.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, March 30, 2012

Buat Peserta GMJ


Teruskan memuji Allah S.W.T dan teruskan berselawat ke atas Nabi yang kita cintai Mohammad S.A.W.

Jangan lupa untuk mendoakan para sahabat baginda, ulama, auliya’ dan para solihin. Guru-guru kita seperti Imam Hasan al-Banna dan ibu bapa kita serta kaum keluarga dan sahabat handai, tidak wajar dilupai dalam setiap doa harian kita.

Selepas Hijrah, baginda dan para sahabatnya sentiasa berusaha membangunkan Madinah agar menjadi Negara yang menjadi contoh kepada alam. Negara Khalifah itu sangat penting bagi membuktikan itulah antara kemuncak dakwah dan risalah yang dibawa baginda S.A.W.

Walaupun setiap peperangan Badar, Uhud atau Khandak merupakan ibadah besar ketika itu, namun baginda memahami memberhenti dan mengelakkan peperangan akan memberi ruang yang lebih besar untuk membina Madinah dan meyebarluaskan dakwah mulia itu.

Lalu baginda memimpin para sahabat menongkah arus peperangan, kepada persiapan melaksanakan ibadah umrah ke Mekah pusat musuh utama ketika itu. Ini menempah pelbagai risiko.

Kebijaksanaan membuat musuh mengelabah, samada menghadapi rombongan Umrah dengan membunuh mereka atau membenarkan masuk, satu hikmah yang perlu kita pelajari.

Seluruh Semenanjung Tanah Arab akan mengutuk pemimpin Quraisy sekiranya mereka membunuh Nabi S.A.W dan para sahabat yang datang dalam keadaan berihram.

Di satu keadaan lain pula, seluruh Semenanjung Tanah Arab akan mentertawakan pemimpin Quraisy. Kerana, membenarkan mereka yang diperangi dan yang pernah dihalau dari halaman mereka itu kembali bebas masuk ke Mekah mengerjakan Umrah.

Kebijaksanaan ini pernah kami contohi dalam usaha Marvi Marmara membuka medan perjuangan di bumi Gaza. Memang kita tidak mampu mengawal kerajaan haram zionis itu. Tetapi Marvi Marmara telah membuka dan mencelikkan mata dunia untuk terus membantu Gaza.

Marvi Marmara telah membuka medan baru, untuk rakyat Malaysia. NGOnya dan pemerintahnya bersama-sama gigih membantu Gaza.

Kini giliran Masjidil Aqsa di Tebing Barat, Palestin. Kita seluruh rakyat melalui 4 Ngo besar Palestin: Aqsa Syarif, VPM, MAPIM dan ABIM beserta NGO-NGO lain mengirim 23 orang sukarelawan ke sana.

Pesanana saya buat mereka:

• Bersihkan niat anda. Anda ke sana untuk mewakili kami memasuki Masjidil Aqsa dalam keadaan aman dan damai. Anda bayangkan perasaan sahabat yang menyertai rombongan umrah sebelum perjanjian Hudaibiyah itu. Pastinya ada risiko. Tetapi ia penuh dengan hikmah.

• Pemergian anda adalah mewakili perjuangan untuk mengembalikan hak orang Islam melakukan Ibadah di Masjidil Aqsa dalam keadaan bumi Palestin bebas merdeka. Perjuangan untuk Masjidil Aqsa sejak dahulu lagi mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia termasuk DYMM Yang Dipertuan Agong serta seluruh Sultan-Sultan Tanah Melayu. Perdana Menteri Malaysia dan ahli kabinetnya. Menteri Besar dan ketua-Ketua Menteri Kerajaan Negeri, kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

• Pelbanyakkan solat hajat, membaca al-Quran, puasa, zikir dan doa. Antara tasbih yang saya pinta kepada beberapa kalangan anda yang sempat saya temui ialah:


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

• Saya yain pihak penganjur dan tuan rumah di Jordan telah berusaha dengan pelbagai cara untuk membawa anda masuk ke sana dengan aman. Dengar dan patuhi segala arahan mereka dengan baik.

• Sekiranya anda dibenarkan masuk ke Masjidil Aqsa, bersujud syukurlah kepada Allah S.W.T. Pacakkan “bendera” perjuangan kita di sana, tanda yang jutaan ummat Islam akan berbondong-bondong ke sana dalam keadaan Masjid itu merdeka bebas dari cengkapan pemerintah haram zionis Israel itu.

