.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, October 31, 2010

Jangan sesekali persiakan..


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga..


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.. .Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu..


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. Cukuplah sekadar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang..


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali

dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU.. Mengapa kamu berlengah dan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan, terimalah segala kekurangan dan kelebihan seadanya kerana manusia tidak semuanya sempurna dan tidak ada yang sempurna. Yang ada, hanyalah saling melengkapi antara satu sama lain.


..sekian..

~renungan bersama~



Saturday, October 30, 2010

Cerap Anak Bulan Aidil Adha 2010


Tarikh lihat anak bulan aidiladha petang 6 November..

KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 November ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, ialah:
1. Pontian Kecil, Johor.
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.
6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor. 7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.
14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.
15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.
19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.
20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.
21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.
30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga.

Sumber: BERNAMA, BH


Award mai lagiii..



Tu dia.. Mai dah award.. Teringat masa musim dapat award kat blog bertalu2 dulu.. Tapi xsempat nak ambik dan publish. Ini pun dalam kategori 'terlewat' jugak la ambik award ni setelah dimaklumkan dan diberi oleh cik Siska.. Maaf ye siska atas keterlewatan ini.. ;)

Ok, Siska.. Thanks sudi memberi award ni kepada Ummul Syaukatul Suhaila. Seperti biasa, dapat award x bermakna nak sedap2 je ambik award, kena jawab soalan lagi tu.. Nasib baikla soalan ni simple2 je. Pernah penulis dapat award sampai dia mai pakej dengan soalan 'killer' gitu. Agak berpeluh dan otak pun berpusing 350 km/j nak menjawab. Ini dikira dalam 'kawasan selamat' la. Soalan biasa2 saja. Ok, jom2.. Penulis nak jawab soalan dari Cik Siska dulu..

1.Slogan knapa saya suka memoriseorangpemuda?

Suka? Sukakah? Ok, memori ni selalunya perkara yg kita simpan dalam mind atau history kita. Senang story, contoh macam memory card la, tak pun memory card phone tu kan.. Boleh simpan macam2.. Ok, berbalik kepada soalan.. Suka sebab dalam kehidupan sebagai remaja inilah pelbagai memori xkira samada yang manis, pahit, tawar, kelat mahupun masin, semuanya kita akan kenang suatu hari nanti. Memori itulah yang akan jadi sejarah buat kita, yg akan diceritakan pada anak cucu nanti. Orang kata, zaman remaja inilah zaman yang paling berharga dan perlu create sebaik mungkin, kelak x menyesal. Jadi, nikmati dan lalui masa muda anda semua sebaik mungkin, biarkan ianya menjadi satu memori yang manis untuk dikenang dan diceritakan pada generasi akan datang.. :)

2.Reaksi lepas dapat award ini?

Seronok dan risau sebelum bukak award ni. Risau takut dapat soalan yang susah nak menjawabnya.. hehe..

3. Tag 15 bogger ain

Alahai, nak kena tag jugak ke..?
Oklah, penulis tag kepada sesiapa yang dah buka dan membaca, terbaca, dibaca atau mengeja entry ni.. Sila jawab..
Jawab ye..

Ok, Done!
Sekian sahaja~

Thursday, October 28, 2010

Tatkala dijejak..

@ Big Apple Donuts & Coffee

Alhamdulillah syukur sangat. Penulis tiba di skypark Subang jam 9.20 pagi. Flight dari Terengganu jam 8.30 pagi. Semua selamat dalam penjagaan Allah.. Subhanallah.

Pagi tu memang keluar awal dari hostel, berhajat penuhla kononnya nak makan roti canai dengan teh tarik kaw. Agak kempunan jugakla sebab dah lama x makan. Tapi hajat tu x tercapai sebab rushing dengan masa yang keterlewatan sikit. Ada kekangan yang berlaku. Kita hanya meracang, Allah sebaik penentu segalanya kan. Jadi, pasrah dan redha dengan aturannya.

