.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, October 21, 2010

Laporan Program 'Palestin, Kami Ada Untukmu'


Assalamualaikum. Memandangkan banyak permintaan dari sahabat2 terutama sahabat yang tidak dapat hadir dan orang luar yang meminta penulis membuat laporan mengenai Program Palestin, maka secara ringkasnya penulis buat laporan atas permintaan ramai. Attention: Ini adalah laporan rasmi untuk web tertentu dan telah diubah oleh penulis dijadikan separuh rasmi sikit. Harap maklum.

SEBELUM PROGRAM

Sebelum bermulanya program, hebahan telah dijalankan di Radio IKIM selama seminggu. Setiap masjid di sekitar Terengganu telah dimaklumkan hebahan untuk menjemput penduduk sekitar. Banner konsert telah dinaikkan di bulatan Batu 6. Jualan tiket juga telah berjalan ke sekolah-sekolah dan Institut-institut.

HARI PERTAMA (14/10/2010)

3.00 Petang – 7.00 Petang

Pada hari pertama berlangsung dan bermulanya jualan gerai-gerai dan pameran. Bermula sesi pendaftaran wakil dari gerai masing-masing. Pihak Aqsa Sayrif telah bertugas secara rasmi hari ini sebagai pengerusi bersama bagi program ‘Palestin, Kami Ada Untukmu’. Aqsa Syarif telah membuka dua gerai. Mereka juga menyediakan artikel-artikel berkaitan isu Palestin sebagai bahan pameran dan penyampaian maklumat kepada peserta-peserta dan slot ini dinamakan GAZA Walk. Alhamdulillah artis Shoutul Harokah dari Indonesia selamat tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud pada jam 1 tengah hari dan penulis bersama Saudara Adam serta pegawai HEPA telah menjemput mereka di lapangan terbang dengan kenderaan khas dari UniSZA. Di sana, kami menunggu selama hampir 1 jam disebabkan ada masalah dengan kenderaan khas. Jadi, terpaksala penulis menetap di airport bersama Sjoutul Harokah sementara menunggu kenderaan khas datang. Penulis ke airport pun dengan kereta sahaja.

8.00 Malam – 11.00 Malam

Berlangsungnya ceramah bertajuk “Bebaskan Palestin’ yang disampaikan oleh Dr Zulkifli al-Bakri (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu). Pada asalnya penulis menjemput Ustaz Zahazan bagi slot ini dan akan diadakan dalam bentuk forum. Tapi disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, Ustaz Zahazan tidak dapat hadir. Namun, sambutan dari pelajar pada malam itu sangat memuaskan termasuk orang dari luar dan penyertaan juga dari sekolah Sekolah Menengah (atas) Sultan Zainal Abidin . Sesi soal jawab dibuka dan tindak balas dari pelajar yang bertanya sangat memberangsangkan. Dr Zulkifli mengucapkan tahniah kepada pelajar UniSZA dan bangga dengan soalan-soalan dari pelajar yang amat bernas serta di luar jangkaan. Hadiah disediakan bagi pelajar yang dapat menjawab soalan dari Dr Zulkifli, tajaan hadiah adalah dari Riyaz Haritage. Pada malam itu juga berjalannya pelancaran Tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA. Majlis berakhir apabila sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh penulis sendiri dan diadakan jamuan ringan untuk penceramah serta urusetia yang terlibat.


HARI KEDUA (15/10/2010)

9.00 pagi – 11.00 malam

Sepanjang program akan berjalan Program Gaza Walk, iaitu Tandatangan dan Cop Prihatin Palestin serta berjalannya Tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA. Bagi slot Tandatangan dan Cop Palestin, penulis telah menyerahkan slot tersebut kepada kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM) untuk bekerjasama dengan Kelab Astronomi. Ahli Jawatankuasa yang terlibat dari KRIM adalah seramai 10 orang. Tandatangan dan Cop Prihatin Palestin telah mendapat liputan dari pihak media akhbar Sinar. Cop ini telah menggunakan sebanyak 40 meter kain rentang dan direntangkan di hadapan Dewan al-Mukhtafi Bulah Shah. Seminggu sebelum bermula program, kain-kain dan cat mural telah dhantar ke sekolah-sekolah serta Kolej bagi mendapatkan cop dari mereka. Ternyata sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak sana cukup baik.