• Kemungkinan kedua, anda akan dihalang. Samada pemerintah Jordan tidak benarkan anda keluar melalui sempadannya atau Komando Israel menghalang anda masuk selepas anda melepasi sempadan Jordan. Ketika itu anda akan sedih, berdukacita dan marah. Rakamkan perasaan anda itu untuk dihebohkan ke seluruh dunia, bahawa anda dinafikan hak anda dan hak seluruh penduduk dunia.


Kami hanya menantikan dari anda dua perkara sahaja:

Kepulangan anda dengan selamat; dan kami dapat menyambut anda dengan merasakan basah dari peluh dan titisan air mata seorang pejuang

ATAU

Menghidu keharuman darah syuhada’ yang mengalir keluar dari jasad anda


Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Pengasas dan Mantan Pengerusi Aqsa Syarif
Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia

Tuesday, March 27, 2012

Jom Join GMJ!



Tentatif Program GMJ

5-7pm :
Booth
Tayangan (Filem Palestin). Pertandingan : Kanak-kanak(Melukis),
Generic Kuiz Ballot Boxed.

6 pm-6.30pm :
Sambutan Konvoi Seluruh Negara
Makan

7.15pm-815pm :
Break for Solat

8.30-8.35pm :
Opening Video (Content : A2G, Generic Palestinian Issue)
Slow Heartening Opening

8.35-8.45pm :
Call for MyGMJ Chairman MyGMJ (Call+Tazkirah)

8.45pm-9.00pm :
Yasin (2 Lagu) & amp; Dabka Dance, Mirwana

9.00pm- 9.20pm :
Speech 1. Tun Mahathir (recording)

9.20pm- 9.40pm :
Persembahan 1. Muaz, Shinji , Satira Morgan & amp; A Samad Said.
George Galloway.

9.40pm- 9.55pm :
Pidato GMJ Bishop Shastry, Dr Maszlee Malik , Lee Lam Thye , Adik Ruqqayyah, Wakil Mahasiswa, Ismail Haniyeh Amanat.
"I want my father" Choral Speaking

9.55pm- 10.15pm :
GMJ 'live' telecast/ GMJ the world over Montage/Video (ala TED talks)

10.15pm-10.30pm :
Persembahan 2. Flash Mob
Super Bike 131 Bendera. Rakan NGO MYGMJ.

10.30pm-10.35pm :
Doa & Adjourn

Serahan tabung kanak- kanak tadika

Sebarkan. Maklumkan. Warakan.
Yang pasti, turun bagi SOKONGAN!


Friday, March 23, 2012

Countdown Bidadari




Sedih dan terkilan tak dapat nak join.. Sangat berganda untung bagi sesiapa yang dapat join. Oh Jordan! Kenapa jauh sangat..! Andai dapat beruang alik macam Selangor ke KL, kan best.. >_<

Saturday, March 17, 2012

Pinky's Day

Welcome to my dream house..
Sweet kan rumah pink.. Comel je.. ^_^



Ok, jom masuk tengok dalam rumah.. Segalanya pink..
Pink in da'house.. =)

RUANG TAMU PINK




SET BILIK TIDUR PINK








DAPUR PINK






KERETA PINK

Haa, lastly.. kereta pun pink ^_^

Ok, harini penulis terkena demam pink.. Memang best kalau segalanya berwarna warna kegemaran kita kan.. Isy, tinggi betul impian dan angan-angan.. Ok, stop dreaming! ^_^
Siapa yang mampu tunaikan semua impian ni? No answer yet..

p/s: Sekadar mengisi hari minggu.. Sekadar mahu membahagiakan hati, membungakan hati sepertimana musim bunga sekarang.. - Jordan :)


Friday, March 16, 2012

Tawaran Kerja KLIBF 2012


TAWARAN KERJA di Pesta Buku Antarabangsa 2012 (PWTC)

Tarikh : 27 April - 6 Mei (10 hari)
Lokasi : PWTC (Booth syarikat penerbitan buku)
Keutamaan : Berumur 18-25 (Pelajar IPT digalakkan)
Pengangkutan : Sendiri
Makanan : Ditanggung sepanjang waktu bekerja
Pakaian : Uniform/ t-shirt akan diberikan

Sesiapa yg beminat, sila hubungi saya di Facebook untuk maklumat lanjut.

Tuesday, March 13, 2012

Cakna Syria..



Sunday, March 11, 2012

Bila heroin KCB turun...



Wednesday, March 7, 2012

Cinta, Jodoh & Syurga



Monday, March 5, 2012

Let's FLASH MOB!



Thursday, March 1, 2012

Kenapa GMJ..? Kenapa Baitul Maqdis..?



