Bismillah.. Salam’alaik..
Alhamdulillah penulis dah sampai ke rumah.. Terdetik hati untuk melawat blog penulis yang dah lame menunngu kehadiran penulis.. Jadi, penulis nak luangkan masa bersama blog penulis sebentar..
Hari Rabu.. Hmm.. Merupakan hari yang amat memenatkan.. Segalanya nak diselesaika hari tu jugak.. Assignment, meeting, surat, confirm kelas.. Hari tu jugakla sepetang penulis kat library bagi menyiapkan assignment.. Alhamdulillah semua dah selesai.. So, hati lega rasa.. Dah last minit nak bertolak ke KL baru penulis kemas2 barang.. Oh, sungguh memenatkan.. Sabar je la..
Sebenarnya pada malam tu penulis akan bertolak ke Kuala Lumpur bagi mengikuti lawatan ilmiah.. Bas bertolak pada pukul 10 malam.. Dan sampai di Masjid Putrajaya pada pukul 5.30 pagi.. Di sana kami khidmat diri , solat serta sarapan..
Jejak pertama adalah menuju ke istana kehakiman.. Di sana, kami dibawa melawat ke Mahkamah dan merasai sendiri bagaimana keadaan apabila berada di dalam mahkamah dan bagaimana perbicaraan dijalankan. Semasa di sana, kebetulan satu perbicaraan berkaitan kes mahkamah sedang berjalan, jadi kami diberi peluang untuk melihat bagaimana perbicaraan tersebut dijalankan, bagaimana protokol di dalam sana, undang2 dan lain2 lagi. Kami juga diajar bagaimana protokol semasa berada di dalam mahkamah. Orang awam ditempatkan di kedudukan belakang. Di situ, penonton tidak dibenarkan bercakap. Tidak dibenarkan menyilangkan kaki dan tidak dibenarkan juga terlentok tidur.. Sebelum keluar mesti menundukkan sedikit kepala di hadapan pintu masuk utama sebagai tanda penghormatan.. Pelbagai lagi perkara menarik yang ‘xlarat’ penulis nak ceritakan di sini.. Untuk merasai sendiri, bolehla ke sana..
Pada tengah hari, kami bertolak ke masjid besi bagi menyempurnakan ibadah yang wajib, kendiri dan lunch. Masjid besi ni dibina dalam keadaan yang terbuka.. Subhanallah.. Cantik berdiri tersergam indah, dikelilingi air yang mendamaikan mata yang memandang dan menyejukkan hati..
Seterusnya, kami ke SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Di sana kami disambut mesra oleh pegawai yang bertugas.. Kami dibawa ke bilik prosiding bagi mendengar taklimat ringkas serta penerangan tentang prospek kerjaya dalam perkhidmatan awam. Sekarang ni, dah diwujudkan satu web khas untuk memohon pekerjaan dengan kerajaan. Bagi yang memohon dengan kelayakan ijazah dan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi akan ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya. Kami juga didedahkan dengan prospek bagaimana persediaan sebelum temuduga dari segi fizikal dan mental. Di samping mesti mengetahui tentang perkembangan semasa.. Selepas diberi penerangan, setiap pelajar diberi peluang untuk merasai pengalaman bagaimana keadaan ketika ditemuduga. Akhir sekali kami dihidangkan dengan sedikit jamuan (hi-tea) sambil beramah mesra dengan pegawai2 yang ada di sana. InsyaAllah penulis akan buat entry tentang persediaan sebelum dan semasa temuduga..
Lawatan pada hari tersebut berakhir pada jam 4.30 petang dan kami terus bertolak ke UKM sebab penginapan kami ditempah di sana dan check in pada jam 5.30 petang. Masa pada petang tu dihabiskan untuk beristirahat.. Ye la kan, dah seharian suntuk perjalanan.. Mase untuk charge energy la petang tu..
Sebelah malam pula kami dibawa ke hulu Langat untuk dinner.. Malam tu ade surprise birthday salah seorang senior penulis.. Yang bestnye malam tu, ade kek.. Penulis kalau dah nampak kek, macam ade aura yang bergetarla.. Hihi.. Xtaula macam mane blh jatuh hati sungguh ngan kek ni.. Ok, tamat story untuk hari tu.. Dah penat sangat.. Tengok bas pun macam nampak tilam yang empuk je depan mata..
Seawal jam 5pg dah terjaga, siap2 kemas.. Sempat penulis online bace paper kejap.. Then sarapan dan check out dari tempat penginapan.. Jam 8.30 pagi kami bertolak ke parlimen.. Samai di sana, kami disambut oleh seorang pegawai yang boleh dikatakan sporting jugakla..
Kalau tengok dari luar, bangunan parlimen tu nampak macam biase je.. Tapi, kat dalam tu, subhanallah.. Macam istana.. Carpet je pun dah mampu menenggelamkan sepatu penulis.. Ok, penulis akan cube story serba sedikit.. Parlimen ni sebenarnya ada 2 bangunan.. Bangunan yang kedua tu ada 17 tingkat yang menempatkan segala pengurusan dan yang lagi satu adalah bangunan utama yang dewan2 dan bilik2 khas..
