.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, September 29, 2010

15 Cedera Dalam Pertempuran di Al-Quds


Isnin ,27/09/2010 – 15 penduduk Palestin tercedera dalam pertempuran berlaku di antara penduduk Al-Quds dan Rejim Zionis di bandar terjajah Al-Quds yang telah berlaku beberapa hari yang lalu dan berterusan hingga ke kawasan Ras Al-Amud dan Isawiyah.

Menurut sumber kami, 15 penduduk Al-Quds tercedera disebabkan oleh tembakan peluru hidup, dan puluhan yang lain sesak nafas sewaktu pertempuran dahsyat ini berlangsung di antara penduduk Al-Quds dan Rejim Zionis dekat bandar Silwan pada hari Khamis (23 September) yang lalu.

Sumber tempatan dari bandar Baitul Muqaddas pula menyatakan bahawa Rejim Zionis masuk dan menyerang puluhan penduduk asal perkampungan Al-Bustan, Wadi Helwah dan Batn Al-Hawa, yang menaikkan kemarahan para warga Palestin lalu mencetuskan pertempuran. Semburan gas pemedih mata dan tembakan peluru hidup oleh Zionis mengakibatkan puluhan cedera dan mengalami sesak nafas.

Sumber: Palestinkini

Monday, September 27, 2010

Bebaskan Palestina!



Aku pandang langit merah di sana
Bumi Islamku yang sedang terluka
Aku berdoa di setiap pintaku
Allah lindungilah Palestinaku

Engkau yang berjuang dengan harta jiwa
Syahid yang kau junjung menjadi cita
Ku di sini menangis panjatkan doa
Allah janji Palestina pasti merdeka

Bumi yang ku cinta
Qiblat kami yang pertama
kami jaga,
kami cinta dengan harta jiwa raga

Allah aku mohon lindungilah
Mujahid yang mulia
Niatkan aku turut serta
Bebaskan Palestinaku..

Letakkan aku dalam barisan
Bersama pejuang-pejuangmu
Moga aku dapat meringakan mereka
Saudara-saudaraku tercinta

Saturday, September 25, 2010

Duhai hati..

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang2 ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman..

Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mentari petang di ufuk. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang.. Setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…Lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Maha Suci Allah, lindungilah aku dari api neraka.’

Begitu juga dengan keindahan dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa2 sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia. Jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahawa keindahan itu adalah dari riak wajah anak2 kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki… indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia melahirkan rasa kasih pada sesuatu yang dikasihinya, dan indahnya ia memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya.

Ayuh memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah… Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara dan bersifat fatamorgana. Segalanya di dunia hanyalah penipuan belaka.

Banyak yang tersurat dari pengalaman..


Mentari pagi terbit membawa seribu pancaran hikmah.. Bayu petang membawa angin kedamaian dalam jiwa.. Cahaya bulan yang terang di kala malam melahirkan seribu ketenangan dan kesyukuran dalam hati..

Hati berbisik.. 'Allah.. Apa yang berlaku padaku hari ini'..
'Apa yang aku perloleh'..
'Apa hikmah daripadaMu'..

Dalam keadaan yang terasa kekurangan masa, kesempitan yang sering menghimpit.. Pelbagai perkara melanda diri. Sehinggakan kurangnya masa untuk diri. Usaha dan terus berusaha menggapai apa yang diimpikan. Dalam usaha pasti ada kesukaran sebagai wadah menguji kesabaran daripada Maha Pencipta.

Pengalaman.. Naik turun. Naik turun semata2 untuk berjumpa dengan YB. Hari pertama mungkin bukan rezeki kami. Hanya dapat berjumpa setiausahanya. Puas mencari, puas bertanya. Almaklumla kami bukanlah orang Terengganu. Hanya menumpang belajar di sini. Jadi, kurang arif tentang tempat. Ok, masuk bilik sana, masuk bilik sini. Tiada rezeki. Hari kedua akhirnya dapat bersua dan menyampaikan juga hajat walaupun tidak sesempurna.