Haa, selalunya penulis sokmo naik flight sorang-sorang tau.. (ayat agak sedih jugakla). Tapi kali ni, bukan berseorangan lagi.. Penulis naik fligh berteman kali ni. 1st time naik flight berteman *wink* Jadi, untuk harini, dalam flight penulis x layan la sangat lagu Maher Zain yg berkumandang di corong headphone penulis seperti selalunya. Tapi penulis isi layan untuk berborak dengan kawan penulis. Rancak kami bercerita itu, ini sambil makan hidangan yg disediakan.

Sedar x sedar dah sampai destinasi. Tapi parent penulis belum tiba lagi. Jadi, disebabkan masih dalam kelaparan lagi. Kami pun breakfast di Big Apple Donuts & Coffee. Oh, agak sukar untuk membuat pilihan sebab semuanya nampak sedap dan memang sedap pun! Pilih punya pilih, akhirnya tempahla donut Wakeup Wally dan air Americano. Cukupla sekadar membuat alas perut.
Akhirnya.. Syukur. Sampai hajat utama nak menatap wajah keluarga tercinta. Sayang + rindu + teruja. Semua ada time tu. Gaya macam lama sungguh x jumpa kan.. hehe.. After that, kami x terus balik ke rumah.. Macam biasala, agenda tawaf 1 KL.. Merata parent bawak penulis. Tempat utama mesti pergi ke penerbit dulu. Then makan2 + shopping sikit. And then, terus pegi hantar kawan penulis balik. -selesai-

Agenda malam ~ Menunggu kunjungan Mu'adz Dzulkefly ke rumah penulis bersama isteri dan anaknya...

Diriwayatkan dalam banyak hadis mengenai tuntutan mencintai dan memuliakan Ahli Bait seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: Aku ingatkan kamu kepada Allah (agar mencintai dan memuliakan) ahli keluargaku. (riwayat Muslim, Tarmizi, al-Nasa’i, Ahmad dan al-Hakim).

Sunday, October 24, 2010

Cruize jadi pilihan..?


Out.. Out.. Out.. Mahukan ketenangan dan nak lari dari segala kesibukan.. Itulah yg bermain dalam mind penulis sekian lama. Pendam dan pendam, akhirnya terkeluar juga..

Last evening, cantik punye planning nak ke Verandah Restaurant di Riyaz Heritage. Sebab kali pertama penulis ke sana memang dah jatuh hati habis disebabkan keindahan dan ketenangan yg wujud di sana. Jauh dari kesibukan, kebisingan dan adanya sesuatu yg penulis nak di situ. Luas pemandangan lautan ditambah dengan angin yang menyapa. Sungguh indah.

Tapi, planning tu x menjadi. Sehinggala penulis berubah fikiran nak ke pantai, kebetulan kawan penulis ajak penulis hang out jugak untuk riadhah petang tu. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal la kan..

1st place yg dirancang, nak naik cruise.. Maka kami pun pergila ke somewhere tu yg penulis sendiri pun xtau nama tempatnya. Tau pegi je, nama x tau.. hehe.. So nice, so beutiful and so.. so.. so lah. Teruja sgt sebab dah lama nak ke tempat camni. Tapi yg sedihnya bila baca kat banner, cruize jam 8 malam - 12 malam je bukak. So, kami jalan2 la dulu then terus pegi makan. After makan, stop kat masjid solat maghrib jap..

After solat mahrib, terus ke pantai. Agenda apakah itu?? Ok, ini agenda melepaskan dan melupakan segala masalah serta kepenatan. Dan yg penting, tujuan utama nak melihat simbahan cahaya bulan penuh.. Hobi penulis merenung bulan. Bukan hobi yg pelik kan? Subhanallah, bulan yg memantulkan cahaya di lautan cukup cantik malam tu. Xpuas penulis melihat.

Then, kami ke Permai hotel sebab ada kakak kepada kawan penulis kat sana yg datang atas urusan kerja di sini. After makan, makan lagi. Isy3.. Setelah dipelawa unutk dinner sekali di sana. Ok, go on je. Orang kata rezeki jangan ditolak, padah jangan dicari kan. Borak + bergambar + santai baru kami mintak diri. Sebab cruise menunggu kami dah tu.. hehe

Ok, Alhamdulillah masa kami sampai di tempat cruise, cruise dah tersedia dah. Maka, melangkah la kami ke dalam cruize tu. Terlaksana lah hajat penulis nak naik cruise that night. Alhamdulillah Allah mengabulkan permintaanku..

