.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, January 30, 2010

..Syurga Cinta..

Alhamdulillah semalam penulis berkesempatan pergi dengar 1 diskusi yang bertajuk ‘Syurga Cinta’, bermula pada jam 9 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam.. Di mana ahli panelnya adalah Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari dan Ustazah Syarifah Noorul Madihah bi Syed Husin, mereka berdua merupakan pensyarah di UDM.. Siapa yang x kenal dengan Dr. basri.. Seorang penulis buku yang hebat.. Banyak buku beliau yang sudah diterbitkan.. Dengar nama Dr. Basri di UDM ni, beliau terkenal dengan ceramah bab-bab cinta di kalangan pelajar.. Manakala Ustazah Syarifah merupakan pensyarah penulis sendiri yang mengajar bawah subjek Fiqh Munakahat.. Juga pakar dalam bab munakahat.. Kedua-duanya hebat..


Dewan malam tu penuh dengan student.. Berpusu-pusu datang.. Ok, penulis buat kupasan sedikit dan berkongsi bersama readers apa yang penulis dapat semalam..

..JIKA TIBA MASA, KETIKA, KEADAAN DAN SIAPA. CINTA ADALAH KUASA YANG TIADA BANDINGANNYA..

Cinta merupakan sesuatu yang fitrah dan semulajadi lahir dalam diri manusia.. Kita tidak dapat lari dari merasakan kuasa cinta dalam kehidupan kita.. Adalah satu penipuan kalau ada yang kata xpernah merasai cinta.. Kerana cinta itu amat luas.. Cinta kepada Allah, Ibu bapa, keluarga, kawan, harta benda, bahkan cinta kepada haiwan peliharaan juga adalah cinta.. Kadang kalau kita xcinta kepada orang, orang akan cinta kepada kita.. Atau kita cinta kepada orang, orang lain pulak yang x cinta kepada kita.. Begitulah.. Itulah fitrah cinta..

Pepohon cinta kian merimbun,

semakin dicantas semakin bertunas,

tidak mampu mendustai hati,

rasa cinta fitrah manusia,

siapalah aku menolak cinta,

yang hadir di jiwa tanpa dipaksa,

hidup ini tidak akan sempurna tanpa cinta dari yang Esa..

Dalam diskusi ni, lebih menjurus kepada cinta remaja zaman sekarang.. Definisi atau istilah cinta adalah untk mengenali seseorang, sifat keinginan untuk mengetahui tentang seseorang.. Kalau kita memaksa dalam cinta, susah untuk melahirkan satu cinta yang benar2 ikhlas.. Kerana sifat cinta itu sendiri hadir secara semulajadi.. Tapi apa yang ditekankan di sini adalah jalan menuju kepada cinta itu sendiri.. Ada orang yang setahun 4 kali bercinta, ada yang 6 bulan sekali bercinta.. Bertukar2.. Tukar pasangan macam tukar baju.. So, readers sendiri blh fikir samada tu salah ke betul.. Kalau belum tiba masanya, dalam bilik kuliah sendiri pun, kalau lelaki atau perempuan keluar masuk hatta 2,3 ribu kali pun, kalau belum tiba masa untuk hadir cinta.. Xkan ada perasaan cinta bila belum tepat pada masanya.. Tapi kalau dah sampai masanya, sekilas pandang pun, dah rasa dah.. Dup dap.. dup dap jantung berdenyut.. Dari jauh nampak kelibat dah berpeluh kat sini.. Serba salah je rasa, serba xkena.... Tu penangan cinta bila hadir, xperlu dipaksa, xperlu dibomoh… Ia akan hadir sendiri.. Hanya orang yang merasai cinta itu sendiri akan merasainya.. Sebab tu kalau ditanya pelajar, cinta tu macam mana? Allah ustaz, cinta tu meyeronokkan, sedap lebih daripada nasi ayam..