Seharian suntuk berada di town, lewat petang baru balik.. Sehingga rasa pening + loya + longlai.. masih naik turun pejabat YB, MB. Berusaha untuk tidak berputus asa. Mencari pula manager2 bank. Kurang arif juga lokasi2 bank di Terengganu ni sebab ada bank yang telah berpindah. Akhirnya dapat jua kami temui. Alhamdulillah Allah permudah kerja bila berurusan dengan seorang yang peramah dan tidak straight. Memandangkan kami ke sana dengan berpakaian korporat, membawa imej Kelab Astronomi bersama.. Ditanya pula pada kami tentang kaedah melihat anak bulan, pengalaman dan pengetahuan kami. Memang rasa teruji.

Alhamdulillah kami boleh jelaskan dengan baik dan sama berbincang. Kesimpulan yang penulis dapat dari sini, bila kita menyertai sesuatu kelab, bukan bermakna menyertai sahaja semata2 untuk mendapatkan sijil, tapi menyertai demi ilmu, itu yang paling penting. Buktinya, dah diceritakan di atas tadi. Bila kita keluar berjumpa dengan masyarakat luar, pasti mereka akan bertanya apa yang kita perolehi dengan menyertai kelab tersebut dan pastinya ada soalan2 yang memerangkap.

Dalam keadaan focus dengan perihal program dan kelab, penulis sedar penulis juga ada tanggungjawab terhadap diri dan yang utama terhadap keluarga yang pastinya sentiasa di hati penulis. Tanggungjawab pada pelajaran. pada adik2 yang di bawah pemantauan penulis. Semua peru dilakukan dalam 1 masa.

Kekagetan kerana sedikit alpa sejak kebelakanan ini. Penulis luangkan masa untuk diri dan keluarga juga. Ok, semalam penulis dah booking flight untuk balik ke teratak keluarga. Tapi terjadi juga kekhilafan di situ. Tiket flight ditempah dua kali dan kena buat pembayaran dua kali! Pada hemat penulis ini berlaku ralat dalam sistem online dari syarikat 'dot' tersebut. Bila penulis contact pihak sana, tiada yang memberi jawapan.. Pasrah dan membiarkan tiket tersebut burn. Nak gantikan orang x boleh sebab waktu check ini sure kena guna ic.. Agak terkilan kena double payment.

Kesimpulan dari hal tersebut, semua yang ada dan wujud atas dunia tidak sempurna. Tidak boleh mengharap sepenuhnya pada sesuatu. Pastinya setiap yang berlaku ada hikmah kan. Ini mengajar penulis untuk lebih berhati2 juga dengan kemudahan teknologi yang serba canggih sekarang.

Sebelah malam, jamuan hari raya wif Kelab Astronomi Alhamdulillah di sini penulis melampiaskan penat dengan exc02 kelab.. So enjoy. Makan + borak.. sambil melayan lagu raya. Oh! masih terasa suasana raya dan criuzly merindukan keluarga di rumah.. Sangat rindu! Terpaksa mengabaikan kerinduan tersebut. Inilah adat orang menuntut ilmu. After jamuan, penulis terus mempengerusikn mesyuarat untuk mendegar laporan dari exco masing2.

After this tindakan dalam jadual. Ada 4 jamuan raya lagi --> Meeting wif pengerusi NGO2 Palestin --> Merangka konsep konsert --> test usul fiqh --> Assignment --> Tesis --> Urusan adik di Solo -> Planning menziarahi adik di Solo, Indonesia --> Survey skop pemasaran buku --> Penulisan buku --> Online meeting wif penerbit.. Ya tuhanku.. Permudahkan dan lancarkan segalanya..

Kesimpulan dari semua yang penulis hadapi selama ini.. Di sinilah medan penulis belajar erti berdikari dan segala keputusan perlu diambil sendiri.. Perlu bijak merancang segalanya agar tidak ada yang terlepas serta menyesal kelak. Kadang apa yang kita merancang tidak menjadi kerana kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Perlu bersedia dan melapangkan hati menerima segala kemungkinan yang berlaku. Di sini lah mengajar penulis mengenal erti sebuah ketabahan. Bila berurusan tidak perlu dalam keadaan beremosi, bila beremosi, segala masalah tidak akan selesai.. Malah menjadi bertambah buruk. Penulis yakin, bila penulis keluar kelak pastinya kehidupan di luar lebih mencabar dari sekarang.

