Monday, May 25, 2009
Bersantai dalam penawar..
Daripada sebuah hadis Qudsi yang mana firman ALLAH SWT yang bermaksud,"Wahai manusia,janganlah kamu sekali-kali cuba melaknat mana-mana makhluk yang Aku buat dengan kudrat Aku sendiri. Nescaya laknat kamu kepada ciptaan Aku itu akan membinasakan diri kamu sendiri."
Allah telahpun memberitahu bahawa apa saja ciptaanNya, kita jangan cuba mempertikaikannya. Samada benda yang diciptaNya itu boleh kita lihat dengan mata ataupun yang tak boleh lihat dengan mata tapi boleh rasa atau boleh dengar dengan telinga sahaja. Kesemua jenis-jenis ciptaan ALLAH ni, kita tak boleh protes. Oleh sebab itu, samada kita suka ataupun kita tak suka, kita kena redha.
Sebagai contoh, kalau Allah kata bahawa sehari semalam kene solat 5 waktu, kita tak boleh protes, kita kene solat sehari semalam 5 waktu jugak.Kalau Allah kata bahawa dalam bulan Ramadan kita kene puase 30 hari,maka tanpa protes, kita kene puasa 30 hari jugak.Kalau Allah kata bahawa sebagai seorang yang sudah mukallaf, kita kena tutup aurat, maka kita mesti kena tutup aurat tanpa sebarang komplen kepada Alah.. Kalau pakai baju sampai nampak bentuk badan,tu bukan tutup aurat tu.. Sekarang ni banyak trend pakai baju lengan pendek, pastu pakai handsock. Dah alang2 tu, baik beli baju lengan panjang terus. Pakai handsock tp berlengan pendek samela macam xtutup aurat.. Nampak bentuknya jugak.. Pelik betulla manusia ni.. Samalah juga, kalau Tuhan kata tak boleh menari, maka kita tak bolehla menari. Mane boleh komplen. Tak perlu pegi masuk Sehati Berdansa or yang sama waktu dengannya.. Betul x kawan2?
Jadi di sini, Allah nak bagitau bahawa semua yang Allah buat, kita tak boleh komplen, termasuklah semua hukum hakam Allah dan semua perintah Allah, samada yang fardhu ataupun yang sunat, manusia kena terima tanpa ada rasa nak protes.
Kata ALLAH, "Wahai manusia, sesungguhnya kamu boleh tengok dengan mata kamu bagaimana 7 petala langit di atas sana,ditegakkan oleh ALLAH diatas udara tanpa sebatang tiang pun.Dan benda itu ditegakkan dengan salah satu daripada nama-nama Aku."
Nama ALLAH yang dimaksudkan itu ialah sifat KuasaNya.Dengan hanya satu sahaja sifat yang ALLAH tunjukkan, maka 7 petala langit takut, lalu kaku di angkasa raya sana.
Tapi kata ALLAH, "Tetapi hati kamu (manusia) tidak mampu tunduk kepada Aku, walaupun dibawa seribu pengajaran dalam kitab Aku."
Bayangkan sahabat2, yang dikatakan langit tu, punyela luas, tapi Allah hanya tunjukkan satu sahaja sifat Dia, maka langit itu pun stay di atas udara sana. Tetapi yang dikatakan hati manusia ni pulak, tak boleh nak tunduk kepada Allah walaupun dah beribu pengajaran yang Allah tunjukkan di dalam Al-Quran.
Di muka bumi ni, dalam beribu-ribu makhluk Allah, yang selalu buat mungkar kepada Allah ialah dua jenis makhluk ni, iaitu bangsa manusia dan bangsa jin. Kedua-dua bangsa ni lah yang buat dunia habis bercelaru. Kalau manusia tak cari pasal, geng jin ni pulak yang cari pasal. Pi sampok orang ni, pi kacau orang tu.
