.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, May 1, 2010

Soalan 1: KASIH SAYANG dalam ISLAM..

Sepertimana yang penulis janjikan, penulis akan menjawab segala soalan yang dihantarkan kepada penulis sepanjang penulis dalam final exam lepas. Cuma penulis memerlukan sedikit masa untuk merungkai segala persoalan. Ini adalah soalan pertama yang penulis akan jawab. Semoga penjelasan ini akan memuaskan.

Apakah yang kita terbayang andai kita terbaca perkataan ‘KASIH SAYANG’? Sudah tentu kita akan gambarkan perasaan cinta mencintai. Bukankah begitu? Ok, mari kita lihat sedikit kupasan megenai kasih sayang..

Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan.. Penulis percaya, setiap insan mahu diri mereka disayangi kan? Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai.. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat..

Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:

“Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri.”

Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar, dengan penuh rasa simpati dan kasih sayang yang amat mendalam.. Sifat pengorbanan juga jelas kelihatan di kalangan para sahabat yang sanggup berkongsi apa jua kesenangan dan kesusahan di kalangan mereka… Inilah faktor utama kewujudan sebuah masyarakat dinamik yang muncul di tengah Kota Madinah, walaupun kota tersebut sebelum ini diselaputi dengan prasangka buruk dan kebencian sesama Arab Madinah.. Malah ia juga dapat meningkatkan taraf dan kedudukan masyarakat Arab Madinah yang sebelum ini hanya bekerja sebagai petani dan peladang, kepada suatu kedudukan yang dihormati. Peranan orang Muhajirin yang banyak berkongsi pengalaman dan kemahiran juga telah membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan masyarakat Kota Madinah. Itulah besarnya kuasa kasih sayang yang dipupuk dalam Islam..

Jelaslah bahawa Rasulullah s.a.w dapat menyusun masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama dengan konsep kasih sayang dan tolerensi yang telah membawa satu kekuatan yang utuh. Kota Madinah pernah diserang oleh musuh, namun dengan semangat kerjasama dan pengorbanan yang tinggi, dapat ditangkis segala serangan tersebut. Kalau sebelum ini Kota Madinah telah dikuasai ekonomi dan maruahnya oleh orang Yahudi, maka kehadiran Muhajirin telah membantu umat Islam ketika itu meningkatkan taraf hidup dan pemikiran mereka untuk berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh… Akhirnya ladang dan harta orang Ansar yang tergadai ke tangan orang-orang Yahudi itu telah dapat mereka tebus kembali. Mari kita lihat sabda Baginda Rasulullah:

“Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain.”

Apabila kita meninjau akan kelemahan kita masa kini serta perpecahan yang berlaku ke atas umat Islam, puncanya ialah kita tidak lagi meletakkan semangat kasih sayang dalam pergaulan kita seharian.. Apa akibatnya? Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat dan negara Islam itu sendiri.. Bukankah perkara sebegini amat menguntungkan musuh-musuh Islam, lagi memudahkan mereka merampas hak dan tanah air kita dengan cara memperalatkan sesama kita? Ayuh, bukalah mata.. Ini tanah air kita.. Ini maruah agama kita.. Pertahankan!

Masyarakat yang kita harapkan ialah sebuah masyarakat yang penuh dengan semangat kasih sayang serta kerjasama, dapat mengembalikan maruah dan kekuatan perpaduan sesama Muslim. Apa yang penting ialah nilai-nilai kasih sayang perlu diberi perhatian utama dalam pembentukan sahsiah Muslim, seterusnya diserap dalam keluarga dan masyarakat kita.

Sifat-sifat keji yang menjurus kepada kebencian hendaknya kita hindari dari terus tersemat di dalam masyarakat kita. Antara sifat buruk itu ialah suka mencaci sesama Islam, mengadu domba, membuat fitnah dan sebagainya. Ini ternyata akan merugikan kita kelak dan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri melarang sifat buruk tersebut. Baginda dengan tegas telah menyatakan di dalam sabdanya:

“Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk.”(Riwayat Tarmidzi)

Akibatnya lahirlah satu gerakan yang bermula dari individu, seterusnya menjadi satu golongan yang besar yang membawa kepada rasa kebencian sesama kita demi kepentingan individu tertentu.. Maka ketika itu amat mudahlah musuh mengeksploitasikan orang Islam untuk kepentingan mereka. Maka jatuhlah kerajaan dan negara umat Islam.. Masihkah kita terleka dengan keadaan ini? Masihkah kita dibuai mimpi yang indah?

