.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, April 11, 2010

Penulis Nak…


Khamis.. Walaupun sebenarnya hari tu FKI cuti semuanya, tapi dek kerana segalanya belum settle, maka wujudla kuliah, test assignment dan presentation. Sungguh penatlaa.. Tengah hari tu Alhamdulillah dah settle semua.. Dalam mind penulis ni x de perkara lain, penulis nak balik. Penulis nak rehat. Penulis nak masa untuk diri. Penulis nak topup tido. Penulis nak tempat untuk ketenangan diri. Penulis nak family di sisi. Penulis nak jadual pemakanan yang teratur. Setelah seminggu segalanya seolah tidak tergaris. Bukan penulis yang mengaturkan masa, tapi masa dan keadaan yang memaksa dan mengaturkan penulis. Memang ada dalam mind nak balik.. Sebelum tu pun parent dah call suruh balik sebab cuti agak panjang. Parent siap pujuk, pancing penulis kate dah belikan baju baru la, dah buatkan tudung la, ade surprise la.. macam2.. Tapi macam2 yang penulis fikirkan, macam2 yang perlu dilakukan di campus. Lagipun baru je balik dua minggu lepas dan kalau penulis balik lagi, bermakna kos tiket untuk bulan April saja dah RM2++. So pagi tu penulis mintak maaf pd parent sebab x dapat nak balik rasenye. Then semasa menunngu turn presentation kat bilik lectuter, my classmate gtau yang malam khamis tu ade trip lawatan AADK, terfikir penulis nak join. Bila ditanya, ade lagi seat kosong dan pihak sana menempah lagi satu bilik hotel.

Dah terlakar dalam mind boleh jumpe parent skali bila join lawatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). So, cnfirm penulis nak join program tu. Hajat nak rehat petang tu, x boleh jugak. Petang tu rushing penulis pegi town sebab Ustaz mintak belikan tiket then temankan kawan penulis beli barang. Balik pun dah macam lewat then terus penulis kendiri dan kemas barang. Then ke foyer naik bas terus. Fikir penulis atas bas tu bolehla cuba2 rehat, tidur. Tapi ternyata salah sangkaan tu. Disebabkan keadaan jalan yang tidak berapa baik,.. Susah untuk lelapkan mata. Oh tidak! Selam 3 hari, masa tidur yang penulis dapat hanya 8 jam.. Bayangkan dalam masa 3 hari, ada 36 jam, masa untuk tidur hanya 8 jam sahaja. Sepatut masa yang baik adalah 18-21 jam. Ini dah jauh lari, jauh tersasar., jauh.. Nvrmn, perkara dah berlalu. Penulis perlu cari masa.

Pagi tu penulis sampai kat Masjid Putrajaya jam 6 pagi untuk kendiri then jam 10 pagi teru ke AADK di IOI Resort yang terletak di Putrajaya juga. Di sana kami dipertemukan dengan badan korporat AADK di bilik persidangan. Di sesi akhir, sempat juga kami bertemu dengan pengarah AADK, di mana dalam sejarah AADK, dialah wanita pertama yang memegang jawatan sebagai Pengarah setelah sebelum ini diterajui oleh kaum Adam. Ini sangat mengagumkan. Ya, dia seorang wanita yang hebat, yang telah pun dianugerahkan gelaran ‘datuk’. Sebelah petang, kami dibawa ke Dengkil untuk lawatan ke Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN). InsyaAllah penulis akan kongsikan serba sedikit pengalaman penulis di sana, pengalaman temu ramah bersama tahanan di PUSPEN tersebut.

Secara ringksnya, permulaan di sana kami diberikan sedikit taklimat 2 hala. Di akhir taklimat, 2 orang tahanan di situ menceritakan pengalaman mereka selama mereka terjebak dengan dadah ni. Yang sebenarnya mereka terasa amat malu untuk bertemu dan menceritakan pengalaman mereka pada kami sebab mereka terasa seolah mereka hina dan rendah diri. Tapi bila mereka memikirkan perlunya mereka untuk memberikan pengajaran, mereka paksa diri juga. Itulah kemuliaan hati mereka. Janganlah kita pandang negatif. Mereka juga insan biasa yang mempunyai perasaan.

