Thursday, December 31, 2009
3 soalan, berjawapan penampar..
Ada seorang pemuda yang lama bersekolah di negeri Syam dan telah kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah dia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
“Anda siapa? Dan adakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya.
“Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama.
“Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang pintar yang lain tidak mampu menjawab pertanyaan saya.”
Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”
Pemuda bertanya, “Saya mempunyai 3 pertanyaan:
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata, “Kenapa anda marah kepada saya?”
Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.
“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu.
Guru Agama bertanya, “Bagaimana rasanya tamparan saya?”.
“Tentu saja saya terasa sakit”, jawab beliau.
Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”.
Pemuda itu mengangguk tanda percaya.
Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!”
“Tak boleh”, jawab pemuda.
“Itulah jawapan pertanyaan pertama: Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama. Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”.
“Tidak” jawab pemuda.
“Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?”
“Tidak” jawab pemuda.
“Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Tangan yang saya gunakan untuk menampar anda diperbuat daripada apa?”.
“Kulit”. Jawab pemuda.
“Pipi anda diperbuat dari apa?
“Kulit “ Jawab pemuda.
“Bagaimana rasanya tamparan saya?”.
“Sakit.” Jawab pemuda.
“Walaupun Syaitan dibuat daripada api dan Neraka dibuat daripada api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.
Tuesday, December 29, 2009
Keistimewaan Wanita...
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia" .
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah SAW di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila kedua ibu bapamau memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Memiliki tak semestinya menghargai apa yang dimiliki,
Tetapi Menyayangi pasti akan Menghargai apa yang disayangi
walaupun tak Memiliki...."
Saturday, December 26, 2009
Karnival Ria Selangor menarik..
Setelah berhari2 xkeluar langsung rumah.. Akhirnya penulis buka planning untuk ke Karnival Ria Selangor di Stadium Shah Alam bersama adik2..
Penulis ingat biase je.. Rupenye jangkaan tersasar.. Menarik sangat.. Xpuas jalan.. Macam2 ade kat sane dan boleh manambahkan ilmu pengetahuan.. Tu yang penting.. Ade pameran pertanian, penternakan binatang, haiwan peliharaan dan macam2 lagi.. Penulis xnak menulis panjang hari ni.. So, penulis paparkan gambar di bawah ni sebagai pengganti story..
Tuesday, December 22, 2009
Warkah Buat Adam..
Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adamku....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam,
Nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang di waktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja.
Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini..
Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....
Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...
Dengarlahlah...
Ikhlas dariku..
Sunday, December 20, 2009
Alahai Adikku..
Hari ni ‘ter’rajin nak buat dialog.. Petang td penulis saje nak menyakat adik penulis yang masih lagi berusia 3 tahun.. Sebelum ni semua penulis layan je ape yang die nak.. Almaklumla adik bongsu.. Hari ni penulis nak test biar die buat sendiri.. Penulis nak jadi pemerhati je.. Sambil perhati tu, banyak pulak adik penulis ni bercakap itu ini.. Mencuit hati penulis.. Jom kite berdialog..
P : (penulis)
W : (wafi)
P: Wafi, mandi cepat.. dah nak maghrib ni.. nanti nak ngaji..
W: Okkay.. Akak, bukakkan baju.. Nanti akak mandikan wafi, wafi nak gune sabun yang wangi tu tau
kak..
P : xde, wafi kene mandi sendiri harini.. akak nak tengok wafi buat sendiri smua.. ok..
W : Alaa.. akak nii.. nak mandikan pun xboleh.. (
P : Dah, masuk toilet cepat.. Akak tunggu kat bilik.. nanti ambik baju kat akak..
W : Ok.. (dengan lemah sekali sambil buat muke merajuk)
Dah siap mandi dan complete pakai baju.. Mulela die nak itu, nak ini.. Nak touch up diri la kononnya.. Penulis perhati je die ke hulu, ke hilir.. Last2 datang ke bilik penulis..
W : Akak, sikat mane akak?
P : Laa, cari sikat ke.. (tergelak penulis) Ambik kat dalam box tu..
Die pun ambil sikat sambil panjat kerusi nak bersikat depan cermin.. Sat
W : Akak, tengokla rambut wafi niii.. (sambil buat memek muke)
P : Knape pulak..
W : Xnaaakk.. Wafi nak buat rambut yang tajam2 macam Dragon Ball tuu.. Akak buatkan jap..
P : Ok.. Tapi wafi janji ngan akak.. akak nak kiss 4 kali.. Dh hensem, wangi baru kiss akak tau..
W : Okkay (sambil mengenyitkan mate die)
P : (penulis tersenyum) Pegi ambik minyak rambut.. Meh akak buatkan..
Penulis pun layanla.. Touch up rambut die sampai die puas hati.. Nak sangat rambut
W : Haa.. ok dah kak.. (sambil senyum dan tunjukkan tanda good di tangan)
W : Akak nak bedak wangi..
P : Ambik kat tempat biase tu..
Die pun pegila ambik bedak.. Penulis terus memerhati die mengusap bedak di muka…
W : Akak, putih sangat ke kak kat hidung wafi ni…
P : Dah ok dah tuu.. xputih pun.. Haa.. mane janji wafi tadi..?
W : Alaaa… wagfi ingatla janji wafi tadi tu kak..
Lepas je letak botol bedak, die terus datang kiss penulis.. sambil peluk..
