Tanpa ibu, siapalah kita.. Tanpa ibu meranalah kita.. Setiap manusia yang wujud di muka bumi adalah kerana ibu.. Kerana ibu.. Ibulah segalanya pada kita.. Cuba anda perhatikan anak kecil yang sedang menangis. Jarang anak kecil yang menangis memanggil ayah.. Yang biasa dilihat, anak kecil yang menangis biasanya akan memanggil ibu.. Bukan anak kecil sahaja, malah kita sendiri pun kakalu sakit biasanya akan memanggil ibu.. Di situ kita dapat, betapa perlunya kita kepada kasih ibu..
Tapi, pernahkah anda terfikir bagaimana keadaan anak tidak lagi mempunyai ibu di dunia ini atau lebih dikenali sebagai ‘anak yatim’? Pernahkah anda terfikir bagaimana perasaan mereka? Pernahkah anda terfikir bagaimana kehidupan mereka?
Kita yang mempunyai ibu kadang2 alpa pada anak yatim.. Alpa pada mereka yang memerlukan kasih sayang dan terlalu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kadang2 masyarakat memandang remeh akan perkara ini. SAYID Qutub ada berkata bahawa dasar takaful sosial itulah dasar masyarakat Islam. Kaum Muslimin diwajibkan menjaga kepentingan golongan yang lemah di dalam masyarakat. Anak-anak yatim yang kehilangan ibu atau bapa mereka dan masih kecil merupakan golongan yang lebih utama mendapat perhatian dan perlindungan kaum Muslimin terhadap keselamatan diri dan harta mereka. Di sini sudah cukup jelas membuktikan kepentingan yang mana lebih utama.
Kadang2 orang berasa serba salah untuk bergaul dengan anak-anak yatim pada harta-harta mereka lalu mereka mengasingkan diri daripada anak-anak yatim. Maka Allah menurunkan ayat ini yang bermaksud: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), tentang masalah anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baik.Ini bermaksud memperbaiki harta benda mereka lebih baik daripada menyisihkan mereka. Firman ini memberi keizinan menguruskan harta anak yatim dengan niat yang baik iaitu untuk kepentingan anak yatim itu sendiri bukan kepentingan sendiri.
Oleh sebab itu al-Quran sekali lagi mengembalikan kaum Muslimin kepada sikap yang sederhana dan menggunakan cara yang mudah dalam menghadapi perkara ini dan mencari kebaikan untuk anak-anak yatim dan bertindak dalam batas-batas yang mendatangkan muslihat kepada mereka.
Di sini su nak berkongsi pengalaman su ketika berada di rumah anak yatim. Di mana, ketika itu su dalam semester pertama. Su bersama Badan Dakwah dan mahasiswa/I IPTA ke sana sebagai fasilitataor untuk program Iftar Jami’e bersama anak2 yatim. Selama beberapa hari su di sana, su dapat melihat dan merasai sendiri bagaimana kehidupan sebagai anak yatim. Pada hari pertama su di sana, kami disambut baik oleh anak2 yatim. Kelihatan seorang budak kecil datang ke arah su dan terus memeluk su.. Subhanallah.. Waktu tu, hanya tuhan saje yg tahu macam mane perasaan su.. Sayu, hiba, sedih, terharu dan macam2 lagi.. Betapa dahaganya anak kecil itu pada kasih sayang.. Sepanjang mengadakan program di sana, antara program yang paling meyetuh hati adalah program bicara dari hati ke hati.. Waktu tu, anak yatim masing2 meluahkan perasaan mereka.. Ketika itulah kite perlu memainkan peranan untuk menguatkan semangat mereka, menasihati mereka dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka.
Anak-anak yatim itu adalah sama seperti saudara-saudara kepada para penjaga mereka. Mereka adalah saudara seagama dalam Islam. Mereka adalah anggota-anggota dalam keluarga Islam yang besar dan Allah mengetahui sesiapa yang membuat kerosakan dan sesiapa yang membuat kebaikan. Yang menjadi asas pegangan bukannya tindakannya yang lahir, tetapi ialah niat dan hasilnya.
Firman Allah: Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama)
PHƯƠNG PHÁP HỌC TẬP HIỆU QUẢ
1 year ago
4 comments:
hurmm..satu artikel n satu lontaran pandangan yg bernas..tahniah adikku,,
teringat abg dgn firman ALLAH"Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
firman tersebut dipetik dr surah addhuha,,dimana surah ini adalah wahyu ketiga Allah turunkan kpd rasul saw.
adalah anak yatim ini satu golongan yg Allah syg,,diangkat ke thp yg terkandung dlm alquran..
so teruskan perjuangn wahai adiku..ingat tak rugi menabur saham utk akhirat...ayyuhaaa...
Alfu syukr.. Sekadar meluahkan rase hati sekaligus melontar pandangan dalam ruang blog.. Sayangilah anak yatim dan kasihilah mereka sepenuh kasih sayang.. Janji Allah tidak pernah dimungkiri.. Doakan Su agar terus tetap berada di landasanNya.. Syukran akhi..=)
Apa-apa pun setiap kejadian ada hikmat dan pengharapan...kesemuanya adalah diri kita sendiri...bukankah...SETIAP PERKARA SALING MEMERLUKAN???...atas konsep ini dalam semua kehidupan sentiasa saling memerlukan..tanpa mengira kuat atau pun lemah:D
Betul tu.. Setiap yg berlaku ada hikmah yg tersendiri.. Manusia tidak akan dapat hidup dalam keseorangan.. Allah tidak pernah membiarkan hambaNya dalam keseorangan.. Thanks ya..
->SATU TRANSFORMASI.. =)
Salam Ukhuwah..
Post a Comment