.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, April 25, 2009

Adakah SENANG pembuka syarat TENANG...??


Assalamualaikum w.b.t........

Dalam abjad rumi, huruf S dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira pandai cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukanlah syarat untuk tenang.....

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang. Tapi tak semua orang tinggal di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang...

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang. Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga....perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar boleh dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata.... Segala yang berbentuk lahiriah dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati. Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang.... Tapi bila hati resah, padang bola pun terasa seperti menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir berjam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?

Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat Allah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita. Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari. Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasai nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku".

Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan. Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah di waktu susah dan senang, hati tetap tenang.
Lebih baik dapat tenang daripada senang.
Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK...!





Wallahua'lam.


Thursday, April 23, 2009

Kursus Kepimpinan BTN di Langkawi memang best..!!


Pada awal Februari lepas, Su ade join satu kursus kepimpinan kat langkawi.. Best tau kat sane... Hari pertama tu memang mule2 nampak macam boring.. Tapi bile dah masuk ke separuh hari kat sane.. Rase best sangat.. Dalam mase yang sekejap saje, hubungan antara fasi2 ngan peserta2 jadi rapat.. Macam satu family pulak rase..





Sepanjang berada di sane, macam2 program telah dijalankan.. Yang paling banyak adalah LDK.. Hmm.. Dengar LDK je mesti dah set dalam mind tu boring kan.. Tapiii.. LDK ni xboring langsung tau.. Betul2 mencabar minda dan hampir tergugat akal nie memikir.. Hihi.. Dalam LDK ni, sume nampak enjoy je.. Pastu ade slot 'burung hantu'.. Haa.. Slot ni la paling best.. Su dilantik untuk jadi parasit menganggu smua peserta2.. Best tau sakat2 orang ni.. Hehe.. Kepada yang su dah kenekan cukup2 tu, ampun ye.. Ni satu cabaran untuk korang sume.. Cube renung, macam manela kite nak hadapi dan tempuhi dunia luar andai diri belum bersedia dan belum lengkap bersenjata..? Fikir2 la ye.. Then slot mencabar, slot terjun bangunan.. Bukan membunuh diri tau.. Jangan salah tafsir.. =)



This my team time kene buat presentation..


Hari last kat kem tu, kami diberitahu bahawa pihak kem akan membawa smua peserta untuk buat lawatan ke kilang Gamat, Makam Mahsuri, dan yang paling penting "Syurga Coklat".. Hehe.. Tu la tempat yang paling dinanti-nantikan.. Sebelum tu, kitorang pegi ke tempat pinggan mangkuk dulu.. Sempatla su belikan set porcelain untuk mak su yang tersayang tu.. Special 4 U dear.. =) Then, barula kami dibawa ke "Syurga Coklat" tuu.. Hmm.. Banyak betul coklat kat sane, murah2 plak tu.. Ape lagii.. Su pun borongla habis2an.. Hehe..

Tu la tempat terakhir dalam lawatan kami.. Akhirnya kami di bawa ke jeti untuk berangkat pulang.. Kami diiringi pengarah kem supaya kami smua dapat melepasi sempadan cukai.. Almaklumla budak2 ni kan borong sakan.. Nanti ade plak yang kene bayar cukai..

Maka, berakhirla episod kem.. Segalanya dalam kenangan.. Jumpe lagi ye.. =)


Wednesday, April 22, 2009

Dik!! Jangan Lemah...!!


Tok.. Tok.. Tok.. Assalamualaikum dik.. Ade orang x nie?? Akak nak masuk nie.. Hehe..


Camane keadaan dik kat Indonesia sane tu? Bumbung asrama ok? Kalo x ok, buat laporan ye.. Hehe..

Haa.. Dengola pesanan akak ni.. Amanat ni.. Dun be give up.. Jangan putus asa dalam menjalani kehidupan.. Akak tau, sepanjang adik kat Indonesia tuu.. Banyak dah perkara2 dan mehnah2 yang berlaku.. Akak tau adik terkilan coz xsempat jumpe ngan 'nenek'.. Pastu xsempat jumpe ngan Huzaifah.. Kedua-duanya dah kembali ke Rahmatullah.. Jangan trauma ngan sume ni.. Pasti ade hikmah di sebalik ape yang berlaku.. Bersandarlah sepenuhnye pada Allah.. Jangan cedey2 tau.. Senyum sokmo.. =)

Akak kat sini pun banyak ujian yang melanda diri akak.. Banyak mehnah2 yang akak terime.. Tapi, bile akak muhasabah balik.. Tu sume adalah tarbiah buat diri akak.. Setiap ujian adalah tarbiah dari Allah.. Allah nak uji kite sekejap sahaje.. Bersabarla.. Pasti nikmat akan susuli.. Allah dah menjanjikan nikmat di setiap ujian.. Janji Allah pasti akan datang..