Di sisi Islam, bercinta tiada salahnya kerana cinta itu adalah fitrah semulajadi yang dikurniakan Allah.. Tapi jalan menuju ke arah cinta itu yang perlu diambil kira.. Kita perlu ingat matlamat kita di dunia ini adalah untuk beribadah dan menghambakan diri kepada Allah.. Jangan bila bercinta, kita sanggup menghambakan diri kita kepada cinta manusia.. Mana hilangnya sifat hamba kita kepada Allah? Jadikan cinta itu sebagai tu ibadah.. Orang kata cinta ni akan mendorong kita kepada sesuatu.. Contohnya kalau pasangan tu suruh buat apa, semua die sanggup.. Jadi, tidak salahkan kalau kita ubah persepsi cinta itu, bila kita mencintai seseorang, biarlah yang mendorong kita untuk belajar bersungguh, mendorong kita untuk meningkatkan ibadah, mendorong kira untuk mencapai cita2 dan berusaha untuk mempertingkatkan kehidupan serta segala yang positif.. Mungkin dari cinta itu sendiri akan mengubah diri kita untuk melakukan kebaikan.. Merubah diri kita dari buruk kepada baik.. Berhijrah.. Jadikan cinta itu sebagai hijrah yang positif..


Tapi amat berbeza sekali apa yang berlaku sekarang.. Kalau dah dinamakn cinta lelaki dan perempuan di usia remaja, mesti nak ajak keluar, mesti nak dengar suara.. Sekali dah terlanjur keluar, nak berulang2.. Sekali dah keluar makan sama2, nak lagi.. Kalau malam xdengar suara, x blh nak tidur.. Itu dinamakan cinta nafsu.. Menjadi trend di IPTA dan IPTS pulak sekarang ni kalau study mesti nak berdua-duaan.. Sungguh pelik.. Bukankah antara dua itu akan hadir yang ketiga (syaitan).. Tu yang berlaku macam2… Maka akan berlakulah apa yang belum berlaku.. Tidak salah kalau nak berjumpa bertujuan.. Tp pihak lelaki datangla rumah pihak perempaun, bersembang biar ditemani ibu bapa.. Berjumpa biar ditemani ibu bapa..



Telah Ditentukan Fitrah Insani
Ingin Bercinta Dan Dicintai
Cinta Pada Tuhan
Cinta Pada Insan
Demi Kebahagiaan Kesejahteraan

Namun Cinta Penuh Kembara
Mudah Menyimpang Bahagia Di Cita
Tapi Sengsara

Cinta Yang Di Mata Nafsu Melulu
Bahagianya Sementara
Manis Bahasa Kosong Dan Palsu.

Kata Dr. Basri, dalam dunia pelajar kalau belum bercinta, elakkan dulu.. Tapi kalau dah hadir perasaan cinta, kerana cinta itu semulajadi, apa salahnya mulakan bibit cinta itu dengan permulaan pertunangan.. Jumpa ibu bapa dulu.. Jangan bercinta dengan anak, tapi bercinta dengan ibu bapa dulu.. Keredhaan itu penting.. Tidak salah mendirikan rumah tangga semasa belajar kalau dah berkemampuan.. Ramai orang kata susah berumah tangga masa belajar, ada yang kata mendorong kepada kesusahan.. Persepsi itu salah sebenarnya.. Sebab kita sejak dalam kandungan ibu lagi dah ditentukan rezeki.. Dan Allah telah menjanjikan bahawa Allah akan mengurniakan rezeki kepada sesiapa yang beribadah kepadanya.. Bukankah perkahwinan itu merupakan satu daripada ibadah..?


Satu story daripada pengalaman Dr.Basri, ada student yang jatuh hati dengan student dalam kampus juga.. Tp student tu xberani nak zahirkan perasaannya pada orang yang dia suka tu.. Kemudian, student tu pergi jumpa Dr.Basri dan mintak tolong ustaz untuk khitbahkan atau tolong tanyakan kepada pelajar tersebut.. Maka Dr’ Basri pun panggilla student tu untuk bagitau hasrat student tadi.. Dan student yang dipanggil Dr.Basri tu minta waktu untuk berfikir. Bila sampai waktu yang dijanjikan, student tu pergi jumpa Dr.Basri dan beritahu bahawa dia setuju.. Maka mereka pun bertunang dan melangsungkan perkahwinan.. Tu baru jalan yang betul.. Memulakan cinta dengan pertunangan.. Hidup kita perlulah bermatlamat.. Buat sesuatu berlandaskan matlamat yang kita nak capai.. Islam xlarang seorang lelaki yang mahukan seorang perempuan atau sebaliknya tapi biarlah kena pada caranya..