Penulis tidak bercadang untuk memaparkan nama mereka di sini atas sebab tertentu. Ok, Si Fulan (tahanan) yang dahulunya adalah seorang yang hebat. Die merupakan salah seorang yang berpengaruh juga dan kaya. Juga merupakan anak kesayangan dalam keluarganya. Apa yang dia nak, semua dihajati. Di bekerja sebagai penyunting filem dan ayahnya merupakan seorang pengarah filem. Memang agak terkenal dahulunya, ayahnya seorang yang boleh dikatakan pengarah yang popular ketika itu. Beberapa tahun kemudian, dia pula yang menggantikan tempat ayahnya sebagai pengarah filem. Kehidupannya ketika itu memang agak mewah. Semasa dia bekerja sebagai penyunting filem, ketika itu dia telah pun mangambil dadah tanpi tanpa pengetahuan keluarganya sehinggalah satu hari ayahnya dapat menghidu perbuatannya dan dia ditangkap. Katanya dia dah ulang alik masuk tahanan ni dah 6 kali. Tapi tetap x berubah. Itulah kesan dadah terhadap diri. Sehingalah ini kali terakhir dia masuk, dan umurnya pun sudah lanjut iaitu sekitar 50 tahun. Saat inilah baru timbul kesedaran dalam dirinya. Memang dia niat nak tingalkan dunia dadah ni, tapi sangat susah bila kekuatan diri x kuat dan cemuhan orang sekeliling. Disebabkan pengambilan dadah tersebut, dia yang dahulunya berada seatas-atas tampat dan jawatan sampaila sekarang berada sebawah-bawahnya sehinggakan dalam poketnya tidak ada satu sen duit pun dan dihina seteruknya oleh masyarakat. Malah adik beradikya pun mencemuhnya.

Tapi sekarang dia sudah insaf sehabisnya. Suasana dan kemudahan dalam PUSPEN tersebut tidaklah sebaiknya. Tapi itulah anatara pusat tahanan yang terbaik. Di situ penekanan kuat diberikan pada skop agama. Mereka banyak didedahkan dengan ilmu agama. Ada dalam kalangan mereka yang mampu menjadi imam, diberi kursus menjadi iman. Dia dibenarkan keluar pada bulan 10 ini dan dia telah pun melakarkan perancangan dalam hidupnya apabila dia keluar kelak. Dia mahu lebihkan kehidupannya untuk mencari akhirat. Sungguh sedih dan pilu dengar rentetan cerita dia. Walaupun dahulunya dia adalah ‘bekas dadah’, tapi tidak sedikitpun ada pandangan penulis yang rendah pada dia. Malah penulis salute pada dia sebab dia mampu untuk mengubah diri dia. Dia mampu mencari di mana Allah. Dia kuat berhadapan dengan situasi dia. Dan yang terbaik, dia bukanlah dia yang dahulu. Dia sekarang adalah dia yang sepenuh hatinya tunduk pada Allah. Sebaik2 hamba adalah hamba yang kembali kepadaNya dalam keadaan sesalan dan bertaubat sepenuhnya. Allah Maha Pemurah. Rahmat Allah mendahului kemurkaanNya. Allah senantiasa menerima taubat hambaNya. Moral di sini, janganlah kita pandang orang dengan pandangan yang negatif dan menjijikkan. Boleh jadi mereka itu lebih baik dari kita. Lebih mulia dari kita. Perubahan boleh berlaku bila2 masa, hidayah Allah adalah untuk semua. Kadang hidayah Allah sudah berlegar di sekeliling kita, tapi kita tidak berusaha mencari jalan untuk mendapatkan hidayah Allah. Hidup ini bagaikan roda, kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Nobody is perfect.

"Maka aku katakan kepada mereka:'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun"

Setelah sesi 2 hala selesai, kami dibawa melawat dan memantau e sekeliling kawasan PUSPEN dan berjumpa dgn semua tahanan di situ. Yang menarik perhatian penulis apabila melihat mereka membuat kraftangan sendiri. Sangat cantik dan santgat kreatif. Hasil buatan tersebut mereka jual. Ramai juga students yang membeli. Then penulis ke galeri seni batik. Di situ juga mereka ada membuat hasil batik. Penulis diberi kesempatan oleh salah seorang tahanan di situ untuk mencuba lakar dan mewarnakan batik. Sweet memory! Hasil batik tu nanti akan dipamerkan dan dijual.. hee~.. Di situ mereka diajar dan didedahkan dengan pelbagai kerjaya. Dididik dengan jadual yang sistematik. Dari pagi sampai petang jadual mereka telah ditetapkan. Solat jemaah adalah wajib bagi mereka.