Oleh itu marilah kita bersama-sama dengan semangat KASIH SAYANG yang pernah menjanjikan kebahagiaan kepada kita dan melupakan segala kesengsaraan… Biarlah kita semai diri setiap kita dengan hati yang jujur lagi ikhlas, dengan ajaran yang murni.. Semoga berkekalan hingga ke generasi anak cucu kita seterusnya. Banyak tanggungjawab kita yang belum selesai dan sesungguhnya kebencian tidak pernah menjanjikan kebahagiaan kepada sesiapa pun..

Sebagai keseluruhan kesimpulan penulis, kasih sayang membentuk jiwa dan hati kita supaya menjadi halus dan suka kepada kedamaian dan kesejahteraan. Semoga semangat itu terus menjadi teras pembina akhlak kepada kita semua.. Biarlah cerita dan andaian ke arah kebencian antara kita dihentikan. Semoga tidak merosakkan hati kita dan pelapis2 kita yang akan datang..

Amal yang terbaik adalah seperti Nabi Muhammad SAW,
yang menjanjikan jaminan hidup dunia dan akhirat,
Aturlah hidupmu dengan sunnah Rasulullah SAW,
Sinarilah hidupmu dengan ayat suci Al-Quran,
Cergaskan badanmu (zahir dan batin) dengan solat,
Didiklah akalmu dengan memperbanyakkan berfikir tentang kebesaran Allah SWT...

Semoga kita semua dalam kasih sayang Allah…

Hari Private dn berfikir..

Pagi ni.. Awal2 pagi sudah keluar ke town sebab hantar kawan ke hentian bas.. Tapi hari ni terasa sesuatu ada dalam diri.. Sukar untuk diungkapkan.. Sukar untuk ditafsirkan.. Selepas hantar sahabat, terus penulis bawa diri..

Lonely.. I’m lonely.. Bukan sebab apa, tapi sengaja penulis yang membuat diri lonely.. Harini b’fast and lunch kat KFC.. Bukan dgn kawan, bukan dgn sahabat, bukan dengan sesiapa.. Tapi hanya penulis seorang.. Sambil itulah membuatkan pnulis terfikir banyak perkara.. Ya, banyak perkara dalam mind..

Harini juga penulis off handphone sepanjang hari.. Maaf kawan2 yang call penulis dan sms penulis tp tanpa reply.. Penulis x on handphone.. Hanya handphone khas untuk family je yang penulis on.. Hrini juga penulis x online, x on facebook, x bukak blog.. Segala aktiviti harian yang penulis lakukan, penulis sekat harini.. Penulis mahu privatekan diri untuk seketika.. Penulis tinggalkan aktiviti harian seketika.. Penulis tingalkan orang2 sekeliling yang penulis sayang seketika..

Tiada siapa yang tahu ke mana penulis pergi harini.. Tiada siapa yang tahu tujuan penulis.. Bukan merajuk, bukan marah, tapi penulis nakkan satu ruang untuk diri.. Adakala kita perlu mencari satu masa untuk merenung, untuk mencari diri.. Siapakah diri kita sebenarnya.. Adakah selama ini kita hidup dengan diri kita sendiri.. Di mana tahap kehidupan kita.. Di mana kita berada sekarang.. Apa arah tujuan kita.. Apa yang kita nak capai dalam hidup.. Apa yang diperlukan dalam hidup sebagai seorang hamba Allah.. Semua itu muncul dalam fikiran penulis..



Selepas b’fast and luch di KFC, penulis drive balik.. Inilah kali pertama selama berada di Terengganu penulis drive sendirian dan keseorangan tanpa teman.. Sebab…? Sebab penulis nakkan privacy sementara.. Penulis bercadang nak ke satu tempat yang sungguh tenang.. Dalam perjalanan, masih lagi berfikir.. Terfikir.. dan memikir.. Sehingga sampai di satu kawasan masjid, penulis lihat ramai orang.. Penulis berhenti seketika.. Sangkakan ada sesuatu yang berlaku.. Rupanya golongan tua yang baru habis dari menghadiri kuliah agama.. Mereka saling bersalaman.. Mereka saling bertanya khabar.. Penulis hanya merenung dari dalam kereta.. Sungguh syahdu melihat panorama sebegini.. Adakah kelak diriku akan istiqamah untuk menjadi tetamu Allah sebegini..? Adakah diriku akan menjalani kehidupan hari2 tua seperti mereka..? Kehidupan yang penuh dengan aktiviti2 ke arah mencapai keredhaan Allah.. Adalah? Adakah? Adakah? Masih belum menemui jawapan yang pasti… Please hold my hand Ya Allah..

