.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, March 6, 2010

Fadhilat Wudhuk..


Dalam menjalani kehidupan, peluang2 yang ada tidak seharusnya dilepaskan dengan sia2.. Selagi mampu lakukan atau mengaut segala yang baik, do it!

Kalau kata khasiat atau kandungan nescafe 2 in 1, dalam berwudhuk juga ada 2 in 1.. Malah lebih bermafaat dan pulangannya sudah tentu berharga yang tidak ternilai.. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.. Penulis tidak berniat untuk bermuqaddimah panjang, mari kita lihat senarai fadhilat wudhuk yang selama ini selalu diamalkan tapi tanpa mengetahui fadhilat yang tersembunyi..

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kananku ini".

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiriku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Sahabatku.. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Selamat beramal..


Thursday, March 4, 2010

Usah Gentar!

Dalam entry yang lepas, penulis ada nyatakan bahawa penulis akan publish satu entry berkaitan temuduga.. Sebagaimana yang penulis dapat ilmu semasa lawatan ilmiah ke SPA tempoh hari, akan penulis nukilkan dan kongsi di sini yang mana masih dalam ingatan penulis.. InsyaAllah semoga bermanfaat..

Tujuan temuduga-

· Jenis latihan/ jawatan

· Tarikh, masa dan tempat temuduga

· Memahami keperluan temuduga

· Tujuan penilaian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

· Untuk mencari calon yang paling sesuai dengan jawatan yang ditemuduga.

Persediaan fizikal-

· Sihat dan berketrampilan

· Persiapan dokumen, pakaian yang sopan akan memberi kelebihan pada anda

· Jangan pakai jeans, t-shirt, selipar, sandal atau kasut sukan

Persediaan mental-

· Bertenang

· Persiapan dokumen, pakaian

· Minat

· Pengetahuan tentang temuduga – Daya inisiatif

· Pengetahuan tentang organisasi – Kementerian/ jabatan, kerajaan Malaysia (sistem pentadbiran, dasar kerajaan dll)

· Pengetahuan tentang tugas jawatan yang dipohon – Deskripsi, tugas/ peranan dan tanggungjawab

· Pengatehuan am atau hal ehwal semasa

· Etika berkomunikasi – Greetings, keyakinan, kebolehan menyampaikan idea dengan baik, berdiplomasi dan susunan ayat.

Sebelum temuduga-

a) Calon temuduga hendaklah sampai 15 minit awal sebelum masa yang ditetapkan supaya dapat berehat dan bertenang. Jangan sekali-kali lewat.

b) Daftar kehadiran anda.

c) Apabila sampai giliran anda, masuk ke bilik yang ditetapkan dan jangan lupa ketuk pintu.

d) Berilah ucapan yang sesuai dengan penuh tertib, wajah yang manis dan suara yang mesra sebagai tanda hormat.

e) Duduk dengan gaya tertib, jangan duduk sebelum dijemput dan jangan alih kerusi dari kedudukan sedia ada. Elakkan dari “sila panggung”.

f) Pandang kepada yang bertanya semasa menjawab soalan. Bercakap dengan lancar dan penuh yakin. Jangan berlebih2an menggunakan body language.

g) Minta penemuduga memberi penjelasan lanjut atau mengulang soalan jika maksud soalan tidak jelas. Jika maksud soalan masih kabur w’pun telah dijelaskan, jawablah dengan “beralas”, iaitu tidak memberikan jawapan yang terlalu tegas.

h) Sebolehnya jgn cuba mengagak jawapan kepada sesuatu soalan yang anda tidak tahu jawapannya kecuali setelah memohon maaf dgn sopan dan menyatakan hasrat anda untuk cuba menjawab.

i) Imbangi intosani suara supaya tidak terlalu perlahan atau terlalu kuat dan juga jangan bercakap terlalu cepat.

j) Sentiasa mempamerkan sikap ketenangn dan sabar w’pun soalan yang dikemukakan berbentuk mencabar atau provokatif.

k) Kembangkan tajuk perbincangan.

l) Jangan panik atau malu jika penemuduga mempersoalkan kelemahan dan kegagalan anda.

m) Ambil sedikit masa untuk berfikir sebelum menjawab soalan.

n) Jgn bersikap menonjol diri, bangga atau angkuh dengan penemuduga.

o) Jika pernah bekerja, beri penerangan ringkas dan tepat. Jgn memburuk-burukkan bekas majikan anda.

