.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, February 24, 2010

Seperti yg dijanjikan...


Seperti yang penulis janjikan pada entry lepas untuk masukkan sedikit pics mase lawatan Ilmiah untuk dikongsi bersama sahabat2 penulis.. This pics is not from my camera.. So, sebab tu macam terlambat je. Baru dapat.. Dari beratus pics, hnya sedikit dapat masukkan..



Putrajaya..



My Senior2..



Masjid besi..



Istana Kehakiman...



Pintu Utama Istana kehakiman..



Dalam Mahkamah dan Library Istana Kehakiman..



Sekitar Ruang Pameran...



Lobby Istana Kehakiman..



Kenangan bersama pegawai mahkamah..



Ruang sidang media dan lobby di Parlimen..



Pintu masuk ke Dewan Negara..



Kenangan bersama di Parlimen..



Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam..



Studio C, Sri Pentas TV3..



Cameraman sedang membuat persediaan rapi sblm on air.



Bersama Ustaz Fauzi selepas on air secara live..



Nyummy.. ^_^.. Rezeki time dinner..


Secara rawaknya..

Maaf wahai SAHABATKU yang berada di US, Jordan dan Yaman, Su xdapat hantar pics melalui emel lagi.. Sebab lambat sgt nak attach gambar2 dari M'sia, mase xmencukupi.. InsyAllah ada masa nanti akan send.. Thanks jadikan blog sebagai medan perantaraan perkhabaran kita.. Dan maaf juga sebab lama x masuk conference bersama.. Salam Ukhuwah.. Salam ingatan..

Sunday, February 21, 2010

Lensa dari dapur..



Adalah menjadi satu penyebab kenape nak makan itu.. nak makan ini.. Biasala, dah nak balik ke kampus ni, nak makan masakan yang kita suka, nak makan masakan dari air tangan mak la.. Kalau balik kampus xleh masak dah kan.. Ulang alik ke cafe je.. Agak membosankan la jugak gitu.. So, petang tadi, sempatla penulis buat beberapa biji kek.. Menu lain nasi impit kuah kacang dan sambal ayam serta char kuey teow.. Hari tu 'sefamily ' turun ke dapur.. Adik2 menjadi pembantu penyibuk, orang buat kek, diorang pun nak sibukkan diri.. Ayah penulis jadi penonton setia je..

Disebabkan ade sorang sahabat penulis ni nak resepi kek coklat moist (kukus) ni, penulis coretkan dan kongsi di sini... So, sahabatku yang jauh nun dan readers yang rajin tu bolehla try di rumah ye..

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 11/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
  • TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila dan pukul lgi.
  2. Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur. Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil. .Then kukus 45 minit...Dah masak sejukkan dulu..
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler... Then bleh la curahkan ke atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah macam mane yang anda suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Daoh siap...bleh la makan....
  7. SeLaMat MeNcUbe....
Gambar diatas ditaja oleh adikku..
Hihi. Credit buat adik penulis sebab rajin betul ambik gambar..
Setiap sudut dia ambik.. So, tu yang penulis rajin masukkan gambar di atas..
Ok, selamat mencuba..



Friday, February 19, 2010

Rindulah Pada Kekasih yang Menjadi Kekasih Allah..


Sesungguhnya Nabi Muhammad amat sayang pada kita umatnya, amat sayang pada kita semua. Bagaimana kita di sini? Detik2 Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut sudah cukup membuktikan segalanya.. Sudah cukup membuatkan penulis membayangkan keadaan Baginda dan menggamit sekelumit perasaan rindu walaupun tidak pernah bertemu dengan Rasulullah.. Bagindalah kekasih yang sejati..
Penulis ingin berkongsi kisah yang menyentuh hati walaupun ada sesetengah yang sudah mengetahui.. Sekadar ingin memperingati.. Mari kita ikuti kisah bagaimana Rasulullah menghadapi sakaratul maut.. Semoga terdetik dan berdenyut nadi2 kita untuk mengingati Baginda setiap masa dan mencintai Baginda..

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca2, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam2. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda2 itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedangkan di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba2 dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut" kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapanAllah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh cemas. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" kata Jibril.

Detik2 semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku,umatku" Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi..

Lihatlah.. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sama2 kita saling berpesan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.. Masihkah kita terleka..?

Related Posts with Thumbnails