Tatkala penulis buka folder 'assignment semester 3' dalam laptop, ternampak file yang tertulis 'bila kasut mula berdakwah'.. Lantas penulis menggerakkan cursor dan click di file tersebut.. Terkenang penulis pada pensyarah penulis iaitu ayahanda Encik Sabre Salim yang mengajar kuliah keusahawanan pada semester lepas.. Sepatutnya tajuk 'we add, we share, we get' dijadikan tajuk assignment.. Tetapi beliau menggabungkan 2 in 1, sebagai assignment dan sebagai pertandingan.. Yang menang akan diberikan wang tunai.. Ternyata kuliah ini lain dari yang lain dan pendekatan yang beliau gunakan untuk menarik perhatian pelajar memang penulis 'salute'.. Yes, salute! Confirm xkan mengantuk masuk kuliah ni sebab beliau lebih banyak berceloteh dan menceritakan pengalaman beliau yang agak menarik pada pandangan penulis.... Encik Sabre umpama seorang ayah bagi penulis kerana beliau sering mengambil berat dan bertanya khabar.. Walaupun di luar waktu kuliah, beliau sempat lagi chatting bertanya khabar penulis dan yang pastinya beliau juga merupakan pengunjung setia blog ni.. TQ very Much.. *wink*
Alhamdulillah karya yang penulis hasilkan ni berjaya memikat hati Encik Sabre.. Sungguh tidak menyangka.. Dalam beratus karya, ini yang dipilih.. Mungkin sebab penulis pilih skop dakwah dan jalan cerita yang agak santai tapi mencukupi syarat tajuk.. Wallahua'lam.. Penulis ingat kata2 beliau yang mahukan kelainan, jadi penulis cuba buat kelainan.. Ingat ape yang penulis buat ni terkeluar dari bidang tajuk.. Ye la, kuliah usahawan, tapi buat karya lebih kepada skop pendakwahan.. x sangka pulak dipilih.. Apepun, setelah lama penulis simpan dalam laptop, so today penulis nak kongsi dengan readers.. Ok, selamat memulakan pelayaran dengan basmalah dan selamat membaca.. =)
Hari ni aku ‘dapat’ satu pengalaman, aku ingin ber‘kongsi’ sesuatu pengalaman yang aku dapat dengan semua dan mudahan dapat ‘penambahan’ sesuatu dalam diri sahabat-sahabat sekalian. Baiklah, aku akan mulakan ceritaku..
Namaku Nike, berasal dari bangsa Trainer. Jenis-jenis lain yang selain daripadaku dijual di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Sejak itu, hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di gimnasium sahaja. Tapi, jangkaanku meleset rupanya. Tuanku lebih kerap membawaku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat juga curi-curi dengar perbualan dan kegiatan tuanku dalam kelompok itu. Itulah yang dinamakan usrah rupanya. Baru aku tahu. Apa yang nak diceritakan olehku di sini mungkin berguna untuk kalian semua. Seharusnya kita mengamalkan budaya berkongsi. Berikut adalah pemerhatianku berkenaan tuanku. Dia merupakan seorang pendakwah. Kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan diriku dan terpanggil untuk mencoretkan warkah ini untuk dikongsi bersama.
Dahulu, tuanku ini hanya berseorangan sahaja. Aku selalu ke masjid bersamanya. Di sana, beliau banyak menghabiskan masa dengan mendengar ceramah agama. Tidak cukup dengan itu, habis semua kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Memang sah! Sememangnya tuan aku seorang yang sangat obsesi dengan ilmu pengetahuan. Pendek kata, Tafsir al-Qur'an pun sudah menjadi sahabatnya. Ini yang membuatkan aku berbangga sebab dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu pengetahuan. Beruntung aku dapat tuan sepertinya..
Aktivitiku seharian tidaklah terhad sangat. Aku selalu juga dibawa oleh tuanku ke kompleks sukan dan padang bola. Yang peliknya, aku dapat ramai kenalan sewaktu berada di padang, tetapi selalu sangat aku berseorangan sewaktu aku dibawa ke masjid. Naik hairan juga aku dengan keadaan ini. Dahulu, sukan ini menjadi aktiviti kegemaranku sebab dengan sukan inilah aku dapat ramai kawan. Pada mulanya, aku agak pelik sedikit dengan situasi seperti ini. Tapi, lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid. Kini, baru aku faham. Tuan aku menggunakan padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah!! Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan sahaja, tuan aku sempat lagi berdakwah dan mengajak rakan-rakan ke masjid. Memang hebat tuanku. Dia memegang konsep ‘kita dapat, kita kongsi, kita tambah’ dalam skop pendakwahannya supaya semua orang dapat merasai kemanisannya.
Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan aku tidak kenal langsung erti rehat. Baginya, tempat rehat adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur. Fuh! Hebat betul tuan aku. Semua orang akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Perbicaraannya hanya bertujuan yang penting sahaja, iaitu untuk berkongsi ilmu yang diperolehi disamping mengembangkan dakwahnya. Kata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku ini tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku yang lain turut kagum dengan kebolehan tuanku. Bangga aku dapat tuan sepertinya. Bila bersama rakan, tidak pernah langsung dia mencerca rakan yang lain. Kalau ada perkara yang nak ditegurnya, dia akan lakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar tuanku memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang.
Kini, aku masih berbakti lagi. Aku tahu, kalian tentu menganggap tulisanku ini tidak masuk akal langsung. Tapi, renungkanlah kata-kataku ini. Aku mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan itu. Mana tahu kan.. Pada saat itu, aku akan saksikan pada Tuhan apa yang telah aku nukilkan pada kalian. Untuk kalian semua, contohilah tuanku ini. Berdakwahlah dengan cara yang berhikmah. Berkongsilah setiap ilmu yang kita dapat dan lakukanlah penambahan dalam diri pada setiap ilmu yang kita dapat dengan mengamalkannya. Jangan sesekali lari daripada masyarakat. Kadang-kadang, masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan atau mungkin sukakan hiburan. Ikut sahaja rentak mereka sebagaimana aku menari mengikut irama tuanku ini. Dalam berkata-kata, hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cercaan dan maki-makian, Lebihkanlah ukhuwah, sesungguhnya ukhuwah itu juga adalah satu perkongsian yang digalakkan. Apabila berbicara, gunakanlah sokongan al-Qur'an dan al-Hadis.
Tambahkanlah ilmu kalian, baru orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah pendakwah yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid. Kembangkanlah sikit. Ingatlah... Bersukan, muzik, berjalan itu semua adalah dakwah bagi kalian. Setapak kalian berjalan, mungkin boleh melontarkan hidayah ke dalam diri teman kalian. Itulah penambahan yang kalian lakukan ke dalam diri sahabat kalian setelah kalian dapat dan berkongsi.
Opsss!! Alamak!! Terlebih sudah..! Aku memang tidak layak untuk menasihati kalian. Apatah lagi aku ni hanyalah sepasang kasut. Tidak mengapa. Kalian tidak perlu memaafkan aku sebab aku hanyalah sepasang kasut. Tetapi maafkanlah tulisan aku kiranya aku cuba mengajar kalian, terkasar bahasa serta menghiris hati kalian. Kalian adalah makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum lidah kasutku ini bergetar deras lagi, sebelum lidah kasutku ini berceramah sampai 25 jam sehari, lebih baik aku berhenti dahulu. Cukupla dahulu nukilan dariku. Aku ingin meneruskan perjalanan mengikut tuanku berdakwah di padang bola sekarang dan ingatlah pada pesananku, ‘kita dapat, kita kongsi, kita tambah’. Sampaikanlah setiap ilmu yang kalian perolehi supaya dapat dikongsi bersama. Ilmu itu untuk dikongsi supaya dapat melakukan penambahan kebaikan dalam diri kita dan membaiki diri kita dengan mengamalkan ilmu yang kita dapat. Itu adalah sebaiknya. Sekian.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu, redhalah Islam menjadi agamamu.. Pasti tiada kekecewaan buatmu. Kelak, suatu hari nanti ada insan yang sedia menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu di dunia, wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum meletakkan cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu..
2 comments:
hye dear~ welcome to my new blog.. thanks~
hye dear..!
tersangatla rindu..! *wink*
wah, dah ade blog baru, nafas baru nampak.. Congrate..
Su tertunggu2 manala kak nisa' pegi ni.. da lame x update blog.. Akhirnya muncul jugak.. hee~
tapi kan.. ade sumthing yg mmbuatkan su tertanya2 laa..
Post a Comment