9.00 pagi – 12.30 Tengah Hari

Berlangsungnya ceramah Perdana bertajuk ‘Palestin, Kami Ada Untukmu’ yang disampaikan oleh Ustaz Lokman bin Awang. Beliau merupakan Pengerusi Aqsa Syarif Terengganu. Ceramah ini melibatkan pelajar UniSZA dan penduduk sekitar.. Beliau mengupas isu utama kepada Palestin dan tentang perlunya kita untuk memboikot barang-barang Israel. Di akhir slot ini, sukarelawan Aqsa Syarif telah mempersembahkan sebuah pentomen khas bagi menggambarkan suasana rakyat Palestin yang dikecam kekejaman Israel. Pentomen ini telah berjaya membuatkan sebahagian penonton menjatuhkan air mata. Masa ni penulis pun xdapat nak menyeka air mata. Seolah penulis berada di posisi negara Palestin. Moga mereka terus tabah.

Sesi soal jawab juga berjalan di akhir ceramah dan peserta yang mampu menjawab soalan dari penceramah telah diberi hadiah, hadiah pada slot tersebut ditaja oleh Riyaz Heritage. Majlis berakhir apabila sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh oleh penulis sendiri dan diadakan jamuan ringan untuk penceramah serta urusetia yang terlibat.

Dalam masa yang sama, berlangsung juga kempen derma darah. Jemputan khas adalah dari pihak Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Zahariah.

2.30 Petang – 5.00 Petang

Slot Bicara Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin bin Mohd Yunus yang bertajuk ‘Realiti Serangan Mavi Marmara’ dan selingan bersama tayangan video khas yang dibawakan oleh penceramah.. Beliau merupakan Pengerusi Aqsa Syarif Berhad dan salah seorang mangsa yang berada di atas kapal Mavi Marmara ketika berlakunya serangan oleh tentera Israel. Sambutan yang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar IPT, pelajar sekolah jemputan dan orang luar amat menggalakkan. Anggaran kasar penonton yang hadir adalah 600 orang penonton dan maklumbalas yang dapat juga amat baik. Di akhir slot, berlaku sesi interaksi dua hala dan sesi soal jawab. Setiap pelajar yang mengutarakan soalan akan mendapat hadiah yang ditaja oleh Aqsa Syarif dan dua orang pelajar yang dapat menjawab soalan khas dari Ustaz akan mendapat hadiah tajaan dari Riyaz Heritage. Sesi ramah mesra Ustaz Hasanuddin bersama penonton. Majlis berakhir apabila sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh penulis sendiri. Walaupun telah disediakan jamuan untuk ustaz dan zaujahnya, namun masa lebih mencemburui kami, Ustaz terpaksa bertolak pulang kerana ada urusan. Jadi, penulis pun menghantar kepulangan ustaz sehingga ke pintu kereta.

5.00 Petang

Artis jemputan iaitu Mu’adz bersama perkusi khas telah sampai di Stesen bas Kuala Terengganu dan penulis bergegas menuju ke MBKT menaiki kenderaan khas UniSZA bagi menjemput beliau. Sampai di UniSZA beliau terus menuju ke dewan untuk membuat sound check. Agak rushing jugak. Kesin penulis tengok mereka kepenatan. Namun, semangat yang menguatkan mereka.

5.30 Petang – 7.00 Petang

Para urusetia bertungkus lumus mempersiapkan dewan untuk persediaan malam konsert. Artis-artis iaitu kumpulan Shoutul Harokah dan Mu’adz Dzulkefly turun ke dewan bagi membuat sound check yang terakhir sebelum malam konsert. Terpaksala penulis menunggu di dewan sehingga maghrib bagi menemani mereka membuat sound check. Ye la, nanti apa2 yg diperlukan mereka, susah pulak kalau tiada orang tunggu. Ketika ini Tandatangan dan Cop Palestin serta gerai jualan dan pameran masih berjalan di luar dewan.

8.00 malam – 11.00 malam

Pada malam ini pula berlangsung Konsert Mahabbah GAZA. Artis jemputan adalah Shoutul Harokah dan Mu’adz Dzulkefly bersama perkusinya (Hafiedz, ahli kumpulan Al-Gebra). Setiap pembelian tiket, sebahagiannya akan disumbangkan ke Tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA. Sambutan pada malam ini cukup menggalakkan dan ternyata objektif serta mesej yang perlu disampaikan dalam Program Palestin ini berjaya disampaikan melalui konsert memandangkan hiburan sebati dengan jiwa remaja. Inilah cara untuk memperhalusi bagi mendekati jiwa remaja. Pada malam konsert, pihak penganjur menyerahkan tugasan kepada kelab Bachelor Of Science Social (BOSS) untuk bekerjasama. Urusetia dari kelab BOSS yang menguruskan malam konsert adalah seramai sepuluh orang.