Habis lawatan di situ, kami terus bertolak ke hotel. Energy sudah terlalu low. Naik atas bas je terus terlentok semua. Sebenarnya letih teramat sangat berada atas bas ni. Dah 2 hari kami berada atas bas je. Seolah rumah bergerak pulak. Jalan pulak jammed. Biasala, nama pun Kuala Lumpur kan. Sesak tu biasa dah. 3 jam lebih kami terperangkap dalam kesesakan jalan.

Pagi esok tu sepatutnya lawatan ke penjara. Tapi terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu. Jadi setelah check out dari hotel, kami terus dibawa ke Times Square. Kami diberi masa di ditu selama 4 jam. Tempat pertama penulis dan kawan2, cari b’fast dulu.. sudah kelaparan. So, kami pun tuju ke KFC. B’fast kat situ je senang. Yang penting after that penulis nak ke Borders.. yes, Borderds. Tu tujuan utama penulis yang ada dalam mind. Nak cari buku dulu. Then barula kami tawaf TS. Around 2pm, parent penulis datang ambil penulis di TS.. Ni lah peluang penulis balik.. hee~ Rombongan yang lain akan terus balik ke UDM.

Balik rumah.. Penulis teringat yang parent kate ade surprise.. Tapi penulis x tanye. Just diam je. Rupanya ‘surprise’ tu adalah something yang penulis dambakan, yang penulis mahukan.. Yang mampu menjadikan satu ketenangan dalam diri penulis.. Ya, penulis dah dapat apa yang penulis mahukan. Apakah itu..? Tidak bercadang untuk penulis story di sini.. Biarlah rahsia.. Alhamdulillah. Allah Maha Mendengar dan Memahami dan Mengetahui. Dia tahu isi hati hambaNya. Allah sentiasa online dengan kita, tapi kita yang kadang tu menjadikan offline dengan Allah.. Jadi, usaha tu adalah atas diri kita. Usaha, doa dan tawakal pada Allah.

~tiada apa yang diriku inginkan dalam hidup melainkan KASIH SAYANG.. Ya, KASIH SAYANG.~

Wednesday, April 7, 2010

Bila Kasut Mula Berdakwah..


Tatkala penulis buka folder 'assignment semester 3' dalam laptop, ternampak file yang tertulis 'bila kasut mula berdakwah'.. Lantas penulis menggerakkan cursor dan click di file tersebut.. Terkenang penulis pada pensyarah penulis iaitu ayahanda Encik Sabre Salim yang mengajar kuliah keusahawanan pada semester lepas.. Sepatutnya tajuk 'we add, we share, we get' dijadikan tajuk assignment.. Tetapi beliau menggabungkan 2 in 1, sebagai assignment dan sebagai pertandingan.. Yang menang akan diberikan wang tunai.. Ternyata kuliah ini lain dari yang lain dan pendekatan yang beliau gunakan untuk menarik perhatian pelajar memang penulis 'salute'.. Yes, salute! Confirm xkan mengantuk masuk kuliah ni sebab beliau lebih banyak berceloteh dan menceritakan pengalaman beliau yang agak menarik pada pandangan penulis.... Encik Sabre umpama seorang ayah bagi penulis kerana beliau sering mengambil berat dan bertanya khabar.. Walaupun di luar waktu kuliah, beliau sempat lagi chatting bertanya khabar penulis dan yang pastinya beliau juga merupakan pengunjung setia blog ni.. TQ very Much.. *wink*


Alhamdulillah karya yang penulis hasilkan ni berjaya memikat hati Encik Sabre.. Sungguh tidak menyangka.. Dalam beratus karya, ini yang dipilih.. Mungkin sebab penulis pilih skop dakwah dan jalan cerita yang agak santai tapi mencukupi syarat tajuk.. Wallahua'lam.. Penulis ingat kata2 beliau yang mahukan kelainan, jadi penulis cuba buat kelainan.. Ingat ape yang penulis buat ni terkeluar dari bidang tajuk.. Ye la, kuliah usahawan, tapi buat karya lebih kepada skop pendakwahan.. x sangka pulak dipilih.. Apepun, setelah lama penulis simpan dalam laptop, so today penulis nak kongsi dengan readers.. Ok, selamat memulakan pelayaran dengan basmalah dan selamat membaca.. =)

Hari ni aku ‘dapat’ satu pengalaman, aku ingin ber‘kongsi’ sesuatu pengalaman yang aku dapat dengan semua dan mudahan dapat ‘penambahan’ sesuatu dalam diri sahabat-sahabat sekalian. Baiklah, aku akan mulakan ceritaku..