Hidup kat negara orang tu, pandai2 la berdikari.. Memangla bile kite berjauhan ngan mak ayah, macam2 terase.. Sayu, pilu dan macam2 lagi.. Bagusla kalo adik dah sedari sumenye.. Tu tande dan bukti Allah masih sayangkan dik.. Dan itu juge tande iman dah berputik di dada.. Jangan cemari bunge yang sedang mekar.. Siramilah bunge tu biar ia xlayu dan terus subur selamanya.. InsyaAllah.. Akak doakan yang terbaik untuk sume..

Dah.. Hepi.. Hepi.. Jangan sedih2 lagi.. Hmm.. Rugila dik xdapat ikut kem Kelab Remaja akak cuti hujung bulan 5 ni.. Lewat sangat dik balik.. Kalo x, bleh join akak.. Baru best.. Xpe2.. Dun wory.. Kite buat plan lain.. Buat famili day ke.. Akak plan nak buat BBQ kat umah.. Nanti akak gtau smule.. Kalo diizinkan, akak plan nak pegi main bowling.. Hehe.. Kite gi sesame rite..

p/s: Jangan lupe jubah putih akak dari negara seberang.. Hihi.. =)



Ni la adikku yg tersesat nun jauh di Indonesia... Hehe..


Pemergian Itu Satu Janji Yang Pasti.. Pasti..

Tidak ada satu pun manusia yang akan kekal di atas muka bumi.. Segalanya hanyalah pinjaman.. Dunia adalah percaturan.. Dunia adalah ladang untuk bercucuk tanam.. Dan akhiratlah tempat kite menuai hasilnya..

Beratnye ujian yang kite hadapi.. Berat lagi ujian yang diberikan kepada Rasulullah.. Kepada Mak Cik Sarah, Kak Fatimah, Hamzah, Hasan dan sekeluarga.. Tabahlah dalam menghadapi kehidupan..
Tabahlah dalam menghadapi ujian ini.. Yang pergi tidak akan kembali.. Walaupun kite sayangkan die, tapi Allah lebih sayangkan Huzaifah.. Die milik Allah dan kita smua jugak milik Allah.. Yang hidup dan masih di dunia perlu meneruskan kehidupan.. Kuatkan semangat..

Su xnak tengok anda semua dalam kemurungan.. Su xnak tengok sume tu.. Pulihkanlah semangat.. Jangan terlalu jatuh dalam kehidupan.. Sandarkan segalanya kepada Allah.. Allah lebih tahu ape yang dirancangnya dan ape yang diaturnya.. Allah adalah segalanya bagi kite..

Bangunlah wahai insan2 yang ku sayangi.. Bangunlah.. Jangan terus rebah.. Jalani kehidupan dengan penuh redha.. Su nak keadaan kembali seperti dahulu.. Semua ceria.. Ceria.. Dan ceria..

Senyumlah.. Senyum pada orang lain dan tersenyumlah pada diri sendiri.. Senyuman itu pengubat duka.. Allah adalah penawar segalanya.. Berdoalah padaNya.. Su sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian semua..

"Dalam diari pejuang, tiada masalah yang merumitkan.. Ujian yang melemahkan.. Dugaan yang menyusahkan.... Bahkan semua itu dijadikan batu loncatan untuk lebih menyintai Allah.. Mereka tepu dengan dugaan.. Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba berdepan dengan 'Belaian Pencipta' sebagai tanda ingatannya.."

Ya Allah.. Ubatilah hati hambamu.. Dekatkanlah kami den
gan RahmatMu.. Belailah kami dengan Kasih SayangMu..

Peliharalah insan-insan yang ku kasihi..



Sunday, April 19, 2009

Anakmu mengharapkan secebis doa..


Kepada my luv Mum and Dad yang dikasihi..