Keseluruhan lagu yang disampaikan oleh Shoutul Harokah adalah lagu jihad dan menaikkan semangat cintakan perjuangan Palestin. Manakala lagu yang disampaikan oleh Mu’adz pula adalah lagu yang berkisarkan kepada simpulan hadis-hadis pilihan bagi mendidik jiwa remaja. Penganjur mendapat respon yang baik dari konsert ini kerana menekankan konsep menanam semangat jihad cintakan Palestin. Penonton bebas mengibarkan bendera Palestin dan digalakkan memakai mafla sebagai tanda sokongan.

Pada jam 9.30 malam, Penulis telah menerima panggilan daripada Radio Malaysia Terengganu untuk ditemuramah dan ke udara pada jam tersebut bagi menceritakan perjalanan sepanjang program dari hari pertama sehingga hari terakhir. Di kesempatan itu juga pihak RTM meminta penulis untuk membuat liputan serta lintas langsung untuk menceritakan suasana di sekitar konsert yang sedang berlangsung.

Sehingga kini rata-rata pelajar bila ditanya, semangat Palestin masih lagi mengalir dalam jiwa mereka dan mendapat banyak permintaan dari kalangan pelajar serta orang luar untuk menganjurkan lagi program seperti ini. CD lagu Palestin juga diberi secara percuma oleh kepada penonton bertuah. Di akhir konsert, diadakan sesi tandatangan dan fotografi bersama artis. Konsert berakhir jam 11.30 malam dan diadakan jamuan ringan untuk artis serta urusetia yang terlibat.

HARI KETIGA (16/10/2010)

7.30 Pagi

Ok.. Pada pagi ni pula penulis perlu ke airport jam 7.30 pagi setelah dimaklumkan oleh pengurus Shoutul Harokah bahawa flight mereka pada jam 8.20 pagi. Jadi, seawal jam 7.30 pagi dah ada di airport untuk mereka bersarapan pagi sebelum bertolak. Pagi tu penulis drive sendiri ke airport tanpa menggunakan kenderaan UniSZA. Kalau kenderaan UniSZA adala drivernya kan. Selesai hantar mereka.

9.30 Pagi

Ok, jam 9.15 pagi, penulis bergegas pula ke MBKT untuk menghantar Mu’adz Dzulkefly bersama abg Hafiedz. Kali ni penulis x drive sendiri, penulis naik kenderaan UniSZA. Memandangkan masa pun dah suntuk sangat untuk kejar bas jam 10 pagi, jadi driver kenderaan UniSZA tu pun memecut laju. Pening abg Mu’adz dalam kenderaan tu dibuatnya. Alhamdulillah sempat sampai.

2.30 petang – 7.00 petang

Persediaan untuk malam perasmian. Masa inilah agak kelam kabut dibuatnya sebab penulis baru dapat taklifan secara mengejut bahawa penulis kena bersajak malam tu. Bersajak ok. Allah.. Dah lama tinggalkan dunia sajak ni. Memang betul2 lupa dah tone. But praktis dan terus praktis sampai hilang suara. Cover balik minum air sampai 5 botol. Itulah story di sebalik sajak malam tu. Aduahi.. Ditambah dengan kerja-kerja untuk majlis malam perasmian itu lagi untuk memberikan segala laporan.

8.30 Malam- 11.00 Malam

Malam perasmian penutup. Pada malam ini sebanyak tiga program dalam satu majlis perasmian iaitu Program ‘Palestin, Kami Ada Untukmu’, Program Karnival Mahasiswa IPT dan Debat Piala Naib Canselor. Pada mala mini juga disisipkan satu sajak khas berkaitan palestin yang bertajuk ‘Palestin, Kami Ada Untukmu yang disampaikan oleh penulis sendiri dan Saudara Syarif (Majlis Perwakilan Pelajar). Pada malam tersebut secara rasminya penyerahan wang sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA yang diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor kepada Setiausaha Aqsa Syarif iaitu Ustaz Masrul Ariffin. Alhamdulillah jumlah kutipan melebihi 10ribu. Sebagai maklumat tambahan, sebanyak 41 unit tabung telah diedarkan ke sekolah-sekolah, fakulti-fakulti, IPTA, sekitar cafeteria, surau-surau dan masjid.

Maklum balas orang ramai

Alhamdulillah maklum balas orang ramai tentang Program Palestin ini amat memuaskan dan rata-ratanya berpuas hati dengan apa yang disampaikan oleh penganjur. Menerima ucapan tahniah dari pelbagai lapisan masyarakat dan dari pelajar-pelajar atas program yang dijalankan. Permintan tinggi dari penonton yang hadir untuk mengadakan lagi program seperti ini dan diteruskan dari semasa ke semasa. Semoga boleh bekerjasama lagi dengan pihak Aqsa Syarif dalam membentuk jiwa cintakan Palestin dalam kalangan pelbagai lapisan. Alhamdulillah.

