.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Monday, August 29, 2011

Hari-hari Terakhir


Tahun ini, tidak seperti tahun-tahun lepas. Kalau tahun lepas, seminggu sebelum raya penulis dah sibuk mencari bahan nak buat kuih. Dah sibuk planning nak buat kuih apa. Dah sibuk tanya-tanya orang buat kuih apa raya tahun ini..

Tahun ini...? Tidak. Berbeza. No planning. Tidak ada agenda kuih. Banyak kuih tunjuk tahun ini. Memang ada terdetik juga nak buat kuih tapi dek kekangan masa yang keterlaluan, tahun ini pula Ramadhan penulis penuh dengan agenda & aktiviti sempena Ramadhan. Termasuklah program yang penulis anjurkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang/ Jawatankuasa Penduduk. Tidak kurang juga aktiviti yang diundang, usrah, ijtima' dan lain-lain. Tambahan pula tahun ini juga banyak dapat tender buat buku, disibukkan lagi dengan persiapan nak melangkahkan kaki ke alam Universiti semula setelah sekian lama 'berbulan madu'. Mungkin ini faktornya Ramadhan terasa begitu pendek. Alhamdulillah Allah masih beri kekuatan untuk terus menghayati dan mengisi Ramadhan dengan 'bermesra denganNya' walau banyak tenaga dihabiskan di siang hari.

Minggu ini, minggu terakhir dalam bulan Ramadhan. Last minute punya planning, tiba-tiba tergerak hati nak buat jugak kuih raya. Pagi sabtu terus penulis siap-siap panaskan enjin kereta, keluar shopping barang nak buat kuih. ~Sambil2 tu, melencong shopping benda lainla jugak kan. hehe. Memag cari padah keluar hari Sabtu, jalan sangatla teruk. Dahla hari Jumaat tu penulis dengan ayah penulis seharian bersesak atas jalanraya. Disebabkan nak cepatkan urusan, ayah penulis minta tinggalkan dia di bank sebab bank pun terlalu ramai orang dan penulis drive sorang2 pergi gantikan tempat ayah penulis untuk attend meeting dengan penerbit. Otw nak pergi ambik ayah penulis di bank, 3 jam penulis terperangkap dalam jammed! Allah. Kesian ayah penulis tunggu lama.

Back to story. Dah jauh cerita pergi tu. Sabtu, pergi cari barang kuih, hanya keluar berdua dengan adik penulis yang bongsu. Petang balik terus masuk dapur buat kuih. Memang x plan langsung nak buat kuih apa. Main beli je barang. Balik adjust2 la kuih apa yang boleh dibuat dengan barang yang dibeli tu. Pelik, penulis pun pelik..~

Adjust punya adjust, dapatla 5 jenis biskut raya. Antaranya biskut Corn Flakes madu, Corn Flakes Vanilla, Biskut Makmur, Biskut Mazola dan Biskut Arab. Walaupun penulis buat sorang, sorang2 di dapur (bertemankan lagu2 raya hehe), sampai sakit2 badan, tapi rasa puas. Tahun ni memang tak dapat nak buat kuih almond london. sebab kuih tu kalau nak buat perlukan masa yang lama dan complicated. Jadi, rumah2 yang akan penulis ziarahi raya nanti, berjaga-jagalah! Bersiap siagalah! Serangan terhadap almond london akan bermula dari rumah ke rumah! hehe

Malam, sambil tangan mengadun kuih. Terdengar lagu Harapan Ramadhan (Raihan feat Man Bai). Sungguh, rasa sayu. Entahla, sebak pun ada. Tenggelam dah lagu raya bila teringat Ramadhan bakal berlabuh meninggalkan kita semua. Rasa sekejap je dapat bersama kekasih Ramadhan. Bagaimana ibadah kita? Adakah diterima? Masihkah ada harapan untukku bertemu dan berjodoh lagi dengan Ramadhan? Moga Allah sampaikan aku dengan Ramadhan yang akan datang. Allahumma Amin..

Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk menyiapkan kuih2 ini.


Selamat Menyambut Hari Kemenangan Umat Islam Buat Semua..