Tambahan lagi, kata ustazah Madihah pula.. Kalau tidak yakin dan tidak berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, tap keinginan tu ada, Rasulullah dah sediakan ‘panadol’ untuk kita.. Rasulullah suruh kita untuk berpuasa untuk menahan nafsu.. Keranan puasa itu akan memelihara kita.. Berpuasalah.. Dan jika bercinta itu, janganlah sampai cinta kepada manusia itu melebihi cinta kita kepada yang wajib, yaini cinta kepada Allah.. Ingatlah, cinta Allah tiada tandingannya.. Selangakh kita mendekati Allah, seribu langkah Allah akan mendekati kita..


Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara.


Dan ustazah juga berpendapat bahawa ada perlunya kita untuk menyingkatkan tempoh cinta itu sendiri.. Maksud di sini, bercinta dimulakan dengan pertunangn, bertunang dalam tempoh yang pendek dan terus akad nikah.. Barulah akan terasa kemanisannya.. Itu saja yang penulis dapat singkatkan.. Kalau nak dikupas dengan panjang lebar, banyak pulak pages, mase pun limit.. Ni pun penulis curi2 mase buat assignment sekejap..


Kesimpulan penulis.. Cinta itu tiada salahnya keran itu sememangnya fitrah bagi yang bergelar makhluk bernyawa.. Tapi biarlah cinta itu bermatlamat, berlandsakan ciri2 yang disarankan, biar nampak ekslusif.. Yang beratnya adalah peranan di sebelah pihak lelaki.. Cara anda melambangkan peribadi anda.. Bagi penulis sendiri, lelaki yang bijak x akan berkenalan dengan anak dulu, tapi berkenalan dan mengambil hati ibu bapa dulu.. Bila dah ambil hati ibu bapa, minta izin ibu bapa, barulah keredhaan itu ada.. Lebih elok jika mengikat terus andai hati sudah berkenan.. Itu adalah ciri2 lelaki yang berani dan lelaki seperti inilah yang penulis betul2respect.. Ada keyakinan yang terselit..

Friday, January 29, 2010

Ragam Garam Sahabat..

Ke hadapan sahabatku yang disayangi.. Eh, knape gune ayat formal pulak ni.. Ok..ok.. Entry kali ni xde gune ayat2 formal dah.. Kite gune ayat2 biase je.. Bersantai gitu..

Yang nak diceritanya bukan pasal ayat.. Pasal sahabat ni.. Ok, guys sebut2 nak masukkan story ni dalam blog kan.. Ni su dah masuk ni..

Alkisahnye, adela sorang hamba Allah ni yang hari lahirnya telah tiba.. Tibe2 hari tu penulis tengok die berseri2 la pulak dari hari sebelumnya.. Lebih hangat dari biasala.. Almaklumla, hari tu hari lahir die kan.. Tp yang sedihnye kawan yang rapat ngan die sorang pun xwish.. Bukan kata nak menggembirakan hati sahabat tu.. Bahkan, bergaduh pulak.. Aduhai, babak ape pulak tu.. Disebabkan hal kecik je boleh bergaduh.. Sya dengan Wa la ni.. Masuk kelas masam muke.. Tegur sikit, marah2.. Bertentang mata pun x boleh.. Pelik.. Kawan2 kelas smua pelik.. Takut jugak hal macam ni terjadi.. Bak kata ‘anjing dengan kucing’ la.. Xleh jumpa langsung.. Jumpe je nak gaduh..