W : Okay kak.. wafi dah kiss cukup 4 kali
P : Wangi dah adik akak nii..
W : Akak, nak bukak laptop boleh? Nak tengok upin pastu wafi nak main game..
P : Aii, bace iqra’ dulu.. baru boleh buat yang lain.. Tunggu akak nak solat jap..
W : Uppss! Wafi lupelaaa.. (sambil tersengih) Ok kak.. Akak solat dulu.. Wafi tunggu kat belakang akak..
Lepas penulis ajar die bace iqra’, die pun melayan feeling die dengan cite upin & ipin..
Alahai adikku.. Boleh pulak buat sendiri.. Sebelum ni boleh je lakukan sume.. Tp time penulis balik tibe2 berubah plak.. Terus jadi xreti nak buat.. Saje je nak buat perangai.. Time penulis balik Universiti, boleh pulak die buat sume tanpa bantuan parent or sesape....
Itulah karenah adikku.. Tanpa die sehari kat rumah ni xterhiburla.. Dialah yang menceriakan suasana.. Dialalah yang mengubat kesepian penulis.. Dialah yang membuat penulis tersenyum.. Dialah yang membuat penulis gembira.. Diala yang membuat penulis seperti kanak-kanak bila melayannya.. Dialah adikku tercinta..
Thursday, December 17, 2009
Wednesday, December 16, 2009
Bila Rasulullah di hadapan rumah kita dengan senyuman Baginda..
ااسلام عليكم ورحمةاللّه وبركته
Sahabat yang dikasihi Allah..
Buat renungan dan tatapan kita bersama…
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul
mengetuk pintu rumah kita….
Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita, Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan rasa sangat bahagia yang tidak terucap dengan kata.. Dan memeluk beliau erat-erat lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dan berharap sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Beliau tentu akan tersenyum....
TAPI……
Barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat Video CD rated 18xxx yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.
Beliau tentu tetap tersenyum........
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita saparuh telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..
Beliau tetap tersenyum……
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di belakang pimtu dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Beliau tetap tersenyum.......
Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lalai mengajari anak-anak kita.
Beliau tetap tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi mengenali anggota Power Rangers atau Ninja Turtle atau lain-laim.
Beliau tentu tersenyum…..
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.
Beliau tetap tersenyum........
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.
Beliau tetap tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib, keluarga kita masih sibuk di hadapan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur'an. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal jiran tetangga kita.
Beliau tetap tersenyum.......
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari melewati di hadapan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya tentang nama dan alamat tukang menjaga masjid di kampung kita.
Betapa senyum beliau masih ada di situ........
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita......
Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana kerana hal itu akan membuatkan kita sangat kalut dan malu.
Maafkan kami ya Rasulullah.....
Masihkah beliau tersenyum?
Senyum pilu, senyum sedih atau senyum getir......?
Oh!!! Betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah....
Nabi tersenyum saja..
Tapi lukakah baginda?
Andai baginda terluka.. ke syurgakah kita?
Renungkanlah..... Tanya diri sendiri...
p/s: Untuk menyelami “RIWAYAT HIDUP RASULULLAH” atau “SAAT-SAAT BAGINDA WAFAT, klik di sini..
Monday, December 14, 2009
Melangkah ke Johor dan Melaka..
12 hb... Hari ni banyak tempat yang dah diaturkan.. Melaka, Johor dan Kulai.. Actually trip ni bagi memenuhi jemputan walimah kat Johor dan Melaka.. . Tahniah atas perkahwinan sahabat2 sekalian.. Semoga berbahagia dan dalam rahmat Allah senantiasa..Kulai pulak pergi untuk ziarah adik kepada ayah kat Golf Club.
Alang2 dah berada di sana, kesempatan diambil untuk cuti2 Malaysia juga dengan family.. Oklah, penulis xnak bercerita panjang.. Ada beberapa gambar menarik yang sempat penulis snap.. So, penulis attach kat sini..
Gambar kat bawah ni tempat menjual barang2 perhasian.. Dari jauh nampak meriah dengan barang2 yang cukup menarik perhatian penulis.. Jd, penulis pun ajakla parent singgah kejap.. Hee~
Penulis try angkat pistol dalam frame tu..
Sungguh berat.. Harga pun berat..
Friday, December 11, 2009
Masih adakah seperti yang kufikir....?
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir..
~bila hatiku berbicara dan berbisik~
Tuesday, December 8, 2009
Bimbingan DIA..
Kadang2 perjuangan adalah sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita
Jika tuhan membiarkan kita hidup
Tanpa ranjau dan perjuangan
Kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian
Kita mungkin tidak kuat untuk
Menghadapi rintangan bagi mencapai Cita- cita dan harapan yang kita idamkan
Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Kita memohan kekuatan dan keteguhan hati…
Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita cekal dan kuat
Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi kita pelbagai persoalan hidup
Untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.
Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan
memberi kita akal dan tenaga
Untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.
Kita memohon cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang- orang bermasalah
Untuk diselamatkan dan dicintai.
Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan2 yang silih berganti.
Begitulah cara Tuhan membimbing kita…
Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan,
Bererti bahawa kita tidak mendapat segala yang kita inginkan?
Kadang- kadang Tuhan tidak memberi apa yang kita minta,
Tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita,
Kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya,
Bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan,
Padahal itulah yang terbaik untuk kita.