55)

Friday, July 3, 2009

ANCAMAN AMALAN MAKAN YANG MEMBUNUH DI SEBALIK



Perihal dunia yang kemaruk dengan soal kejahatan, sama ada ia bernama Al-Qaeda, Saddam Hussein, senjata kuman atau gas beracun, ada pembunuh raya yang tidak disedari.

Anehnya pembunuh yang lebih besar lagi dahsyat itu bersifat 'berkecuali'. Ia terpapar pada laporan-laporan terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO).

Menurut kedua-dua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, bukan Aids atau malaria, kebuluran, kereta, merokok atau pengganas yang menjadi pembunuh terbesar. Sebaliknya tabiat makan kita adalah puncanya.

Laporan tadi menampilkan satu cabaran besar kepada pemerintah dan pengertian besar ke atas industri makanan di serata jagat.

Kini saja syarikat penyedia makanan terpaksa berdepan saman daripada mereka yang menjadi sakit. Antara penyedia makanan tadi ialah rangkaian restoran makanan segera yang terkenal daripada Amerika Syarikat, McDonald's, yang didakwa mengakibatkan pelanggannya menjadi gemuk.

Isu tadi mungkin kecil kerana ia melibatkan pelahap. Tetapi soal amalan makanan kini menjadi gugatan ke atas seluruh dunia. Amerika Syarikat, misalnya, berdekat dengan masalah runcing kegemukan. Negara-negara lain kini mula senasib dengan Amerika.

Teras masalah ialah 'orang ramai kian memakan hidangan yang sarat tenaga tetapi rendah khasiat serta kurang cergas,' kata laporan WHO.

Jadi ini bukan masalah orang kaya lagi. Penyakit-penyakit genting akibat pemakanan salah dan kegemukan kian berkembang pesat di negara sedang membangun. Ini begitu ketara di kalangan negara berpendapatan pertengahan dan menghadapi perubahan gaya hidup akibat perbandaran.

Antara penyakit genting tadi ialah kencing manis (diabetes). Ia turut menjejas negara seperti India, China dan Indonesia, terutama di kalangan penduduk kota.

Kebanyakan penyakit tidak berjangkit dikaitkan dengan isu makan dan gaya hidup. Terlalu banyak lemak, terutama lemak binatang, terlalu banyak garam atau terlalu banyak gula merupakan pembunuh utama, manakala unsur jahat yang sudah lazim diketahui ialah tembakau dan arak, melengkapi senarai punca penyakit-penyakit jantung, barah dan kencing manis.

Kurang bersenam memburukkan lagi keadaan. Salah makan merupakan sebab kedua selepas tembakau sebagai punca utama barah dan punca utama penyakit jantung dan kencing manis.

Tentulah para doktor sudah lama menasihatkan kita mengenai perkara-perkara ini. Cuma kita buat tidak tahu saja sebelum terkena.

Pihak penguasa kesihatan Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran mengenai kesan buruk kegemukan dan terlalu besar. Laporannya juga memberikan bukti baru betapa masalah ini menggugat seluruh dunia jika pemerintah-pemerintah betul-betul menghayati maksud amaran tadi. Kesannya pasti menjejas industri makanan.

Ini bukan lagi kes makanan lumayan atau cara hidup santai di kawasan bandar yang membawa padah. Dunia maju sudah sekian lama mengalami perbandaran dan amat kurang melaksanakan amalan bersama.

Tetapi laporan-laporan WHO dan FAO itu mempunyai kesan besar ke atas negara sedang membangun mengenai cara pemakanan yang bergula dan bergas, makanan segera dan makan cemilan, makanan tersedia dalam tin yang tinggi kandungan garam atau kesemua campuran tadi.

Dalam pada itu orang ramai kian kurang memakan sayur-sayuran segar atau bijirin yang tidak dikisar. Ini satu lagi kelemahan dalam tabiat makan manusia hari ini.

Laporan WHO dan FAO mengandungi saranan semasa mengenai matlamat khasiat dan kegiatan senaman, khususnya mengurangkan makanan yang padat bahan pemberi tenaga, tetapi lebih banyak makan sayur dan buah-buahan, serta bersenam
60 minit sehari.

Dua agensi tadi tidak mahu bertelagah secara langsung dengan industri makanan. Mereka memerlukan kerjasama industri ini demi melaksanakan perubahan.

Namun para penganalisis saham makanan berpendapat bahawa bakal berlaku kerugian besar pada syarikat makanan jika pemerintah kian serius dalam mengatasi isu-isu ini.