Ok, no story and typing more.. Biar gambar pulak bercerita.


Indah kan.. (credit to my DSLR camera)

Ada gaya macam di Sydney x? hehe..


Dinner at Permai Hotel
(Thanks to someone)

Dinner sambil bertemankan live band..
Siap ada live band lagi. Boleh request lagu

Suasana Riyaz Heritage pada waktu malam


Merenung keindahan alam


Dari jauh dapat nampak Riyaz. Depan tu je





X tau name tempat ni, tapi kat sinilah kami naik cruise


Kebetulan di tepi pantai, penulis nak snap pic bulan,
awan membentuk 'love'
Subhanallah..


Suasana dari atas Cruise

Alhamdulillah tercapai hajat naik cruise ^_^

Berhajat nak bawa org yg penting dalam hidup; My family ke sini..
Berkongsi keindahan dan kenangan manis bersama mereka..

After this, ke manakah Ummul Syaukatul Suhaila...?

..End story..



Thursday, October 21, 2010

Laporan Program 'Palestin, Kami Ada Untukmu'


Assalamualaikum. Memandangkan banyak permintaan dari sahabat2 terutama sahabat yang tidak dapat hadir dan orang luar yang meminta penulis membuat laporan mengenai Program Palestin, maka secara ringkasnya penulis buat laporan atas permintaan ramai. Attention: Ini adalah laporan rasmi untuk web tertentu dan telah diubah oleh penulis dijadikan separuh rasmi sikit. Harap maklum.

SEBELUM PROGRAM

Sebelum bermulanya program, hebahan telah dijalankan di Radio IKIM selama seminggu. Setiap masjid di sekitar Terengganu telah dimaklumkan hebahan untuk menjemput penduduk sekitar. Banner konsert telah dinaikkan di bulatan Batu 6. Jualan tiket juga telah berjalan ke sekolah-sekolah dan Institut-institut.

HARI PERTAMA (14/10/2010)

3.00 Petang – 7.00 Petang

Pada hari pertama berlangsung dan bermulanya jualan gerai-gerai dan pameran. Bermula sesi pendaftaran wakil dari gerai masing-masing. Pihak Aqsa Sayrif telah bertugas secara rasmi hari ini sebagai pengerusi bersama bagi program ‘Palestin, Kami Ada Untukmu’. Aqsa Syarif telah membuka dua gerai. Mereka juga menyediakan artikel-artikel berkaitan isu Palestin sebagai bahan pameran dan penyampaian maklumat kepada peserta-peserta dan slot ini dinamakan GAZA Walk. Alhamdulillah artis Shoutul Harokah dari Indonesia selamat tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud pada jam 1 tengah hari dan penulis bersama Saudara Adam serta pegawai HEPA telah menjemput mereka di lapangan terbang dengan kenderaan khas dari UniSZA. Di sana, kami menunggu selama hampir 1 jam disebabkan ada masalah dengan kenderaan khas. Jadi, terpaksala penulis menetap di airport bersama Sjoutul Harokah sementara menunggu kenderaan khas datang. Penulis ke airport pun dengan kereta sahaja.

8.00 Malam – 11.00 Malam

Berlangsungnya ceramah bertajuk “Bebaskan Palestin’ yang disampaikan oleh Dr Zulkifli al-Bakri (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu). Pada asalnya penulis menjemput Ustaz Zahazan bagi slot ini dan akan diadakan dalam bentuk forum. Tapi disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, Ustaz Zahazan tidak dapat hadir. Namun, sambutan dari pelajar pada malam itu sangat memuaskan termasuk orang dari luar dan penyertaan juga dari sekolah Sekolah Menengah (atas) Sultan Zainal Abidin . Sesi soal jawab dibuka dan tindak balas dari pelajar yang bertanya sangat memberangsangkan. Dr Zulkifli mengucapkan tahniah kepada pelajar UniSZA dan bangga dengan soalan-soalan dari pelajar yang amat bernas serta di luar jangkaan. Hadiah disediakan bagi pelajar yang dapat menjawab soalan dari Dr Zulkifli, tajaan hadiah adalah dari Riyaz Haritage. Pada malam itu juga berjalannya pelancaran Tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA. Majlis berakhir apabila sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh penulis sendiri dan diadakan jamuan ringan untuk penceramah serta urusetia yang terlibat.