Namaku Nike, berasal dari bangsa Trainer. Jenis-jenis lain yang selain daripadaku dijual di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Sejak itu, hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di gimnasium sahaja. Tapi, jangkaanku meleset rupanya. Tuanku lebih kerap membawaku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat juga curi-curi dengar perbualan dan kegiatan tuanku dalam kelompok itu. Itulah yang dinamakan usrah rupanya. Baru aku tahu. Apa yang nak diceritakan olehku di sini mungkin berguna untuk kalian semua. Seharusnya kita mengamalkan budaya berkongsi. Berikut adalah pemerhatianku berkenaan tuanku. Dia merupakan seorang pendakwah. Kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan diriku dan terpanggil untuk mencoretkan warkah ini untuk dikongsi bersama.

Dahulu, tuanku ini hanya berseorangan sahaja. Aku selalu ke masjid bersamanya. Di sana, beliau banyak menghabiskan masa dengan mendengar ceramah agama. Tidak cukup dengan itu, habis semua kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Memang sah! Sememangnya tuan aku seorang yang sangat obsesi dengan ilmu pengetahuan. Pendek kata, Tafsir al-Qur'an pun sudah menjadi sahabatnya. Ini yang membuatkan aku berbangga sebab dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu pengetahuan. Beruntung aku dapat tuan sepertinya..

Aktivitiku seharian tidaklah terhad sangat. Aku selalu juga dibawa oleh tuanku ke kompleks sukan dan padang bola. Yang peliknya, aku dapat ramai kenalan sewaktu berada di padang, tetapi selalu sangat aku berseorangan sewaktu aku dibawa ke masjid. Naik hairan juga aku dengan keadaan ini. Dahulu, sukan ini menjadi aktiviti kegemaranku sebab dengan sukan inilah aku dapat ramai kawan. Pada mulanya, aku agak pelik sedikit dengan situasi seperti ini. Tapi, lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid. Kini, baru aku faham. Tuan aku menggunakan padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah!! Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan sahaja, tuan aku sempat lagi berdakwah dan mengajak rakan-rakan ke masjid. Memang hebat tuanku. Dia memegang konsep ‘kita dapat, kita kongsi, kita tambah’ dalam skop pendakwahannya supaya semua orang dapat merasai kemanisannya.

Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan aku tidak kenal langsung erti rehat. Baginya, tempat rehat adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur. Fuh! Hebat betul tuan aku. Semua orang akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Perbicaraannya hanya bertujuan yang penting sahaja, iaitu untuk berkongsi ilmu yang diperolehi disamping mengembangkan dakwahnya. Kata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku ini tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku yang lain turut kagum dengan kebolehan tuanku. Bangga aku dapat tuan sepertinya. Bila bersama rakan, tidak pernah langsung dia mencerca rakan yang lain. Kalau ada perkara yang nak ditegurnya, dia akan lakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar tuanku memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang.

Kini, aku masih berbakti lagi. Aku tahu, kalian tentu menganggap tulisanku ini tidak masuk akal langsung. Tapi, renungkanlah kata-kataku ini. Aku mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan itu. Mana tahu kan.. Pada saat itu, aku akan saksikan pada Tuhan apa yang telah aku nukilkan pada kalian. Untuk kalian semua, contohilah tuanku ini. Berdakwahlah dengan cara yang berhikmah. Berkongsilah setiap ilmu yang kita dapat dan lakukanlah penambahan dalam diri pada setiap ilmu yang kita dapat dengan mengamalkannya. Jangan sesekali lari daripada masyarakat. Kadang-kadang, masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan atau mungkin sukakan hiburan. Ikut sahaja rentak mereka sebagaimana aku menari mengikut irama tuanku ini. Dalam berkata-kata, hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cercaan dan maki-makian, Lebihkanlah ukhuwah, sesungguhnya ukhuwah itu juga adalah satu perkongsian yang digalakkan. Apabila berbicara, gunakanlah sokongan al-Qur'an dan al-Hadis.

Tambahkanlah ilmu kalian, baru orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah pendakwah yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid. Kembangkanlah sikit. Ingatlah... Bersukan, muzik, berjalan itu semua adalah dakwah bagi kalian. Setapak kalian berjalan, mungkin boleh melontarkan hidayah ke dalam diri teman kalian. Itulah penambahan yang kalian lakukan ke dalam diri sahabat kalian setelah kalian dapat dan berkongsi.