Baitulmaqdis, Bandar keamanan dan keagamaan yang penuh bersejarah

Baitulmaqdis merupakan bandar yang memainkan peranan yang penting bagi penganut yang beragama Islam, Kristian dan Yahudi dimana di suatu ketika dahulu, mereka hidup berjiran dalam suasana aman dan harmoni. Di kota bersejarah ini juga telah menempatkan Qubah as-Sakhrah atau Kubah Batu yang telah dibina pada kurun ke-17 yang menjadi simbolik bagi Islam kerana disinilah telah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang mana Nabi Muhammad S.A.W telah diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T. Ianya terletak berdekatan dengan Masjid al-Aqsa iaitu masjid ketiga paling suci. Bagi penduduk yang beragama Kristian, Gereja Suci Sepulchre dianggap sebagai tempat yang paling suci di antara banyak-banyak tempat di Kota Lama. Manakala yang berbangsa Yahudi pula akan berdoa di tembok barat (Western Wall), iaitu tempat yang dipercayai menjadi sebahagian daripada Bait Suci Herodes.

Kenapa Baitulmaqdis?

Masa depan Baitulmaqdis adalah penting untuk masa depan negara Palestin kerana ianya merupakan tempat antarabangsa untuk menunaikan haji disamping menjadi pusat ekonomi bagi negara Palestin. Kerana itu, telah berkurun lamanya Baitulmaqdis menjadi kebanggaan di hati masyarakat Palestin sebagai tempat keagamaan dan bersosial bagi masyarakat Muslim, Kristian dan Yahudi.


Kenapa perlu prihatin dengan masa depan Baitulmaqdis?

Apabila Negara Israel telah diisytiharkan pada tahun 1948, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan Baitulmaqdis sebagai zon antarabangsa, yang pada asalnya dimaksudkan sebagai sebuah negara Palestin. Walaubagaimanapun, pada tahun 1967, Israel menakluki Tebing Barat, Semanjung Gaza dan semua yang ada di Baitulmaqdis. Penaklukan secara haram ini tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa tetapi Israel telah menolak resolusi 242 PBB yang menyarankan Israel untuk menarik diri daripada Baitulmaqdis dan beberapa jajahan yang telah ditakluki.

Penjajahan dan pembersihan etnik Baitulmaqdis


Laporan Misi Kesatuan Eropah (EU) 2005 menyatakan bahawa, “motivasi utama Israel adalah untuk menguasai demografi iaitu dengan mengurangkan penduduk Palestin dan pada masa yang sama berusaha untuk menambahkan bilangan Yahudi Israel yang tinggal di bandar Baitulmaqdis”. Polisi ini adalah daripada dasar Aparteid yang bertujuan untuk memusnahkan kepelbagaian etnik, budaya dan agama sepertimana yang telah dinikmati oleh penduduk Baitulmaqdis suatu ketika dahulu.


Tembok Aparteid Israel?

Bentuk perbuatan Aparteid Israel yang dilihat sebagai paling tidak berperikemanusiaan ialah apabila terbinanya tembok Aparteid Israel setinggi tiga meter disepanjang Tebing Barat. PBB 2004 telah menggesa Israel untuk menghapuskan tembok tersebut kerana ianya memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat Palestin apabila mereka terpaksa membiarkan Israel merampas tanah untuk bercucuk tanam dan sumber air mereka kepada peneroka Israel yang menjajah kawasan itu secara haram. Oleh hal yang demikian, masyarakat Palestin terpaksa hidup dalam keadaan yang serba kekurangan disebabkan oleh pencerobohan tentera Israel yang menindas mereka dengan memutuskan segala hubungan mereka dengan dunia luar dengan perintah berkurung yang berkuat-kuasa serta merta.


Wujudkah kebebasan beribadat di Baitulmaqdis?

Pihak berkuasa Israel telah menyekat kebebasan masyarakat Palestin yang beragama Kristian dan Islam untuk melakukan ibadat di Kota Baitulmaqdis meskipun di tempat-tempat suci seperti masjid dan gereja.


Mengapa tarikh 30 Mac?

Tanggal 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’. Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.


Apakah kepentingan GMJ diadakan pada 30 Mac 2012?

Pada tahun ini, kami berhasrat untuk meraikan 30 Mac sebagai acara antarabangsa yang melibatkan masyarakat diseluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci. Sehubungan dengan itu, GMJ bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat diseluruh dunia.

GMJ akan menyatukan usaha-usaha masyarakat dunia secara umumnya dengan membawa amanah daripada dunia untuk menuntut Israel supaya mengakhiri kedegilan mereka dalam mematuhi Undang-undang Antarabangsa dan mengakhiri penaklukan mereka secara haram ke atas Baitulmaqdis dan Palestin secara menyeluruh.