Allah lebih mengenal dan arif tentang hambaNya. Justeru segala permohonan harus dipanjatkan kepada Allah Rabbul ' izzati. Segalanya datang daripada Allah. Keizinan berlaku sesuatu juga adalah dengan izin Allah. Setiap yang berlaku pasti bersebab dan hanya Allah yang mengetahui kesan kepada sesuatu.

~Mehnah kehidupan yang tidak pernah terhenti~
Lega dapat melepaskan segalanya melalui penulisan~ Blog menjadi mangsa..

Friday, September 24, 2010

Indahnya Kemaafan



Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Adakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan?? Bukan itu cara yang terbaik kerana kita semua milik Allah, hamba yang sama tarafnya di sisi Allah. Hamba yang bergantung sepenuhnya pada Allah. Siapalah kita unutk menghina sesama kerana manusia itu juga asalnya dari setitis air yang hina, tapi Allah jualah yang telah mengangkat taraf manusia menjadi mulia.. Seharusnya kita merenungkan kembali dari mana asalnya diri kita.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”

(HR. Tirmizi)

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”

(Hamka)

“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.

(HR. Bukhari dan Ahmad)

Firman Allah SWT:

“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

(Surah Ali-Imran:134)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”

(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”

(Surah an-Nur : 21)

~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”

Maklumat: Feryco.com+penambahan


Thursday, September 23, 2010

Majlis Hari Raya UniSZA




Tuesday, September 21, 2010

Fenomena Istiqbal Musytari


Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya di bulan Syawal, berlaku beberapa fenomena astronomi di langit. Diantara fenomena yang ditonjolkan dan tersenarai sebagai fenomena menarik pada September ini ialah istiqbal (opposition) Musytari. Jika pada 22 Mac telah berlaku istiqbal Zuhal (lihat Dewan Kosmik Mac 2010), pada 21 September ini berlaku istiqbal Musytari. Istqbal ialah fenomena apabila kedudukan jasad samawi dalam keadaan bertentangan dengan Matahari dilihat dari Bumi atau sudut longitud samawi ialah 180 darjah. Planet Musytari merupakan planet yang kelima dari Matahari dan yang paling besar dalam sistem suria dengan diameter 143,000 km dan isipadunya 1321 kali ganda Bumi. Istiqbal Musytari ini adalah yang paling menarik dalam tempoh pusingan orbitnya 12 tahun (lebih tepat lagi 11.86 tahun). Ini bermakna ia bergerak dalam tempoh satu tahun ialah 1/12 bahagian dari orbitnya di langit. Dalam tempoh tersebut ia melalui satu kawasan buruj zodiac dan tahun 2010 ia berada secara puratanya dalam buruj Aquarius. Buruj Aquarius terletak di antara buruj Capricon dan Pisces. Istiqbal kali ini orbit Musytari hanya satu darjah selatan dari ikliptik (laluan Matahari) dan jaraknya lebih dekat dibandingkan dengan jarak purata dari Matahari. Jarak puratanya dari Matahari ialah 5.2 A.U (1 A.U ialah jarak Bumi-Matahari, 150,000,000 km). Oleh itu planet ini kelihatan lebih besar dan terang kali ini. Saiznya ialah 50" dan magnitudnya ialah -2.9. Dengan magnitud tersebut menjadikan ia objek yang paling terang di langit sepanjang malam selain Bulan. Istiqbal Musytari kali ini berlaku pada jam19:00 waktu tempatan 21 September. Ia berada tinggi di langit pada altitud 72 darjah di tengah malam dan boleh dilihat sepanjang malam. Pada malam ini turut diterangi oleh cahaya Bulan kerana Bulan hampir purnama.

Dengan menggunakan binokular atau teleskop kecil kita boleh melihat jaluran di planet ini. Jaluran ini mudah dilihat terdapat di tengah atau khatulistiwa, di utara dan selatan khatulistiwa planet ini. Jaluran ini sebenarnya adalah atmosfera Musytari. Planet ini merupakan satu bebola gas yang besar yang terdiri dari terutamanya gas Hidrogen dan Helium dan berputar dengan laju. Kelajuan putarannya sedikit berbeza di khatulistiwa dengan di utara dan selatan khatulistiwa. Ini mengakibatkan jaluran awan di atmosfera. Jaluran ini selari dengan khatulistiwa planet ini dan dibahagikan kepada beberapa band yang berwarna. Band yang cerah dinamakan zon dan yang gelap dinamakan tali pinggang (belts).

