.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, November 29, 2009

Ending Nur Kasih..


Hari Jumaat yang lepas adalah episod akhir Nur Kasih.. Hari tu Raye Korban pulak.. Time ni la ambik kesempatan nak pegi ziarah saudara2.. Dari pagi hari raye penulis keluar ngan falimy till night baru balik.. Hari tu jugak penulis turun pa
ngkat jadi driver tawaf KL, Pegi Sg.Buluh, Cheras, Bangi sampaila ke negeri Sembilan.. Sebab ayah penulis kepeningan hari tu. So, penulis la yg kene drive.. Bile tringat malam tu kul 9 ade Nur Kasih.. Apelagi, sebelum Maghrib betolak balik dari Tasik Kesuma (dkt ngan N9), then benti solat jap.. Pastu trus menuju ke rumah.. Punyela semangat nak tengok Nur Kasih, ambik highway terus, pastikan sampai umah sebelum kul 9.. Hehe..

Okay, buk
n nak story yg tu sebenarnya.. Tp 'ter'story.. Nak story pasa ending Nur Kasih ni..

Ending Nur Kasih teramatla menyentuh perasaan.. Touching sangat.. Even hanye lakonan, tp pnulis r
ase sedih + gembira + terharu.. Sume perasaan ade.. Sedih sebab pertemuan Nur dengan Adam dalam train.. Then timer pertemuan Adam dengan mak die n Aidil.. Sungguh menyentuh perasaan ini.. Boleh menangis la katakan.. Bayangkan da bertahun terpisah tanpa khabar.. Ibu mane yang sanggup terima anak pergi tanpa khabar berita.. Isteri mane yang sanggup terima keadaan bila suami pergi dalam keadaan macam tu, tambah2 bile dapat tau husband die kene bom.. Kat oversea plak.. Then xtau macam mane keadaan suami, hidup atau mati, makan ke x, tempat tinggal camane.. Satu dugaan yang amat besar untuk wife.. Bak kate mak Adam, ibu mane yang xsedih.. Kalau boleh biarla mak pergi duli dari anak.. Atleast kalau meninggal adela tanda (kubur)..

Liya pun mainkan peranan jugak.. Die tahu keperitan yang Nur Alami dan banyak dugaan
yang Nur telah tempuhi.. Liya sanggup mengabil inisiatif untuk berkongsi kasih dengan Nur (Nur kahwin dgn Aidil).. Tp cinta Nur hanya Untuk Adam seorang sahaja sehingga akhir hayat..

Aliya approached Nur and told her that she permits Aidil to marry Nur if that’s their fate. Nur shook her head affirming her love’s only for Adam for eternity. Nur e-mailed Adam everyday. She’d told Adam her life’s experience just like what Adam did before. Even though she tried to be jovial in her emails, she’ll break down in tears after writing them. In Mumbai, Adam cried too reading his emails in Mumbai. Adam’s all hairy now, keeping his moustache and beard. His friend asked don’t you want to go back home? Adam said, for the first time in his life, he wants to sacrifice for his brother. All his life, Aidil has sacrificed everything for him, but now he wants Aidil to be happy. Sarah who noticed that her sister wrote to Adam everyday felt so guilty. Without Nur knowing, Sarah started writing to Adam.

See that, Adam juga sanggup berkorban untuk abgnya.. Die tahu dahulu cinta abgnye kepada Nur.. Tetapi die dikahwinkan dengan Nur atas kehendak ayahnya.. Adam sedar yang Aidil telah banyak berkorban untuk die.. Dan die mahu balas pengorbanan abgnye tu dengan memberikan semula Nur kepada abgnye.. Tp, JODOH DI TANGAN ALLAH.. Jodoh Adam lebih kuat dengan Nur dan cinta Nur hanya untuk Adam.. Sebab itulah Nur sanggup tunggu kepulangan Adam even without any news bout Adam.. Hati Nur kuat mengatakan bahawa Adam masih hidup.. Itulah hati dan perasaan seorang isteri yang begitu utuh cintanya kepada suami.. Masih berharap kepulangan suami tercinta.. Dan akhirnya harapan Nur memberikan cahaya apabila Adam pulang ke pangkuan Nur dan keluargaaanya.. Kebahagiaan milik Nur.. Dan kebahagiaan juga milik Aidil dan Liya serta keluaga mereka.. itulah yang dinamakn NUR KASIH..