GMJ akan menjadi arus perdana dalam perjuangan Jerusalem, bandar yang merupakan kunci kepada keamanan di seluruh pelusuk benua dan dunia. Berbekalkan kesungguhan dan keazaman kami sebagai inspirasi, satu sejarah bakal tercipta dengan terkumpulnya kekuatan dan semangat hasil daripada pemuda dan pemudi yang telah mencetus gelombang revolusi Arab yang telah menumbangkan rejim-rejim yang autokratik.


Bagaimana GMJ akan berlaku?

Sekurang-kurangnya 100 orang personaliti terkenal antarabangsa akan mengambil bahagian dalam menandatangani dokumen pentadbir GMJ itu. Sejajar itu, semua selebriti dan organisasi-organisasi kebangsaan yang menyokong GMJ akan disenaraikan dalam Lembaga Penasihat GMJ untuk menunjukkan sifat GMJ yang menolak kekejaman Israel.

Tambahan pula, satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di beberapa buah benua seperti benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk bergerak menuju ke Palestin and beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon.

Setelah tiba di Palestin, perarakan secara aman akan bergerak pula menuju ke Baitulmaqdis atau titik kawasan yang terdekat dengannya.

Selain itu, demonstrasi secara aman akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di pelbagai ibu negara yang terpilih dan seterusnya akan berlanjutan secara besar-besaran di dataran-dataran awam yang utama di bandar-bandar besar di dunia seperti Dataran Tahrir, Mesir.


Bagaimana ANDA boleh membantu?

Dasar Aparteid di Afrika Selatan hanya berakhir setelah komuniti antarabangsa mengambil langkah yang berkesan untuk memerangi diskriminasi dan penindasan. Oleh itu, komuniti antarabangsa mestilah memainkan peranan yang sama dalam menentang kubu terakhir dasar Aparteid.

Bak kata Nelson Mandela, “Palestin adalah merupakan crisis terburuk moral di dunia moden ini”.
Setelah melawat Tebing Barat, Ketua Bishop Desmond Tutu menyatakan, “Ia mengingatkan saya mengenai apa yang berlaku kepada kami orang yang berkulit hitam di Selatan Afrika”.

Di Malaysia, myGMJ ditubuhkan untuk menerajui sebuah gabungan NGO Malaysia tidak mengira agama, bangsa dan politik untuk mengajurkan sebuah aktiviti kebangsaan serta mengambil bahagian dalam aktiviti GMJ antarabangsa.

Sejurus dengan itu, myGMJ mengajak seluruh warga Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan amalan yang mulia ini. Ramai tokoh-tokoh negara, ahli politik, selebriti, tokoh-tokoh hak asasi manusia dan penerbit filem dijemput untuk bersama-sama menyokong dan mengesahkan dokumen myGMJ kami.

Beberapa aktiviti-aktiviti telah dijalankan di beberapa tempat dan terdapat juga aktiviti-aktiviti yang masih dalam perancangan dan akan menyusul seiring dengan acara kemuncak GMJ yang akan berlangsung pada 30 Mac 2012 seperti berikut:

Kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan institute pengajian tinggi 10 wakil dari myGMJ akan menyertai perarakan global di Beirut Inisiatif GMJ akan dimasukkan dalam khutbah Jumaat untuk dipertimbangkan oleh badan-badan agama negeri. Pelancaran myGMJ secara rasmi dan siding akhbar akan diadakan Konvoi motor berkuasa besar myGMJ akan dilaksanakan Flashmob myGMJ akan diadakan di beberapa tempat awam yang terpilih Kemuncak acara myGMJ akan diadakan pada 30 Mac 2012 untuk diselarikan dengan perarakan lain di seluruh dunia. Superbikers yang membawa 131 bendera Negara yang mengiktiraf negara Palestin akan berkumpul di satu tempat awam yang akan berlatarbelakangkan Baitulmaqdis, Masjid al-Aqsa dan Gereja Nativity.
Anda boleh:

Sertai myGMJ atau mana-mana badan yang bersama-sama menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini. Menghebahkan mengenai aktiviti myGMJ kepada orang-orang disekeliling anda. Memboikot apa sahaja yang ada kaitan dengan Israel seperti memboikot barangan, pelancongan, kebudayaan dan acara-acara sukan. Dapatkan maklumat lanjut melalui kempen BDS (Boycott, Divestment & Sanctions) kami. Luahkan pandangan anda kepada pihak media massa. Menyokong projek-projek Malaysia di Palestin untuk membina semula ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Palestin. (Contohnya: kilang roti, kilang tenusu)

