.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, April 23, 2009

Kursus Kepimpinan BTN di Langkawi memang best..!!


Pada awal Februari lepas, Su ade join satu kursus kepimpinan kat langkawi.. Best tau kat sane... Hari pertama tu memang mule2 nampak macam boring.. Tapi bile dah masuk ke separuh hari kat sane.. Rase best sangat.. Dalam mase yang sekejap saje, hubungan antara fasi2 ngan peserta2 jadi rapat.. Macam satu family pulak rase..





Sepanjang berada di sane, macam2 program telah dijalankan.. Yang paling banyak adalah LDK.. Hmm.. Dengar LDK je mesti dah set dalam mind tu boring kan.. Tapiii.. LDK ni xboring langsung tau.. Betul2 mencabar minda dan hampir tergugat akal nie memikir.. Hihi.. Dalam LDK ni, sume nampak enjoy je.. Pastu ade slot 'burung hantu'.. Haa.. Slot ni la paling best.. Su dilantik untuk jadi parasit menganggu smua peserta2.. Best tau sakat2 orang ni.. Hehe.. Kepada yang su dah kenekan cukup2 tu, ampun ye.. Ni satu cabaran untuk korang sume.. Cube renung, macam manela kite nak hadapi dan tempuhi dunia luar andai diri belum bersedia dan belum lengkap bersenjata..? Fikir2 la ye.. Then slot mencabar, slot terjun bangunan.. Bukan membunuh diri tau.. Jangan salah tafsir.. =)



This my team time kene buat presentation..


Hari last kat kem tu, kami diberitahu bahawa pihak kem akan membawa smua peserta untuk buat lawatan ke kilang Gamat, Makam Mahsuri, dan yang paling penting "Syurga Coklat".. Hehe.. Tu la tempat yang paling dinanti-nantikan.. Sebelum tu, kitorang pegi ke tempat pinggan mangkuk dulu.. Sempatla su belikan set porcelain untuk mak su yang tersayang tu.. Special 4 U dear.. =) Then, barula kami dibawa ke "Syurga Coklat" tuu.. Hmm.. Banyak betul coklat kat sane, murah2 plak tu.. Ape lagii.. Su pun borongla habis2an.. Hehe..

Tu la tempat terakhir dalam lawatan kami.. Akhirnya kami di bawa ke jeti untuk berangkat pulang.. Kami diiringi pengarah kem supaya kami smua dapat melepasi sempadan cukai.. Almaklumla budak2 ni kan borong sakan.. Nanti ade plak yang kene bayar cukai..

Maka, berakhirla episod kem.. Segalanya dalam kenangan.. Jumpe lagi ye.. =)


0 comments:

Related Posts with Thumbnails