Kesimpulannya, kita tidak mampu melawan ketentuan Allah.. Jodoh dan takdir telah ditentukan sejak azali.. Walaupun Adam nak jodohkan semula Nur dengan Aidil, tapi xberlaku pun macam tu.. Sebab ketentuan Allah lebih kuat.. Kita merancang, Allah yang menentukan.. Kita xtahu, Allah di atas sedang mengatur yang terbaik untuk kita..

Setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan andai kita bersabar dengan kesusahan atau ujian yang diberikan, jika kita berjaya melepasi ujian yang diberikan Allah dan segala kepahitan yang melanda diri kita, pasti akan disusuli dengan kemanisan. Itu adalah janji Allah yang pasti..

Allah takkan uji sesuatu di luar kemampuan hambaNya..

Sesiapa yang blum tengok Nur Kasih ni, elok tontonla.. Banyak pengajaran yang blh diambil.. Banyak bermain dengan pengorbanan.. Dan banyak menyentuh perihal kekeluargaan.. Penulis yang da tengok pun rase macam nak ulang tengok lagi skali. Hehe.. Best sangat! 5 bintang!

.:Ulang tengok Ketika Cinta Bertasbih pulak:. Hehe..

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha 1430H..


Sepertimana yang kita tahu, stiap tahun pada bulan Zulhijjah, jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Tentunya ada saudara mara terdekat readers sendiri yang menunaikan haji pada tahun ini..

Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban... Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan. Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat Aidil Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Sempena hari mulia yang bakal menjelang esok, penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' buat semua muslimin dan muslimat.. Tentunya umat Islam yang berada di Mekah lebih merasai kehadiran Hari Raya Korban.. Dan sambutan di sana lebih meriah..


Ok, mari kita selami kisah yang berlaku di sebalik nama 'Hari Raya Korban ini'...
Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.
Kerana suatu sengketa, mereka diperintahkan untuk melaksanakan korban, untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut. Kedua saudara ini lalu menyediakan korbannya. Korban Habil diterima dan korban Qobil ditolak. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud menenangkan persengketaan tersebut.

Nabi Ibrahim A.S setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah telah dapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi beliau dikurniakan cahaya mata setelah usianya lanjut, hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar.. (Ibu bapa mana yang xsayangkan anak kan).. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim AS menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu.

Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya,

"...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?"
Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:
..."Wahai ayahku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102).
Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya dan bersedia menyembelih. MasyaAllah, sungguh kuat dan teguh iman mereka..
Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim AS melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.
Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya menunjukkan betapa bersedianya mereka, bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, ramai yang telah berkorban kerana Allah SWT. Umpamanya pada zaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama Islam. Mereka bukan saja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saidina Ali telah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Uthman RA banyak mengorbankan harta untuk menegakkan agama Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.
Sanggupkah kita melakukan pengorbanan seperti mereka?
"JAGALAH ALLAH, ALLAH PASTI AKAN MENJAGAMU"


Tuesday, November 24, 2009

3 in 1 wif family..

Agak pelik, 3 in1 wif family pun ade gak.. Haa.. Bukan Nescafe je yang ade 3 in 1 tau.. Ni formula, urusan keje + jalan2 + cari pengetahuan dan pengalaman = 3 in 1.. Ape yang nak distory ni ye.. Meh bace yang kat bawah ni..

Hari ni pukul 11 pagi dah keluar.. Walaupun agak berat nak tinggalkan rumah sebab tengah renovation, tp atas urusan keje kene keluar jugak.. Actually yang ade keje tu ayah, tp sume ikut. Da jadi kebiasaan.. Bile ikut ayah tu, bolehla belajar cara-cara nak buat tu, nak buat ni, nak berurusan ngan pihak tu, pihak ni.. Esok2 bolehla uruskan sendiri.. InsyaAllah..