Boleh lihat & like di FACEBOOK
atau lihat di website GM2J

sumber sini

Sunday, February 19, 2012

Ekslusif: Ustaz Azhar Idrus!



p/s: Kalau dulu sering dilihat biasanya dalam 'Secretariat Week' pasti akan dibuat grand macam ni kan. Siap buat jemputan khas artis2 lagi untuk buat show. Sekarang, nah! Zaman Ustaz Azhar Idrus pulak. Buat di hotel lagi. Memang ada class la.. Lebih mantap sebab pengisian yang mantap dan ilmu tu boleh diguna sepanjang hidup, sampai ke syurga. ^_^

Wednesday, February 15, 2012

Ekspo Buku Islam Terbesar!


BAUCER BUKU 1 MALAYSIA juga diterima di sini..

Antara aktiviti menarik menanti anda:

*Bersama penyampai radio IKIM.FM
*Bersama selebriti terkenal
*Ceramah agama
*Pelancaran buku
*Konsert nasyid


Jangan Lepaskan Peluang!

Sunday, February 12, 2012

Apa Cerita Syria??


Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.

4. Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?


Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.


(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)

Saturday, February 11, 2012

Terkini Dari GAZA!


Come on, join it..!
Latest news from GAZA.
A sharing session by very own dear father Hafidzi Mohd Noor who went on a 5 days work trip to Gaza last January. 


Thursday, February 9, 2012

Pejuang Kecil


"Israel tu jahat ke, mama?" tanya Zaki kepada ibunya.

"Ya, Zaki. Israel memang jahat. Dia halau orang Islam Palestin. Lepas tu dia bunuh orang Islam yang lawan." Jawab ibunya dengan tenang.

"Ooh", jawab Zaki. "Zaki perasan tak tengok iklan McD kat TV", tanya si ibu.

"Ya Mama, Zaki ada tengok", kata Zaki.

"Tahu tak, kalau kita makan dekat McD bermakna kita tolong beli peluru kepada Israel untuk tembak orang Islam" terang Mama.

"Kenapa pula, Mama" Tanya Zaki dengan wajah hairan.

"Macam ni. Duit yang kita bayar tu sebahagiannya diberikan kepada Israel. Lepas tu Israel gunalah untuk beli senjata bunuh orang Islam", jawab si ibu dengan bersemangat.

"Ooh, baru Zaki faham" kata Zaki sambil mengangguk kepala.

Demikianlah perbualan seorang ibu dengan anaknya. Pernahkan anda bercerita demikian dengan anak-anak? Pernahkah anda jelaskan kepada anak-anak tentang masalah ummah? Masalah-masalah seperti penindasan dan penderitaan umat Islam. Anak-anak sememangnya amat perlukan pendedahan awal tentang masalah ummah. Agar mereka menjadi cakna ummah sejak dari kecil.

Hero khayalan

Mungkin anda berfikir bahawa anak-anak anda masih kecil untuk didedahkan dengan perkara-perkara yang besar ini. Anda juga mungkin berfikir negatif dengan menganggap soal ini adalah terlalu berat untuk dilonggokkan dalam minda anak-anak. Tanggapan ini jelas silap. Anak-anak sejak dari kecil sudah boleh didedahkan dengan soal-soal masalah ummah. Jika anda tidak mulakan dari sekarang untuk mengisi mindanya dengan soal yang penting ini, kelak mindanya akan dipenuhi dengan perkara-perkara lain yang tidak berfaedah.

Hari ini anak-anak cukup mudah diulit dengan hero-hero khayalan, serta 'perjuangan' palsu yang dipropaganda oleh televisyen dan permainan komputer. Minda dan ilusi bercampur baur antara kenyataan dan kepalsuan. Potensi akal mereka yang segar lagi bersih itu dibebankan dengan watak-watak hero palsu seperti Ultraman, Superman, Batman; serta watak-watak ilusi seperti Spongebob, Miki, Doraemon, Shrek dan pelbagai lagi. Akhirnya perilaku watak-watak ini yang diolah melalui kaca televisyen mempengaruhi minda, sikap dan tindakan anak-anak kita. Anak-anak menjadi 'pejuang' di medan khayalan dengan misi mustahilnya untuk mencapai imiginasi pencipta watak-watak palsu itu. Alangkah indahnya jika potensi perjuangan anak-anak itu dihalakan kepada realiti dan tuntutan perjuangan sebenar untuk memartabatkan agama dan maruah ummah.

Biar berhikmah

Oleh sebab itulah, anda perlu yakin bahawa anak-anak sebenarnya sudah bersedia untuk menghayati konsep-konsep perjuangan, jihad, dakwah dan pengorbanan sejak dari kecil lagi. Cuma soalnya ialah bagaimana kaedah penerapan dan pendedahan itu dibuat.

