Adalah menjadi satu penyebab kenape nak makan itu.. nak makan ini.. Biasala, dah nak balik ke kampus ni, nak makan masakan yang kita suka, nak makan masakan dari air tangan mak la.. Kalau balik kampus xleh masak dah kan.. Ulang alik ke cafe je.. Agak membosankan la jugak gitu.. So, petang tadi, sempatla penulis buat beberapa biji kek.. Menu lain nasi impit kuah kacang dan sambal ayam serta char kuey teow.. Hari tu 'sefamily ' turun ke dapur.. Adik2 menjadi pembantu penyibuk, orang buat kek, diorang pun nak sibukkan diri.. Ayah penulis jadi penonton setia je..
Disebabkan ade sorang sahabat penulis ni nak resepi kek coklat moist (kukus) ni, penulis coretkan dan kongsi di sini... So, sahabatku yang jauh nun dan readers yang rajin tu bolehla try di rumah ye..
Bahan-bahan ( size loyang 18cm )
11/4 cawan tepung gandum
1/2 cwn serbuk koko van houten
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak n esen vanila
TOPPING
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar
Cara-cara
Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila dan pukul lgi.
Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur. Kaup balikkan.
Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak dan gaul sebati.
Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil. .Then kukus 45 minit...Dah masak sejukkan dulu..
Utktopping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler... Then bleh la curahkan ke atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah macam mane yang anda suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Daoh siap...bleh la makan....
SeLaMat MeNcUbe....
Gambar diatas ditaja oleh adikku..
Hihi. Credit buat adik penulis sebab rajin betul ambik gambar..
Setiap sudut dia ambik.. So, tu yang penulis rajin masukkan gambar di atas..
Ok, selamat mencuba..
Sesungguhnya Nabi Muhammad amat sayang pada kita umatnya, amat sayang pada kita semua. Bagaimana kita di sini? Detik2 Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut sudah cukup membuktikan segalanya.. Sudah cukup membuatkan penulis membayangkan keadaan Baginda dan menggamit sekelumit perasaan rindu walaupun tidak pernah bertemu dengan Rasulullah.. Bagindalah kekasih yang sejati.. Penulis ingin berkongsi kisah yang menyentuh hati walaupun ada sesetengah yang sudah mengetahui.. Sekadar ingin memperingati.. Mari kita ikuti kisah bagaimana Rasulullah menghadapi sakaratul maut.. Semoga terdetik dan berdenyut nadi2 kita untuk mengingati Baginda setiap masa dan mencintai Baginda..
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca2, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam2. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda2 itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedangkan di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba2 dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut" kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapanAllah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh cemas. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" kata Jibril.
Detik2 semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku,umatku" Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi..
Lihatlah.. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sama2 kita saling berpesan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.. Masihkah kita terleka..?
Si Merah?? Rezeki..rezeki..rezeki.. Hari ni tanpa disangka awal pagi lagi rezeki dah datang.. What?? Ok, dis day penulis dapat STRAWBERRY fresh dari Cameron Highland lagi pemberian Si Fulan.. Tersangatla xcited.. Pucuk dicita, ulam mendatang gitu.. Lepas b'fast pagi tadi, baru terfikir dalam mind ni nak keluar cari strawberry hari ni then nak disalut dengan coklat, memang dah kempunan sangat dah. Belum sempat keluar rezeki dah datang.. .. Alhamdulillah..
Tuhanku, sesungguhnya Engkau mendengar setiap sapaan dan bisikan dalam hatiku.. Terima kasih Tuhanku... ^-^
Ape kene ngan title kat atas tu.. Hmm.. Bukan ape, traffic light sentiasa green coz sejak dari balik rumah hari tu blum rehat2 lagi.. Sampai malam Jumaat, pagi sabtu dah parent plan buat BBQ malam tu.. So, kene cari brg2, kemas2, siap2 sume.. Sepupu2 dan sedare2 plak datang dari jauh petang tu.. Langkah kananla wahai saudara2ku.. ber'BBQ' ramai2 baru best.. Meriah kan..