UBS Warburg Global Equity Research baru-baru ini mengutarakan laporan mengenai risiko yang dihadapi oleh syarikat makanan yang besar ekoran saman dan kempen pemerintah yang pernah menimpa industri tembakau.

Laporan tadi meninjau syarikat makanan yang melabur di seluruh jagat seperti Coca Cola, McDonald's, Cadbury, Schweppes, Unilever, Nestle dan Procter Gamble di segi kerentanan mereka terhadap kempen 'makan tidak sihat'.

Apakah kempen sedemikian mengakibatkan turunnya penggunaan produk mereka, sekatan atau iklan serta saman besar yang pernah menimpa pengeluar asbestos dan merugikan syarikat tembakau?

Terimalah hakikat: Kita perlu bimbang soal gaya hidup kita daripada Al-Qaeda.

Belilah pita untuk ukur perut kita jika perlu. Namun lebih baik makan sayur daripada dihidangkan nasi beriani saja atau makanan kaya lemak. - IHT.

Thursday, July 2, 2009

PEMERGIAN RASULULLAH


Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang metenteramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira’

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir, menutur kasih

Padamu umat, dan akhirat.

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya.

Tak terlafaz kata

Mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya.

Ya Rasulullah..

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah

Sesungguhnya kami merinduimu.


Wednesday, July 1, 2009

Kisah seorang polis wanita Amerika memeluk Islam


LINDA DELGADO, seorang anggota polis berpangkat Sarjan di Arizona, Amerika Syarikat. Beliau menerima hidayah Allah dan memeluk agama Islam ketika dunia digegarkan dengan isu keganasan. Ikuti kisah beliau bagaimana belia memeluk agama Islam dan suka duka pengalaman beliau.

LIMA tahun yang lalu, usia saya 52 tahun dan merupakan seorang Kristian. Saya bukannya ahli pada mana-mana gereja, tapi sepanjang hidup, saya sentiasa mencari kebenaran. Saya menghadiri banyak gereja dan belajar daripada guru-guru mereka. Semuanya tidak lengkap dan saya menyadari tiada apa yang benar melainkan Allah. Sejak usia saya 9 tahun saya membaca Injil setiap hari. Tidak dapat dikatakan, sejak sekian tahun lamanya, kerap kali saya mencari kebenaran yang hakiki.

Bertahun-tahun lamanya sepanjang pencarian saya untuk kebenaran, saya mempelajari beberapa ajaran agama. Lebih setahun lamanya saya belajar dua kali seminggu bersama seorang paderi Katolik, tapi tidak boleh menerima kepercayaan Katolik. Kemudian selama setahun saya mempelajari Kesaksian Jehovah dan juga tidak dapat menerima kepercayaan mereka. Saya menghabiskan masa hampir dua tahun bersama Mormon dan masih tidak menjumpai kebenaran. Saya pergi ke beberapa gereja Protestan, sesetengahnya selama beberapa bulan, cuba mencari jawapan pada persoalan saya.

Hati saya mengatakan Jesus bukannya Tuhan tapi adalah merupakan Nabi. Hati saya mengatakan Adam dan Hawa bertanggungjawab atas dosa mereka, bukan saya. Hati saya mengatakan saya mesti menyembah Tuhan dan tiada yang lain. Perasaan saya mengatakan saya bertanggungjawab atas usaha baik dan jahat saya dan Tuhan sesekali tidak akan menjelma menjadi manusia untuk memberitahu bukan saya yang dipertanggungjawabkan. Dia tidak perlu hidup dan mati sebagai manusia, kerana Dia ialah Tuhan.

Begitulah kedudukan saya, penuh persoalan dan memohon doa kepada Tuhan untuk pertolongan. Saya begitu takut menghadapi maut tanpa mengetahui kebenaran. Saya berdoa dan terus berdoa.

Saya menerima jawapan daripada paderi-paderi dan mubaligh-mubaligh mengatakan, “Ini ialah satu misteri”.

Saya merasakan Tuhan mahukan manusia masuk ke syurga jadi Dia tidak akan menjadikan ianya satu misteri untuk pergi ke sana, bagaimana untuk menguruskan kehidupan ini, dan bagaimana untuk mengenali Dia. Saya tahu hati saya menyatakan iaitu apa yang saya dengar selama ini tidak benar. Saya tinggal di Arizona, Amerika Syarikat dan pada usia 52 tahun belum pernah bercakap dengan orang Islam. Saya seperti kebanyakan orang Barat, telah membaca banyak melalui media mengenai Islam sebagai agama fanatik dan teroris, jadi saya tidak pernah mengkaji apa-apa buku atau maklumat mengenai Islam. Saya tidak tahu apa-apa mengenai agama tersebut.