Sebelum anda melangkah lebih jauh, perlu anda memahami realiti kemampuan anak-anak memahami konsep perjuangan: Anak-anak gemar proses penghayatan berasaskan personaliti yang boleh menjadi ikon dalam kehidupan. Konsep hero dan heroin amat penting bagi anak-anak. Hero perlu punya segala macam kehebatan yang membanggakan, dan akhirnya berjaya menumpaskan kebatilan. Oleh itu pendekatan ketokohan ini perlu diserap melalui menghayatan tokoh-tokoh pejuang Islam seperti para Nabi dan Rasul serta para sahabat dan ulama. Mereka perlu dipaparkan sebagai hero yang ulung dan disanjung.

Anak-anak lebih cepat menguasai sesuatu penerangan yang bersifat hidup iaitu yang ada gambar, pergerakan dan suara berbanding dari penerangan bertulis atau lisan semata-mata. Maka bahan-bahan berguna berbentuk multi-media seperti tayangan, animasi dan seumpamanya amat sesuai untuk menjadi bahan tatapan anak-anak untuk memahami perjuangan. Contohnya, filem animasi perjuangan Nabi Muhammad dapat menjadi bahan pelajaran buat anak-anak menghayati perjuangan Baginda.

Anak-anak akan lebih menghayati erti perjuangan jika ia dikaitkan dengan apa yang dilalui seharian. Ertinya ibubapa perlu sentiasa mengambil peluang mengaitkan soal perjuangan, dakwah dan masalah ummah ketika makan, bermusafir, ke sekolah, beriadhah, menonton televisyen dan lain-lain. Di sini memerlukan keprihatinan dan kreativiti ibu bapa.

Anak-anak kebiasannya menilai dunia ini mempunyai dua realiti yang bertentangan: putih dan hitam, baik dan jahat, kebenaran dan kebatilan. Ibubapa perlu berhati-hati agar anak-anak tidak terkeliru. Kadang-kadang sesuatu perkara terpaksa dihuraikan dengan lebih mendalam bagi membantu mereka melihat dari perspektif yang lebih adil. Dari saat ini jugalah nak-anak sudah boleh mengenali musuhnya yang mengancam Islam dan umat Islam.

Anak-anak sukakan kisah-kisah teladan dan cerita. Berceritalah dengan anak-anak tentang tokoh-tokoh pejuang Islam, para pendakwah dan syuhada' sepanjang sejarah panjang perjuangan Islam.

Anak-anak mempunyai kemampuan akal yang cerdas dan mampu menanggapi persoalan yang sulit, jika disampaikan dengan cara mudah. Maka ibu bapa perlulah bersedia untuk mendedahkan anak-anak dengan perjuangan melalui penyampaian berkesan dan berterusan.

Anak-anak yang cakna dengan masalah ummah dan menghayati perjuangan Islam akan lebih matang, bijak, punya matlamat hidup yang jelas dan berketrampilan di kalangan rakan sebaya. Mereka tidak akan mudah terjebak dengan dunia khayalan dan hiburan tanpa batas. Mereka juga mudah untuk didorong untuk belajar kerana mereka sudah mempunyai gambaran asas tentang matlamat hidup di atas muka bumi Allah ini. Selain itu, sifat-sifat keprihatinan dan cakna ummah ini menjadikan mereka mudah untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

Penonton bisu

Rasulullah SAW sendiri membuktikan bahawa Baginda telah membentuk cakna ummah di kalangan anak-anak muda yang mendokong perjuangan Baginda. Sayyidina Ali contohnya, telah diajak oleh Rasulullah untuk menggalas beban dakwah dan perjuangan sejak beliau masih diawal remaja lai. Demikianlah sahabat-sahabat kanak-kanak seperti Rafi' bin Khudayj dan Samurah bin Jundub yang berjaya menyertai misi perjuangan Uhud setelah berusaha sedaya upaya memujuk Rasulullah SAW. Bahkan ramai kanak-kanak lain yang turut bersemangat untuk mengikutinya tetapi diminta pulang oleh Rasulullah kerana masih terlalu muda. Fakta-fakta ini menunjukkan bahawa kesedran jihad dan perjuangan ini telah ditanam oleh Rasulullah SAW ke dalam hati anak-anak muda sejak mereka kanak-kanak lagi.