Selepas Temu Duga-

a) Apabila temuduga tamat, ambil kembali dokumen dan sijil2 asal dengan tertib.

b) Ucapkan terima kasih kepada penemuduga dengan penuh hormat sebelum meninggalkan bilik temuduga.

c) Tutup pintu dengan sopan.

d) Fikir semula kesilapan yang telah dilakukan selepas temuduga supaya jika dipanggil temuduga semula, ianya tidak akan berulang.

Peringatan!

Temuduga amat bergantung kepada komunikasi lisan. Penemuduga cuma dapat menilai diri anda sebenar jika anda bercakap. Walau bagaimanapun. Ini tidak bermakna sesi ini hanya memanfaatkan mereka yang pandai bercakap. Kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh penemuduga mampu mengesan sifat sebenar seseorang calon itu.


Bungkusan Misteri.....

Bahang sauna kepanasan pada petang itu sungguh terasa... Setelah tamat sesi perkuliahan pada petang itu, penulis lantas bergegas bangun untuk pulang ke bilik.. Dalam perjalanan pulang, ligat di minda penulis memikirkan segala kerja dan assignment yang masih menunggu giliran untuk disiapkan.. Namun dibiarkan terus segala persoalan2 tersebut berlalu kerana keletihan ketika itu mengatasa segalanya..

Beberapa langkah sebelum sampai ke bilik, sahabat penulis yag berada di hadapan penuls menegur dan mengatakan bahawa ada sebuah bungkusan seperti hadiah dilihat dari jauh di hadapan pintu bilik penulis.. Langkah penulis terhenti apabila melihat perkara yang sama.. Ya, sebuah bungkusan... Misteri.. Lantas penulis mengamati bungkusan tersebut..

Beberapa minit selepas itu handphone penulis berbunyi menandakan menerima satu pesanan SMS.. Penulis terus membuka inbox dan terus membaca..
Terdiam penulis.... Terkelu seribu bahasa.. hanya mampu merenung.....................................................
Siapa.. Apa.. Mengapa... Masih menjadi misteri buat penulis.........

Apakah yang tersirat dan tersurat dengan bungkusan ini.. Sunguh tidak faham..

Wednesday, March 3, 2010

Air mata kerinduan Rasulullah...


Pernah satu ketika sedang Rasulullah berkumpul di dalam majlis bersama para sahabat, tiba-tiba BERGENANG AIR MATA Baginda. Apabila ditanya oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui IKHWANNYA. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah,

“Bukankah kami IKHWANMU?”

Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku. Ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka”…

Sahabatku… Kitakah IKHWAN itu…?

Muhasabahlah andai kita tidak pernah menitiskan walau setitis air mata kerana kerinduan dan kecintaan kita kepada Baginda..


Tuesday, March 2, 2010

Meeting dengan Buku2..


Acapkali penulis dikaitkan dengan jolokan 'meeting sokmo' dengan orang2.. Bukan meeting suka suki.. Tp meeting untuk kemaslahatan di UDM ni juga.. Jadi, berikan saya masa untuk saya meeting dengan buku2 pula. Mereka menanti saya dan saya rindukan mereka.. Ok..


Minggu lepas. dua hari selepas pembukaan pesta buku di TTC, penulis curi masa pergi. Lepas tamat kuliah lagi tu, penulis plan terus.. 1st nak pegi settlekan bab passport penulis dulu kat jabatan imegresen.. Then tunaikan hasrat kawan2 jap.. Sah settle sume barula penulis menuju ke Pesta buku di TTC.. Yes! sampai jugak akhirnya! Sungguh menggamit perasaan.. Dah pusing2, dapatla sebuah buku, novel.. Tp apakan daya, masa sungguh mencemburui diriku untuk bermesra degan buku2.. Menerpala kesedihan pada diri ini bila tibanya masa untuk pulang sebab terhimpit dengan waktu kuliah pula..