Kemudian,kalau jin tak cari pasal, manusia pulak yang pi cari pasal. Ade je hal yang timbul. Oleh sebab inilah, apabila mula-mula Allah nak buat Nabi Adam a.s. Allah tanya pada malaikat, "Bagaimana pandangan sekalian Malaikat dengan manusia yang akan Aku cipta?" (kata contoh berbalik)...Lalu kata malaikat,"Kalau buat manusia, bertumpah-darahlah manusia di muka bumi ini."
Daripada sumber mana malaikat tau, walhal Allah belum lagi buat manusia time tu?..Maka kata para ulama’ bahwa sebelum diciptaNya Nabi Adam, ada satu angkatan jin yang duduk di muka alam ini. Yang mana, daripada cara hidup golongan jin ni lah,maka para malaikat membuat rumusan bahwa depa ni lah yang menjadi perosak alam ini. Sepertimana Allah sebut,"Kami binasakan mereka kerana dosa-dosa mereka." Dan kata Allah lagi,"Kami akan perosok ke dalam neraka itu, yang kebanyakkannya ialah bangsa jin dan bangsa manusia."
Yang dikatakan jin ni pun, ada yang tak mau solat, maka serupa dengan manusia jugak. Menurut ustaz, ada diceritakan dalam sebuah hadis dhoif tentang perangai jin yang memang suka kacau manusia, lebih-lebih lagi dalam majlis. Contohnya bagi mata layu supaya orang rasa mengantuk, bagi lenguh lutut, usik perut kita bagi lapaq, bagi telinga nipis, kacau pemikiran supaya bertindak tak tentu hala; maka jin seperti ini akan masuk neraka.
Maka kata ALLAH SWT, "Hati manusia ni,walaupun bawa mai seribu satu macam punya pengajaran dalam Quran sekalipun,hati manusia tidak akan berubah.Tetap dua bangsa ni (manusia/jin) nak lawan Tuhan juga." (adaptasi kata berbalik)
Allah kata benda tu haram, tapi jin ni nak buat benda tu jugak. Allah kata jangan kacau manusia, tapi jin nak kacau manusia jugak. Allah kata jangan kacau jin, tapi manusia nak kacau jin tu jugak....Allah kata jangan menari, manusia nak jugak menari.. Sampai buat program realiti Sehati Berdansa la, macam2 lagi...amboiiii! Nauzubillahi min zalik.
ALLAH kata, "Wahai manusia,sepertimana tidak akan lembut batu dalam air; demikianlah juga tidak akan lembut kerana pengajaran bagi hati yang keras."
Allah nak bagi tau bahawa walaupun bawa mai Rasul/Nabi sekalipun,tapi kalau dah jenis hati keras ni, depa tidak takut juga kepada Allah. Sebagai contoh, sahabat-sahabat boleh tengok dalam sejarah. Allah bawak mai Nabi Muhammad s.a.w. untuk bagi penerangan kepada Abu Jahal/Abu Lahab. Masakan Nabi s.a.w dok terang kat depa ni pun depa tak pecaya, inikan pulak kita nak pi terang kat depa-depa yang se'perangai' dengan Abu Jahal/Abu Lahab. Adakah depa-depa ni akan percaya cakap kita? Melainkan dengan hidayah daripada Allah.. Kadang2 kita kena saiko sikit pemikiran orang2 macam ni.. Sebab tu ilmu tu penting.. Gunakan kebijaksanaan yang ada.. Ikut contoh nabi yang sentiasa berdiplomasi..
Nabi s.a.w pi terang Quran kat depa,tapi depa boleh lawan balik Nabi s.a.w..Cuba sahabat-sahabat tengok,betapa kerasnya hati Abu Jahal/Abu Lahab ni. Maknanya, depa ni memang Tuhan tak mau bagi hidayah. Maka sengsaralah mereka ni dunia/akhirat. Tapi untuk hati yang lembut pulak, sudah cukup dengan hanya membaca ayat-ayat Al-Quran sahaja,hatinya sudah rasa nak tunduk kepada perintah ALLAH SWT.