1st skali ikut ayah gi bank.. Agak kepeningan tengok orang ramai dalam bank tu. Punyela lame nak kene tunggu.. Maybe sebab time tu waktu kemuncak kot.. Dats why la orang ramai.. Sambil2 tu penulis perhati camane pengurusan bank tu. Agak cekap dan professional.. Suke tengok time orang tenga isi borang.. hehe.. Macam2 gelagat ade.. Ade yang pening memilih borang.. Hihi.. Alhamdulillah ayah penulis dah ajar sume tu camane nak isi borang, borang ape yang perlu kalo urusannye gini or gitu, maklumat ape yg perlu, ke mane nak tuju, kalo nak hantar duit adik kat Indnsia camane.. Alhamdulillah dah diajar.. Nsib baikla bayaran bil2 bukan kat situ, kalo x lagi sesakla bank kan.. sekarang da senang dah.. Segala kemudahan ade..

Then pegi Carre4 kat Melewar, dekat ngan Bukit Antarabangsa. Gi sane sebab ayah ade meeting ngan kawan die, yang juga merupakan penerbit buku.. Penulis panggil die cik Din.. Penulis respect ngan die sebab usaha gigih die yang meletakkan die di tahap yang cemerlamg sekarang ni.. Dialah penerbit, dialah pengedar, dialah pemborong, dialah pembekal.. Memang untung.. Orang melayu yang Berjaya.. Yang dijual semua barangan Islamic dengan trade mark utamanya “Mencari keberkatan Ilahi”.. Kat sane penulis jumpe sumthng yang penulis tercari2 sebelum ni iaitu bacaan al-Qur’an oleh adik MUHAMMAD TAHA AL-JUNAYD.. Subhanallah.. Ciptaan Allah.. Sedap sungguh bacaan die.. Readers yg xpercaye, pegila cari CD or kaset adik tu then dengar sendiri.. Cnfrm hanyut dalam alunan yang mengasyikkan.. Penulis sempat lagi beli novel yang penulisnye HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY.. Hehe.. My fav..

Sedang asyik2 penulis bejalan2 dalam carre4 tu ngan family, tibe2 ade orang letakkan burung kakak tua putih kat bahu penulis. Tekejut penulis dibuatnya... Mane taknye, tibe2 bahu dicengkam.. Pusing2 tengok burung kakak tua.. Comel!! Ade 2 ekor.. Ape lagi, ambik peluangla main.. Hehe.. Ayah penulis plak telak yang sekor lagi kat lengan.. Geram btul tengok.. Cute sangat! Then ade pulak ular sawa.. Mule2 tengok, eeeiii… Takut+geli.. Slow2 penulis pegang kulit ular tu.. Baru berani masuk.. Pastu orang tu letak kat bahu.. Melingkar ular tu kat bahu penulis.. MasyaAllah, time tu pejam mate rapat2.. Takut.. Macam2 ayat bace.. Hihi.. Da lame2 tu ok dah.. Siap main2 lagi.. Orang2 kot tu tengok je.. Jd tumpuan plak.. Hihi.. Bukan kat zoo je wujud binatang2 ni tau.. Pikir2 balik macam nak pelihara kat umah je.. Best.. Tp sume tu perlukan lesen..

Tu je la yg blh story.. Yg lain tu secreto familio.. hehe.. Okay, nak sambung membaca plak.. Salam..

ATUK KATA..................

ORANG KATA .....
Enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti taubatlah.

ATUK KATA .....
Orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.

PENULIS RASA .....
Betul jugak tu ......

ORANG KATA .....
Exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study.... Past year papers ..etc ..etc.. etc ..

ATUK KATA .....
Exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut. Kalau ajal yang datang, entah bila, siapa pun tak tahu. Banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nakir, Neraca Mizan, tayangan slide......

PENULIS RASA.....
Betul jugak tu......

ORANG KATA.....
Have fun on your birthday, panggil kawan2 dan sedara-mara, berpartylah sepanjang malam Make it a memorable one!!

ATUK KATA .....
Setiap kali hari jadi tiba, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat......