Dah settle BBQ malam tu, timbul plak lagi satu plan.. Nak buat kenduri pulak esok.. Penat lagi.. Pagi tu keluar cari barang ngan parent then tengah hari tu start masak.. Nak masak untuk beratus orang, time tu enegy dah macam ade 50% je.. Tengah sibuk2 kat dapur, para sepupu penulis pulak buat kacau.. Aduh.. Ape lagi, time tu dapat idea nak kenekan balik.. Penulis kerah semua tenaga my cousins untuk tolong masak skali.. Potong bawang, potong sayur and etc la.. Xkire, walaupun my cousins sume laki, penulis pakse masak jugak.. Riuh rendah dapur tu.. Hehe.. Baru padan muke kan.. sape suro kacau sangat.. Ringanla sikit keje.. hee~ Alhamdulillah kenduri malan tu berjalan lancar dengan izin Allah.. Pukul 1pagi baru settle semua.. Bateri dah low sgt2 dah time tu.. ~kembalikan masa rehat saya~
Pagi keesokannya pula.. Awal2 pukul 7 pagi dah buat plan baru nak pegi rehlah kat air terjun pulak.. Ya ampuun, lagi sekali letihla nampaknye.. Kene masak lagi pagi tu coz nak bawak bekal makan kat sane.. Tp penulis tolong yang termampu je sabab penulis sendiri dah sakit kepala sampai ambik ubat ponstan yang paling kuat.. Nak buat keje my mum xkasi.. Dipaksa rehat dulu.. Rehlah ni konvoi ramai2.. 4 keluarga pergi.. Rehlah pilihan adalah di air terjun Kuala Kubu Baru.. Kat situ kawasan bukit, sebelum sampai kat sane, akan lalui empangan dulu.. Jalan kat sana macam nak ke Genting Highland.. Subhanallah.. Sungguh cantik kawasan tu.. Xpercaya? Ok, jom tengok gambar kat bawah ni..
Subhanallah.. Cantik kan..
Dah sampai kat tempat air terjun, mesti makan dulu.. Anak2 kecil dah xsabar nak mandi.. Dah habis makan sume pakat serbu air.. Tu lah karenah si kecil.. Sepupu yang dah besar sibuk nak panjat naik ke puncak bukit.. Apepun, sempurnakan ibadah yang wajib dulu.. Di sana, xde disediakan kemudahan surau, kelengkapan solat pulak penulis terlupa nak bawak.. Masa tu la boleh dipraktikkan guna rukhsah, guna apa yang ada.. Rukun solat bukanlah pada kain telekung atau pakaian khas solat.. Ramai yang beranggapan nak solat mesti kena ada telekung.. Xbermakna tidak ada, xleh solat.. Pakaian yang menutup aurat sudah mencukupi.. Asalkan menutup segala anggota yang wajib ditutup.. Islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan..
Lepas solat, penulis pun turunla ke kawasan air terjun.. Ambik udara segar.. Barula kurang sikit sakit kepala.. Dengar deruan air yang mengalir.. Angin bayu yang menyapa lembut.. Sungguh tenteram dan mendamaikan jiwa.. Ketenangan hadir dalam hati tanpa perlu diketuk.. Ni barula rehat yang sebetul2nya.. Menikmanti keindahan Ilahi.. Subhanallah..
Jam menunjukkan hampir pukul 5.30 petang.. Semua berkemas sebab nak singgah di empangan. Tapi hampa, sebab empangan tu ditutup sempena raya cina.. Di seberang empangan tu ada sesuatu yang menarik.. Nak tau, ade air bukit yang tersangatla fresh.. Ramai yang berhenti bawak botol untuk tadah air bukit tu.. Pada pengamatan penulis, datangla waktu mana pun, mesti ada orang kat situ.. Kadang sampai bawak botol penuh 1 kereta.. So, kami pun berhentila untuk merasa jugak.. Yang menariknya, air tu mengalir dari dalam batu.. Untuk kemudahan, pihak tertentu buat paip untuk memudahkan tadahan.. Itulah kekuasaan Allah.. Rezeki yang Allah kurniakan.. Tidak kira di mana2, rezeki pasti ada.. Cacing yang ada dalam batu pun boleh hidup lagi, inikan manusia yang dikurniakan segala kesempurnaan dan kelebihan.. Allah telah hamparkan bumi ini seluas2nya sebagai tempat untuk mencari rezeki.. Ok, jom lihat gambar lagi..