Kata ALLAH: Wahai manusia, macamana kamu boleh mengatakan yang kamu ini hamba Allah? Sedangkan pada masa yang sama, kamu lawan Allah pula. Dan bagaimana pula kamu boleh mengatakan bahawa satu hari nanti Allah akan uji kamu dengan tibanya mati, tiba-tiba kamu tidak mahu mati. Macam mana blh jadi macam tu?" (kata berbalik)
Allah tanya kita sahabat-sahabat. Dah pi mengaji merata dah.Dah baca tentang benarnya kematian itu, banyak dah.. Tapi pasai apa kita takut nak mati?
"Kamu guna lidah kamu untuk bercakap benda-benda yang kamu tak dak ilmu tentang benda-benda tu, sedangkan kamu rasa benda tu kecik.Tapi sebenarnya benda itu besaq di sisi Allah."
Kita kalau nak bercakap apa pun, biarlah yang kita tahu. Kalau mai jenis yang kita tak arif, tak perlula cakap. Diam itu lebih baik.. Kalau kita yakin yang kita ada ilmu tentang topik perbincangan itu,maka barulah kita boleh buat perbahasan.
Di dalam sebuah hadis Qudsi yang lain,ALLAH SWT berfirman, "Wahai manusia, seribu satu pengajaran telah Aku berikan kepada kamu. Dan wahai manusia, Aku sudah bagi penawar, yang penawar itu boleh menyelamatkan seribu satu penyakit hati manusia."
Kita sebagai hamba Allah,jangan pula nanti pi ungkit kata Allah tak bagi pengajaran. Padahal, Allah telah pun memberi pengajaran kepada kita. Samada pengajaran dalam bentuk ilmu ataupun pengajaran dalam bentuk lain yang Allah tunjukkan kejadian di depan mata kita. Inilah yang dikatakan manusia, kita kerap lupa, yakni Allah dah lama bagi pengajaran demi pengajaran kepada manusia ni.
Umpamanya, Allah turun bala ke atas Turki, adakah itu bukan pengajaran untuk manusia? Allah bawa mai kesusahan di Bosnia, adakah itu bukan pengajaran untuk manusia? Allah bagi kawan karib kita yang tadinya sihat elok, tiba-tiba jadi sakit dan kemudiannya mati, adakah itu bukan pengajaran daripada Allah untuk kita? Daripada kita senang, Allah bagi kita jadi susah. Daripada tak cerdik, Allah bagi kita jadi cerdik. Itu semua adalah contoh-contoh pengajaran daripada Allah, dan itu semua adalah ubat untuk orang-orang yang perlukan rawatan hati mereka.
Kata ALLAH, "Kenapalah kamu hanya berbuat baik kepada orang yang buat baik kepada kamu sahaja." Awat tak boleh baik dengan semua orang? Kenapa dalam masalah 'buat baik' ni, kita memilih orang yang tertentu sahaja untuk kita buat baik? Orang yang mai dengan kereta besaq kita boleh layan elok, tapi orang yang mai dengan basikal, kita buat layan tak layan je, awat kita buat macam tu?
Allah tanya manusia lagi,"Kenapa kamu tak boleh buat baik kepada semua orang? Kamu hanya buat baik kepada orang-orang yang sudah lama buat baik kepada kamu. Dan kenapelah kamu hanya berhubung dengan orang yang sudah berhubung dengan kamu? Kenapa kamu tak boleh berhubung dengan semua orang? Kenapa kamu beri makan kepada orang yang sudah beri makan kepada kamu? Kenapa kamu tak boleh bagi makan kepada semua orang? Kenapa kamu pilih orang yang tertentu sahaja untuk bagi makan? Kenapa kamu tidak memaafkan orang yang datang untuk meminta maaf daripada kamu? Kamu masih nak mempertahankan kesombongan/keegoan kamu juga?" (kata berbalik)
Kata ALLAH, "Sesungguhnya, diantara seorang dengan seorang yang lain, tidak ada langsung kebajikan. Tidak ada langsung kelebihan melainkan taqwa di dalam dadanya sahaja."