Tuan empunya hari lahir (Afifah) dah kecik hati dah dgn sikap kawan2.. Sampai dah give up xmau masuk campur.. Sapela xkecik hati, di hari bahagia die, ada pulak yang merosakkannya.. Kalau penulis pun, penulis akan kecik hati.. Hee.. Perkara ni berlanjutan sampai 2 hari kot..
Malam hari lahir si empunya badan tu, lepas balik dari kelas malam pukul 10.. Die terus ke bilik.. Sebab dah terlalu kecewa sangat dah.. Yang ditunggu2 kawan wish, xwish.. Sangkaan kawan dah lupakan dia.. Lalu, si Afifah ni pun ngadula kat akak roomate n mak die.. Err.. Sedihla pulak.. Touching.. Then, Sorang lagi kawan die ni, Fatin pi bilik die dalam keadaan terketar2.. Gtau kate kawan yang gaduh tadi tu saling bertamparan.. Die kate penulis call Fatin gtau yang budak2 tu tengah bergaduh.. Dalam keadaan bertelekung, si pemilik hari lahir tersebut menekupkan mukanya sambil menangis dan terus menyarungkan tudung dan turun ke bawah untuk melihat dan meleraikan keadaan yang berlaku..


Si Fatin ni pun bawakla si Afifah jalan ke belakang blok.. dan.. apelagii.. WAKENABEB la!! Si pemilik hari lahir tu disimbah dengan air dari tingkat atas..

Sebelum tu.......

p/s.. Cerita yang di atas tadi adalah lakonan semata2 untuk mengenakan pemilik hari lahir yang bertuah tu dan tidak ada kena mengena samada yang masih hidup atau yang akan meninggal.. Harap maklum.. Terima kasih..

Hehe. Pipah.. SELAMAT HARI LAHIR… Su dan kwn2 mintak maaf banyak2 atas lakonan yang agak menjadi tu.. 2 hari jugakla lakonan tu berjalan lancar.. 2 hari jugakla pipah dalam kemurungan ye.. Bila lagi kan. Setahun sekali je.. hihi..

Ok.. ok.. sambung balik.. Lepas disimbah.. Terus dibawak kek ke dia dan diadakan sedikit jamuan yang ditemani dan bercahayakan sinaran rembulan yang terang dan angin sepoi2 bahasa gitu.... Then kene pulak simbah dengan tepung.. Nasibla pipah ye.. Dah kene simbah ngan tepung, mase nak suapkan kek tu, kek tu pulak kami letakkan cili kat dalam kek tu.. Sambil sedap2 die kunyah kek, sedap2 menikmati keenakan kek tu dan kami pulak setia menunggu respon pedas dari die.. Hehe.. Ape lagi.. dah tergigit tu, terasa la pedas cili tu.. Die pulak jenis xtahan pedas.. Hihi.. Ibarat ‘sudahla jatuh, ditimpa tangga pula’.. Persoalan kini, ade ke kek yang pedas..? Hehe.. Dun try dis at home ye..

Apepun, ni gurau2 sahabat je pipah ye.. Hehe.. skali skala.. Then nak ucap time kasih kat pipah sebab menaja lunch kitorang kat KFC hari ni.. Jasamu dikenang bonda..

Stakat tu je la story dan babak2 drama.. Agak kalau bleh masuk Anugerah Skrin tu, vote la ye.. Hihi.. Dan 1 lagi.. Kalau sape2 yang dah tibe hari lahir die tu.. Kalau kawan ajak jalan2, pandangla atas sokmo.. Jangan pandang bawah.. Silap hari bulan kene simbah air sebaldi.. Hihi..


Sunday, January 24, 2010

Nilai Kasih Sayang..

Bismillah...
Assalamualaikum kpd semua readers, dan sahabat2..

Sudah lama rasanya penulis tidak update blog ni.. Kesian.. Sepi tanpa dijaga tuan.. Apakan daya, masa seharian membataskan segalanya demi mengejar sebuah kehidupan yang berkualiti dan tidak terlepas dengan peluang2 yang bertandang.. Alhamdulillah.. Kasih sayang Allah itu mengatasi segalanya.. Allah tidak pernah lupa dan leka terhadap hamba-hambaNya.. Syukurilah setiap nikmat yang diberikan.. Yakinilah.. Musibah itu juga adalah satu nikmat.. Nikmat untuk menguji kesabaran dan merasai kemanisan iman.. Subhanallah..