Satu lagi ciri menarik yang boleh dilihat di atmosfera planet ini ialah tompok raksaksa merah (great red spot). Tompok ini berbentuk bujur terletak di tali pinggang, 22 darjah selatan khatulistiwa. Saiz tompok ini sangat besar, sebab itu ia dipanggil tompok raksaksa, lebar Utara-Selatan ialah 14,000km dan Timur-Barat diantara 24,000 - 40,000 km. Tompok ini sebenarnya adalah ribut anti siklon dengan arah putaran lawan arah jam dan putaran awan ribut ini mencapai ketinggian sehingga 8 km. Dari pemerhatian yang telah dibuat oleh saintis saiz tompok ini telah berkurangan, sehingga kini saiznya hanya separuh jika dibandingkan dengan 100 tahun dahulu. Dengan menggunakan teleskop kecil kita boleh melihat empat satelit utamanya iaitu Io, Europa, Ganymede dan Callistro mengikut susunan jarak dari Musytari. Io paling dekat dan Callistro paling jauh dengan jarak 420,000 km dan 1,880,000 km masing-masing. Sehari selepas istiqbal, satelit Europa melintasi Musytari dan menyebabkan bayangnya jatuh ke atas atmosfera planet ini, sama seperti kejadian gerhana Matahari di Bumi apabila bayang Bulan jatuh ke atas permukaan Bumi.

Info dari: Falak Syar'ie Malaysia..

Terima kasih juga untuk penasihat Kelab Astronomi yang penulis anggotai kerana memaklumkan dan menerangkan dengan panjang lebar tentang fenomena ini kepada penulis.

Jadi pembaca yang dikasihi sekalian, sama-sama kita saksikan fenomena istiqbal Musytari malam ini bermula jam 12 a.m ke atas.

Sunday, September 19, 2010

Di mana Ikhlasnya?


Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa2 amalan kita diterima oleh Allah swt.. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak...

Sudah tentu niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dll. Ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-

1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat, taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulama, ada ulama yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam (yg hitam pekat). Betapa besarnya hati manusia itu apabila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah Taala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith nabi: "3 golongan yang tidak diterima Allah Taala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab:

1. Orang-orang kaya menginfaqkan (sedekah) sebahagian hartanya di jalan Allah, tetapi tidak ikhlas.

2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya tetapi tidak ikhlas.

3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah Taala

Jadi sahabat2 yang dirahamti Allah, dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing2.. Syaitan sentiasa merasuk diri kita supaya mengkhianati Allah Taala.. Oleh itu, sentiasalah sucikan jiwa kita dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Ingatan untuk diri penulis juga..

Wahai Tuhan kami..
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu.

Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.


Wahai Tuhan kami..
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami dalam mengingatiMu
menyebut namaMu
mensyukuriMu
baiknya ibadat kepadaMu.

Saturday, September 18, 2010

Edisi Raya kanak-kanak..


"Akak nak itu, akak nak ini"
"Akak nak duit raya"
" Nak kuih itu, nak kuih ini"
"Asalamualaikum, kami datang nak beraya"
" Tambah air, nak air"
Itu ini.. itu ini..
Ok stop!

Tu dia.. Itulah ragam kanak2.. 'edisi raya kanak2'..
Semalam rumah penulis dipenuhi oleh kanak2 yang datang beraya.. Berapa jug air kena ulang buat pun x taula.. Rasa ulang alik ke dapur, dah sama jauh dengan jarak jalan kaki ke KL.. dah blh sampai KL dah kot.. hehe..