Anakmu di sini mengharapkan doa Ayahanda dan Bonda mengiriku tatkala melangkah masuk ke dewan imtihan..
Dari jauh ku pohon seribu kemaafan andainya ada kekhilafan yang berlaku..
Maafkan anakmu..
Doakan kejayaan anakmu di sini ye..
Seribu harapan dan sejuta impian..
Salam kerinduan.. =)

Ikhlas:
Anakmu yang Jauh..


Debaran Imtihan..


Ya Allah..
Permudahkanlah kami,
permudahkanlah sahabat2 yang ku kasihi menduduki imtihan duniaMu..
Jadikanlah debaran di jiwa kami disebabkan risau sekiranya gagal melamar RedhaMU.. Dengarilah rintihan kami yang sanggup besusah payah demi ilmuMu.. Terimalah air mata kami sebagai penyejuk kemurkaanMu.. Belailah jiwa kami di saat kami terkulai lemah agar terhindar kami dari mengharap selain daripadaMu..

Ya Allah Yang Maha Pengasih..
Peliharalah kami.. Palingkanlah perhatianMu kepada kami dunia dan akhirat.. Redhailah Ilmu kami, Iman kami dan amalan kami.. Jadikanlah kami dalam kalangan orang-orang yang menjadi kekasihMu.. Daku dambakan belas kasih dariMu.. Kekalkanlah kejayaan kepada kami dunia dan akhirat..

Kurniakanlah kejayaan kepada kami dalam Imtihan yang akan dihadapi..

Amin.. Ya Rabb..




Saturday, April 18, 2009

Berkat Kejujuran Seorang Hamba...


Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun
meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu.
Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir.
Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.

Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun.
Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa.
Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya.
Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.
Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdul Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku.

Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya.
Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

MORAL & IKTIBAR

• Ilmu Agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh.
• Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup.
• Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain
• Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allah

Thursday, April 16, 2009

Al-Hubb..



Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha
pengasihani...

Ikhwah dan Akhawat yang di rahmati allah,

Maksud firman Allah "dan antara tanda-tanda kesyukuran
Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada
jenis sendiri supaya kamu cenderung kepadanya dan di
jadikan antara kamu rasa kasih dan sayang"

Kasih sayang sesama makhluk perlu di pupuk sekadar
menambah keceriaan hidup, ikatan yang jujur dan tulus
ikhlas yang akan menambah semangat perjuangan
islam, selain bekorban untuk mendapat kegembiraanNya...

Sahabat,

Percintaan di awal musim merupakan percintaan di musim
bunga yang penuh keindahan, tetapi apabila musim itu
berlalu dan kalian terlupa bersedia untuk menghadapi
musim luruh dan musim sejuk, maka kalian akan mati
kesejukan kerana terlalu memuja musim yang indah
itu...

Kalian yang di kasihi Allah,

Bercintalah sekadar minum seteguk air di hari
kemarau. Dan meminumnya dengan penuh
kesabaran. Bercintalah sekadar menghirup wangian
kasturi tanpa memilikinya. Bercintalah dan berkasih
sayanglah kerana Allah dengan memupuk dan menyuburkan
ikatan itu dengan cara yang matang dan dengan kawalan
iman demi untuk keizzahan islam tercinta.....


Ukhtukum Fillah..


Rintihan Seorang Wanita..

بسم الله الرحمن الرحيم
Align Center
Ya Allah
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah ,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu....



Ya Allah... Hebatnya UjianMu..

Ya Allah..
Apakah makna di sebalik ujian ini..
Aku telahpun merasai segalanya.. Aku mohon, Kau tabahkanlah hati hambaMu.. Tabahkanlah hatiku untuk menghadapi segalanya.. Tabahkanlah hatiku dalam menghadapi ujianMu.. Kuatkanlah kesabaranku.. Jauhilah aku dari sifat2 yang boleh mengalpakan diriku padaMu.. Pimpinlah aku untuk menghadapi liku2 kehidupan, dalam menempuh onak duri yang mencabar..

Tetapkanlah hatiku agar sentiasa berada di jalanMu..
Tetapkanlah hatiku dengan Iman..
Tetapkanlah jiwaku dengan ketenangan..
Tabahkanlah aku dengan pedoman..

Ya Allah..
Berikanlah kekuatan padaku..
Tunjukkanlah segala kebenaran..
Leraikanlah segala kekusutan dan penipuan..
Jelaskanlah segala kekaburan..