Sahabat2..
Di antara orang yang naik basikal buruk dengan orang yang pakai Mercedes, tak dak bezanya di sisi ALLAH SWT, melainkan Allah hanya tengok hati yang bertaqwa sahaja. Oleh sebab itu, kita yang dalam golongan orang susah ni, janganlah dok kecik hati bila tengok orang lain yang Allah bagi harta kekayaan pada dia sebab Allah tak pandang dia punya kereta besaq/ rumah besaq/ pangkat besaq, tapi yang Tuhan pandang ialah hatinya yang bertaqwa.
Barakallah.. =)
Sunday, May 24, 2009
Terubat Hatiku..
Actually stiap kali ke ofis penerbit, su mesti akan ambik sebuah buku baru.. Tapi semalam hati berbelah bahagi.. Hmm.. Sebabnye hajat su nak ikut ayah untuk ambik buku, hati dah teringin nak bace novel.. Tapi, mak pulak suro ikut die pegi shopping.. Biasenye kalo ayah meeting, mak akan ke tempat lain dulu.. Sumtime gi shopping.. Sumtime kitorang gi makan.. Ye la, nak tunggu ayah lame sangat.. So, hari tu xdapatla su memiliki novel.. Hmm..
Tp, bile da sampai rumah, ayah panggil dan bagi sumthing pd su dalam palstik.. Wat’s dat ya?? Novel!! Ayah dapatkan su novel..! So appreciate.. Thanks to my dad.. Tq very much.. Luv U Dad.. =) Terubat rindu nak bace novel.. Hihi..
Actually dalam banyak2 novel yg su bace, su dah jatuh hati pada penulisan HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY.. Penulisannya memang indah dan penuh makna dan banyak berkait dengan kehidupan Islam.. Novel beliau smua bercirikan Islamic..
Manakala penulis motivasi yang su kagumi adalah DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNY.. Motivasinya mampu membuatkan seseorang tu bersemangat dan kadang2 mampu membuatkan seseorang gugur air matanya.. Itulah beliau! Su gemar bace hasil karya beliau.. Jangn terkejut kalau su katakan almari library kat rumah su tu dah penuh dengan himpunan buku penulis2 tersebut.. Hehe..
Tanamkanlah minat membaca.. Itu tidak akan merugikan diri anda.. =)
Thanks to my dad coz dapatkan novel2 ni..
Thursday, May 21, 2009
Di mana Dai'e..?
engkau menangis akan akhiratmu....
diwaktu manusia itu lena....
engkau membasahi pipimu dgn air mata...
diwaktu manusia berseronok dgn dunia...
engkau takut akan matimu...
diwaktu manusia cinta akan dunia...
engkau cintakan tuhanmu...
diwaktu manusia membencimu kerana Deenmu...
engkau menyayangi mereka kerana kejahilan itu...
Tuesday, May 12, 2009
Ibu, anak yatim dan pengalamanku..
Tapi, pernahkah anda terfikir bagaimana keadaan anak tidak lagi mempunyai ibu di dunia ini atau lebih dikenali sebagai ‘anak yatim’? Pernahkah anda terfikir bagaimana perasaan mereka? Pernahkah anda terfikir bagaimana kehidupan mereka?
Kita yang mempunyai ibu kadang2 alpa pada anak yatim.. Alpa pada mereka yang memerlukan kasih sayang dan terlalu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kadang2 masyarakat memandang remeh akan perkara ini. SAYID Qutub ada berkata bahawa dasar takaful sosial itulah dasar masyarakat Islam. Kaum Muslimin diwajibkan menjaga kepentingan golongan yang lemah di dalam masyarakat. Anak-anak yatim yang kehilangan ibu atau bapa mereka dan masih kecil merupakan golongan yang lebih utama mendapat perhatian dan perlindungan kaum Muslimin terhadap keselamatan diri dan harta mereka. Di sini sudah cukup jelas membuktikan kepentingan yang mana lebih utama.