Ok, penulis sangat happy dan ceria disebabkan kanak2 yang menceriakan hari penulis. Disebabkan pelbagai ragam kanak2.. Riuh rendah rumah dibuatnya.. Memang best melayan kanak2.. Sampai diri pun kena jadi kanak2, kembali pada zaman kanak2.. Bila lagi nak jadi budak2 kan. skali skala.. Criuzly.. Sape2 yang nak rasa enjoy, layanla budak2.. Sure hilang segala stress..

Hari ni pun pergi ziarah menziarahi rumah relatives, juga dipenuhi kanak2.. Even letih sebab perjalanan yang jauh, namun disebabkan terhibur dengan gelagat kanak2 ni lah yan membuatkan penat penulis hilang..

Simple entry.. Tidak detail.. Penat~ Esok ada open house.. Jemputla datang ye.
Bertemu lagi di lain entry..

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya-benarnya, senyuman yang tidak disertai apa-apa.
(Hamka)

Menggomel baby di rumah cousn..
Habisla si baby tu dikerjakan.. hehe..

Friday, September 17, 2010

Jemputan Majlis Aidilfitri


Thursday, September 16, 2010

Meh Relax Di Sini..


Nak ketawa bersama macam pic di atas?
Jom baca story di bawah..

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Dah selesai baca? Terhibur? Nak relax lagi..? Sila baca lagi sekali posting di atas. Terima kasih kerana anda berjaya melebarkan senyuman anda bila masuk ke blog ini.. =) SENYUUMM..

Tuesday, September 14, 2010

Jauhi Coke dari hidup anda!


Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke: Coca Cola.Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.Macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team.Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna COKE?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang! Xperlu beli sabun basuh kereta mahal2..

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta..

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat.. Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Xperlu guna daia, harimau kuat atau yang sewaktu dengannya dengan kuantiti yg banyak.. Saving!

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin macam yang di jual di Yawata tu sebab harga amat mahal!

(Please try this at home)

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja besi mesti suka statement ni. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,(bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis: bahaya". Lebih bahaya dari lori tangki minyak la pulak kan..

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong jangan letak atau parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua sebab hakisan atau karat.. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Wahh...mesti buat overhaul ni! Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke.Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum. Pasti termuntah sebab macam minum air gula kan.. Tapi bila tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.Tambah pula dengan ais! Nyummy la jawabnya!

Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu dengan Coke ni.

Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dan lain-lain. Sama sahaja.. Sekeluarga semua tu..

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungan adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan Coca Cola tu.

Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama je, minum Caffein, bahan yang sama dalam dua minuman tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Di Mekah ada Mecca Cola. Betul ke?
Yang pernah pergi Mekah boleh confirm kot? Sama2 kita kongsi kan..

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju,buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dan lain-lain. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah kita kan. Semua fakta di atas pembaca2 budiman boleh cuba sendiri di rumah jika tidak percaya ye.

Tepuk dahi tanya hati.... Nak minum atau tidak..

Yang pastinya penulis dah cuba beberapa eksperimen di atas.. Dan ternyata menjadi.. Alhamdulillah penulis jenis yang x minum air gas.. Jadi, katakan TAK NAK pada COKE!

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca..

'Eid Version..


Salam Lebran buat semua pembaca dikasihi..

Entry kali ni penulis xnak tanye apa khabar diri.. Tapi penulis nak tanya apa khabar perut? Lepas makan.. Makan.. Lepas makan.. Makan lagi.. Lagi2 makan.. hehe.. Sampai perut merungut bila nak stop makan ni.. Ok, entry raya. Nak story dari raya pertama sampai sekarang confirm satu booklet pun x habi kan.. kena mintak kertas tambahan.. So, mana yang sempat, penulis rakam dan nukil secara ringkas.. Atleast ada juga kenangn buat penulis kelak..