HARI KEDUA (15/10/2010)

9.00 pagi – 11.00 malam

Sepanjang program akan berjalan Program Gaza Walk, iaitu Tandatangan dan Cop Prihatin Palestin serta berjalannya Tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA. Bagi slot Tandatangan dan Cop Palestin, penulis telah menyerahkan slot tersebut kepada kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM) untuk bekerjasama dengan Kelab Astronomi. Ahli Jawatankuasa yang terlibat dari KRIM adalah seramai 10 orang. Tandatangan dan Cop Prihatin Palestin telah mendapat liputan dari pihak media akhbar Sinar. Cop ini telah menggunakan sebanyak 40 meter kain rentang dan direntangkan di hadapan Dewan al-Mukhtafi Bulah Shah. Seminggu sebelum bermula program, kain-kain dan cat mural telah dhantar ke sekolah-sekolah serta Kolej bagi mendapatkan cop dari mereka. Ternyata sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak sana cukup baik.

9.00 pagi – 12.30 Tengah Hari

Berlangsungnya ceramah Perdana bertajuk ‘Palestin, Kami Ada Untukmu’ yang disampaikan oleh Ustaz Lokman bin Awang. Beliau merupakan Pengerusi Aqsa Syarif Terengganu. Ceramah ini melibatkan pelajar UniSZA dan penduduk sekitar.. Beliau mengupas isu utama kepada Palestin dan tentang perlunya kita untuk memboikot barang-barang Israel. Di akhir slot ini, sukarelawan Aqsa Syarif telah mempersembahkan sebuah pentomen khas bagi menggambarkan suasana rakyat Palestin yang dikecam kekejaman Israel. Pentomen ini telah berjaya membuatkan sebahagian penonton menjatuhkan air mata. Masa ni penulis pun xdapat nak menyeka air mata. Seolah penulis berada di posisi negara Palestin. Moga mereka terus tabah.

Sesi soal jawab juga berjalan di akhir ceramah dan peserta yang mampu menjawab soalan dari penceramah telah diberi hadiah, hadiah pada slot tersebut ditaja oleh Riyaz Heritage. Majlis berakhir apabila sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh oleh penulis sendiri dan diadakan jamuan ringan untuk penceramah serta urusetia yang terlibat.

Dalam masa yang sama, berlangsung juga kempen derma darah. Jemputan khas adalah dari pihak Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Zahariah.

2.30 Petang – 5.00 Petang

Slot Bicara Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin bin Mohd Yunus yang bertajuk ‘Realiti Serangan Mavi Marmara’ dan selingan bersama tayangan video khas yang dibawakan oleh penceramah.. Beliau merupakan Pengerusi Aqsa Syarif Berhad dan salah seorang mangsa yang berada di atas kapal Mavi Marmara ketika berlakunya serangan oleh tentera Israel. Sambutan yang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar IPT, pelajar sekolah jemputan dan orang luar amat menggalakkan. Anggaran kasar penonton yang hadir adalah 600 orang penonton dan maklumbalas yang dapat juga amat baik. Di akhir slot, berlaku sesi interaksi dua hala dan sesi soal jawab. Setiap pelajar yang mengutarakan soalan akan mendapat hadiah yang ditaja oleh Aqsa Syarif dan dua orang pelajar yang dapat menjawab soalan khas dari Ustaz akan mendapat hadiah tajaan dari Riyaz Heritage. Sesi ramah mesra Ustaz Hasanuddin bersama penonton. Majlis berakhir apabila sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh penulis sendiri. Walaupun telah disediakan jamuan untuk ustaz dan zaujahnya, namun masa lebih mencemburui kami, Ustaz terpaksa bertolak pulang kerana ada urusan. Jadi, penulis pun menghantar kepulangan ustaz sehingga ke pintu kereta.