Dalam bangunan utama ni terdapat Dewan Rakyat, Dewan Negara, bilik khas kementerian, bilik meeting YDP dan yang lain2 lagi.. Manakala bangunan yang 17 tingkat pula menempatkan blok2 pengurusan, pejabat PM, Pejabat TPM dan lain2 lagi.. Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen..
Tinjauan pertama kami, kami dibawa masuk ke dewan Rakyat.. Selalunya penulis tengok persidangan berlangsung di kaca TV je.. Tapi kali ni, penulis merasai sendiri berada di dalam dewan tu.. 1 Pengalaman yang penulis xkan lupakan.. Sebelum persidangan dimulakan loceng akan dibunyikan. Bentara akan membawa masuk cokma dan diletakkan di tempatnya.. Tanpa cokma tersebut, persidangan itu dianggap tidak sah dan segala undang2 yang ditetapkan juga tidak sah.. Pembawa cokma akan duduk di tengah dewan dan akan bertindak sebagai penjaga keselamatan dewan tersebut semasa persidangan berlangsung serta berhak menghalau ahli parlimen yang bertindak di luar undang2 dengan kebenaran speaker... Pembawa cokma ini adalah bekas pegawai tentera.. Seperti dalam mesyuarat lain, biasanya minit mesyuarat akan dicatat oleh setiausaha.. Tetapi dalam persidangan ini, minit mesyuarat akan dicatat oleh pegawai pelapor.. Segala catatan akan dibuat secara word by word (setiap patah perkataan akan dicatat).. Pendek kata, kalau ahli parlimen mengeluarkan kata2 kasar juga akan dicatat.. Begitu syadid.. Itu merupakan satu kepentingan, let say adeape2 kemaslahatan, boleh rujuk semula..
Dewan Rakyat ialah dewan rendah bagi Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen - Dewan Rakyat dan dewan negara sebelum dihantar kepada YDP untuk mendapat perkenan diraja. Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen. Dalam dewan rakyat ada 222 ahli yang terdiri daripada ahli yang dipilih oleh rakyat sendiri semasa pilihanraya.. 222 orang ahi, 137 daripadanya adalah daripada Barisan Nasional (kedudukannya adalah di sebelah kanan dewan), 82 pembangkang (kedudukannya adalah di sebelah kiri dewan) dan 3 daripadanya adalah bebas.. Dalam barisan pembangkang, 30 daripadanya adalah PKR, 28 DAP, 23 PAS, dan 1 PSM (Parti Sosial Malaysia, dari kawasan Sungai Siput)
Seterusnya kami dibawa ke Dewan Negara.. Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat. Seramai 69 ahli Dewan Negara atau senator di mana hanya 26 daripada 69 tidak dipilih melalui pengundian oleh negeri deng
an 2 senator setiap negeri di Persekutuan dan 43 lagi dilantik dan dipilih oleh YDP. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada YDP untuk perkenan Baginda.
Dewan Rakyat hanya akan bersidang 3 kali sahaja dan persidangan akan bermula pada 13 Mac pada tahun ini dan akan diadakan sebanyak 3 penggal. Mengikut waktu, persidangan akan dimulakan pada jam 10 pagi sehingga 1 tengah hari dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang.. Jika, perlu, ia akan disambung pada sebelah malam sehingga jam 12..
Jejak kali yang terakhir sekali adalah di Sri Pentas TV3.. Kami sampai di sana pada jam 4 petang dan disambut oleh pegawai penerbitan serta diberi sedikit taklimat.. Susur laluan untuk masuk ke dalam studio, akan melalui konti Hot FM, Fly FM dan lain2 lagi yang sedang ke udara.... Pada jam 4.30, kami dibawa masuk ke studio untuk on air.. Sambil menunngu kedatang ustaz Zahazan dan pengacara program, kami mengambil kesempatan melihat bagaimana persediaan sebelum ke udara, bagaiman cameraman menjalankan tugas dan diberi sedikit penerangan.. Studio yang berlangsungnya siaran langsung Al-Kuliyyah adalah studio C. Dalam studio tersebut juga berlangsungnya program Nasi Lemak Kopi O, bacaan berita TV9 rancangan hits dan lain2.. Studionya sederhana kecil sahaja tapi padat.. Sebelum on air, kami sempat beramah mesra dengan Ustaz Zahazan, krew2 TV3 dan pengacara program..
Berakhir rancangan tersebut tepat pada jam 6 petang, maka berakhirlah perjalanan lawatan kami.. Selepas tamat ke udara, sempat juga beramah mesra dengan Ustaz Zahazan dan ustaz Fauzi.. Suasana menjadi riuh dengan telatah ustaz2 yang pandai berceloteh.. Tidak kering gusi dibuatnya. Akhir sekali kami dijemput untuk menjamah sedikit jamuan yang disediakan pada petang itu dan tiba masa untuk penulis pulang.. Dah homesick nii.. Xsabar nak jumpe family.. Alhamdulillah akhirnya penulis dapat menatap wajah family.. Petang tu parent penulis pergi ambik penulis di Sri Pentas..
Ok.. Kepenatan sudah.. Setakat tu je pengalaman yang penulis dapat kongsi.. Maaf penulis xdapat attach gambar buat mase sekarang… InsyaAllah pada masa akan datang penulis akan masukkan juga..
0 comments:
Post a Comment