Raya pertama.. Balik kampung la kan.. Sampai2 kampung atuk, terus menyinting lengan baju, proses membuat kek.. Ok, tahun ni penulis buat kek 3 biji untuk nenek. ~Permintaan nenek nak makan kek yang penulis buat. Awal pagi Alhamdulillah diizinkan Allah solat Hari Raya di Masjid bersama big family! Raya tahun ni sangat meriah bagi penulis sebab semua dapat berkumpul bersama.. Malam raya dah berdentam dentum mercun bunyi.. Bukan setakat malam raya.. Seminggu sebelum raya pun dah berperang mercun, Sape paling kuat.. Malam raya tu jugakla di halaman rumah berkepul asap memenuhi ruang udara.. Sampai terbatuk2 penulis. Anak2 saudara dan adik2 main bunga api.. Ok, tahun ni mercun dan bunga api ada penaja, dari pak cik. Beratus2 RM habis semata2 untuk bunga api saja. Geleng kepala penulis tengok. xpela, asalkan budak2 ni bahagia.. Setahun sekali. Tengok budak2 main dengan tawa riang, dah cukup buat penulis tersenyum..

1st 'Eid.. berkonvoi 4 biji kereta. Agenda ziarah menziarahi. Haritu habis hampir 10 buah rumah.. Puas.. Jam 12 malam baru balik..

Raya Kedua.. Balik ke town.. Awal pagi keluar Berkonvoi lagi dengan relatives yang lain.. Agenda ziarah menziarahi jugak.. Hampir 10 buah rumah jugak dihabiskan harini. Tapi today lain sikit. Ada majlis khas untuk keluarga.. Juga balik jam 12 malam.. Tu diaa.. Berturut2.. Raya sungguh. Dan harini juga adalah saat yang manis dalam life penulis.. Guess what? hehe.. Mesej tidak boleh dipaparkan di sini.. Bila segalanya dirancang Allah.. Kita hanya mengikut segalanya dengan hati yang terbuka.. kerana perancangan Allah lebih baik kan.. Thanks to Allah.. Thanks sebab Maha Pemurah mengurniakan nikmat kebahagiaan dalam diri..

Raya ketiga.. Berkonvoi jugak.. Harini ada 2 majlis Aidilfitri keluarga.. Masing2 ada aturcara tersendiri.. So, meluangkan masa untuk menghadiri.. Dan memang wajib pun kena hadir. Tapi tetap ziarah rumah2 relatives yang lain dulu. 3 hari.. X cukup unutk habiskan ziarah rumah saudara mara..! Agaknya ambil masa seminggu baru habis kot. Baru lengkap pusingan namanya.. Ini, hanya separuh yang sempat ziarah..

Raya keempat.. Dah nak balik ke KL.. Sayu la pulak rasa. Kena balik awal sebab flight adik penulis nak ke Solo pada hari Rabu. Kalau tidak disabitkan dengan flight tu, lama lagila penulis stay di kampung.. Xpela, balik beraya di KL pulak.. Orang kata di KL raya sebulan kan.. Nak ziarah kawan2 di sekita KL pulak.. Kawan2 pun dah mula call nak datang rumah..

~Story sekadar termampu.. Penat baru sampai runah dan menata rias rumah.. Keinginan kuat menulis yang membawa penulis ke entry ni..

Ok, sahabat2.. Sape nak dtang rumah.. Dijemput ye.. Penulis dah ada di rumah.. (^_^)

p/s: Nak pahala setahun x? Jom puasa 6.. Merehatkan kilang perut sebentar.. hehe..

Amalan paling afdhal, paling bermanfaat di hari raya menziarahi kaum kerabat, jiran, sahabat handai, orang sakit, orang tua dan kaum muslimin kerana menghargai persaudaraan seislam dan menunaikan hak kemanusiaan iaitu hak kekeluargaan, hak persahabatan, hak kejiranan dan lain-lain. Antara hadith kelebihan amalan ziarah ialah:

Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat (berdoa memohon ampun) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat (berdoa memohon ampun) untuknya sehingga waktu pagi ".

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran


ASSALAMUALAIKUM

Di kesempatan hari raya yang mulia, yang bakal menjelma tidak lama lagi..
Penulis mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala kekhilafan samada secara sedar atau tidak.. Mohon dihalalkan segalanya..
Alhamdulillah Raya Aidilfitri jatuh pada Hari Jumaat, Penuh mulia dan keberkatan.

Hidupkan malam Aidilfitri akan diberi ganjaran pahala oleh Allah kerana malam Idulfitri adalah di antara malam2 yang sunat dihidupkan dan ditakmirkan selain dari malam-malam Idul Adha, awal Rejab dan Jumu‘ah kerana di dalamnya doa dimakbulkan Allah.