PENEMUAN SAYA

Empat tahun yang lalu, saya bersara setelah berkhidmat selama 24 tahun sebagai pegawai polis. Suami saya juga pesara polis. Setahun sebelum kami bersara, saya merupakan seorang sarjan polis dan penyelia. Anggota polis seluruh dunia mempunyai ikatan yang sama, kita panggil sebagai Persaudaraan Penguatkuasa Undang-Undang. Kita sentiasa membantu antara satu sama lain tidak kira polis dari jabatan mana atau negara mana sekalipun.

Tahun tersebut saya menerima satu risalah yang memerlukan bantuan daripada sekumpulan anggota polis dari Arab Saudi yang datang ke Amerika Syarikat untuk belajar bahasa Inggeris di universiti berdekatan dan mengadakan latihan di akademi polis di bandar tempat tinggal saya. Anggota polis dari Arab ini sedang mencari rumah untuk mereka tinggal bersama keluarga angkat bertujuan untuk mereka mempelajari budaya Amerika dan mempraktikkan bahasa Inggeris yang mereka pelajari.

Anak lelaki saya membesarkan cucu perempuan saya sebagai bapa tunggal. Saya membantunya mencari rumah berhampiran rumah kami agar kami dapat menjaga cucu. Saya berbincang dengan suami saya dan kami bersetuju ada baiknya kita membantu anggota polis tadi. Ianya juga merupakan satu peluang untuk cucu saya mempelajari mengenai orang daripada negara lain. Saya diberitahu anak-anak muda tadi beragama Islam dan saya begitu tertanya-tanya.

Seorang jurubahasa dari Arizona State University membawa seorang pemuda Arab bernama Abdul untuk bertemu dengan kami. Kami menunjukkan kepada pemuda tadi bilik tidur dan bilik mandi yang dia akan guna apabila tinggal bersama kami. Saya terus sukakan Abdul. Perwatakannya yang baik dan menghormati orang memikat hati kami!

Kemudian Fahd dibawa ke rumah kami. Dia lebih muda dan pemalu, tapi seorang anak muda yang ceria. Saya menjadi tutor mereka dan kami berkongsi banyak pengalaman kerja kepolisian, mengenai Amerika Syarikat dan Arab Saudi, Islam dan lain-lain. Saya memerhatikan bagaimana mereka saling bantu membantu antara satu sama lain dan juga 16 anggota polis Arab Saudi yang lain yang datang mempelajari bahasa Inggeris.

Sepanjang tahun mereka di sini, saya menghormati Fahd dan Abdul yang tidak membiarkan budaya Amerika mempengaruhi mereka. Mereka ke masjid setiap hari Jumaat, menunaikan solat pada setiap waktu walaupun mereka keletihan, dan sentiasa berhati-hati apa yang mereka makan dan seterusnya. Mereka menunjukkan kepada saya masakan tradisional mereka dan mereka membawa saya ke pasar dan restoran Arab. Mereka begitu baik dengan cucu saya. Mereka sentiasa memberi cucu saya hadiah, berjenaka dan bersahabat. Mereka melayan saya dan suami saya dengan penuh hormat. Setiap hari mereka akan bertanya sekiranya mereka perlu membantu saya membeli barangan di pasar sebelum mereka pergi belajar bersama anggota polis Arab yang lain. Saya mengajar mereka bagaimana menggunakan komputer, dan saya melanggani akhbar Arab online dan mula membuat carian di internet untuk mempelajari lebih mendalam mengenai mereka, budaya mereka dan agama mereka. Saya tidak mahu melakukan perkara yang boleh menyinggung perasaan mereka.

Satu hari, saya menanyakan mereka jika mereka ada Quran lebih. Saya hendak membaca apa yang diperkatakan didalamnya. Mereka membuat permohonan daripada kedutaan mereka di Washington DC dan mendapatkan saya Quran terjemahan bahasa Inggeris, kaset-kaset dan risalah-risalah. Atas kehendak saya, kami mula berbincang mengenai Islam (mereka terpaksa bercakap bahasa Inggeris dan ini menjadi fokus sessi pembelajaran).

Saya mula menyayangi anak muda ini, dan mereka memberitahu saya bahawa sayalah orang bukan Islam yang pertama mereka mengajarkan Islam!