Hari ini, dengan keadaan umat Islam ditindas di Palestin, Chechnya, Eropah dan di bumi lain, kesedaran perjuangan amat mustahak. Penghinaan kepada Allah, Rasulullah dan agama Islam perlu kepada kesedaran dan pengorbanan generasi umat Islam. Jika kita lalai untuk meniupkan kesedaran cakna ummah ini, tidak mustahil anak-anak kita nanti hanya menjadi penonton bisu dan pekak kepada serius macam polemik yang menimpa ummah.

Tegasnya, anak-anak hari ini menentukan masa depan Islam dari esok. Membina cakna ummah perlu bermula saat mereka masih muda, agar minda mereka yang segar itu dihiasi dengan kesedaran beragama dan disirami dengan semangat perjuangan Islam. Membina cakna ummah akan lebih mudah dan lancar jika ibu bapa sendiri terlibat dalam perjuangan Islam. Anak-anak akan cepat belajar kerana ibu bapa mereka menjadi contoh di depan mereka. Maka, alangkah ruginya jika ibu bapa sibuk dengan urusan kehidupan duniawi tanpa melibatkan diri dalam perjuangan mengangkat agama Allah SWT.

Selamat membina cakna ummah dalam diri anak-anak, moga anak anda menjadi pejuang ulung esok nanti!


Sumber: Iluvislam

p/s: Bila lihat ramai dari kalangan kita berada di dalam McD dan sedang makan dengan penuh kegembiraan & kekenyangan, dipandang sayu je dari luar. Sedih. Dengan mudah mereka tolong bayarkan harga peluru untuk saudara mereka sendiri di seberang sana. Serius, seumur hidup saya belum pernah makan dan merasakan bagaimana lazatnya McD itu.. Lazat ke berhidangkan nyawa saudara sesama Islam?

Jom Raikan Cinta!


Sunday, January 29, 2012

Kuliah Ustaz Azhar Idrus



Rasa macam nak balik Malaysia je. Kan best dapat pergi kuliah ni dengan keluarga.. ^_^
Masjid Bandar Tasik Puteri pulak ada buat karnival, jemputan khas Ustaz Azhar Idrus, meronta-ronta hati rasa nak turun join skali.. Sabar.. Sabar..

Si Kiut Sugar Glider!


Bila tengok gambar-gambar yang di'post' oleh adik penulis di FB.. Oh! Serius rasa rindu nak main dengan si kiut Sugar Glider ni.. Si lincah, sangat agresif dan aktif.. ^_^

Perangai si kiut ni, sangat manja dengan orang. Sampaikan nak tidur pun, suka tidur bawah lengan. Kalau dengan adik penulis, siap duduk & tidur dalam poket seluar lagi.

Aksi comel, bila si kiut ni sedang makan buah. Kebiasaannya si kiut ni akan makan buah epal.. Cara ia pegang tu, comel sangat. Kalau ia tengah tidur, janganla sesape ganggu. Memang kene marahla kalau diganggu, siap bagi isyarat bunyi lagi. Skali tengok binatang ni dengan caranya, macam animasi Scrat dalam cerita Ice Age pulak.. hehe

Jom tengok pics di bawah ni. Credit pada adik penulis yang rajin upload gambar2 ni. Sorry x 'copyright' tapi 'copy paste'.. hehe

 Kiut kan gaya dia makan..
Ada style gitu.. ^_^

Eh, mengintai ye...! ^_^
Ini tempat feveret si kiut ni.
Pegi mane2, dalam ni je penginapan 5 star even ada sangkar khas.. hehe


See, manja.. Xlepas dari bahu orang.
Begitulah perangainye.

p/s: Bila tak berada di Malaysia, rindukan macam2 yang ada di Malaysia. =.=

Friday, January 27, 2012

Jejak ke Gua Ashabul Kahfi


Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.

Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.
(al-Kahfi: 9)
Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;
  1. Maksalmina
  2. Tamlikha
  3. Martunus
  4. Bainunus atau Nainunus
  5. Sarbunus
  6. Dzunuanus
  7. Kasyfitatanunus
Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”.

(al-Kahfi: 13)
Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian.

Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;

“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja):"Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”.

(al-Kahfi: 14-15)
Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung.

Firman Allah;“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”.

(al-Kahfi: 16)
Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.

Allah telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”.

(al-Kahfi: 11).
Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”.

(al-Kahfi: 25)
Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.
“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”.
(al-Kahfi: 18)
Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.“Berkatalah salah seorang di antara mereka:
"Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”.
 (al-Kahfi: 19)
Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.

Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;
“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”.
(al-Kahfi: 19-20)
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.
FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”.
(at-Taghabun: 16)
Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah-, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.

Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatahlagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.
“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”.
(al-Kahfi: 21)
Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.

Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: "Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”.