Kadang2 orang berasa serba salah untuk bergaul dengan anak-anak yatim pada harta-harta mereka lalu mereka mengasingkan diri daripada anak-anak yatim. Maka Allah menurunkan ayat ini yang bermaksud: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), tentang masalah anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baik.Ini bermaksud memperbaiki harta benda mereka lebih baik daripada menyisihkan mereka. Firman ini memberi keizinan menguruskan harta anak yatim dengan niat yang baik iaitu untuk kepentingan anak yatim itu sendiri bukan kepentingan sendiri.
Oleh sebab itu al-Quran sekali lagi mengembalikan kaum Muslimin kepada sikap yang sederhana dan menggunakan cara yang mudah dalam menghadapi perkara ini dan mencari kebaikan untuk anak-anak yatim dan bertindak dalam batas-batas yang mendatangkan muslihat kepada mereka.
Di sini su nak berkongsi pengalaman su ketika berada di rumah anak yatim. Di mana, ketika itu su dalam semester pertama. Su bersama Badan Dakwah dan mahasiswa/I IPTA ke sana sebagai fasilitataor untuk program Iftar Jami’e bersama anak2 yatim. Selama beberapa hari su di sana, su dapat melihat dan merasai sendiri bagaimana kehidupan sebagai anak yatim. Pada hari pertama su di sana, kami disambut baik oleh anak2 yatim. Kelihatan seorang budak kecil datang ke arah su dan terus memeluk su.. Subhanallah.. Waktu tu, hanya tuhan saje yg tahu macam mane perasaan su.. Sayu, hiba, sedih, terharu dan macam2 lagi.. Betapa dahaganya anak kecil itu pada kasih sayang.. Sepanjang mengadakan program di sana, antara program yang paling meyetuh hati adalah program bicara dari hati ke hati.. Waktu tu, anak yatim masing2 meluahkan perasaan mereka.. Ketika itulah kite perlu memainkan peranan untuk menguatkan semangat mereka, menasihati mereka dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka.
Anak-anak yatim itu adalah sama seperti saudara-saudara kepada para penjaga mereka. Mereka adalah saudara seagama dalam Islam. Mereka adalah anggota-anggota dalam keluarga Islam yang besar dan Allah mengetahui sesiapa yang membuat kerosakan dan sesiapa yang membuat kebaikan. Yang menjadi asas pegangan bukannya tindakannya yang lahir, tetapi ialah niat dan hasilnya.
Firman Allah: Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama)
Selamatkan Saudara anda Dari Kecaman Zionis!!
laknatullah....
Sudah lama umat Islam di seluruh dunia dimalukan...
Sudah lama...
Tanpa ada apa-apa hasil daripada KITA??!!!....
Kata Majlis Keselamatan PBB (Malaysia pun ada di dalam majlis tersebut untuk
penggal ketiga!):
"Sukar untuk kami putuskan untuk mengutuk keganasan tersebut...." Sukar???!!!!
Kata OIC:
"Ohh.... I see...." Biasalah tu...
Kata Yaman:
"Kita akan hantar bantuan!!!" Kita tunggu dan lihat...
Kata Arab Saudi:
"Kami juga akan hulurkan tangan!!!!" King fahd dah kirim 30 juta Riyal......
Kata KITA:
"Kutuk keganasan!!! Kutuk Yahudi!!!! Kutuk Amerika!!!" Mengutuk dalam
keadaan umat KITA terus diketuk....
Jangan jadi buta... Buta mata apatah lagi hati... Jangan jadi pekak... Dengarlah bunyi senjata yang disasarkan ke arah umat Islam walaupun Palestin nun jauh beribu batu nautikal.... Jangan jadi bisu... Ada mulut hak mesti disuarakan... Namun jangan jua melatah haru biru.... Semangat sahaja yang lebih... Yang penting... Jangan jadi cacat.... Anggota badan ada, gunakanlah.... Tak boleh angkat senjata, Buat solat hajat.... Setiap kali sujud terakhir solat lima waktu kirimkan untaian doa... Jangan sibuk mengulum doa nak lulus periksa... Nak cemerlang exam.... Nak pointer tinggi dalam exam.... Tapi terlupa pada mereka di sana... Mereka umat kita... Saudara kita.... Bukti keagungan agama kita... Hina mereka, hinalah kita.... Bahagia mereka, Islam di singgahsana dunia....