Thanks kepada sahabat2 di kejauhan yang setia menunggu sahabatmu ini update blog.. Ok kwn2.. Su dah kembali di sini.. So, jgn hantar mesej tanye su menghilang ke mane ye.. hihi..

Ok, tanpa perlu panjang lebar berbicara.. Hari ni penulis akan bawakan satu topik yang menceritakan nilai sebuah kasih sayang.. Jom kita hayati sebentar..

Dunia ALLAH jadikan cantik pada pandangan mata.. Ia dihias dengan pelbagai nikmat, keindahan dan kebahagiaan seperti rumah2 kediaman, taman2 bunga, makanan yang lazat-lazat, anak2 yang menghiburkan dan lain-lain... Antara seseorang dengan seseorang yang lain tidak sama kadar dunia yang dapat dimilikinya... Ada yang dapat memiliki rumah besar, pangkat tinggi, memperolehi sanjungan manusia, boleh bertukar ganti pakaian selalu dan makan makanan yang enak2... Tapi ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dipandang hina oleh orang dan makan sekadar untuk mengalas perut...

Apakah maksud ALLAH tidak memberi dunia sama banyak dan sama rata kepada setiap hamba-Nya? Walhal tentulah setiap hamba itu mendapat kasih sayang ALLAH, kerana setiap yang ALLAH jadikan, ALLAH kasih melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya... Tapi takdir yang ditentukan ALLAH tetap tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri.

Kasih sayang ALLAH akan dimiliki oleh hamba2Nya yang dapat tunduk kepada takdir ALLAH... Samada dia ditakdirkan untuk jadi orang yang senang atau sebaliknya, dia tetap rela dan tidak merungut suatu apa pun.. Dia tahu bahawa sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi hambaNya... Kalaulah takdir yang ditentukan itu baik, maka di sinilah peluangnya untuk menjadi hamba yang bersyukur, yang dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehinya itu bukan untuk dirinya seorang, tapi dapat dirasai sama oleh orang lain..

Kalaulah kita ditakdirkan kaya, dengan kekayaan itu kita akan dapat membantu orang susah, anak-anak yatim, janda, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan. Sehingga kita menjadi lebih hampir kepada ALLAH dan mendapat rahmat serta kasih sayangNya.. Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik, tetapi kita sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan, maka ALLAH akan balas dengan rahmatNya. ALLAH akan hiburkan dengan dikurniakanNya kepada kita kekayaan hati. Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa bahagia dengan kebaikan dan tenang... Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa diri kita sedikitpun tidak menyusahkan hati kita. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itulah makin membuatkan kita terus bergantung hati bertawakkal dan menyerah diri kepada ALLAH...

Yakinlah ALLAH itu Maha Bijaksana... Maha Suci ALLAH dari tersilap dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hambaNya... ALLAH Maha Adil, oleh itu apa sahaja nasib yang menimpa diri kita tentulah hasil daripada sifat adilNya.. Justeru itu, ia akan membuatkan hati kita makin redha, merendah diri dan semakin hampirlah hati kita dengan ALLAH.

Seorang hamba yang tidak redha dengan takdir atau nasib yang menimpa dirinya, seolah-olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan ALLAH. Seolah-olah menganggap ALLAH tidak tahu kehendak hatiya. Walhal kerana Maha Tahunya ALLAH, yang ilmuNya meliputi segala sesuatu, maka ALLAH memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hambaNya. Walaupun pada pandangan si hamba takdir itu tidak baik, tetapi kalau dia betul2l berserah diri pada ALLAH, maka dia akan mendapat keuntungan daripada takdir itu.

Sebaliknya kalau seseorang yang dikurniakan rezeki dengan takdir yang baik dalam hidupnya, selalunya membuatkan dirinya terlalu gembira, bangga dan hingga dia lalai, hingga lupa kepada Yang Memberi... Maka takdir yang dianggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya... Dia sudah berada jauh dari ALLAH disebabkan kelalaiannya.