(al-Kahfi: 21)
Bukti dari kesan sejarah dan arkeologi.

Beberapa bukti telah dikenalpasti dari kesan-kesan tinggalan sejarah dan arkeologi bahawa gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan merupakan gua di mana berlakunya peristiwa tersebut.

1. Terdapat tulisan pada lengkungan pintu di dinding sebelah Timur yang menyatakan 'Masjid diperbaharui pada tahun 117 hijrah yang merujuk kepada zaman Hisham bin Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan bahawa ketika era kerajaan Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum itu menjadi rumah ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah binaan mihrab (petunjuk arah kiblat) yang terdapat di atas gua tersebut.

2. Tulisan khat Kufi turut ditemui yang mengisyaratkan bahawa masjid kedua di Ashabul Kahfi diperbaharui pada zaman Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari kerajaan Abasiah. Masjid kedua yang dimaksudkan ialah masjid yang dibina berhadapan dengan gua Ashabul Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas gua ketika zaman Umawiah. (Lihat Gambar 3)

3. Kesan Nawawis di dalam gua. Nawawis di dalam Mu'jam Wasit (m/s 962) memberi erti kubur orang nasrani yang diletakkan mayat di dalamnya. Pada Nawawis tersebut terdapat bintang segi lapan yang membuktikan tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masihi. Menjadi adat pada ketika itu, mayat-mayat nasrani akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil bahawa mereka yang telah menguruskan mayat pemuda tersebut telah mengkebumikan mereka dengan cara dan adat mereka pada ketika itu. (Lihat Gambar 2)

4. Penemuan barangan tembikar, duit tembaga dan perak, lampu dari pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah, Turki Uthmaniyyah) di dalam gua tersebut dan sekitarnya. Ia membawa maksud bahawa tempat itu telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu. (Lihat Gambar 1)

5. Al-Waqidi di dalam kitabnya Futuhat Sham telah menulis bahawa beliau bersama yang lain telah berhenti di Ain Ma' berhampiran gua ashabul kahfi. Mereka berhenti di Ain Ma' tersebut berwuduk, solat dan tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya ke tanah Palestin. Ain Ma' terletak 70 meter dari gua ashabul kahfi.

6. Pokok zaitun berusia ratusan tahun tumbuh berhadapan gua. Pokok tersebut telah mati dan kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun itu kini ditempatkan di dalam muzium mini di dalam gua.

7. Penemuan tulang di dalam Nawawis. (Lihat Gambar 4)

Wallahualam.

Mengkaji di mana & bagaimana peristiwa ini berlaku penting namun apa yang lebih penting adalah pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah Ashabul Kahfi tersebut. Antaranya ialah kehebatan iman pemuda-pemuda tersebut yang mampu berhadapan dengan maharaja yang zalim demi keimanan mereka kepada Allah S.W.T. Subhanallah.

Alhamdulillah sepanjang berada di bumi Urdun, banyak perkara yang penulis pelajari dan banyak ruang serta peluang yang Allah beri untuk melihat serta menghayati kebesaran Allah. Melihat sendiri sejarah2 terdahulu. Mengetahui kisah2 di sebaliknya. Pengalaman ini tidak mampu penulis beli dengan nilai wang ringgit. Terlalu berharga dan terlalu besar nilainya. Semoga semua ini menjadi ibrah, iktibar dan tauladan hidup.

Terima kasih tuhanku tercinta!

(Gambar 1)
Mini Muzium dalam gua

(Gambar 2)
Lihat, di kanan gambar ada bintang segi lapan yang membuktikan
tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masihi

Kawasan luar gua

Cave Of The Seven Sleepers yg diceritakan dalam Qur'an

Pintu masuk ke Gua Ashabul Kahfi



(Gambar 3)
Pandangan masjid Kahf Ahlil Kahf dari bawah

Ayat Qur'an yg tertera di bangunan Masjid berkaitan
kisah Ashabul Kahfi dalam Qur'an..

Pintu masuk ke kawasan Gua Ashabul Kahfi



Perasmian masjid

Ruang legar Masjid Kahf Ahlil Kahf

Pintu gerbang masuk ke Masjid.
Pemandangan luas kota, cantik!

(Gambar 4)
Penemuan tulang di dalam Nawawis.

p/s: Seronok semalam dapat join bowling game setelah perancangan ke Ashabul Kahfi awalnya ditunda, mengeratkan ukhuwah. Macam2 karenah & role orang Arab dapat kenal pasti. Negara arab pun ada bowling tau! ^^

Sumber: PAUHatsu, Penghuni Sahara & Artikel Berita Harian.

Related Posts with Thumbnails