Alhamdulillah penulis dah sampai ke rumah.. Terdetik hati untuk melawat blog penulis yang dah lame menunngu kehadiran penulis.. Jadi, penulis nak luangkan masa bersama blog penulis sebentar..
Hari Rabu.. Hmm.. Merupakan hari yang amat memenatkan.. Segalanya nak diselesaika hari tu jugak.. Assignment, meeting, surat, confirm kelas.. Hari tu jugakla sepetang penulis kat library bagi menyiapkan assignment.. Alhamdulillah semua dah selesai.. So, hati lega rasa.. Dah last minit nak bertolak ke KL baru penulis kemas2 barang.. Oh, sungguh memenatkan.. Sabar je la..
Sebenarnya pada malam tu penulis akan bertolak ke Kuala Lumpur bagi mengikuti lawatan ilmiah.. Bas bertolak pada pukul 10 malam.. Dan sampai di Masjid Putrajayapada pukul 5.30 pagi.. Di sana kami khidmat diri , solat serta sarapan..
Jejak pertama adalah menuju ke istana kehakiman.. Di sana, kami dibawa melawat ke Mahkamah dan merasai sendiri bagaimana keadaan apabila berada di dalam mahkamah dan bagaimana perbicaraan dijalankan. Semasa di sana, kebetulan satu perbicaraan berkaitan kes mahkamah sedang berjalan, jadi kami diberi peluang untuk melihat bagaimana perbicaraan tersebut dijalankan, bagaimana protokol di dalam sana, undang2 dan lain2 lagi. Kami juga diajar bagaimana protokol semasa berada di dalam mahkamah. Orang awam ditempatkan di kedudukan belakang. Di situ, penonton tidak dibenarkan bercakap. Tidak dibenarkan menyilangkan kaki dan tidak dibenarkan juga terlentok tidur.. Sebelum keluar mesti menundukkan sedikit kepala di hadapan pintu masuk utama sebagai tanda penghormatan.. Pelbagai lagi perkara menarik yang ‘xlarat’ penulis nak ceritakan di sini.. Untuk merasai sendiri, bolehla ke sana..
Pada tengah hari, kami bertolak ke masjid besibagi menyempurnakan ibadah yang wajib, kendiri dan lunch. Masjid besi ni dibina dalam keadaan yang terbuka.. Subhanallah.. Cantik berdiri tersergam indah, dikelilingi air yang mendamaikan mata yang memandang dan menyejukkan hati..
Seterusnya, kami ke SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Di sana kami disambut mesra oleh pegawai yang bertugas.. Kami dibawa ke bilik prosiding bagi mendengar taklimat ringkas serta penerangan tentang prospek kerjaya dalam perkhidmatan awam. Sekarang ni, dah diwujudkan satu web khas untuk memohon pekerjaan dengan kerajaan. Bagi yang memohon dengan kelayakan ijazah dan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi akan ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya. Kami juga didedahkan dengan prospek bagaimana persediaan sebelum temuduga dari segi fizikal dan mental. Di samping mesti mengetahui tentang perkembangan semasa.. Selepas diberi penerangan, setiap pelajar diberi peluang untuk merasai pengalaman bagaimana keadaan ketika ditemuduga. Akhir sekali kami dihidangkan dengan sedikit jamuan (hi-tea) sambil beramah mesra dengan pegawai2 yang ada di sana. InsyaAllah penulis akan buat entry tentang persediaan sebelum dan semasa temuduga..