Janganlah merasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang ditentukan ALLAH terhadap orang lain sehingga kita berusaha untuk mendapatkannya. Walhal apa diuntukkan ALLAH kepada seorang hambaNya itu pasti tidak sama dan tidak dimiliki oleh hambaNya yang lain, yang tidak tersenarai sebagai penerima takdir itu meskipun dia berusaha bermati-matian untuk mencapai dan mendapatkannya.

Apa yang patut dilakukan oleh setiap hamba ialah redha menerima segala ketentuan atau takdir ALLAH sama ada yang dianggap baik atau tidak... Kerana pada hakikatnya setiap yang ditakdirkan dan ditentukan ALLAH itu adalah baik... Cuma yang membezakan baik atau tidak itu ialah hawa nafsu manusia... Mana2 yang sesuai dengan kehendak nafsu dan hatinya dianggap baik... Sebaliknya yang menyusahkan dan nafsunya merasa tidak seronok, dikatakan tidak baik...

Janganlah kita mengukur ikut hawa nafsu yang tidak lain hanya mengajak kita menjadi ingkar dan memusuhi ALLAH... Ikutilah nilaian dan ukuran ALLAH... Kalau kita dapat menghadapi setiap takdir dengan banyak berserah, berharap hanya kepada ALLAH tentulah setiap takdir itu akan menguntungkan kita... Untungnya kerana ia boleh menghampirkan diri kita dengan ALLAH.

Semoga sahabat2 di luar sana cekalkan hati dan begantung hanya kepada taliNya dalam menghadapi setiap mehnah kehidupan..

Saturday, January 16, 2010

Berlakunya Gerhana Matahari 15 Januari 2010..

Alhamdulillah program Pencerapan Gerhana Matahari pada 29 Muharram 1431 bersamaan 15 Januaru 2010 yang bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 5.45 petang berjalan dengan lancar.. Program tersebut diadakan di perkarangan Menara Masjid UDM..

Selain pelajar UDM, program tersebut dihadiri oleh 4 buah sekolah dari sekitar Terengganu, Maktab Perguruan, orang awam serta tetamu kehormat, Timbalan Mufti Tereangganu.

Dalam kesempatan itu, diselitkan slot-slot menarik sepanjang program tersebut. Rujukan boleh dilihat pada entry yang penulis publish sebelum ini.. Turut serta, booth pameran oleh UDM, PSKT, JMNT dan JUPEM..

Sebagaimana yang kita tahu, kali terakhir fenomena gerhana matahari berlaku adalah pada 26 Januari 2009 dan disusuli gerhana bulan pada malam tahun baru lalu dan kali ini penduduk Malaysia menyaksikan pula bagaimana kekuasaan Allah SWT menerusi kejadian gerhana matahari separa yang berlaku pada 15 Januari... Ini membuktikan kekuasaan Allah dan kewujudan Allah..

Inilah yang dinamakan Tauhid Rububiyyah.. Keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah swt yang mentadbir alam ini yang Maha Berkuasa di atas sesuatu.. Banyak ayat Al-Qur'an yang menerangkan kewujudan dan kekuasaan Allah.. Antaranya adalah dalam surah al-Baqarah, ayat 164 yang bermaksud:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Fenomena gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang2 berlaku iaitu satu kali atau dua kali dalam setahun... Gerhana matahari terbahagi kepada 4 jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh+cincin) dan gerhana separa (sebahagian). Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin...

Matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40% di bahagian utara Semenanjung Malaysia pada waktu petang... Peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak... Gerhana matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru yang berlaku serentak dan selari dengan bulan melintasi laluannya di antara matahari dan bumi. Ini menyebabkan matahari tertutup sebahagian atau secara keseluruhannya...