5.00 Petang

Artis jemputan iaitu Mu’adz bersama perkusi khas telah sampai di Stesen bas Kuala Terengganu dan penulis bergegas menuju ke MBKT menaiki kenderaan khas UniSZA bagi menjemput beliau. Sampai di UniSZA beliau terus menuju ke dewan untuk membuat sound check. Agak rushing jugak. Kesin penulis tengok mereka kepenatan. Namun, semangat yang menguatkan mereka.

5.30 Petang – 7.00 Petang

Para urusetia bertungkus lumus mempersiapkan dewan untuk persediaan malam konsert. Artis-artis iaitu kumpulan Shoutul Harokah dan Mu’adz Dzulkefly turun ke dewan bagi membuat sound check yang terakhir sebelum malam konsert. Terpaksala penulis menunggu di dewan sehingga maghrib bagi menemani mereka membuat sound check. Ye la, nanti apa2 yg diperlukan mereka, susah pulak kalau tiada orang tunggu. Ketika ini Tandatangan dan Cop Palestin serta gerai jualan dan pameran masih berjalan di luar dewan.

8.00 malam – 11.00 malam

Pada malam ini pula berlangsung Konsert Mahabbah GAZA. Artis jemputan adalah Shoutul Harokah dan Mu’adz Dzulkefly bersama perkusinya (Hafiedz, ahli kumpulan Al-Gebra). Setiap pembelian tiket, sebahagiannya akan disumbangkan ke Tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA. Sambutan pada malam ini cukup menggalakkan dan ternyata objektif serta mesej yang perlu disampaikan dalam Program Palestin ini berjaya disampaikan melalui konsert memandangkan hiburan sebati dengan jiwa remaja. Inilah cara untuk memperhalusi bagi mendekati jiwa remaja. Pada malam konsert, pihak penganjur menyerahkan tugasan kepada kelab Bachelor Of Science Social (BOSS) untuk bekerjasama. Urusetia dari kelab BOSS yang menguruskan malam konsert adalah seramai sepuluh orang.

Keseluruhan lagu yang disampaikan oleh Shoutul Harokah adalah lagu jihad dan menaikkan semangat cintakan perjuangan Palestin. Manakala lagu yang disampaikan oleh Mu’adz pula adalah lagu yang berkisarkan kepada simpulan hadis-hadis pilihan bagi mendidik jiwa remaja. Penganjur mendapat respon yang baik dari konsert ini kerana menekankan konsep menanam semangat jihad cintakan Palestin. Penonton bebas mengibarkan bendera Palestin dan digalakkan memakai mafla sebagai tanda sokongan.

Pada jam 9.30 malam, Penulis telah menerima panggilan daripada Radio Malaysia Terengganu untuk ditemuramah dan ke udara pada jam tersebut bagi menceritakan perjalanan sepanjang program dari hari pertama sehingga hari terakhir. Di kesempatan itu juga pihak RTM meminta penulis untuk membuat liputan serta lintas langsung untuk menceritakan suasana di sekitar konsert yang sedang berlangsung.

Sehingga kini rata-rata pelajar bila ditanya, semangat Palestin masih lagi mengalir dalam jiwa mereka dan mendapat banyak permintaan dari kalangan pelajar serta orang luar untuk menganjurkan lagi program seperti ini. CD lagu Palestin juga diberi secara percuma oleh kepada penonton bertuah. Di akhir konsert, diadakan sesi tandatangan dan fotografi bersama artis. Konsert berakhir jam 11.30 malam dan diadakan jamuan ringan untuk artis serta urusetia yang terlibat.

HARI KETIGA (16/10/2010)

7.30 Pagi

Ok.. Pada pagi ni pula penulis perlu ke airport jam 7.30 pagi setelah dimaklumkan oleh pengurus Shoutul Harokah bahawa flight mereka pada jam 8.20 pagi. Jadi, seawal jam 7.30 pagi dah ada di airport untuk mereka bersarapan pagi sebelum bertolak. Pagi tu penulis drive sendiri ke airport tanpa menggunakan kenderaan UniSZA. Kalau kenderaan UniSZA adala drivernya kan. Selesai hantar mereka.