Penulis meneruskan perjalanan.. Sampai di satu traffic light yang agak lama perlu menunggu.. Penulis tertoleh kae kanan penulis.. dan penulis melihat seorang baby dalam kereta yang sangat comel sedang melihat ke arah penulis.. Penulis senyum dan menggamitkan tangan ke arah baby tersebut.. Bila lihat baby tersebut kembali ketawa dan terlonjak riang, penulis terhibur dalam kebahagiaan.. Kembali membuatkan penulis teringat pada satu gambar di facebook, di mana seorang baby yang dikelilingi oleh sekumpulan pengganas sambil menghalakan senapang ke arahnya.. Ianya berlaku di Palestin.. Menyayatkan hati dan menyentuh hati penulis.. Apakah jaminan nyawa baby tersebut? Wajahnya yang suci bersih tidak dinodai sebarang dosa perlu berhadapan dengan kekejaman dunia yang rakus.. Kekejaman nafsu manusia yang tiada perasan kasih sayang.. Kita di sini penuh keamanan.. Dilahirkan dalam kedaan yang cukup selesa dan penuh kemewahan.. tapi di sana, lahirnya mereka di muka bumi, belum tentu akan teruskan perjalanan sesaat akan datang.. Mereka dihujani kekejaman.. Mereka dihujani bahaya.. Masihkah ada hari esok untuk mereka..?

Apakah nasib yang menanti anak kecil ini?
Allah lebih kasihi dia..


Penulis masih meneruskan perjalanan.. Tiba2 dj radio memutarkan sebuah lagu yang menyentuh hati penulis.. ‘kenangan terindah’ oleh samsoons.. Lagu itulah membuatkan penulis terkenang banyak memori.. Lagu itulah yang menjadi kegemaran penulis dari dulu sehingga sekarang.. Cuma jarang didengari.. Hampir suku lagu itu diputarkan, penulis didesak perasaan sebak.. Sebak sangat.. Ya Allah, ujian apakah ini.. Terasa sungguh berat.. Penulis tidak dapat focus dalam pemanduan. Terus penulis berhentikan kereta di tepi jalan, bawah pohon berhampiran pantai.. Sebak.. Ya Allah, mohon Engkau tabahkan hatiku dalam liku2 kehidupan.. Saat itu, penulis perlu mencari sesuatu.. Sesuatu yang dapat memujuk hati ini dan memberikan ketenangan dalam sendu.. Dalam mind hanya terbayang my mum… Ya, my mum.. hanya dia yang perlukan saat itu.. Dialah yang memahami hati ini.. Sejenak penulis mencari ketengan, mencari diri dalam keindahan Ilahi.. Penulis percaya Dia bersama penulis.. dan Dia mendengar suara hati penulis.. Dialah kekasihku setiap saat..

Puas penulis menelaah diri.. Puas penulis menatap keindahan ciptaan Ilahi.. Puas penulis mencari ketenangan.. Puas penulis berbicara bersama Dia.. Penulis perlu pulang.. Teringat pada janji meeting pula petang itu..

Terima kasih Ya Allah kerana memberi ruang dan keizinan pada diriku untuk berbicara bersamaMu.. untuk mencari diri.. Untuk menjauhkan diri dari kehidupan yang penuh cabaran sementara.. untuk mencari ketenangan.. Untuk memencilkan diri seketika.. Terima kasih Ya Allah.. Diriku dapat merasakan kelazatan tersebut..

Dalam kesamaran waktu
apabila ketenangan menyapa diri
baru minda menyngkap rahsia NIKMAT Allah..
di manakah diriku ketika itu?
di waktu diriku di awangan dalam mencari realiti kehidupan...
yg sememangnye x kekal... xkan kekal..

