6 Januari - Alhamdulillah. Alhamdulillah Allah bagi keizinan ruang dan peluang untuk menziarahi keluarga angkat arab penulis di Jordan ini. Sehari sebelum menziarahi ke rumah baba dan mama (panggilan untuk keluarga angkat), penulis dan sahabat bermalam di rumah keluarga angkat Malaysia. Beliau bekerja sebagai duta di sini, sangat baik. :)
Sekitar jam 11 pagi kami sampai ke rumah baba dan mama, menghampiri waktu Zohor. Disambut mesra oleh mereka, anaknya bernama Ishraq. Sebenarnya Ishraq ini diperkenalkan oleh seseorang di Malaysia. Bila Ishraq dapat tahu penulis berada di Jordan setelah dimaklumkan, terus diundangnya penulis ke rumah dia.
Satu yang membuatkan penulis terkejut, rupanya Ishraq mempunyai kembar seiras. Subhanallah! Terkeliru dan terkesima sebentar penulis. Sengaja dirahsiakan oleh Ishraq dari pengetahuan penulis. Kembarnya bernama Isra'. Sukar untuk membezakan mereka. Ishraq sedang menyambung master di Universiti Yarmouk manakala Isra' merupakan seorang peguam. Orangnya kecil molek dan comel je tapi berjiwa besar.. ^_^
Tergagap juga nak bersembang dalam kalangan mereka menggunakan bahasa arab sepenuhnya. Jadi, kadangkala bahasa Inggeris menjadi bahasa perantaraan kami diselangi bahasa arab. Baba merupakan seorang wartawan sebelum ini. Manakala mama suri rumah. Mama berasal dari Morocco. Bahasa Inggeris yang digunakannya bukanlah bahasa Inggeris yang biasa kita gunakan di Malaysia, tapi bahasa Inggeris French (Perancis). Mama sangat comel tau, sebab tu anak2 dia comel je.. ;) hehe. Juga mempunyai dua orang anak lelaki yang bernama Muhammad dan Ahmad.
Isra' tanya penulis apa makanan kegemaran penulis di Jordan ni. Penulis jawab semua makanan arab dah jadi makanan kegemaran. Tapi yang penulis paling gemar adalah Syawarma dan Maqlubah. Terus Isra' ajak masak Maqlubah, kebetulan memang penulis nak cari resepi maqlubah tu. Alhamdulillah. Kami masak bersama. Satu persatu Isra', Ishraq dan mama ajar macam mana nak masak nasi Maqlubah complete dengan dessert. InsyaAllah berhajat balik Malaysia nanti nak masak untuk keluarga. ^_^
Kebetulan pula hari itu adalah hari lahir baba. Mama buat permintaan supaya meraikan hari lahir baba bersama. Baba kata dia sebenarnya lupa bahawa hari itu adalah hari lahirnya dan terkejut bila ada kejutan untuknya serta seronok dapat meraikan hari lahirnya bersama Malizi. Saudara kembar dah buatkan kek special untuk baba. Hari ini dapat belajar 2 resepi. Kek arab dan Maqlubah. Selesai makan, kami dihidangkan pula Hi-Tea yang dinamakan Syai Maghribi. Sedap dan fresh! Banyak juga adat orang arab yang penulis belajar dari pemerhatian penulis. Cara hidup mereka. Agak2 suatu hari nanti penulis aplikasikan dalam keluarga penulis pun ok jugak tu kan.. ^_^
Lamanya kami di sana, dari jam 11 pagi sampai jam 4 petang. Menghampiri waktu Maghrib. Di sini, dalam jam 4 lebih dah masuk Maghrib.. Kebiasaannya kalau ke rumah orang arab, memang sangat susah nak lepaskan diri untuk pulang.. :) Sebelum pulang, kami dihadiahkan minyak zaitun asli seorang sebotol. Waktu masak tadi, mama cerita bahawa keluarganya mempunya ladang zaitun besar di Jordan ni dan kilang memproses zaitun. Itu adalah perusahaan keluarga mereka turun temurun. Subhanallah! Patutla semua masakan digunakan minyak zaitun. Berkhasiat tu.. ^_^ Juga mempunyai sebuah kedai menjual halawiyat di mator yang dikendalikan oleh anak lelakinya.
Alhamdulillah Allah anugerahkan keluarga angkat sebaik mereka di sini. Sedikit sebanyak terubat kerinduan pada keluarga di Malaysia.. (^_^)
Kek hari lahir baba. Fresh Cook!
Antara halawiyat yang dihidangkan menarik perhatian kami.
Sweet couple kan.. Mama & Baba.. Suke tengok ^_^
Sanah Helwah baba.
Orgnya sgt lembut dalam percakapan dan berbudi bahasa..
InsyaAllah ada masa Allah izinkan, penulis akan ziarah mereka lagi. Sebab mereka ingat penulis akan tidur sana pada hari tersebut, ternyata penulis tidak dapat memenuhi permintaan mereka. InsyaAllah suatu hari nanti penulis akan bermalam di sana sebab kami dah berjanji nak bertukar resepi makanan negara nanti, belajar masak masakan arab. ^_^
0 comments:
Post a Comment