Al-Syaikh Qulyubiy di dalam kitab Hasyiyatan telah menyebutkan bahawa:

Sunat hukumnya menghidupkan malam Idulfitri ini dan malam Idul Adhha dengan berzikir, mengerjakan solat terutama solat sunat Tasbih. Adalah memadai menghidupkan malam ini pada sebahagian besarnya dan sekurang-kurangnya ialah dengan menunaikan solat Isya’ berjamaah serta berazam untuk menunaikan solat Subuh.
(Kitab Hasyiyata Qalyubiy wa Umairah1:359)


Raikan Hari Raya mengikut garis panduan Sunnah Nabi, pesanan untuk semua readers, jaga batas dan syarak dalam merayakan Aidilfitri..

Salam Lebaran dari penulis buat semua pembaca-pembaca yang dikasihi..

Tuesday, September 7, 2010

Pertemuan tidak dijangka..


Today after solat zohor my dad ajak keluar ke KL.. Tempat utama nak dituju, ke pejabat Hidayah Publication sebab ada urusan di sana.. Tujuan utama penulis keluar nak beli barang sikit.. Then nak pergi cari songkok my dad dan adik2..

Ok, xmau story panjang2.. Terus pada story pertemuan.. Sampai di office Hidayah Publication, my dad masuk sorang je.. Penulis dan adik penulis hanya tunggu dalam kereta. Then nampakla sebelah kereta penulis ni seorang perempuan mengalihkan kereta.. Lihat perempuan tu seolah merenung penulis. Tapi buat2 x nampak je.. hehe... segan kan.. tak lama kemudian, ada pulak seorang lelaki dalam linkungan 38 -an keluar dari office Hidayah Publication dan berjalan menuju ke kereta.

After that, my dad pula keluar. Dah habis urusan. Masuk dalam kereta je my dad bagitau terjumpa dengan someone dalam office tadi. Agak2 sape ye..? Penulis pun x jangka. so penulis pun tanyela my dad sape tuannya.. My dad cakap penulis dan penterjemah buku, Dr Puzhi.. Subhanallah! Rupanya orang yang penulis tengok tadi Dr Puzhi.. Sebelum ni penulis nak sangat jumpe dia sebab penulis tertarik dengan penterjemahan buku beliau. Untuk pengetahuan readers, Dr Puzhi ni merupakan penulis buku agama dan buku motivasi, juga merupakan pensyarah si UIAM. Beliau dah banyak menyemak dan menterjemah buku. Boleh dikatakan beratus jugala. Memang seorang yang banyak ilmu dan pengalaman. Xsangka dan x menjangka dapat jumpa orang yang berilmu pengetahuan tinggi macam beliau face to face skali ngan wife dia..

Sebelum ni just talk dalam telefon je untuk urusan buku.. Beliau selalu call my dad untuk urusan typesetting dan deal.. My dad kate, dalam office tadi dah dapat agak macam Dr Puzhi tapi x sempat nak tegur sebab tengah meeting dengan pengarah penerbit. Tiba2 my dad disapa oleh beliau sendiri. Itupun sebab beliau terdengar anak kepada pengarah panggil nama my dad.. Dari situla beliau kenal my dad, kenal melalui nama.. Ye la, cakap dalam telefon tahu nama je kan.. Then beliau tengok nama my dad kat buku sebab kebanyakan buku beliau my dad buat. Sebelum ni xpernah jumpa.. Bila dah jumpa tu, panjangla boraknya kan..

Short story dan pengalaman to share~ Nak sambung my job..

Apabila diajukan soalan kpd yg cerdik pandai, "Apakah barang yg boleh disimpan lama?"
jawab mereka, " iaitu barang2 yg apabila kapal kamu tenggelam, maka ia akan berenang bersama kamu, iaitu ilmu yg kamu miliki"

Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh abu Daud dan Tarmizi, " orang-orang yg berilmu adalah pewaris para nabi"