Hari pertama terjatuh hati pula dgn novel ni.. Terus beli.. Hee~

Disebabkan sungguh tidak berpuas hati, harini penulis pergi lagi.. Hehe.. Kali ni penulis berdua je dengan kawan.. Setelah pegi ambik passport yang buat last week, terus penulis ke sana.. hampir 2 jam penulis kat situ.. Rasa macam 95% kepuasan tu ada dalam diri.. Puas dapat bermesra dgn buku2 tanpa sebarang gangguan.. Dah dapat beli buku2, dapat selak2 baca sikit.. Barula rasa happy.. ^_^ Walaupun banyak pelaburan banyak dihabiskan di sini, tapi kepuasan tu xterkira.. Xkan rugi seumur hidup.. Demi ilmu.. Jadilah seorang yang senantiasa dahagakan ilmu dan senantiasa merebut peluang keemasan.. Kerana peluang dan kemanisan yang anda tinggalkan dengan sia2 x mungkin kembali menyapa..



Hari kedua, jatuh hati ngan buku ni pulak..
Pndgn penulis, sebagai wanita anda di luar sana perlu mendapatkan buku ni..
Sangat brmanfaat dan bermotivasi..
KETAHUILAH HAK2 ANDA SEBAGAI SEORANG WANITA..

Kerana Dirimu Begitu Berharga..

Tapi, pesta buku kat sini tidak semeriah di PWTC.. X banyak yg join.. So, penulis berjanji pada diri penulis untuk pesta buku kat PWTC akan datang, penulis ambil keputusan nak balik.. Nak balik jugak. Hehe.. Nak join jugak kat PWTC.. Kat sana lagi best.. banyak pilihan buku2.. Dari pagi sampai malam stay kat sana pun penulis sanggup.. Asalkan xde orang ganggu masa penulis bermesra2 dengan buku di sana.. Banyak buku yang tercoret dan tergambar di minda ni, tp xsempat nak beli. So, penulis akan capai target tu di PWTC nanti..

Ok, jom ramai2 pakat join PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC yang akan bermula pada 19 Mac ni..
Amalkan budaya membaca.. Ia pasti akan mengubah hidup anda..
Bangsa mambaca adalah bangsa yang berjaya..



Sungguh merambangkan mata..

Rakyat2 dan yang ada di sekitar Terenggganu rebutlah peluang ini pergi ke Pesta Buku TTC..
Nescaya banyak manfaat yang akn dapat..

*rindu dgn karya Habiburrahman El-Shirazy dan Dr. 'Aidh Abdullah A-Qarni.. Hee~

Wednesday, February 24, 2010

Seperti yg dijanjikan...


Seperti yang penulis janjikan pada entry lepas untuk masukkan sedikit pics mase lawatan Ilmiah untuk dikongsi bersama sahabat2 penulis.. This pics is not from my camera.. So, sebab tu macam terlambat je. Baru dapat.. Dari beratus pics, hnya sedikit dapat masukkan..



Putrajaya..



My Senior2..



Masjid besi..



Istana Kehakiman...



Pintu Utama Istana kehakiman..



Dalam Mahkamah dan Library Istana Kehakiman..



Sekitar Ruang Pameran...



Lobby Istana Kehakiman..



Kenangan bersama pegawai mahkamah..



Ruang sidang media dan lobby di Parlimen..



Pintu masuk ke Dewan Negara..



Kenangan bersama di Parlimen..



Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam..



Studio C, Sri Pentas TV3..



Cameraman sedang membuat persediaan rapi sblm on air.



Bersama Ustaz Fauzi selepas on air secara live..



Nyummy.. ^_^.. Rezeki time dinner..


Secara rawaknya..

Maaf wahai SAHABATKU yang berada di US, Jordan dan Yaman, Su xdapat hantar pics melalui emel lagi.. Sebab lambat sgt nak attach gambar2 dari M'sia, mase xmencukupi.. InsyAllah ada masa nanti akan send.. Thanks jadikan blog sebagai medan perantaraan perkhabaran kita.. Dan maaf juga sebab lama x masuk conference bersama.. Salam Ukhuwah.. Salam ingatan..

Related Posts with Thumbnails