Setelah setahun, mereka menamatkan pengajian mereka serta latihan di akademi polis. Saya telah dapat membantu mereka dalam pengajian kepolisian, kerana saya pernah menjadi jurulatih polis. Saya mengajak ramai kawan-kawan polis mereka ke rumah saya untuk menyiapkan projek universiti dan mempraktikkan bahasa Inggeris. Seorang daripada mereka membawa isteri ke Amerika, dan saya diajak ke rumah mereka. Mereka begitu baik dan saya berbicara dengan isterinya mengenai pakaian Islam, wudhu dan perkara lain.

Seminggu sebelum “anak-anak angkat” saya pulang ke Arab Saudi, saya merancang untuk mengadakan jamuan makan malam dengan hidangan tradisional mereka (saya membeli separuh daripadanya kerana tidak tahu memasaknya). Saya membeli hijab dan baya (gaun panjang). Saya hendak mereka pulang mengingati saya memakai pakaian wanita Islam yang sempurna.

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

Sebelum kami mula hendak makan, saya mengucapkan dua kalimah syahadah. Anak-anak muda tadi menangis dan ketawa dan ia sungguh istimewa sekali. Saya percaya dalam hati saya, Allah telah menghantar anak-anak muda ini sebagai membalas jawapan saya dalam doa-doa saya selama ini. Saya percaya Allah telah memilih saya untuk melihat kebenaran pada cahaya Islam. Saya percaya Allah telah menghantar Islam ke pintu rumah saya. Saya memuji-Nya atas sifat keampunan, penyayang dan pengasih-Nya kepada saya.

PENGEMBARAAN SAYA DALAM ISLAM

Anak-anak angkat Arab saya pulang ke kampung halaman mereka seminggu selepas saya memeluk agama Islam. Saya amat rindukan mereka, tapi masih terasa gembira. Saya telah menghadiri masjid berdekatan tempat tinggal saya sebaik sahaja saya memeluk agama Islam dan mendaftarkan diri saya sebagai seorang Islam. Saya menjangkakan sambutan yang baik daripada masyarakat Islam tempatan. Saya menyangka semua orang Islam adalah seperti anak-anak angkat saya yang telah bersama saya setahun yang lalu. Keluarga saya masih dalam keadaan terperanjat! Mereka menyangka saya akan berpegang pada agama baru ini hanya untuk sementara waktu, menjadi tidak ketentuan, dan beralih ke agama lain, seperti mana yang saya lakukan sebelum ini. Mereka begitu hairan dengan perubahan pada kehidupan harian saya. Suami saya seorang yang serba boleh, jadi dia membeli makanan halal apabila saya katakan kita akan makan makanan halal dan menjauhkan makanan haram, dia setuju.

Perubahan seterusnya ialah mengalihkan semua gambar manusia dan gambar haiwan daripada semua bilik di rumah kami. Satu hari apabila suami saya pulang kerja dia mendapati gambar-gambar yang digantung di dinding sebelum ini, telah disusun dalam album. Dia hanya melihat tanpa sebarang komen. Seterusnya saya menulis surat pada keluarga saya yang bukan Islam dan memberitahu mereka keadaan saya dan menjelaskan bagaimana ianya tidak akan mengubah hubungan kekeluargaan. Saya menerangkan sedikit asas Islam. Keluarga saya tetap dengan pendirian mereka, dan saya meneruskan usaha belajar sembahyang dan membaca Quran. Saya menjadi aktif dalam kumpulan wanita Islam melalui internet dan ini memudahkan pembelajaran saya.

Saya juga menghadiri kelas asas Islam di masjid apabila saya tidak bekerja. Saya masih seorang sarjan polis ketika itu dan ianya adalah sukar – sebenarya mustahil untuk bertudung. Ini begitu menggusarkan saya dan amat saya bimbang. Hanya lapan bulan lagi dan saya boleh bersara, jadi saya membuat permohonan, lalu dibenarkan untuk bekerja tiga hari seminggu untuk saya membuat perancangan dan projek penyelidikan.

Enam bulan berlalu, muslimah di masjid tidak begitu mengendahkan saya. Saya merasa kecewa. Saya terasa seperti orang luar. Saya jadi keliru. Saya cuba bergiat aktif dalam komuniti bersama segelintir muslimah yang baik dengan saya. Saya tercari-cari mereka yang baik hati, setia kawan dan sikap yang baik yang ditelah ditunjukkan oleh anak-anak muda polis Arab pada setiap hari.