Penulis selaku Pengarah bagi Program Palestin ini mengucapkan Terima kasih yang tidak terhingga kepada AQSA SYARIF atas kesudian bekerjasama dalam penganjuran proram Palestin di UniSZA ini. Semoga kita dapat bekerjasama lagi. InsyaAllah..

Di sini penulis tidak akan upload gambar atau video. Untuk lihat gambar-gambar dan video sekitar program Palestin, sila masuk ke Facebook penulis (id FB: Ummul Syaukatul Suhaila) Sebelum add, sila tinggalkan mesej dahulu menyatakan bahawa anda adalah pembaca dari blog penulis. Baru penulis akan terima.. Syukran..

*Ucapan khas tahniah dan jutaan terima kasih kepada exco2 Kelab Astronomi yang dikasihi kerana memberi kerjasama dan komitmen yang baik. Semoga kemanisan ukhuwah kita kekal..

Wednesday, October 13, 2010

Tentatif program 'PALESTIN, KAMI ADA UNTUKMU'


PROGRAM ‘PALESTIN, KAMI ADA UNTUKMU’

HARI PERTAMA (14/10/2010)

MASA

PROGRAM

CATATTAN

03.00 ptg – 07.00 ptg

- Persiapan gerai jualan dan pameran

- GAZA WALK: Tandatangan dan cop prihatin Palestin serta pelancaran tabung Gaza

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

-Berlangsung sepanjang program

08.00 mlm – 11.00 mlm

- Forum Perdana :

Ustaz Zahazan Mohammad dan Dr Zulkifli al-Bakri (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu)

Tajuk: ‘Bebaskan Palestin’

*Hadiah menarik disediakan bagi penonton bertuah dari Riyaz Heritage

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

· Pelajar UniSZA

· Penduduk sekitar

HARI KEDUA (15/10/2010)

MASA

PROGRAM

CATATAN

09.00 pagi – 10.00 mlm

- Kempen derma darah

- GAZA WALK: Tandatangan dan cop prihatin Palestin serta tabung Gaza

- Join Club

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

# Sepanjang Lalulintas depan café Abu Dzar

- Melibatkan Kelab di UniSZA

09.00 pg – 12.30 t/hari

- Ceramah Perdana:

Ustaz Lokman b. Awang

(Pengerusi AQSA SYARIF Terengganu)

Tajuk: Palestin Kami Ada Untuk Mu.

*Persembahan pentomen istimewa dari AQSA SYARIF

*Hadiah menarik disediakan bagi penonton bertuah dari Riyaz Heritage

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

- Penglibatan Pelajar UniSZA dan jemputan luar

2.00 ptg – 2.30 ptg

- Solat Hajat Perdana untuk Palestin

# Masjid UniSZA

- Musolla UniSZA untuk perempuan

2.30 ptg – 5.00 ptg

- Bicara perdana:

Ustaz Hasanuddin b Mohd Yunus

(Pengerusi AQSA SYARIF Berhad dan mangsa serangan Mavi Marmara)

Tajuk: Realiti Serangan Marvi Marmara

* Tayangan khas

*Hadiah menarik disediakan bagi penonton bertuah dari Riyaz Heritage

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

- Penglibatan Pelajar UniSZA dan jemputan luar

- Penglibatan IPT Jemputan

8.30 mlm – 11.00 mlm

- Tayangan & Konsert Mahabbah GAZA

SHOUTUL HAROKAH dan MU’ADZ DZULKEFLY

*Digalakkan membawa bendera Palestin /mafla

*Setiap pembelian tiket akan dimasukkan ke tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

-Penglibatan Pelajar UniSZA dan Jemputan Luar

*Liputan media akhbar

HARI KETIGA (16/10/2010)

MASA

PROGRAM

CATATAN

08.30 pg – 11.00 mlm

- Gerai jualan

- GAZA WALK: Tandatangan dan cop prihatin Palestin serta tabung Gaza

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

-Penglibatan Pelajar UniSZA

8.30 pg – 4.30 ptg

- Pameran Kerjaya

# Sekitar UniSZA

-Penglibatan Pelajar UniSZA

8.30 mlm – 11.00 mlm

- Majlis Penutup

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

-Penglibatan Pelajar UniSZA dan VVIP

Nota:

- Program Gaza Walk (tandatangan dan cop palestin beserta tabung Gaza)

Proram ini menghasilkan tandatangan dan cop yang terpanjang dan akan dimasukkan ke dalam ‘Malaysia Book Of Records.

* Tabung bantuan Kemanusiaan GAZA telah diedarkan secara meluas, hantarkan bantuan anda ke sana dengan menderma untuk membantu saudara-saudara kita di PALESTIN. Inilah masa anda untuk membantu mereka!