PENULIS RASA .....
Betul jugak tu.....

ORANG KATA .....
Kerja mesti bersungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.... Baru hati puas!

ATUK KATA .....
Ye ke hati dah puas?? Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? Dah cukup zikir untuk santapan rohani? Dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

PENULIS RASA.....
Betul jugak tu......

ORANG KATA .....
Successful people have a good time management. Ada bisnes di KL, NewYork, Tokyo..... Masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah berparty, masih sempat bershopping bazirkan duit sana sini, baru orang boleh respect!

ATUK KATA .....
Setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari. Tapi ..... Ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? Ada masa ke nak selak Al-Qur’an sekali sehari? Ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

PENULIS RASA.....
Err..... Betul jugak tu .....

Adakah kita berada di posisi yang benar?
TEPUK DADA TANYA HATI..
Bukan tepuk dada tanya selera.. Ikut selera sampai bila xkan puas..

Monday, November 16, 2009

Aduh.. Terkene TAG!!

Sebenarnye dapat tag ni dah berkurun lame ndari cik Nana.. She is my fren at UDM.. Sory Nana, su baru balas.. Sebelum ni xbrape nak sempat.. Terperam tag ni dalam laptop.. Hehe.. Xmau mrajuk2 lagi tau.. Su dah reply nie.. Senyum ckit.. Hihi.. =)

Okay, jom tengok die suro su jawab ape..


1 – 5 fakta menarik tentang pemberi tag.

~ Kwn baik satu kos
~ Kalau cakap ngan die mesti ngan kite2 skali tekeluar loghat Kedah+Perlis
~ Garang! Hehe..:p
~ Suka paksa orang makan ubat..
~ Baru lpas balik dinner ngan die kat NR CAFÉ..

2 – 10 fakta/hobi diri sendiri:

~ Asal Kedah, membesar di KL, menetap kat Selangor, belajar kat Ganu.. Hehe..
~Anak sulung, sorang je perempuan.. Adik2 sume laki..
~ Agak tegas ngan adik2, tp xsampai hati nak lebih2..
~ Suke masak kek coklat, jenis2 kuih dan cocktail..
~ Suke pd aktiviti yang agak mencabar dan camping..
~ Banyak melibatkan diri dengan persatuan2 luar, program2 luar dan ade kelab sendiri..
~ Sehobi dengan my dad iaitu suke pg survey aksesori kmputer.. Slalunye g Low Yat la..
~ X layan TV, lebih suke ngadap laptop..
~ Sangat teruja tengok baby yang comel.. Cubit2 pipi tu hihi..
~ Pantang nampak warne pink. I like dats colour.. =)

3 – 5 Penerima tag seterusnya dengan ringkasan mengenai mereka.

~ Haswani – My fren yang lebih dikenali dengan ‘senyuman cinta’.. Jawab wani..
~ Abg Aizuddin – Pegi mane2 xpenah tinggalkan mulut yg petah tu.. Time tdo je kot die diam agaknye.. Hehe..
~ Kak Einsyie – Blog yang sarat dengan pengalaman menarik.. Congrate! I like it..
~ Kak Husna – Bakal mengaut gelaran ‘isteri’ xlame lagi.. Komen sikit kak husna.. Hehe.. Nakal ckit je ni..
~ Nana – Nak tuju balik peluru ni.. Nana kene jawab ngan ayat yang skema.. No xcuz tau!

Saturday, November 14, 2009

Pencarian Pengarah dan Peserta Program Realiti TV..

Segala Impiaaan... Bermula di sini..

1. Who will become an Ustaz Reality Show

Yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca al-Qur'an, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan diadkan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live di kaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%). Pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2. Akademi Islamiah Reality Show

Yang mengambil 12 orang pelajar yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukkan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa mereka yang lalu. Mereka akan 'dikurung'dan diawasi dengan 13 kamera CCTV. Slogan adalah 'Tunjuk ajarku Ustaz'..

3. Muslim Idol Reality Show

Untuk mencari penceramah Islam terbaik di Malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara ke peringkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)

Sebuah lagi program dari stesen 'kerajaan Islam' kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil, bertajwid dengan betul, menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mara ke peringkat Iman yang bagus dan mendapat nur Quran.