Saya melakukan banyak kesilapan di masjid, seperti bercakap di tempat sembahyang. Saya pergi ke majlis komuniti dan makan dengan menggunakan tangan kiri; saya menggunakan ‘nail polish’ dan telah dimarahi. Saya mengambil wudhu dengan cara yang salah dan dipandang serong. Saya menjadi lemah semangat.

Pada satu hari saya menerima bungkusan daripada kawan muslimah saya yang saya kenal melalui internet. Dalam bungkunsan tersebut terdapat beberapa abayas, hijabs, stokin sutera dan sekeping nota yang mengalu-alukan kemasukan saya ke dalam agama Islam. Wanita ini daripada Kuwait. Seterusnya seorang muslimah yang baik hati mengirimkan telekung dan sejadah yang dia buat sendiri. Wanita baik ini tinggal di Arab Saudi.

Saya menerima e-mel yang saya sentiasa ingat apabila saya terasa seperti orang asing. Nota dalam e-mel tersebut berbunyi: “Saya merasa gembira anda memeluk agama Islam, sebelum saya menemui ramai orang Islam”. Ini bukanlah penghinaan. Ianya adalah peringatan iaitu Islam itu sempurna dan kita sebenarnya orang Islam yang tidak sempurna. Sepertimana diri saya sendiri yang mempunyai kelemahan, begitulah juga saudara-saudara Islam saya yang lain.

Saya juga mula memahami apa yang saya percaya sebagai anugerah Allah pada umat Islam: iaitu persaudaraan dalam Islam.

Empat tahun berlalu, kehidupan saya berubah dengan begitu ketara. Keluarga saya telah menerima dengan rasa baik dan toleran yang saya adalah seorang Islam dan akan sentiasa berada dalam keIslaman. Segala puji bagi Allah yang telah menguji saya yang memeluk Islam dan berhadapan dengan keluarga yang berusaha untuk mengeluarkan saya daripada Islam.

Beransur-ansur, saya mendapat kawan setempat dan melalui ruangan siber, ramai kawan-kawan muslimah saya telah menjadi keluarga Islam saya yang membantu, mengasihi dan menjalinkan persahabatan. Penghujung tahun pertama saya memeluk Islam, saya telah jatuh sakit dengan penyakit yang membahayakan. Saya berpegang teguh pada tali Islam dan bersyukur dengan pemberian teh biji hitam dan air zam-zam serta doa daripada sahabat saya serata dunia.

Setelah keadaan kesihatan saya bertambah teruk saya menjadi lemah. Saya terpaksa memberhentikan kerja komuniti dan terpisah daripada komuniti Islam setempat. Saya berusaha keras dalam solat saya, menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan Arab, tapi tidak pernah putus asa. Guru yang mengajar Islam membuat beberapa kaset, dan sahabat saya membawanya ke rumah saya. Setelah dua tahun, saya telah belajar empat surah daripada Quran. Ini mungkin nampak sedikit pada kebanyakan orang Islam, tapi untuk saya ianya adalah suatu pencapaian yang besar. Saya belajar memahami ayat-ayat yang diucapkan didalam solat, perjuangan selama dua tahun.

Tahun ketiga keIslaman saya, saya terkena serangan sakit jantung dan terpaksa melalui pembedahan jantung. Ianya waktu yang begitu sedih untuk saya, kerana saya tahu saya tidak akan dapat menyentuh dahi saya ke lantai ketika solat, tapi akan selamanya terpaksa duduk atas kerusi untuk menunaikan solat. Pada masa inilah saya memahami kemudahan yang Allah berikan dalam ibadah. Bersembahyang secara duduk di atas kerusi adalah dibolehkan; tidak berpuasa apabila keuzuran adalah dibolehkan. Saya tidak merasakan keIslaman saya kurang apabila saya melakukannya dalam keadaan yang demikian.

Setelah menziarahi beberapa buah masjid, ianya adalah seperti Mini Bangsa-Bangsa Bersatu, saya dapat melihat beberapa kumpulan kecil di masjid yang terhasil mengikut bahasa dan budaya bukannya disebabkan oleh suka atau tidak suka pada seseorang. Saya merasa senang walaupun terdapat banyak perbezaan, saya sentiasa boleh mendapatkan ucapan “Assalamualaikum” dan senyuman.