* Setiap slot ada lintas lansung dari Radio Terengganu fm

Petunjuk

- Penduduk Sekitar: Penduduk sekitar Gong Badak

- IPT Jemputan: Universiti Malaysia Terengganu

Universiti Malaysia Pahang

Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Teknologi Mara

Politeknik

- Jemputan Luar: Penduduk Sekitar Gong Badak

Sekolah-Sekolah sekitar Gong Badak

VVIP: Kehadiran Naib Canselor

Wakil dari setiap penaja

Wakil dari setiap perserta Pameran

Bebaskan PALESTIN!



'Palestin, Kami Ada Untukmu'


Realiti Serangan Mavi Marmara


Konsert Mahabbah GAZA



Penampilan Istimewa:

SHOUTUL HAROKAH dan MU'ADZ DZULKEFLY

Kaunter tiket KONSERT MAHABBAH GAZA akan dibuka bermula pada:
8/10/10-13/10/10

Tempat: Hadapan kiosk, Cafe Baru.
Masa: 9-11p.m
Harga tiket: RM7
*Tiket adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.
* Penduduk awam boleh buat tempahan dan kaunter khas akan dibuka sehingga jam 8 malam sebelum konsert

Untuk Tempahan tiket, hubungi:
Zulhelmi - 0132702549
Haswani - 0139885953

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Suhaila - 0139976680

*Digalakkan membawa bendera Palestin/ Mafla
-Dapatkan album percuma dari artis bagi penonton yang bertuah

.:Sebahagian dari pembelian tiket anda akan disumbangkan ke TABUNG BANTUAN KEMANUSIAAN PALESTIN. Berhibur sambil menderma. Bentulah mereka yang memerlukan:.

Semua dijemput Hadir

Sebarang pertanyaan, hubungi:
Suhaila 013-9976680

Friday, October 8, 2010

XXIII Planetary Congress



7 Oktober~ Berlangsungnya Campus Space Walk di Dewan al-Mukhtafi Billah Shah sempena XXIII Planetary Congress. Ok, berkesempatan juga penulis pergi selepas penasihat Kelab Astronomi hantar mesej mintak hadir ke sana.

Ape yang menarik tentang campus walk ni? Ok, jom penulis story serba sedikit.
- Dihadiri oleh angkasawan dari Rusia dan Japan
- Secara live dapat temu ramah mereka
- Ada translator yang didatangkan khas bagi menterjemah bahasa. Sebab mereka tidak arif menggunakan bahasa kita. Jadi, bahasa Jepun diterjemah ke dalam bahaga Inggeris.

Bukan senang nak jumpa mereka ni kan. Tambah2 bila mereka menceritakan pengalaman mereka sebagai angkasawan. Ini yang membuatkan penulis rasa nak tukar status sebagai angkasawan ni.. hehe..

Jom kita lihat serba sedikit latar belakang mereka..

Anatoli Berezovoi From Russia
(Soyuz T-5) 13 May 1982
-His total time in space is 211 days 9 hours and 4 minutes


Toyohiro Akimaya From Japan
(Soyuz TM-11) 2-10 December 1990
-He is Japanese TV Journalist best known for his trip
to the mir space aboard a Russian Soyuz spacepart


Yuri Pavlovich Gidzenko From Russia
(Soyuz TM-22 3) September 1995- 29 February 1996
(Soyuz TM-31) 31 October 2000
(Soyuz TM-34) 25 April 2001
- Yuri launched on his third flight on the soyuz TM-34 mission alon with ESA Astonout Roberto Vittori and space tourist Mark Shuttleworth






Riyaz~ Temui ketenangan


Riyaz Heritage~ Tujuan asal ke sini untuk berjumpa dengan pengurus Riyaz.. Sebab dapat call dari beliau atas sebab beliau bersetuju untuk sponsor bagi program 'Palestin, Kami Ada Untukmu' yang akan berlangsung pada 14-16 Oktober ini.

Pengakuan jujur~ Ok, inilah satu2nya tempat di Terengganu ni yang penulis dah jumpa sumber ketenangan penulis. Yang sebati dengan jiwa penulis. After this,
jangan ditanya kalau penulis menghilangkan diri sementara. Di saat yang getir, memang penulis akui perlukan sangat ketenangan.

Apa yang menarik perhatian? View of that place.. View yang sangat cantik from Verandah Restaurant. Tenang.. Sunyi. Jauh dari kesibukan town. Dan yan penting sekali, ada pemandangan yang luas mata memandang, mengakui kebesaran Ilahi yang menciptakan alam ini. Subhanallah. Rsa ketenangn benar2 hadir dalam diri tatkala itu. ~Anugerah Ilahi..