Dalam intipati kembara perjalanan...
dugaan pasti menyapa.. pasti..
sambil memberi satu persoalan..
kepada siapa dirimu berharap?
bru tika itu diri ini tersentak...
jasad bagai dicabut nyawa...
kembali berfikir mencari cahaya..

Tunjukkan aku ke jalan yang diredhaimu Ya Allah..
Pimpinlah diriku dalam meniti titian duniaMu
menuju ke negeriMu yang kekal..

Friday, April 30, 2010

~Hatiku tertinggal di laut~

Alhamdulillah petang tadi tercapai hasrat nak pergi cari ketenangan di laut.. Turut serta bersama penulis adalah dari kalangan sahabat bloggers jugak.. So, bolehla penulis create 'aktiviti bloggers' kan3.. dan 2 orang sahabat penulis lain.. Sangat rilex dan enjoy bersama kenakalan2 mereka.. Keriuhan mereka.. Menceriakan hati ini.. Thanks frens.. ^_^

Melepaskan segala bebanan dan tekanan di sana.. Betul, melihat keindahan Allah dapat mencipta kedamaian di hati.. Sungguh tenang penulis rasa.. Sesiapa yang meragui statement ini, sila cuba sendiri.. Di sana penulis dapat lihat bumi Allah yang terbentang luas.. Yang tiada penghujung.. Terasa hina diri bila berada bersama buih2 lautan dan ombak yang menderu.. Diri ini hanya sebutir pasir.. Sedangkan kekuasaan Allah, ilmu Allah tidak terkira banyaknya.. Bila melihat ombak yang terhempas di pesisiran pantai, terfikir bagaimana pergerakan ombak yang terhempas, ke mana air bila surut dan dari mana air bila pasang.. Bila lihat matahari terbenam, sunguh takjub dengan keindahan ciptaan dan kekuasaan Allah.. bagaimana Allah mengatur semua.. Segalanya dengan kekuasaan Allah.. Kun fayakun.. Itulah tanda kebesaran dalam penciptaan Allah.. Nyata.. Thanks Allah.. Thanks.. Hati ini telah tertinggal di laut.. Telah ditengelami arus2 ombak yang berhempas.. Hati ini masih di lautan.. Masih..

Dan…
Khabar paling gembira dari laut
Diriku melihat DIA dalam keindahan!
Subhanallah..

Penulis xnak menaip panjang untuk entry kali ni.. Memandangkan entry tadi pun dah panjang.. Lagipun masih dalam kepenatan.. So, penulis nak attach gambar je..







Kadangkala kita sering mencari,
Sedangkan kekeliruan telahpun berjawab,
Kadangkala kita berlari,
Sedangkan realiti sudahpun pasti,
Kadangkala kita memikirkan erti sebuah kehidupan,
Sedangkan alam kekal kita abaikan,
Tanyalah diri,
di bumi nyatakah kita berdiri?

I wanna love in the dark
I close my eyes
To all the signs
You put in my way
I walked the day
Further and further away from You
Allah...
You brought me home
I thank You
With every breath I take..

Penulis kembali bersama FREEDOM.. ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua readers, sahabat2 yang dirindui.. Rindu. Rindu! Yes.. Rindu.. ^_^ Penulis terlalu rindu untuk kembali ke dunia blog.. Sudah lama dipendam.. Tapi dek penulis sudah meletakkan tekad dan azam sejak bermulanya study week sehinggalah penulis habis exam, penulis xkan menulis untuk blog.. Xkan.. Jadi, penulis terpaksala pegang pada azam tu walaupun kerinduan yang amat sangat.. Seteleh dikira2 sehingga x cukup jari kaki dan tangan, sudah hampir sebulan penulis x masuk ke dunia blog ni kan.. Adakah itu satu rekod yang paling lama..? hihi..