Lawatan pada hari tersebut berakhir pada jam 4.30 petang dan kami terus bertolak ke UKM sebab penginapan kami ditempah di sana dan check in pada jam 5.30 petang. Masa pada petang tu dihabiskan untuk beristirahat.. Ye la kan, dah seharian suntuk perjalanan.. Mase untuk charge energy la petang tu..
Sebelah malam pula kami dibawa ke hulu Langat untuk dinner.. Malam tu ade surprise birthday salah seorang senior penulis.. Yang bestnye malam tu, ade kek.. Penulis kalau dah nampak kek, macam ade aura yang bergetarla.. Hihi.. Xtaula macam mane blh jatuh hati sungguh ngan kek ni.. Ok, tamat story untuk hari tu.. Dah penat sangat.. Tengok bas pun macam nampak tilam yang empuk je depan mata..
Seawal jam 5pg dah terjaga, siap2 kemas.. Sempat penulis online bace paper kejap.. Then sarapan dan check out dari tempat penginapan.. Jam 8.30 pagi kami bertolak ke parlimen.. Samai di sana, kami disambut oleh seorang pegawai yang boleh dikatakan sporting jugakla..
Kalau tengok dari luar, bangunan parlimen tu nampak macam biase je.. Tapi, kat dalam tu, subhanallah.. Macam istana.. Carpet je pun dah mampu menenggelamkan sepatu penulis.. Ok, penulis akan cube story serba sedikit.. Parlimen ni sebenarnya ada 2 bangunan.. Bangunan yang kedua tu ada 17 tingkat yang menempatkan segala pengurusan dan yang lagi satu adalah bangunan utama yang dewan2 dan bilik2 khas..
Dalam bangunan utama ni terdapat Dewan Rakyat, Dewan Negara, bilik khas kementerian, bilik meeting YDP dan yang lain2 lagi.. Manakala bangunan yang 17 tingkat pula menempatkan blok2 pengurusan, pejabat PM, Pejabat TPM dan lain2 lagi.. Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen..
Tinjauan pertama kami, kami dibawa masuk ke dewan Rakyat.. Selalunya penulis tengok persidangan berlangsung di kaca TV je.. Tapi kali ni, penulis merasai sendiri berada di dalam dewan tu.. 1 Pengalaman yang penulis xkan lupakan.. Sebelum persidangan dimulakan loceng akan dibunyikan. Bentara akan membawa masuk cokma dan diletakkan di tempatnya.. Tanpa cokma tersebut, persidangan itu dianggap tidak sah dan segala undang2 yang ditetapkan juga tidak sah.. Pembawa cokma akan duduk di tengah dewan dan akan bertindak sebagai penjaga keselamatan dewan tersebut semasa persidangan berlangsung serta berhak menghalau ahli parlimen yang bertindak di luar undang2 dengan kebenaran speaker... Pembawa cokma ini adalah bekas pegawai tentera.. Seperti dalam mesyuarat lain, biasanya minit mesyuarat akan dicatat oleh setiausaha.. Tetapi dalam persidangan ini, minit mesyuarat akan dicatat oleh pegawai pelapor.. Segala catatan akan dibuat secara word by word (setiap patah perkataan akan dicatat).. Pendek kata, kalau ahli parlimen mengeluarkan kata2 kasar juga akan dicatat.. Begitu syadid.. Itu merupakan satu kepentingan, let say adeape2 kemaslahatan, boleh rujuk semula..