Syarat dan Peraturan Pertandingan.

AuditionRancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan pemantapan qalbi akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam. Tempat adalah terhad.

Sunday, November 8, 2009

Klinik + roti canai + bola..

Ape kaitan roti canai ngan bola tu?
Roti canai penaja Perlawanan Akhir Piala Bola ke?? Hehe..Salah3..


Pelanggan pertama klinik~.. Hmm.. Hari ni awal2 pagi lagi su dah tercegat kat depan Klinik Kesihatan UDM ngan kawan Su untuk follow up kesihatan.. Risau gak ngan kesihatan sebab dalam final exam ni.. Walaupun bagi su klinikla tempat yang paling bosan dan paling payah nak trime bile kene makan segala ubat2 tu.. Haih, seksa2.. Tp, sakit+exam punye pasal, telan jugakla..

Roti canai 1..
Teh tarik kaw banyak buih 1.. Hehe.. (ambik order nie)

Mai ganu je payahla nak makan roti canai.. Sejak kebelakangan ni plak, awat xtau yang nak makan roti canai ja... Isy2.. Disebabkan blum b'fast, lpas kluar dari klinik je, su ngan kawan pun pegila cari roti canai naik Scooter.. Kwn su ade suggest 1 tempat yang agak sedap roti canainye.. Puas bile dapat makan.. Hehe.. Kalo kat umah tu, dulu pagi2 kalo adik ade, slalu gi makan ataupun die yang blikan.. Tp skang die kat Indonesia.. Payah dah.. Nak makan sorang2, xmungkin.. Nak berteman jugak.. Parent la jd mangsenye.. hehe..

Bola.. Bola.. Xminat!~ Su xminat bab2 bola ni.. Adik yang minat tengok bola pun su halang minatnye tu.. Ntah nape xminat dan xnak ambik tau langsung.. TAPI.. Ada pulak kawan su ni yang fanatik sangat ngan bola, dari xtau pape jadi tau plak.. Kebetulan tu 'ter'tau.. Bile dapat khabar Kelantan kalah je, hmmm.. (sedih gak) Tp nak buat guane kan, menang kalah adat permainan..
*.....Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun untuk muncul juara bola sepak Piala Malaysia selepas jaringan Shahurain Abu Samah, Hairuddin Omar dan Zaquan Adha Abdul Radzak membolehkannya menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.....*

Saturday, November 7, 2009

Lintas Langsung Pendek..

Salam..
Kali ni nak buat entry pendek je..
Sekadar nak masukkan posting di bulan November ni..
Macam dah lame blog ni bersarang dan sepi tanpa story kan..
Sampaikan kalau labah2 jadi pemastautin dalam blog ni pun dah ade keturtunan anak pinak dah.. Hehe..

Bukan ape, sekarang ni dalam MOOD FINAL EXAM... Susahla sikit nak online .. Jarang2.. Tapi hati tu nak bukak jugak blog ni.. Nak jugak.. Isy3..

Time FINAL EXAM ni lah agak pressure.. Bukan pressure sebab lain, sebab nak tunggu hari exam tu sebab jarak antara exam tu jauh.. Betul2 makan jiwa.. Sabar2.. Bak kate kawan su "Sabar Itu Penting" dan tahap tertinggi sabar adalah "Sabo".. Isy, ape tu?? Su pun xtau dan xpaham.. Merepek je kawan su tu.. Sekadar nak hepikan keadaan..

Dalam keadaan nak exam tu sempat lagi su ngan kwn2 kluar naik basikal pi cari roti canai.. Ngidam punye pasal.. hehe.. Tu pun selepas bersukan ckit petang2 tawaf UDM yang tenang ni (bak kate cik Sabre).. Baru sihat badan kan..

Opss!! Kate nak mengarang pendek je.. Ni dah terlebih had laju ni.. Okay, nak sambung study plak.. Buku dah panggil ni.. Salam..

*Semoga berjaya buat semua sahabat2.. Selamat berjuang..
Related Posts with Thumbnails