Alhamdulillah hari ni berakhirnya final exam.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun ada dugaan dan cabaran getir yang menimpa.. Itu semua tarbiah dari Allah.. Itulah ‘jentikan kasih sayang’ dari Allah.. Terima kasih dan tahniah kepada sahabat2 perjuangan yang bersama2 menempuh kegetiran.. Semoga kita semua berjaya kan.. :-)

Ok.. Sebenarnya masih penat lagi.. Penat berhadapan dengan exam.. Tapi semangat nak berblog ni yang menolak diri penulis untuk berada di hadapan laptop… Yes, semangat! Semangat ditambah dengan kerinduan dan gian nak menulis sama tu.. hee.. Masa melalui hari2 berhadapan dengan exam, time tu la macam2 kita nak buatkan.. Didesak oleh macam2 perkara nak lakukan.. Time exam la nak settle segala masalah.. Time exam la peraaan nak melayan lagu Maher Zain itu naik ke graf tinggi.. Time exam la adik2 n sepupu2 ajak chatting.. Time exam la segala urusan cousins nak masuk U baru nak cari penulis, time free x timbul plak.. Time exam la adik selalu call ajak borak itu ini.. Time exam la family ajak pegi sana sini (masa balik rumah).. Time exam la kerap pulak bukak facebook bersua dgn kawan2 lama.. (Mentang2la kawan dari U lain cuti).. Dugaan.. Time exam la family mintak buat plan holiday.. Hee.. Betul2 cubaan laa..

Tapi yang x bestnye.. Time exam ni laa banyak kena menahan diri dari melakukan perkara2 yang selalu dilakukan.. Tidak suka.. tidak suka.. Time ni la kene ‘puasa’ dari bergayut ngan my lil bro, kena ‘puasa’ bergayut ngan my mum.. Nak call or adik call blh, tapi limit 15 minit je.. Berbanding dgn sebelum2 ni biasa memakan masa sejam paling kurang pun.. Mesti pihak celcom sana pelik kan, kenapalaa minit dalam bil penulis bulan ni rendah2 je.. Slalunya melonjak naik tinggi minit2 cakap tu.. Pelikkah..? Meh sini penulis jawabkan.. Sebab bulan ni penulis final.. Hehe.. Err.. cakap pasal bil..? Alamak! Segala bil-bil bulan ni penulis xpegi bayar lagii..! Terlupa la pulak.. Inilah gara2 si exam.. Hee~ Bila nak gi bayar ni.. Time exam ni la bersara dari membuat skrip buku.. Tu pun da last paper penulis buat jugak.. hee.. Time exam ni la kene slow dari surfnet, explore sana sini.. Dalam keadaan slow tu pun, satu hari ni penulis terjumpa satu web yang menjual pakaian abaya.. Butik online.. Sungguh teruja untuk explore pakaian arab kat butik tu.. Tapi, masa menghimpit.. Harini barula penulis lepaskan perasaan yang menggamit nak explore.. Tersangatla menarik.. Itulah yang penulis cari2.. Kini dah ditemui.. Yes, penulis dah temui! Sape2 yang nakkan pakaian arab (abaya) bolehla layari web ni.. Butik Abaya..

Ok, lupakan pasal butik tu dulu.. Lepas ni readers boleh layari web tu.. Seperti yang penulis janjikan, segalala persoalan2 yang diajukan pada penulis, akan penulis jawab satu persatu.. Tapi dalam entry yang berlainan.. Kebanyakan soalan yang penulis dapat dihantar ke emel penulis terus.. InsyaAllah penulis akan jawab semua ye sahabat.. Mungkin mengambil masa sikit.. Maaf sebab menyimpan lama dalam inbox emel tanpa jawapan.. Penulis akan jawab di blog sebab kebanyakan berkaitan dengan ilmu semasa.. Jadi, kita boleh share sama dengan readers kan.. J Hanya yang tertentu sahaja penulis akan jawab melalui emel..

Eh.. Dah panjang ke penulis taip..? A’ah laa.. Dah panjang rupanya text penulis kat atas tu.. Dah banyak penulis berceloteh.. Tidak sedar pulak.. Tu sebab simptom2 rindu dan gian menulis tu.. hee~

Setelah lama diletakkan sign dalam diri ‘my heart in cage’..Harini penulis nak cari satu ketenangan untk diri penulis.. Penulis nak pegi cari pantai bagi menenangkan dan mendamaikan hati ini.. Nak lepaskan kehendak dalam hati.. ~rindukan ketenangn Ilahi~ Penulis nak tukar title kepada ‘freedom’.. Nak cari air kelapa.. Nak cari makanan.. Makan tepi pantai..

Ok, masa dah tiba.. Mohon diri dulu.. Desiran bayu pantai yang menyentuh lembut sedang menunggu.. Deruan ombak sedang menggamit hati.. Lambaian pohon ru yang rendang dan pohon kelapa sedang melambai diri.. Sentuhan ciptaan Ilahi sudah berlegar di mata penulis kini.. Kehadiran sunset yang pasti menjanjikan kedamaian pada hati.. Sape nak join.. Jom ikuti.. ^_^


Saturday, April 17, 2010

No Title..