Monday, September 6, 2010

Cer Majlis Berbuka Puasa


Alhamdulillha semalam berjaya melaksanakan segala hajat kami sekeluarga.. Majlis berbuka puasa, buat sekali dengan tahlil, doa kesyukuran dan sempena hari lahir penulis. Pakej la kiranya. Sebenarnya penulis yg bagi idea ni masa penulis di Universiti lagi, sebelum balik penulis dah call parent maklumkan perkara ni..Penulis berhajat sangat mintak parent buat majlis berbuka puasa beramai2 dan solat tarawikh berjamaah di rumah.. Then parent pulak yg tambah2 plan asal buat sekali dgn tahlil dan hari lahir.. Go on je lah.. Dan yang sebenarnya jugak hajat besar penulis suarakan pada parent penulis nak jemput anak2 yatim datang sekali dalam majlis tu.. Tapi bila check jadual anak2 yatim yg dekat dgn area rumah penulis, jadual mereka penuh untuk petang tu.. Jadi, terpaksa membatalkan hajat.. Agak sedih jugakla impian x tercapai.. Mgkin ada hikmah yang Allah aturkan..

Ok.. Pagi2 lagi after subuh penulis dan my mum dah masuk dapur.. Almaklumla nak masak untuk kenduri, kalau x start awal, xsempatla jawabnye.. Yang masak pulak hanya kami berdua.. Nak tempah makanan? Oh Tidak mungkin begitu.. Sebab kalau tempah macam xde nikmat buat kenduri. Kemeriahan kurang. Then agak petang sikit barula kazen2 yang lelaki datang membantu dan x kurang jugak mengacau di dapur… Jadi, penulis gunakan segala kuasa veto yang ada unutk mengerahkan kazen2 yang ada pergi ke kedai mencari barang yang masih kekurangan.. hehe.. Rasanya tidakla kejam mana kan..

Jam 6 makanan dah mula dihidangkan.. Jiran2 pulak masing2 dah bagi makanan sebagai buah tambahan.. Actually jiran2 kat sini dah macam keluarga sendiri. Tiap kali buat kenduri mesti akan ada 1 atau 2 menu dari setiap rumah. Kalau xde menu, mereka akan datang membantu dari awal sampai habis. Pernah sekali kami buat family day untuk jiran, jiran sebelah rumah penulis support hadiah sampai bernilai ratusan ringgit dan berbelas hamper. Bab duit, bab nak tolong, mereka tidak berkira langsung. Sayang sangat jiran2 di sini.

Jam 6.30 orang dah mula memenuhi kawasan rumah. Akhirnya pada jam 6.45, majlis pun bermula. Dan Alhamdulillah kami semua dapat sama2 berbuka puasa sekali berjamaah. Sangat meriah. Asalnya family penulis target buat biasa2 je, tapi sambutan sangat menggalakkan dan orang pun ramai. Jadi, ada la kena buat tambahan makanan.

Apa yang menjadi kenangan manis bagi penulis pada hari ini adalah dapat berjumpa dengan kawan lama yang sekian lama x bertemu.. Rindu rasa. Kebetulan pulak anak kepada kawan ayah yang sememangnya seorang yang over peramah ada, jadi semua tu menceriakan keadaan. Rancak berborak dengan sahabat2.. Sekali dengan makcik2 join berborak sekali dengan kami. Best bila bergaul dengan orang2 yang lebih tua dari kita ni.

Alhamdulillah majlis berakhir jam 11 malam.. Sangat berpuas hati sebab ramai yang datang dan ramai yang menyapa bertanya khabar, makanan pun habis.. Jadi senang nak membasuh semua.. hihi.. Bila semua dah balik, kami pun terlentok keletihan masing2.. Tambah penulis n my mum.. Dari pagi sampai malam kat dapur je siapkan makanan. Walaupun penat, sangat gembira dan tenang bila dapat realisasikan impian nak buat majlis macam ni. InsyaAllah akan diteruskan setiap tahun.

Segala keizinan perancangan adalah daripada Allah yang Maha Esa.. Terima kasih Tuhan yang menjadikan segalanya atas kehendakMu. Tanpa bantuanMu, tidak mungkin segala yang dirancang berlaku. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Mengetahui dan Memahami..

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

Huraian Hadis:


1. Umat Islam yang berpuasa Ramadhan digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa dan sebagainya kerana sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan.

2. Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan

Related Posts with Thumbnails