ANDA INGIN SAUDARA ANDA DIPERLAKUKAN SEPERTI GAMBAR DI BAWAH INI??
Jika “TIDAK” jawapan anda..
JOM BOIKOT!!
INGAT!!
Jika anda anda mengaku beragama Islam dan mengaku bersaudara dengan semua orang yang beragama Islam, boikotlah barangan Israel!
Ingat! Ingat! Satu sen yang anda sumbangkan untuk membeli barangan Israel, bermakna anda melepaskan satu peluru yang membunuh saudara kita di Palestin..
Cuba anda fikir, jika anda membeli sebungkus Maggi yang berharga 70sen dan cuba anda kira berapa orang palestin yang telah anda bunuh??
70 orang.. Ya! 70 orang telah mati di tangan anda tanpa anda sedari..!
BOIKOTlah barangan Israel..
PERINGATAN: Bar code barangan Israel adalah 9556..
Semua barangan yang berkod ini adalah barangan Israel.. Jadi, jangan terpedaya dengan jenamanya kerana mungkin anda yang telah diperdaya..
Adakah dengan memboikot barangan tersebut anda akan kebuluran??
Tidak.. Anda tidak akan kebuluran.. Jangan bimbang dan jangan sedih kerana masih banyak lagi pilihan untuk anda mencari barangan yang bukan daripada Israel dan ianya adalah lebih mudah daripada mengangkat senjata untuk membunuh Israel. Itupun jika anda berani dan mampu.. Cubalah!!
Monday, May 11, 2009
Sanggupkah Anda??
Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yg lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.
Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah. "Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya.Tanpa berlengah segera si anak menyinsingkan lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.
Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak.
"Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah.
"Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu dijamak takhir dengan Isyak nanti."
Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.
"Ya Allah! begini mulia rahmatMu mengurniakan hambaMu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! Dan membalas budi,. Aku bersyukur padaMu.... Aku bersyukur padaMu Ya Allah!" Sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati. Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih.......
Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Hadis Nabi saw :"Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT"
Duhai remaja yang dikasihi, taatilah kedua ibu bapamu dalam apa jua keadaan.. Dalam apa jua situasi.. Berbaktilah kepada mereka semaksima yang mungkin sebelum mereka tiada, sebelum mereka hilang dari pandanganmu.. Tatapilah wajah mereka dengan pandangan yang sarat dengan kasih sayang. Sesungguhnya redha Allah terletak pada redha ibu bapa..
Sunday, May 10, 2009
AWARD?? Ape tuu??
Salam.. Tadaa.. Su dapat Award tau..! hihi.. Opsss.. Bukan award AJL tu.. hehe.. Ni Award frenship.. Haa.. Award ni diberi oleh my senior iaitu abg Izudin.. Nak tau die ni sape? Die ni hebat tau dalam arena perdebatan.. Kire macam sifu la die ni.. Oppss..!! Xleh puji lebih2.. Japgi die mule perasan.. hehe.. Jgn marah ye akhi.. Ampun.. =) Btw, time kasih banyak2.. TQ..TQ..TQ.. =)
RULES:
1. put this badge on your awesome blog.
2. award this badge to 5 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. make sure you put the ‘receipents’ name here, along with their links.
4. let the know about this.