Opsss!! Alamak!! Terlebih sudah..! Aku memang tidak layak untuk menasihati kalian. Apatah lagi aku ni hanyalah sepasang kasut. Tidak mengapa. Kalian tidak perlu memaafkan aku sebab aku hanyalah sepasang kasut. Tetapi maafkanlah tulisan aku kiranya aku cuba mengajar kalian, terkasar bahasa serta menghiris hati kalian. Kalian adalah makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum lidah kasutku ini bergetar deras lagi, sebelum lidah kasutku ini berceramah sampai 25 jam sehari, lebih baik aku berhenti dahulu. Cukupla dahulu nukilan dariku. Aku ingin meneruskan perjalanan mengikut tuanku berdakwah di padang bola sekarang dan ingatlah pada pesananku, ‘kita dapat, kita kongsi, kita tambah’. Sampaikanlah setiap ilmu yang kalian perolehi supaya dapat dikongsi bersama. Ilmu itu untuk dikongsi supaya dapat melakukan penambahan kebaikan dalam diri kita dan membaiki diri kita dengan mengamalkan ilmu yang kita dapat. Itu adalah sebaiknya. Sekian.

Monday, April 5, 2010

Lepas stress……!

Title tu?? Kenapa?? Macam bernada amarah je.. Tidak.. Tidak.. Penulis x marah.. bukan nak marah sesape.. Tidak sesekali.. Cume penulis je yang terlalu stress. Dan terlalu penat.. So, 1 caranya, penulis bukak blog then menaip bagi melepaskan lelah kepenatan dan tekanan yang terhimpun..

Kenapa stress ni Su?? Sebab orang ke.. Bukan.. Bukan jugak.. Bukan sebab orang.. Tapi sebab lain.. Sebab semalam berderet test menunggu.. Beratur macam kereta yang sedang jammed.. (habisla kalau penulis mula berceloteh).. Xpe.. Sabar je la ye readers.. Nak lepaskan sekejap je.. hee~ Eh, balik pada topik tadi. Hehe.. Ok, semalam dari pagi sampai malam full test.. Pagi, Pentadbiran Awam.. Yang tu ok lagila sebab just focus pada presentation.. Seronok je.. Then test Qur’an Tajwid.... Petang pulak, test Aqidah.. Belum habis rehat, malam pulak ade test English till 10pm.. Tu diaa.. Sampaikan makan pun terlupa hari tu.. Test punye hal.. Kepala ni dah berputar macam mesin basuh dah.. Lepas je habis test English malam tu, barula terasa sunguh2 penat.. Letih, haus, sesak semua wujud dalam diri.. Letih tu macam lari buat pusingan 1 padang complete.. Memang betulla mengikut kajian para saintis, bile menggunakan otak overdos, rasa letih tu lain macam.. Lebih letih dari kita bersukan..

Balik je dari test, belum sempat masuk bilik terus penulis call my mum.. Tapi bukan cakap ngan my mum, nak cakap ngan my lil bro dulu.. hee~ Bukan ape.. 1 cara tangani stress ni, penulis akan call my family.. Sebelum ni, penulis ‘puasa’ dari cakap ngan lil bro.. *rindu* call pun just borak ngan my mum je.. Bukan x nak cakap ngan lil bro.. bukan… Tapi sebab kalau dah cakap tu, sejam x kan cukup.. err.. hee~ takut nanti nak study x menjadi pulak.. Sebab tu x nak cakap lagi.. So, after habis test untuk hari tu, terus call lil bro la.. hehe.. Hilangla sikit stress ni dgn celoteh die.. Habislaa bateri handphne ni dek dikerjakan penulis.. hee~

