.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, October 21, 2011

Kerana RM20


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah...

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...


Bila penulis terbaca artkel ini, teringat isu yang berlaku sekarang. Graf kes sosial terlalu tinggi. Awal didikan bermula dari rumah, awal didikan mengenal Allah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sama2 kita ambil peringatan pandang ke hadapan.
p/s: Hargailah masa berharga bersama keluarga. Jangan biarkan mereka membesar dalam keadaan dahagakan kasih sayang ibu & ayah. Anak kecil itu punya hak. Berikan hak mereka.

Sumber: Maher Zain Malaysian Fan Club

Thursday, October 20, 2011

Segulung Ijazah


Assalamualaikum.. Err.. I'm back! ^_^
Lama benar penulis x menjejakkan kaki ke blog penulis ni. Dilihat graf bilangan pengunjung yang menjengah ke blok ini bertambah, penulis pulak yang menghilangkan diri dan meng'anaktiri'kan blog. Sejak dari masuk ijazah, dah bergraduat sampaila sekarang dah beberapa minggu masuk kuliah, pun masih x update blog.. ish2..

Btw, actually apa benda yang dikarang ni semua dah ada dalam 1 folder MW, cuma belum punya masa untuk publish je. Masa. Masa. Masa. Tidak izinkan. Banyak pengalaman nak berkongsi sebenarnya.

Ok, Alhamdulillah 18/9/2011 lepas penulis diberi izin oleh Allah untuk hadiri Majlis Konvokesyen dan Alhamdulillah menerima segulung Ijazah dalam Islamic Administration. Turut dihadiri keluarga penulis dan sepupu2. 3 hari mereka berada di Terengganu. Sangat berterima kasih kepada insan2 yang disayangi kerana menceriakan hari bahagia penulis.

Inilah hadiah bermakna yang penulis mahu hadiahkan pada my parent. Lalu, malam itu di sebuah resort kami menginap, berhadapan dengan swimming pool dan bersebelahan pantai yang indah, penulis hadiahkan tiket masuk ke dewan konvo pada ibu dan ayah penulis. Itulah hadiah yang yang penulis usahakan selama 3 tahun  untuk diberikan kepada mereka. Ya, jasa mereka tidak mampu penulis balas, terlalu banyak dan tidak dapat diukur serta dinilai dgn wang. Moga ini semua menjadi pemangkin semangat kepada adik-adik dan kepada diri sendiri untuk terus maju ke hadapan, InsyaAlah.

Syukur, sekarang masih diizinkan Allah lagi untuk menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muada Sains Sosial Antropologi & Dakwah dengan Kepujian. Masuk saja ke bidang ini, bermakna tiada lagi istilah bersenang lenang kerana banyak teori dan praktikal serta kerja lapangan juga beberapa penyelidikan. Semester awal lagi sudah rasa mencabar kerana banyak istilah2 yang agak pelik digunakan. Tapi Alhamdulilah dalam kos ini kami disediakan tutor bagi setiap subjek dan setiap orang diberi mentor sebagai pembimbing.




Sangat rindukan saat bersama kamu sahabat.

p/s: Coretan menarik semasa konvo, kos kami menjadi tumpuan media & jurufoto dalam dan luar disebabkan budak2 kelas ni 'hyper aktif'. Dari dalam dewan konvo lagi dah jadi tumpuan. Kecoh. Saat itulah saya rindukan, rindukan keriuhan, keceriaan, guraun sahabat. I'll miss u all forever. Forever....... PERINTIS always in my heart...
Related Posts with Thumbnails