Kak Nisa;’ ni merupakan rumate su.. Knal kak nisa’ ni sjak dari sem 1 lg.. Die MPP UDM, memegang jawatan sebagai xco kebajikan.. Die memang cukup prihatin ngan kebajikan students ni.. Agak lincah orangnye.. Kalau merancang pekare yang pelik2 tu, memang sekepale la ngan su. Coz kitorang suke xplore bnda yg pelik2.. hihi.. Kalo nak study skali, kitorang suke study kat bilik MPP.. Dan die da jd usahawan penjual kotak terkenal tau.. Syyy.. Simpan memori ‘kite ngan kotak’ yg kat dpan blog tu ye k.nisa’.. jgn sampai terbongkar.. hihi..
Meh kite beralih pd kak Husna plak.. Su knal kak Husna ni melalui abg Farid.. Jap gi kt cite tntg die plak ye.. Yg bleh tau ni pun, abg Farid knalkan mlalui YM dan blog.. Then kitorang ber’conference’ skali.. Time tu la su ngan kak Husna bertaaruf.. Akak ni baik tau, die team Ukhuwah.. Periang dan ‘pemujuk’.. Yg ‘pemujuk’ tu ade cerite di sebaliknye.. Hehe.. Cerite xboleh dipaparkan di sini..
Pelik x name kat atas tu? Pelik
Biasa saja orangnya...Rambut belah tepi, baju berseterika, kasut berkilat, handle basikal tinggi.. Tu lah orgnye.. Hehe.. Ayat blog tu.. Pinjam kejap ye.. Nanti ambikla balik.. hihi.. Su knal abg Farid time kat KLIBF, PWTC. Time tu su jage booth penerbit Jasmin Ent dan die jage booth e-media.. Berjiran je.. Rindu kat sahabat2 time KLIBF yg lalu.. Sedih tahun ni xdapat sertai.. Abg Farid ni nampak garang tau, muke serius je.. Tp sbenonye baik, caring.. Slalu ambil berat, nasihat yang diberikan umpama nasihat seorang abg kepada adiknye.. Dan nak tau rahsie 1 lagi, tunangnye kat atas nun.. Kak Husna.. hehe.. Dorang bedua ni memang baik sangat.. Suke share pendapat dalam pendakwahan.. dan xpernah jemu dalam berdakwah.. Abg Farid ni pun team Ukhuwah jugak..
Ni nak perkenalkan sahabat baik su.. Sahabat Dakwah.. Namenye Haswani.. Die mai dari Kedah.. Kedah pekat nie.. Kalo cakap ngan dia, best dengaq bahasa Kedah dia tu.. Sampai su pun nak terikut.. Anak jati Kedah la katakan.. Hihi… Wani ni cool je tau.. Seorang yg ceria.. Kalau ade masalah pun die tetap senyum,senyum dan senyum je.. Sesuaila ngan name alamat blog die… anawanieibtisam.. hihi.. Apepun, teruskan perjuangan ye Wanie.. Pi Kedah nanti, kita jumpa la noooo.. Hehe..
Wednesday, May 6, 2009
HEBAHAN AKTIVITI KELAB REMAJA..
Sebagai aktiviti susulan Kelab pada tahun ini, KELAB REMAJA Yayasan Kasih Sayang Malaysia (YKSM) Kawasan Rawang akan menganjurkan Program Perkhemahan Remaja di Kem Lembah Genting, Batang Kali. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh :
30/5-1/6 2009 (3 hari 2 malam)
Bilangan Peserta :
40 orang
Bayaran:
RM80 (Boleh ansuran)
Antara aktiviti menarik:
Slot khas “Kenali Potensi diri”, Pembentukan jati diri, Program kembara malam, “Jungle Tracking”, Laluan Berhalangan, “River Crossing”, Slot muhasabah diri (alam barzakh), Qiamullail dan lain2 lagi.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
En. Musleh 019-3962825 atau
Suhaila.
Monday, May 4, 2009
Biodata Kekasih Allah..
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abd Mutthalib bin Hasyim bin Abd Manaf
Jawatan : Rasulullah/Nabi terakhir
Tarikh Lahir : 12 Rabi’ul Awwal Thn Gajah = 24 April 571M
Umur dunia : 63 tahun
Asal : Tanah-Makkah al-Mukarramah
Keturunan : Ismail az-zabih
Nama-nama lain: Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir, al-’Aqib.