Belum hilang sepenuhnya letih tu, teringat pulak esok (hari ni) ade iktibar Nahu (Bina’ wa Mubtada’) dan Sorof.. Sekali lagi kerisauan melanda.. Dahla last day kekurangan tidur.. Around 3++ a.m baru cari bantal.. Then kul 5++ a.m diganggu pulak.. Sungguh rase geram mase tuu.. Tapi sabar je la.. Xtaula hamba Allah yang mana boleh pulak buat video call time2 macam tu.. Nombor misteri pulak tu.. Penulis pulak terangkat tanpa lihat nombor di screen hp dulu.. Ye la, dah la baru lelap, macam antara sedar dan tidak je.. Nasib baikla pick up dalam keadaan camera off.. Kalau x…….. xtau la.. Bile ‘ter’pick up, x nak cakap pulak.. Ini lagila membuatkan penulis pelik.. Bile sedar2 je nombor tu x de dalam list nmbr, terus penulis letak.. Then hamba Allah tu terus calling banyak kali gune video call.. Astaghfirullah.. Istighfar je penulis dalam hati.. Ya Allah.. Bentuk ujian lain pulak yang datang.. Ujian betul.. Dahla esok test awal pagi.. Betul2 manguji kesabaran.. Ya Allah, hambamu memerlukan pimpinan dan kekuatan dariMu.. Terus off my phone.. Aman dunia.. After kes tadi, terus penulis xdapat nak lelapkan mata.. So, time tidur hanya 2 jam.. *straight face* Pagi tu agak kepeningan.. Ini gara2 kes itu la.. Bagi penulis, hamba Allah yang ada perlakuan sebegitu tidak ada sifat menghormati sesama manusia dan tidak menghormati hak orang lain.. Dalam istilah lain pulak, ‘zalim’.. Ape asbabnye..? Sebab meletakkan sesuatu bukan di tempatnya.. Mengganggu hak orang lain yang sudah sahih jelas lagi nyata itu adalah salah.. Jgn sampai orang yang teraniaya mendoakan sesuatu untuk anda.. Makbul doa tu.. Nauzubillah.. Pesanan untuk ‘hamba Allah’.. So, ambilla pengajaran dari perlakuan sedemikian.. (kalau hamba tu terbaca blog ni).. Saya maafkan segala yang berlaku.. Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah.. Eh, terpanjang pulak menaip.. kejap2.. sabar ye.. habiskan bacaan dulu) *wink*

Ok, dah habis test pagi ni.. Inilah masa penulis rehat.. no class.. Sebab tu la sempat posting ni.. Salah 1 cara jugak untuk hilangkan stress.. Degan ape?? Dengan blogging.. hehe.. Tapii…. Ade lagi tapi tuu.. Untuk esok pulak.. 6 April.. Baru dapat mesej tadi. Esok kene pegi tasmik surah.. Ok, pasrah je dapat mesej tu su.. Awal pagi esok presentation Fiqh bawah tajuk (Huquq zauji wa zaujah.. Hak suami, hak isteri dan hak bersama..) All in Arabic.. Perlu persediaan.. Oh tidak! This week rase macam nak lari ke satu tempat yang jauh dari dunia, jauh dari orang lain, jauh dari kesibukan.. Alangkah indahnya dapat ke satu tempat yang dapat menyelami dan menenangkan hati ini, yang penuh dengan tumbuhan yang menghijau.. Dapat lihat awan berarak, dapat dengar burung berkicau, dapat dengar deruan air, dapat menyedut udara yang segar, lihat rama2 berterbangan dengan riang sekali.. Atau dapat lihat sunset ke.. Bercuti 1 malam di island ke.. So sweet..! Segalanya ciptaan Ilahi.. Subhanallah.. Indah sungguh kan.. Ok, Sape yang dapat bawak penulis ke situ…?

Stop..! Stop till dat su..! Prepare untuk present esok dulu.. Ok2, habis dah berceloteh.. Kalau readers berjaya bace sampai sini, tahniah la tu.. Kesabaran anda kuat.. hee~

Look around yourselves..
Can't you see this wonder..
Spreaded infront of you..
The clouds floating by..
The skies are clear and blue..
Planets in the orbits..
The moon and the sun..
Such perfect harmony..
SUBHANALLAH..






Saturday, April 3, 2010

Syariah Talk


NIKAH SI KECIL
"REALITI ATAU FANTASI??"

Tarikh:
3 April 2010 (Sabtu)

Masa:
8 Malam

Tempat:
Dewan Kuliah Utama (DKU)

Diwajibkan hadir kepada semua ahli Kelab PERISYA

Friday, April 2, 2010

Hebahan Program..


Program Ceramah dan Cerapan Langit Malam


Tarikh:
6 April 2010

Masa:
8 malam

Tempat:
Dewan Kuliah Utama (DKU)

Anjuran:
Unit falak dengan kerjasama Kelab Astronomi (KASTRO)

Semua dijemput hadir

Mengenal pencipta melalui astronomi..

Related Posts with Thumbnails