Wednesday, August 24, 2011

Sayu, Syahdu




Sungguh.. Sebak, syahdu, sayu lihat gambar di atas. Detik-detik terakhir sebelum beliau berlepas ke Cairo untuk menuju ke GAZA. Dalam tidak sedar, ada manik-manik yang jatuh dari kelopak mata penulis. Seolah penulis sedang berada dalam situasi di atas.

Benar, susah bagi seorang ibu dan sebak juga bagi seorang ayah untuk melepaskan anaknya yang berada dalam negara aman menuju ke negara yang sedang bergolak dengan peperangan. Di mana, bersimpang siur peluru menghujani bumi tersebut. Namun, atas dasar perjuangan yang digenggam, maka hati merelakan jua pemergian seorang anak yang membawa misi mulia.

Selamat berjuang sahabatku Muhammad Mus'ab Muzahar. Doa kami sentiasa mengiringi setiap langkah para aktivis yang menjejakkan kaki di bumi barokah. Sesungguhnya, kalian adalah orang yang bertuah dan dipilih oleh Allah untuk menjejakkan kaki di tanah mulia itu. Pastinya tanah wakaf umat Islam!

Andai aku di tempat itu, sukar juga untuk digambarkan perasaan yang Allah campakkan.

"Ya, aku juga punya impian untuk menjejakkan kaki ke sana. Mencium haruman bumi barokah, mencium haruman darah para syuhada'. Moga peluang itu juga milikku satu hari nanti. Kerana aku yakin Allah telah membaca isi hatiku"


Birruh Biddeen, Nefdik Ya AQSA
UNITE FOR PALESTINE!

Sunday, August 14, 2011

Aku yakin Kau berjawapan

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat,

Tapi dugaan pula yang datang.

Kadng-kadang kita minta untuk cerdik,

Tapi masalah pula yang datang.

Kadang-kadang kita minta kebahagiaan,

Tapi huru-hara pula yang datang.

Tapi percayalah, semua itu tersirat jawapan yang kukuh..

Dugaan menjadikan kita kuat.

Masalah menjadikan kita berfikir.

Huru hara menjadikan kita tabah.

Subhanallah! Semua aturanNya ada hikmah tersembunyi..

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadang kala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah sedang menduga. Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadang membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadang kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis olehNya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuanNya? Kadang kala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapanNya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah... !
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayatNya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah Al-Baqarah : 216)

Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya."

(Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

(Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

(Yusuf : 87)

Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

(Al-Baqarah : 45)

Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..

(At-Taubah : 111)

Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

(Surah At-Taubah : 129)

Ya Allah...berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?

(Al-Ankabut : 2-3)


Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.


Tuesday, August 9, 2011

Tempahan Baju BERSIH kembali!


Assalamualaikum. Selepas penulis hentikan jualan baju BERSIH 2.0 tempoh hari, tapi masih lagi terdapat permintaan yang tinggi pada baju ini. Memandangkan ada yang berkeinginan untuk jadikan baju ini sebagai simpanan kenangan ekslusif dan susah untuk dapatkan selepas ini. Jadi, penulis buka semula tempahan terakhir dan edisi kali ini adalah edisi terhad, kain berkualiti tinggi (cotton lembut) serta design lebih kemas dari yang lepas.

Di bawah dipaparkan baju dan design yang terbaru. Stock adalah terhad. Boleh mula buat tempahan sekarang.

Baju lengan Pendek
RM25
Saiz S dan M

Baju Muslimah
RM45
Saiz M dan L

Kos penghantaran (Pos Laju)
RM5

Untuk tempahan & maklumat lanjut, hubungi:
Suhaila : 013- 9976690

Sertakan maklumat berikut untuk tempahan
-Nama
-Jumlah tempahan
-Saiz tempahan
-Alamat lengkap

Setelah pengesahan dibuat, Bank In ke:
Bank Islam
140 690 201 382 99
(Suhaila Lukman)

Penghantaran akan diproses selepas urusan bank in.


BAJU LENGAN PENDEK


Design belakang baju

Design depan baju


BAJU MUSLIMAH


Design depan baju

Sunday, August 7, 2011

Mara tanpa Gentar!



Malam itu aku masih di kedai kopi,
Menghirup kopi hitam dan melahap roti bakar,
Bersama teman dan sahabat,
Sambil duduk aku mengerling pada skrin TV besar,
Melihat sebuah berita terkini.