Penantian itu satu penyeksaan..
Tibanya satu debaran..
Berakhirnya satu ketenangan dan kebahagiaan..

Bantu kami Ya Allah..
Rahmati kami Ya Allah..
Bukakan pintu kefahaman antara kami Ya Allah..
Dengarkan suara hati kami Ya Allah..

Sesungguhnya kepada Engkau kami berharap..
Hanya Engkau tali pergantungan kami..

Penulis mohon maaf kepada semua sahabat2 dan para pembaca,
sahabat2 pena yang berada di perantauan,
andai ada khilaf antara kita,
ada kemusykilan yang diaju pada penulis,
tapi belum mampu untuk penulis menjawab..
InsyaAllah satu ketika akan penulis jawab semuanya..
Bukan sekarang..
Penulis akan kembali bersua..
Penulis perlu mencari masa yang sesuai untuk menjawab segala persoalan..

Terima kasih atas sokongan pembaca semua..
Semoga semua dalam rahmat Ilahi..

Ma'assalamah.. Ilalliqa'..

Thursday, April 15, 2010

Baca Ya Sayang.. Untukmu..


Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya

lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"

Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya
maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
[Al Fajr 89:15-16]

Jangan begitu sayang,
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.


Sayang,
Diwajibkan atas kamu berperang,

Berperang dengan nafsu,
dengan dunia yang melalaikan,
Dan dengan segala yang negatif,
Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
Padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,

padahal ia amat buruk bagimu,

Allah mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui

[Al Baqarah 2:216]


Sayang...
Dalam dunia ini,

Akan ada yang datang..

Dan akan ada yang berlalu pergi..

Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi

Kesedihan itu akan datang dan pergi

Masalah itu akan datang dan pergi..


Tapi....
Sayang tahu tak..?


Ada yang datang

Dan TIDAK pernah sesekali berlalu pergi..

Siapa ya sayang?

Dialah Allah, sayang.
.
ALLAH..

Allah akan tetap di situ
..
Akan tetap bersamamu..
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan sesekali meninggalkanmu
dan takkan sesekali berpaling darimu

Allah akan terus memerhatikanmu..
Allah akan terus bersamamu..

Ya!
Allah akan terus memerhatikanmu sayang..

Setiap gerak gerimu,

Setiap ucap kata dari bibirmu,

Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,

Dan bagaimana kamu sandarkan cintamu..
Adakah cintamu melebihi cinta kepadaNYA..?

Tepuk dada tanya iman, sayang..

Bila kamu memerlukan pertolongan,
Allah ada untuk kamu setiap masa,

Kembali padaNya ya sayang...?

Allah sedang menantimu..

Dia mampu memberikan kasih sayang untukmu..

Ya!
Dia mampu sayang..
Kasih sayang Allah yang lebih berharga,
Kasih sayang yang menjanjikan kenikmatan dan kemanisan..
Kasih sayang yang akan membahagiakan dirimu sayang..
Alihkan cintamu kepadaNYA ya sayang..

Jangan khuatir sayang..
Seandainya cintamu kepada Allah melebihi segalanya,
Allah akan memberimu cinta manusia yang tulus dan suci..
Dia pasti akan membalas cintamu sayang..
Itu adalah janjiNYA..

Sayang..
Inginku tanya dirimu..
Adakah setiap kali jantungmu berdegup,
setiap kali nadimu berdenyut,
setiap kali matamu berkelip,
setiap kali kamu menghirup udara,
Adakah dirimu mengingati diriNYA..?

Jika jawapannya TIDAK..
Jangan sesekali dirimu mengingati diriku..
Jangan sayang!

Jika jawapannya YA..
Tingkatkan lagi cintamu kepadaNYA..
Sehingga kamu rasa sendiri kemanisan itu..
Kemanisan cinta kepadaNYA ya sayang..


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,
maka jawablah,
bahawasanya Aku adalah dekat.

Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu)

dan hendaklah mereka beriman kepadaKu,

agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

[Al Baqarah: 186]

p/s: Watak yang dimainkan di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal..
Sekadar nukilan penulis..

Related Posts with Thumbnails