Wednesday, October 6, 2010

MAHER ZAIN Showcase






Sunday, October 3, 2010

Majlis Hari Raya PERISYA 2010


Next story.. Tu dia.. Memang hari update blog today.. Release tension..

Majlis Hari Raya PERISYA 2010..

Ok, dari pagi sampai ke petang penuh agenda beraya.. Makan dan beraya.. Juga makan dan beraya lagi.. hehe. Baru sampai di hostel jam 3..30 petang, jam 4 ptang pergi pulak gotong royong untuk majlis hari raya pada sebelah malam. Hanya exco2 dan AJK2 yang terlibat petang tu.

Petang tu jugakla penulis baru dimaklumkan dan diminta untuk jadi pengacara majlis. Sudah mula memikir nak bagi alasan. Jadi ‘bidan terjun’ la alamatnya malam tu.. Tapi x dapat nak menolak. Terima juga permintaan,, Sekurangnya penulis boleh ambil pengalaman.. Bila lagi kan. X cuba, x tahu.. Dah cuba puas hati! Hehe.. Nak berkongsi di sini, Bila yakin yang diri kita mampu lakukan dan dalam mind sentiasa fikir yang kita pasti boleh, otak akan menghantar tindakan kita dan memaksa kita bertindak seperti yang kita fikirkan. Sebab kita dah set macam tu. SegaLanya bergantung atas diri. Selain banyakkan selawat sebelum memulakan sesuatu dan banyak berdoa. Itu yang boleh penulis kongsikan kalau ditakdirkan menjadi ‘bidan terjun’..

Majlis mula jam 8.30 dengan ucapan2 dari pengerusi majlis dan pensyarah. Boleh dikatakan ramai juga yang hadir dan melebihi jangkaan sebab kerusi yang diperuntukkan tidak mencukupi dari jumlah orang yang hadir..

Jam 9 malam.. Penulis dan partner pengacara majlis, Zulhelmi mula mengambil tugas.. Mula2 memang nervous sebab kena bawak konsep pengacara majlis untuk terjah orang. Maksudnya kena jalan dan kuasai sekitar majlis. Tapi bila dah start mengacara, rasa seronok la pulak. Hehe..

Agenda~ Malam tu ada cabutan bertuah, persembahan nasyid, puisi dalam bahasa melayu dan Inggeris serta khutbah dalam bahasa Arab. Puas jugakla nak control majlis. Bukan sebab apa, sebab nak bawak konsep kemeriahan hari raya. Nak menjadikan susasana tu nampak meriah, perlu memikirkan idea yang spontan dalam bentuk jenaka dan ceria.. Habis segala seloka, pantun pelbagai versi keluar. Versi N9, Kelantan, Selangor, johor, Terengganu. Versi jawa pun ada. Tapi versi jawa itu partner penulis yang bagi pantun. Nak bagi penulis berpantun versi jawa? Mana nak faham.. Orang berpantun, penulis terdiam. Xtau nak balas.. hehe..

Ok, xnak banyak cerita.. Biar gambar yang menceritakan segalanya..

p/s: sesiapa yang nak gambar, boleh datang bawak pendrive skali.. Ada lebih kurang seribu lebih gambar dalam kamera ni..

Jom terjah!

Sebelum majlis:
Gotong royong exco2 dan AJK2..


Semasa majlis:
(malam) Sebelum acara bermula dan jamuan


Para pensayarah yang hadir



Slot cabutan bertuah, persembahan nasyid,
puisi dan khutbah

Ok.. Ini dia slot2 penulis dan partner nak TERJAH orang..
Camera zoom in, get ready!

Last penutup.. Dalam kenangan..

Konvoi Raya Siswi PERINTIS


Jumaat.. No meeting.. No busy.. No stress.. No contact others. No disturb. No need to focus on proposal, letters and others. No.. No.. No! Penulis buang tu semua sementara. Even da dirancang awal ada meeting dll, penulis tolak semua ke tepi. Ni masa untuk diri penulis dan masa untuk penulis bersama kawan2 pula. Tiba masa memikirkan hak untuk diri dan kawan2. Ok harini penulis memang betul2 letakkan diri dalam posisi diri sendiri.

Itupun, awal pagi after subuh penulis bukak laptop, selesaikan urusan dalam laptop sekejap. Jam 8 pagi bergegas ke town mencari bank untuk deposit dan menguruskan urusan artis. Di bank pulak bermasalah, masa yang target singkat jadi lama. Ya, itulah dugaan di awal pagi untuk penulis. Memang menguji kesabaran dan ketabahan penulis. Dengan penuh kesabaran penulis dan sahabat penulis hadapi. Takut juga di tengah masalah melanda tu sebab kami bawak wang cash melebihi 5k. Sekarang ni kan macam2 berlaku. Alhamdulillah semua selamat dengan izin Allah. Innallan ma’am ana.. Pulang jam 11 lebih dah. Ok, stop pagi tu untuk urusan kerja sahaja. No more.

After jam 11 urusan untuk diri sendiri pula. Jam 12 kawan2 sekelas dah berkumpul di bawah hostel unutk berkonvoi raya ke rumah sahabat penulis, cik Maryam.. Dia ada blog jugak. Ok, jam 12.15 kami bertolak dengan 2 buah kereta. Salah satu kereta penulis yang drive.

Sampai di sana kami disambut mesra oleh keluarganya. Disebabkan time tu hari Jumaat, kaum adam semua ke masjid, jadi agak selesa bagi kami untuk bergerak dan solat di rumah tersebut. Makanan yang disediakan? Makanannya sangatlah sedap! Tidak terkata penulis.. Almaklumla perut dah berkeroncong kan.. hehe..

Kami dihidangkan dengan ketupat, rendang, kuih muih dulu.. Ketupat sampai seraga.. Banyak kan! Then disusuli pula nasi ayam special. OMG! Sangat terharu kami dibuatnya sebab mereka masak khas untuk menyambut kedatangan kami.. Teruja kan.. ^_^ Dah habis makan nasi, dihidangkan pula dengan dessert.. Puding cocktail.. So nice.. Macam tau2 je penulis memang suka cocktail.. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal la kan.. hihi..

Bila dah sama2 berkumpul macam ni, tidak sahla rasanya kalau tidak ada sesi fotografi kan. Jadi, haritu penulis la yang jadi tukang camerawoman. Shoot sana, shoot sini. Banyak gunanya jugak bila ada DSLR ni. Ini semua rezeki Allah..

Lastly, hampir jam 3 baru kami pulang.. Masa pulang kami berpecah sebab ada yang nak shopping. Kereta penulis terus balik ke UniSZA sebab actually petang tu penulis ade meeting. Tapi penulis tunda sebab nak luangkan masa untuk gotong royong Majlis hari raya PERISYA pulak.. Kan penulis dah kate, harini memang hari penulis, penulis raya je.. Tidak ada urusan lain selain raya dan makan.. hehe.. Ok, Majlis Hari Raya PERISYA next entry..

~TERASA INDAH BILA BERUKHUWAH~




Dalam satu hadis Nabi s.a.w mengenai ‘ukhuwwah fi din al-Islam’, iaitu persaudaraan antara sesama Islam bermaksud: “Kamu adalah sahabat-sahabatku, persaudaraan, saudara-saudara kita adalah yang datang sesudah (wafat)ku.”

Saturday, October 2, 2010

Eidulfitri PERINTIS 2010

Raya.. Raya dan raya lagi.. selagi belum habis bulan Syawal, selagi tu la raya berjalan lagi kan. Penulis call parent penulis, di KL masih rancak beraya dan open house. Sampaikan dapur rumah jarang berasap la waktu2 raya ni. Dapat jemputan open house berpuluh2. Weekend full time mengatur ke jemputan open house je. Penulis di sini agak sedih jugakla sebab xdapat jon skali konvoi keluarga pegi open house.. Tapi xpe,di sini pun rancak juga plan open house tu.

Walaupn dah beberapa hari berlalu, tapi penulis cuba jugak cari masa nak update. MAJLIS AIDILFITRI PERINTIS 2010. Ya, itulah yang penulis nak cuba story.

1stly, penulis mohon maaf kepada semua kawan2 kalau masa sebelum majlis berlangsung, penulis x dapat menghadirkan diri untk tolong2 sebab masa terlalu padat dan suntuk. Cuma penulis mendoakan semuanya berjalan lancar dan baik. Alhamdulillah semua seperti yang dirancang, malah lebih meriah.

Ok, malam tu penulis diberi tugas dan mandat untk menjadi pengerusi majlis. Agak kelam kabut bila diberitahu suro jadi MC majlis sebab xtau flow. Jadi, tengahr tu penulis curi masa sekejap after selesai urusan bisnes untuk bincang ngan my partner bagi mc malam nanti. Haa, dalam sedang urus program, sedang study, urus keluarga, penulis sempat lagi berbisnes-bisnes.. hehe.. Kesempatan yang Allah beri takkan penulis lepaskan begitu saja. Rezeki dari tuhanku tercinta!

Ok, dipendekkan story.. Ada beberapa perkara menarik malam tu.. Jom penulis zoom ape yang menariknya..

1stly.. Malam tu kebanyakan dari makanan yang ada semua pelajar lelaki kelas penulis yang masak. Mereka lah yang bertungkus lumus dan gotong royong masak dari pagi sampai ke petang, dari petang sampai ke malam.. Banyak yang mereka ni masak antaranya; Nasi impit, pecal, begedil, soto, meehun.. Petang tu plak dah start bakar satay, bebole, hotdog.. Sangat mriah gotong royong dan masam same2. Penulis buat cocktail untuk malam tu. Makanan sampingan pun tersangatla banyak. Sampai x larat nak dihabiskan oleh semua. Tu dia, itulah dinamakan rezeki kan.

Ok, sebelum ape2, penulis nak story something yang sweet sangat pada malam tu. Sedang asyik penulis mengendalikan majlis sebagai mc majlis, penulis dimaklumkan ade seseorang nak bagi ucapan khas.. Ok, kami pun bagi laluan. Guess what?? Seorang kawan penulis ni nak melamar ehem ehem rupenye.. Melamar dalam majlis di depan kami semua! Soo sweet kan.. ^_^ Siap bawak cincin lagi untk merisik.. Ooh! Sungguh macam dalam cerita Romeo dan Juliet rasa.. hihi.. Apalagi, semua pakat kerumun dan lensa kamera DSLR penulis pun zoom in la.. Nanti kita tengok pick at bawah ok.. Apepun, penulis doakan moga pasangan tersebut bahagia dan pesan penulis.. Hadapilah segala rintangandengan penuh kesabaran kerana untuk mendapatkan sesuatu yang baik bukannya semuadah yang kita sangkakan. Sepanjang masa melayari bahtera menuju ke alam yang baru, pasti banyak halangan yang sedia menanti. Semoga kekal tabah, sabar serta letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah ye.. J

Seloka.. Seloka ni dihandle oleh dua orang si gadis manis.. Semua kena dalam seloka ni.. Tidak ada yang terkecuali. Habis segala rahsia2 terkantoi. My fren, nana.. Sabar ye.. Hari sabtu kite same2 menempah mesin dan sediakan wang syiling 50sen ye.. hihi.. Meriah jugak sebab seloka yang dibuat untk setiap orang memang kena dengan peribadi tuan empunya diri. Nasibla ye..

Then, disambung pulak dengan permainan, slot wakenabeb.. Slot ni memang kena teruk. Siap ada yang kena berlakon, jadi badut sarkas pun ada.. Time ni sangatla happening sebab masing2 dah tergelak dengan agenda sakat menyakat. Sape kena nasibla ye.. hehe.. Penulis pun terkena jugak masa ni. Nasib badan..

Slot bola beracun.. Haa.. Slot ni bukan slot main bola, nama saja slot bola beracun.. Tapi bola tu digantikan dengan ubat mechanical pencil (lead) yang halus tu.. Susah! Sebab kena pass dari tangan ke tangan.. Kalu patah didenda makan bawang. Hehe. Mencabar betul la. Siapa yang terkena, kira nasibla. Tahniah kepada para pelakon yang kena berlakon malam tu. Siap ada lakonan madu 3, yang mengisahkan si husband ni ada 3 wife, then bergaduh turn nak balik raya rumah sape dulu. Matap lakonan sahabat2! Sangat melucukan hati. Masa ni makanan pun dah dilupakan sebentar sebab asyik sangat tertumpu.. Lastly ada jugak yang kena makan bawang!

Seterusnya.. Sambutan hari lahir seorang rakan dari kelas kami, Aliff, yang sentiasa digelar sebagai “adik” dan “upin” oleh kami semua.. hehe.. Malam tu kebetulan hari lahir dia. Jadi, segakanya telah dirancang. Tiba detik tersebut, si empunya hari lahir dibaling telur dan tepung.. Memang kena habis2an.. Ini semua kaum adam punya kerja. Masa kejadian ni berlaku, penulis tidak ada sebab penulis terpakasa hadiri mesyuarat. Sebenarnya berbelah bahagi juga mana satu perlu penulis hadiri sebab masa mesyuarat dan masa majlis clash. Bila difikir, penulis pilih untk hadir majlis sebab ini merupakan raya terakhir kami di sini. Dan jam 10.30 penulis dapat mesej diminta penulis untk hadir jugak ke mesyuarat sebab ada kekangan. Jadi, penulis terpaksa tinggalkan majlis dan hadiri mesyuarat jam 11 malam.. Sangat letih rasa sebab seharian tu penulis belum sempat untuk luangkan masa rehat.

Ok, stop story.. Biar gambar2 pula berbicara.. Majlis berakhir hampir jam 1pagi..





Related Posts with Thumbnails