Ooo..aku lupa bahawa,
Ada insan di bumi Palestin,
Tengah meratap-ratap pilu dan sedih,
Seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang,
Dalam timbunan puing2 bangunan runtuh,
Dan peluru bersimpang siur berdesir di telinganya,
Dia terus menjerit dan meraung2,
Atas kehilangan itu.

Dan wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi,
Mencari anak lelakinya yang masih kecil,
Telah terlepas dari pautan tangannya,
Dan dilihatnya di celah gelimpangan mayat-mayat itu.

Ada sekujur mayat kanak-kanak,
Yang masih memegang senapang mainan di tangannya,
Itulah anaknya,
Dan dia terus menangis serta menampar-nampar mukanya,
Mencari suaminya dan di lantai dilihatnya titisan darah,
Syahid!! Syahid!! Syahid!! jeritnya.

Aku hirup lagi kopi yang tinggal setengah...panas,
Dan aku kunyah sekeping roti bakar,
Temanku sibuk mengetip laptopnya,
Dan TV terus menyiarkan lagi..

Setiausaha Negara Amerika berkata-kata,
Sedang mencari formula mahu keamanan,
Aaah...berkata atas kuasa veto,
Hanya sebuah laoran,
Tidak pernah ada satu pakatan,
Hanya sekadar mahu buat ulasan,
Biar dunia tahu bahawa tugasnya tidak berakhir,
Obama akan menyambung,
Dan katanya setiap keputusan harus dipatuhi,
Dan lihat sahajalah...peperangan itu..untuk siapa?

Aku hirup lagi baki kopi,
Nikmatnya..rasa..tiada apa lagi yang nak dirisaukan,
TV itu terus menayangkan gambar.

Seorang lelaki mengusung jenazah sahabatnya,
Yang berlumuran darah,
Kepalanya telah terkulai,
Yang lain sedang menjerit-jerit,
Mencemuh dan memohon pertolongan,
Dan manusia di bumi Palestin sangat gawat,
Dentuman sebuah bom seperti membelah bumi,
Peluru seperti taufan membedil musuh dan lawan.

Terdengar orang disebelah meja aku berkata,
"Biasalah bila dalam peperangan,
Gawat, cedera dan mati.
Dan inilah jadinya kalau rundingan tidak selesai."
Sahabat yang lain tergelak dan tersenyum sinis.

Aku masih lagi melihat berita akhir,
Ramainya anak-anak Palestin yang telah menjadi mayat,
Diatur berbaris...sebak menyelinap di dadaku,
Kenapa peperangan boleh mengorbankan kanak-kanak?
Kenapa zionis lakukan itu?untuk apa?

Mereka mahu bumi Palestin,
Jangan ada bangsa Palestin,
Bukan kekejaman tapi pemusnahan dan penghapusan,
Dan aku memandang sekeliling,
Tiada siapa yang mahu ulas berita itu,
Itu di Palestin, kita di sini,
Di kedai kopi..aman...

Dan tiba-tiba cawan aku terjatuh ke lantai,
Pecah, berderai, serpihan kaca bertaburan,
Ini hanya sebuah cawan kaca yang sangat murah harganya,
Semurah nyawa anak Palestin,
Dan aku tinggalkan kaca itu..

Di manakah aku sekarang ini,
Apakah aku mahu berkira-kira,
Bercerita perjanjian autonominya,
PLO dengan sejarah Yaseer Arafat atau Hamas dan Fatah,
Kini semuanya boleh berbicara,
Tapi siapa yang sanggup menggalas senjata???

Dan siapa yang sanggup mati???
Siapa yang akan mara???
Dan siapa yang akan kecundang???
Korban tidak mengenal lawan dan kawan,
kanak-kanak, wanita dan orang berdosa,
sebuah percaturan dalam peperangan,
Dan aku terus juga melihat gelimpangan mayat-mayat.
Saksi sebuah jihad..
Apakah di hati atau di mataku???

*Karya Rusnah Abu Samah, seorang sukarelawan ketika berusrah dengan rakan2 NGO di sebuah restoran di ibu negara.


DIPETIK DARI "PALESTIN TAK PERNAH GENTAR-FATWA KONTEMPORARI DAN PENYELESAIANNYA"

MEMBURU MENANG ATAU SYAHID..!?

Related Posts with Thumbnails