Kemudian, saya mula berkenalan dengan mereka yang memeluk Islam seperti saya. Terdapat banyak persamaan antara kita – kami menghadapi ujian yang sama, seperti ahli keluarga yang bukan Islam, kesukaran menyebut perkataan Arab, terasa kesunyian pada hari perayaan Islam, dan tidak mempunyai ahli keluarga untuk berbuka pada bulan Ramadhan. Adakalanya keIslaman kami akan mengakibatkan sahabat lama kita yang tidak boleh menerima perubahan pada diri kita, atau disebabkan oleh aktiviti yang kita tidak dapat bersama dengan mereka yang bukan Islam seperti menari serta pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Apabila saya tidak berupaya melakukan khidmat komuniti, saya berusaha dengan cara lain untuk kebaikan komuniti Islam. Saya berterusan memohon pertolongan Allah dalam hal ini.

Pada satu hari, cucu saya mencadangkan agar saya menulis buku mengenai anak-anak angkat saya daripada Arab Saudi, Islam dan pengalaman keluarga saya dengan Islam. Saya membuat keputusan untuk menulis buku dan termasuk juga cerita mengenai sekumpulan gadis, Islam dan bukan Islam. Cerita tersebut termasuklah masalah yang dihadapai oleh anak gadis di sekolah dan di rumah dan saya akan menggunakan pengetahuan saya dalam Islam sebagai panduan untuk karektor dalam buku tersebut. Saya mula menulis beberapa siri buku yang dipanggil “Islamic Rose Books”. Saya membentuk kumpulan penulis wanita Muslim dan penulis aspirasi dan seterusnya terhasillah persatuan Islamic Writers Alliance (Perikatan Penulis Islam). Perikatan ini ialah organisasi antarabangsa yang memberi sokongan untuk penulis wanita Islam dan penulis aspirasi. Matlamat utama kami ialah untuk mempromosi hasil kerja kami kepada para pembaca dan penerbit.

Saya juga membuat keputusan untuk membantu dua Tabung Makanan Islam dengan cara membantu mereka membuat pangkalan data yang digunakan untuk tujuan inventori, pelanggan, dan untuk menghasilkan lapuran yang diperlukan untuk tujuan penajaan serta pembiayaan. Saya juga membuat keputusan iaitu saya akan membelanjakan sebahagian besar keuntungan hasil jualan buku tersebut untuk membeli buku dan ditempatkan di perpustakaan kanak-kanak. Saya dapati banyak perpustakaan yang mempunyai banyak ruangan kosong ditempat buku kanak-kanak Islam.

Banyak lagi yang saya perlu pelajari mengenai Islam. Saya tidak pernah jemu membaca Quran dan saya gemar membaca kisah-kisah mengenai tokoh-tokoh Islam yang unggul. Apabila saya merasa ragu-ragu dalam sesuatu perkara, saya akan merujuk pada sunnah Rasul s.a.w. Saya akan melihat bagaimana Baginda saw akan bertindak dalam sesuatu situasi dan saya akan menjadikannya sebagai panduan.

Pengembaraan saya dalam Islam akan berterusan, dan saya sentiasa mengharapkan pengalaman-pengalaman baru. Saya bersyukur kepada Allah atas sifat keampunan-Nya dan sifat penyayang-Nya

The Number Seven in the Holy Quran


The first time the number seven is stated in the Quran is in the verse when God Almighty said: “Then He turned to the heaven, and made them into seven heavens. And of all things he hath perfect knowledge” (Quran Surah Al-Baqarah 2:29).

And the last time the number seven is stated in the Quran is in the verse: “And We have built above you seven strong (heavens)” (Quran Surah Al-Nabaa 78:12).
Now look at the following facts:

When we count the number of Suras from the Quran Surah 2, where the number 7 is stated for the first time, to the Quran Surah 78, where the number 7 is stated for the last time, we find that there are exactly 77 chapters, and this number is a multiple of seven.

When we count the number of verses from the verse (2:29), where 7 appears for the first time, to the verse (78:12), where 7 appears for the last time, we find that there are exactly 5649 verses, and this number is also a multiple of seven.

When we count the number of verses from the beginning of Quran Surah Al-Baqarah 2 (2:1), where 7 appears for the first time, to the end of Quran Surah An-Naba 78 (78:40), where 7 appears for the last time, we find that there are 5705 verses, and this number is also a multiple of seven!

The question now is: Is it a coincidence that the number of Suras is a multiple of seven, and the number of verses is also a multiple of seven, in verses that are talking about the number seven?! (Those are Miracle of Quran or Miracle of Islam)
Related Posts with Thumbnails