9.30 Pagi

Ok, jam 9.15 pagi, penulis bergegas pula ke MBKT untuk menghantar Mu’adz Dzulkefly bersama abg Hafiedz. Kali ni penulis x drive sendiri, penulis naik kenderaan UniSZA. Memandangkan masa pun dah suntuk sangat untuk kejar bas jam 10 pagi, jadi driver kenderaan UniSZA tu pun memecut laju. Pening abg Mu’adz dalam kenderaan tu dibuatnya. Alhamdulillah sempat sampai.

2.30 petang – 7.00 petang

Persediaan untuk malam perasmian. Masa inilah agak kelam kabut dibuatnya sebab penulis baru dapat taklifan secara mengejut bahawa penulis kena bersajak malam tu. Bersajak ok. Allah.. Dah lama tinggalkan dunia sajak ni. Memang betul2 lupa dah tone. But praktis dan terus praktis sampai hilang suara. Cover balik minum air sampai 5 botol. Itulah story di sebalik sajak malam tu. Aduahi.. Ditambah dengan kerja-kerja untuk majlis malam perasmian itu lagi untuk memberikan segala laporan.

8.30 Malam- 11.00 Malam

Malam perasmian penutup. Pada malam ini sebanyak tiga program dalam satu majlis perasmian iaitu Program ‘Palestin, Kami Ada Untukmu’, Program Karnival Mahasiswa IPT dan Debat Piala Naib Canselor. Pada mala mini juga disisipkan satu sajak khas berkaitan palestin yang bertajuk ‘Palestin, Kami Ada Untukmu yang disampaikan oleh penulis sendiri dan Saudara Syarif (Majlis Perwakilan Pelajar). Pada malam tersebut secara rasminya penyerahan wang sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA yang diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor kepada Setiausaha Aqsa Syarif iaitu Ustaz Masrul Ariffin. Alhamdulillah jumlah kutipan melebihi 10ribu. Sebagai maklumat tambahan, sebanyak 41 unit tabung telah diedarkan ke sekolah-sekolah, fakulti-fakulti, IPTA, sekitar cafeteria, surau-surau dan masjid.

Maklum balas orang ramai

Alhamdulillah maklum balas orang ramai tentang Program Palestin ini amat memuaskan dan rata-ratanya berpuas hati dengan apa yang disampaikan oleh penganjur. Menerima ucapan tahniah dari pelbagai lapisan masyarakat dan dari pelajar-pelajar atas program yang dijalankan. Permintan tinggi dari penonton yang hadir untuk mengadakan lagi program seperti ini dan diteruskan dari semasa ke semasa. Semoga boleh bekerjasama lagi dengan pihak Aqsa Syarif dalam membentuk jiwa cintakan Palestin dalam kalangan pelbagai lapisan. Alhamdulillah.

Penulis selaku Pengarah bagi Program Palestin ini mengucapkan Terima kasih yang tidak terhingga kepada AQSA SYARIF atas kesudian bekerjasama dalam penganjuran proram Palestin di UniSZA ini. Semoga kita dapat bekerjasama lagi. InsyaAllah..

Di sini penulis tidak akan upload gambar atau video. Untuk lihat gambar-gambar dan video sekitar program Palestin, sila masuk ke Facebook penulis (id FB: Ummul Syaukatul Suhaila) Sebelum add, sila tinggalkan mesej dahulu menyatakan bahawa anda adalah pembaca dari blog penulis. Baru penulis akan terima.. Syukran..

*Ucapan khas tahniah dan jutaan terima kasih kepada exco2 Kelab Astronomi yang dikasihi kerana memberi kerjasama dan komitmen yang baik. Semoga kemanisan ukhuwah kita kekal..