Aku hambaMu..
Aku merintih padamu Ya Allah..
Pimpinlah aku ke dalam cahayaMu..
Terangilah aku dengan sinarMu..
Lindungilah aku di bawah naunganMu..
Lindungilah kami Ya Allah..

Sesungguhnya Engkau tidak menciptakan sesuatu itu untuk disia-siakan..
Kembalilah Nur Iman..

Eratnye Dakwah.. Indahnye bersama sahabat2..


Pada hari Ahad yang lalu.. 12/4/09.. Keluarga Dakwah ade wat rehlah gi Lata.. Yang menariknye, Family Day nie berkonvoi ramai2.. Sebanyak 6 buah kereta kancil berkonvoi.. Rase cam rombongan nak gi meminang plak.. hihi.. Mane taknye, kereta siap bereben lg tu tau.. Hmm.. Kitorang sampai kat sane dalam kul 11 lebih..



Maka, bermulalah ekspedisi memanjat gunung.. Hehe.. Cantik tau pemandanga kat sane.. Time memanjat muke masing2 xcited.. Dah lame tu muke penat je nampak.. Hikhik.. Bile da sampai kat tempat yang strategik, kene menyeberang air, arus plak..

Kitorang sampai trus start ngan xtvt.. Ape lagi kalo bukan membakar ayam.. Tu yang pentingnye.. Xde ayam tu, xjadila rehlah nie.. Sebab tu la Fadhli (ketua kelas) sanggup bangun kul 6pg gi ambik ayam.. Bergomoi ngan ayam.. Hehe.. Ampun ye Fadhli.. Jasamu dikenang tau..

Yang bakar ayam tu, terus ngan agenda dorang.. Yang xbakar ayam tu ha.. Main air macam xpenah jumpe air plak.. Ish2.. Teruk bebenor su tengok.. (Nie budak2 laki ye) Ngalahkan adik2 su tau.. Almaklumla dah sebulan xjumpe air kot kan.. hehe..



Time makan dah tibe.. Sume berebut.. Tambah2 budak2 laki, diserbunye makanan tu.. Macam xmakan sebulan plak.. Orang letih wat keje, dorang letih main air.. Mane xlaparnye.. Naik2 atas darat, terus serbu makanan.. Ish3. Time makan sume diam je.. Fokus betul pd makanan tu..

Then diteruskan lagi ngan aktiviti dan perisian khas.. Kitorang pindah tempat untuk wat aktiviti.. Membalut mumia.. Hehe.. Lastly main kotak beracun.. Tu yang paling best.. Yang xtahannye, su terkene.. Dushhh.. Aduh2.. Kene ucapkan kate2 romantik kat Kimi dalam bahase Jawa plak tu.. Manela su reti.. Xpenah2 berhadapan ngan laki ucapkan kate romantik camtu.. Nak xnak, kene wat gak la.. Kalo xwat, kene denda.. Aii.. Malu bukan kepalang su.. Korang yang buat benda nie memang buli orang cukup2 tau.. Nak kene btoi..



Lpas main kotak beracun tu, tibela mase yang ditunggu sume.. Ape lagi kalo bukan bab makan.. Makan kek!! Dengar announcement bleh makan kek je, sume sorak.. Hai, bab makan nombor 1 ye.. Hihi.. Time tu, dorang buli jiha plak.. Kesian jiha tau.. Korang kejam!! Shah pun kejam!! Napela Shah bagi belon besar kat su.. Dahla su takut, trauma dengar belon meletup.. Lari xcukup tanah su kat Lata tu.. Nakal btulla Shah ni.. Dengan berakhirnya letupan belon tu.. Maka tamatla program kitorang..

Dah siap2 sume.. Lagi skali konvoi balik.. Perjalanan nak balik tu, sempat lagi budak2 nie singgah pantai.. Isy3.. Seronok btul tengok budak2 nie.. Yang berkain pelikat tu ha.. Macam ayah orang plak.. Bleh plak turun pantai ngan kain pelikat.. Isy3.. Tu la kawan2 su.. Sume sporting2..


Wednesday, April 15, 2009

Dosa vs Pahala

Assalamualaikum w.b.t..

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam iniSampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia....

Tuesday, April 14, 2009

Hati kamu seumpama cermin yang berkilat...


Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi. Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia llahi menyinarinya?

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu
akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata: Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah dan Allah bimbingkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.

Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia: Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.
Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.
Related Posts with Thumbnails