Status : Kekasih Allah
Isteri : 12 orang
Anak : 7 org (3 lelaki 4 perempuan)
Makanan kegemaran : Ruthab, Tamar Ajwad, labu air, roti, daging salai dll
Minuman kegemaran : Zam-zam & air tamar
Pakaian : Jubah dan sopan Warna kesukaan : Putih/Hijau
Fizikal : Manusia paling sempurna
Sikap : Khazanah sifat terpuji
Idola : Al-Qur’an al-Karim
Kenderaan : Unta Merah
Hari Istimewa : Isnin (Lahir, Kenabian, Pewahyuan, Hijrah dan Wafat)
Projek : Membina Jalan Allah
Harapan : Semua umatnya ke Syurga
Target : Wawasan Dunia & Akhirat
Destinasiku dan malam BBQ..
Pukul 9 pg tu, bermulalah operasi memasang khemah depan rumah.. Haa.. Nak tau kenape khemah dipasang? Bukan sebab kenduri tau.. Tp sebab malam tu kami ade buat malam BBQ.. Hehe.. Pagi tu sume da start gotong-royong.. Masing2 sibuk menjalankan tugas yang sepatutnye.. Petang tu pulak su tolong mak memasak untuk juadah malam tu.. Kesian mak xde sape nak tolong.. Adik2 yang kat rumah tu sume kecik2 lagi.. Yang dah besar kat asrama.. Yang adik nombor dua tu pulak kat Indonesia.. Almaklumla, adik2 su sume lelaki.. Abang xde, kakak pun xde.. Sebab tu la su ambik keputusan balik awal untuk tolong parent uruskan keje2.. Lepas je memasak, su membalut hamper plak untuk program malam tu..
Tibalah malam BBQ.. Lepas isya’, sume berkumpul depan rumah.. Jiran2 sume datang, masing2 membawa juadah yang tersendiri.. Banyak jenis hidangan malam tu.. Sume citarasa ade.. Makanan tradisional, western food, cocktail dll lagi la.. Hmm.. Alhamdulillah dapat jiran2 yang bagus dan baik.. Kerjasama yang diberikan amat memberangsangkan.. Dan xlupe juge kepada DJ yang bertugas pada malam tu.. Siap dengan PA SYSTEM yang lengkapnye.. Celotehnye yang banyak tu la yang membuatkan suasana bertambah meriah.. =)
Malam tu, sape yang tengok lauk pauk yang nak dibakar tu, confim orang yg tengok tu akan kate xakan habis dibakar dan dimakan.. Mane taknye.. Macam2 ade.. Dengan ayamnye, ikan pari, ikan cuka, udang, hot dog cheese.. Isy3.. Banyak betul.. Tapi, jangkaan tu meleset… Habis sumenye.. Alhamdulillah Allah Maha Pemurah dalam memberikan rezeki pada hambaNya… Dan rezeki kurnianNya itulah yang harus dikongsi bersama..
Haa.. Yang paling PENTING! Nak tau ape? Hehe.. Suspen plak.. Yang paling penting bg su, COCKTAIL mesti ade.. Juadah wajib tuu.. Stiap kali buat malam BBQ, hidangan COCKTAIL mesti ade.. Tu favourite su.. Kalo jiran xbuat, su sendiri yang akan buat.. Hehe..
Sambil2 makan tu, penyampaian hamper dijalankan.. Dan DJ memeriahkan lg suasana dengan sesi permintaan lagu.. Ayah su buat permintaan nasyid Arab.. Tu nasyid favourite kami sekeluarga.. Klau xsalah su, nasyid tu popular di Mesir.. Okla.. Su da pnat ngadap laptop ni.. Nak turun borak ngan parent plak.. Opss.. Lupe.. Syukur Alhamdulillah, Majlis malam tu berakhir pkul 12 malam.. Hehe.. Okay..
Salam’alaik.. =)