Wednesday, October 13, 2010

Tentatif program 'PALESTIN, KAMI ADA UNTUKMU'


PROGRAM ‘PALESTIN, KAMI ADA UNTUKMU’

HARI PERTAMA (14/10/2010)

MASA

PROGRAM

CATATTAN

03.00 ptg – 07.00 ptg

- Persiapan gerai jualan dan pameran

- GAZA WALK: Tandatangan dan cop prihatin Palestin serta pelancaran tabung Gaza

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

-Berlangsung sepanjang program

08.00 mlm – 11.00 mlm

- Forum Perdana :

Ustaz Zahazan Mohammad dan Dr Zulkifli al-Bakri (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu)

Tajuk: ‘Bebaskan Palestin’

*Hadiah menarik disediakan bagi penonton bertuah dari Riyaz Heritage

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

· Pelajar UniSZA

· Penduduk sekitar

HARI KEDUA (15/10/2010)

MASA

PROGRAM

CATATAN

09.00 pagi – 10.00 mlm

- Kempen derma darah

- GAZA WALK: Tandatangan dan cop prihatin Palestin serta tabung Gaza

- Join Club

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

# Sepanjang Lalulintas depan café Abu Dzar

- Melibatkan Kelab di UniSZA

09.00 pg – 12.30 t/hari

- Ceramah Perdana:

Ustaz Lokman b. Awang

(Pengerusi AQSA SYARIF Terengganu)

Tajuk: Palestin Kami Ada Untuk Mu.

*Persembahan pentomen istimewa dari AQSA SYARIF

*Hadiah menarik disediakan bagi penonton bertuah dari Riyaz Heritage

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

- Penglibatan Pelajar UniSZA dan jemputan luar

2.00 ptg – 2.30 ptg

- Solat Hajat Perdana untuk Palestin

# Masjid UniSZA

- Musolla UniSZA untuk perempuan

2.30 ptg – 5.00 ptg

- Bicara perdana:

Ustaz Hasanuddin b Mohd Yunus

(Pengerusi AQSA SYARIF Berhad dan mangsa serangan Mavi Marmara)

Tajuk: Realiti Serangan Marvi Marmara

* Tayangan khas

*Hadiah menarik disediakan bagi penonton bertuah dari Riyaz Heritage

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

- Penglibatan Pelajar UniSZA dan jemputan luar

- Penglibatan IPT Jemputan

8.30 mlm – 11.00 mlm

- Tayangan & Konsert Mahabbah GAZA

SHOUTUL HAROKAH dan MU’ADZ DZULKEFLY

*Digalakkan membawa bendera Palestin /mafla

*Setiap pembelian tiket akan dimasukkan ke tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

-Penglibatan Pelajar UniSZA dan Jemputan Luar

*Liputan media akhbar

HARI KETIGA (16/10/2010)

MASA

PROGRAM

CATATAN

08.30 pg – 11.00 mlm

- Gerai jualan

- GAZA WALK: Tandatangan dan cop prihatin Palestin serta tabung Gaza

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

-Penglibatan Pelajar UniSZA

8.30 pg – 4.30 ptg

- Pameran Kerjaya

# Sekitar UniSZA

-Penglibatan Pelajar UniSZA

8.30 mlm – 11.00 mlm

- Majlis Penutup

# Sekitar Dewan al-Mukhtafi Billah Shah

-Penglibatan Pelajar UniSZA dan VVIP

Nota:

- Program Gaza Walk (tandatangan dan cop palestin beserta tabung Gaza)

Proram ini menghasilkan tandatangan dan cop yang terpanjang dan akan dimasukkan ke dalam ‘Malaysia Book Of Records.

* Tabung bantuan Kemanusiaan GAZA telah diedarkan secara meluas, hantarkan bantuan anda ke sana dengan menderma untuk membantu saudara-saudara kita di PALESTIN. Inilah masa anda untuk membantu mereka!

* Setiap slot ada lintas lansung dari Radio Terengganu fm

Petunjuk

- Penduduk Sekitar: Penduduk sekitar Gong Badak

- IPT Jemputan: Universiti Malaysia Terengganu

Universiti Malaysia Pahang

Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Teknologi Mara

Politeknik

- Jemputan Luar: Penduduk Sekitar Gong Badak

Sekolah-Sekolah sekitar Gong Badak

VVIP: Kehadiran Naib Canselor

Wakil dari setiap penaja

Wakil dari setiap perserta Pameran

Related Posts with Thumbnails