Dewan Rakyat ialah dewan rendah bagi Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen - Dewan Rakyat dan dewan negara sebelum dihantar kepada YDP untuk mendapat perkenan diraja. Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen. Dalam dewan rakyat ada 222 ahli yang terdiri daripada ahli yang dipilih oleh rakyat sendiri semasa pilihanraya.. 222 orang ahi, 137 daripadanya adalah daripada Barisan Nasional (kedudukannya adalah di sebelah kanan dewan), 82 pembangkang (kedudukannya adalah di sebelah kiri dewan) dan 3 daripadanya adalah bebas.. Dalam barisan pembangkang, 30 daripadanya adalah PKR, 28 DAP, 23 PAS, dan 1 PSM (Parti Sosial Malaysia, dari kawasan Sungai Siput)
Seterusnya kami dibawa ke Dewan Negara.. Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat. Seramai 69 ahli Dewan Negara atau senator di mana hanya 26 daripada 69 tidak dipilih melalui pengundian oleh negeri deng
an 2 senator setiap negeri di Persekutuan dan 43 lagi dilantik dan dipilih oleh YDP. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada YDP untuk perkenan Baginda.
Dewan Rakyat hanya akan bersidang 3 kali sahaja dan persidangan akan bermula pada 13 Mac pada tahun ini dan akan diadakan sebanyak 3 penggal. Mengikut waktu, persidangan akan dimulakan pada jam 10 pagi sehingga 1 tengah hari dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang.. Jika, perlu, ia akan disambung pada sebelah malam sehingga jam 12..
Jejak kali yang terakhir sekali adalah di Sri Pentas TV3.. Kami sampai di sana pada jam 4 petang dan disambut oleh pegawai penerbitan serta diberi sedikit taklimat.. Susur laluan untuk masuk ke dalam studio, akan melalui konti Hot FM, Fly FM dan lain2 lagi yang sedang ke udara.... Pada jam 4.30, kami dibawa masuk ke studio untuk on air.. Sambil menunngu kedatang ustaz Zahazan dan pengacara program, kami mengambil kesempatan melihat bagaimana persediaan sebelum ke udara, bagaiman cameraman menjalankan tugas dan diberi sedikit penerangan.. Studio yang berlangsungnya siaran langsung Al-Kuliyyah adalah studio C. Dalam studio tersebut juga berlangsungnya program Nasi Lemak Kopi O, bacaan berita TV9 rancangan hits dan lain2.. Studionya sederhana kecil sahaja tapi padat.. Sebelum on air, kami sempat beramah mesra dengan Ustaz Zahazan, krew2 TV3 dan pengacara program..
Berakhir rancangan tersebut tepat pada jam 6 petang, maka berakhirlah perjalanan lawatan kami.. Selepas tamat ke udara, sempat juga beramah mesra dengan Ustaz Zahazan dan ustaz Fauzi.. Suasana menjadi riuh dengan telatah ustaz2 yang pandai berceloteh.. Tidak kering gusi dibuatnya. Akhir sekali kami dijemput untuk menjamah sedikit jamuan yang disediakan pada petang itu dan tiba masa untuk penulis pulang.. Dah homesick nii.. Xsabar nak jumpe family.. Alhamdulillah akhirnya penulis dapat menatap wajah family.. Petang tu parent penulis pergi ambik penulis di Sri Pentas..
Ok.. Kepenatan sudah.. Setakat tu je pengalaman yang penulis dapat kongsi.. Maaf penulis xdapat attach gambar buat mase sekarang… InsyaAllah pada masa akan datang penulis akan masukkan juga..
Hari ini mari kita lihat keistimewaan wanita yang Allah kurniakan rahim ini. Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... Jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib solat tetapi Allah anggap diwaktu itu solat terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.. Orang lelaki tak ada cuti dari solat... Solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis gugur.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita. Jadi kenapa perlu takut nak beranak? Berpeganglah kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Subhanallah..
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya semua isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti, seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya sedang meniti di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ni...
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Subhanallah.. Lihatlah.. Betapa sayangnya Allah kepada kaum Hawa.. Betapa tingginya darjat kaum Hawa di sisi Allah.. Jangan menyesal menjadi seorang wanita.. Ayuh wahai kaum Hawa, dirimu mampu menggoncang dunia..
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu, redhalah Islam menjadi agamamu.. Pasti tiada kekecewaan buatmu. Kelak, suatu hari nanti ada insan yang sedia menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu di dunia, wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum meletakkan cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu..