.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, November 17, 2011

Forum Qur'an & Palestin



Monday, November 14, 2011

729!



ATTENTION: 729

Everyone, Please alert!

Berhati-hatilah ketika membeli setiap jenis barangan..
Perhatikan kod barangan terlebih dahulu..
Jika kod berkenaan bermula dengan angka
729, maka produk berkenaan adalah produk keluaran Yahudi..!

A Web Of Information About Bar CodeUPC and EAN Bar Code Page:
Source

Kasih antara BOSS


BOSS

Hanya yang tertentu mengetahui istilah pendek ini. Hanya yang memahami akan memahami singkatan ini. Satu nama yang tidak asing bagi penulis walau dikenali dan berada di dalam kelompoknya dalam tempoh yang singkat, namun terasa seolah sudah bertahun bersama ‘BOSS’. Sudah tercipta kasih antara kami.

Secara rasminya, dalam keadaan sungguh terharu, penulis mahu tujukan perenggan pertama selepas intro untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat BOSS yang sangat mesra, sporting, ceria, peramah dan..dan..dan.. Tak tersebut rasanya.. Sebab di hari2 terakhir penulis berada di unisza, mereka buatkan penulis lalui hari-hari dengan penuh makna. Mereka cuba buat penulis tersenyum. Ya, penulis mampu tersenyum walau dasar hakikatnya hati menangis & tersenyum kelat. Mereka membuatkan penulis tabah walau pada satu masa penulis akur hampir rebah, beratnya kaki nak melangkah.

Terima kasih sudi hadir dalam satu majlis yang dianjurkan secara spontan. Mereka juga cuba berhibur waktu itu. Bila dah balik rumah, terkenang kembali detik itu, penulis tersenyum, akhirnya tertumpah air mata. Rindu menyapa. Seronok kan kita main bersama, sekelas. Maaf kalau apa yang penulis sediakan waktu itu ada kekurangan. Duit & harta benda boleh dicari tetapi waktu berharga sebegitu bersama sahabat penulis tidak mampu beli dengan nilai wang. Penulis tidak mampu untuk bayar harga sebuah kemesraan dan kasih sayang serta detik2 berharga kita bersama. Semua itu terlalu kemas dalam ingatan.

Sahabat-sahabat yang bertandang ke bilik secara peribadi, teruja rasanya. Buatkan diri menjatuhkan air mata lagi. Terima kasih. Sahabat-sahabat yang menghadiakan pelbagai hadiah pada penulis. Sampaikan penulis kena sediakan satu bagasi besar khas untuk hadiah yang penulis terima dari kalian. Cookies, teddy bear, tudung, mug, buku, cenderamata, ‘ikan nemo’, bunga, muffin, bantal upin, kad ucapan, sampaikan ada coklat yang harga RM50 ke atas penulis dapat. Barang ‘amanah’ yang penulis dapat, sangat berharga untuk diimplikasikan dalam kehidupan. Dan x lupa pada yang belanja makan. 2, 3 hari tu memang rasa macam banyak makanla, sure naik berat badan~ Terima kasih. Terima kasih banyak2. Terima kasih. Tidak terucap rasanya. Melihat kembali semua hadiah2 dan gambar2 ini, mengingatkan memori kita bersama.

Dan hari ini… Sahabat semua kembali ke kuliah seperti biasa, terasa kaki juga ingin melangkah ke sana, berjalan seiring bersama sahabat. Sungguh, penulis rindu saat berada dalam bilik kuliah bersama sahabat semua. Fenomena berceloteh, rebut kerusi, tanya soalan, gelak ketawa dll.. Semua rasa terbayang-bayang dan terngiang-ngiang. Detik itu semua tidak akan dapat kuulang kembali melainkan menjadikan satu memori yang kemas dalam hati. Semoga Allah pelihara ukhuwah yang telah kita miliki...


Sahabat
Pernah dulu aku tak mengerti
Kehadiranmu disisi
Apa harus kurasai

Sahabat
Aku pernah bertekad
Hanya sekali aku muktamad
Tiada ulangan tiada tempat
Sendiri aku akhirnya bertekad

Sahabat
Dunia ini tidaklah mutlak
Walau tekad sudah bernoktah
Tuhan jua yang punya takdir
Segala kemungkinan terhampar
Tiada yang mustahil

Sahabat
Aku cuba mengerti kehadiranmu kini
Hikmah Tuhan pasti tersembunyi
Moga Tuhan redhai hati
Agar kita sering diberkati

Namun sahabat,
Sungguh aku tidak angankan perkenalan
Yang akhirnya bawa perpisahan
Perit untuk diangankan
Lagi pedih bila berdepan

Justeru sahabat
Takdir aku mungkin berundur
Sebelum disentap
Sebuah sejarah ulangan
Yang pernah menggigit jiwa

Percayalah sahabat
Andai persahabatan ini ikhlas
Aku yakin Tuhan akan jagainya
Kerana Tuhan adalah Yang Maha Kuasa
Kerana Tuhan takkan pernah zalimi kita

Sahabat
Terima kasih atas segalanya
Sebuah hakikat nyata
Pasti jadi kenangan jiwa

Sungguh…
Kerana kau bernama Sahabat..

Sungguh indah rasanya hidup ini
Engkau telah membuat segalanya berubah kini
Engkau telah memberi harapan nyata aku impi

Terima kasih sahabat tersayang
Semoga saat seperti ini takkan hilang
Dan kita rangkai masa depan dengan kasih sayang

"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
(surah Al-anfal, 8:63)



Antara kita tercipta satu kenangan terindah.. =)



Friday, November 11, 2011

Ber'dating' Tengah Malam


Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, di sisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah SWT jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah SWT dan ada waktu malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah SWT. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya. Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah SWT.

Berkata Fudhail bin Al-Iyadh: "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata: "Jikalau tidaklah kerana malam, nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."

Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.

Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka." Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."

Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah SWT memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggalkan keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba.

Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wuduk dan berdiri serta sujud kepada Allah SWT. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah SWT menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah SWT kepada kita, namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia dari melakukannya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah SWT, nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk, nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat, nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian, nescaya menjadi keji jiwa dan malas."

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah SWT. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."


Lagi indah imam mengejutkan zaujah solat bersama.
Ibadah bersama, raih pahala bersama (^_^)

Sumber: iluvislam.com

Related Posts with Thumbnails