Alhamdulillah bermula jam 3.01 minit petang, peserta yang berada di sana dapat melihat fenomena gerhana tersebut apabila dimaklumkan oleh Dr. Baharudin Zainal (pensyarah penulis sendiri) bahawa gerhana telah berlaku.. SUBHANALLAH.. Namun, kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan 'sentuhan pertama' gerhana pada masa ini disebabkan cahaya matahari yang terlalu terang.. Ruang cerapan ditinggalkan sebentar bagi menunaikan solat gerhana atau solat sunat kusuf..

Pada masa itu juga pelajar2 dan urusetia berusaha menegakkan telur.. Termasuk juga penulis yang tidak melepaskan peluang ini.. Sanggup berjemur di tengah panas.. Menahan bahang kepanasan.. Xpela, bila lagi kan nak dapat pengalaman macam ni.. Cuba dan terus mencuba.. Yes! Akhirnya penulis berjaya juga mendirikan telur tersebut..

Program tersebut mendapat liputan dari media RTM dan wartawan dari Sinar Harian.. Para pengunjung yang hadir dibekalkan kemudahan bagi melihat matahari dengfan cara yang selamat.. Antara cara selamat untuk melihat matahari adalah:

1. Menggunakan penebat (penapis) alpha-hydrogen...

2. Menggunakan penebat aluminium mylar...

3. Menggunakan filem hitam putih (monokrom) yang telah didedahkan kepada cahaya dan telah diproses. Filem yang telah terdedah dan diproses akan menghasilkan lapisan perak yang melindungi mata daripada bahaya cahaya matahari...

4. Menggunakan kaca penebat (glass-filter) yang khusus untuk matahari..

5. Menggunakan kaedah projection seperti lakaran di bawah. Teleskop atau binokular dengan tripod lebih sesuai digunakan...

6. Menggunakan kamera lubang jarum..

7. Paling tidak pun, anda boleh memerhatikan bayang matahari pada tanah yang melalui celah celah dahan pokok... Mungkin dapat menyaksikan suatu yang cukup menarik... Boleh juga memerhatikan cahaya matahari yang melalui lubang kecil pada atap rumah yang menyinari lantai/dinding rumah... Perhatikan cahaya pada lantai/dinding tersebut. Anda mungkin temui sesuatu yang menarik...

Alhamdulillah.. Dari riak wajah pengunjung yang hadir, semua berpuas hati dapat menyaksikan fenomena yang jarang berlaku ini.. Kepada semua urusetia yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini, terutama kepada exco2 KASTRO, penulis ucapkan jutaan terima kasih atas bantuan tenaga anda semua.. Walaupun letih, namun hasil yang memuaskan dan yang penting pengalaman yang anda dapat.. Pengalaman yang berharga tidak dapat dinilai dengan wang ringgit...

Di sini, penulis attach beberapa gambar yang ada.. Gambar yang lain penulis akan susuli kemudian (dalam entry akan datang InsyaAllah) sebab penulis tidak berkesempatan untuk dapat dari cameraman lagi..

**Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari, satu lagi fenomena gerhana akan datang ialah Gerhana Bulan Penuh di Sabah dan Sarawak pada 21 Disember 2010...**



Di Hari Lahirmu Sayang..

Maafkan akak.. Di hari lahirmu sayang..

Ya Allah.. Macam manela diriku alpa dan terlupa hari ini adalah hari lahir adikku tercinta.. Dek didesak kesibukan yang melanda diri.. Dari pagi sampai ke petang sibuk dengan agenda dan program.. Sehingga tiada masa untuk diri.. Sehingga terlupa segalanya.. Terlupa hari ini hari lahirnya..

Setelah siap kendiri dan penulis baru nak berehat untuk 10 minit je.. Sebab balik dari program, siap2 dan terus ade meeting malam.. Penulis dapat panggilan dari my mum.. Ingat my mum yang call.. Tp, penulis dengar di corong handphone satu suara kecil..

Wafi: "akak.. hari ni hari jadi Wafi.. Akak lupe ke..

Hampir menangis penulis dibuatnye mase tu.. Sungguh syahdu.. Dari pagi sampai ke malam adik penulis tertunggu-tunggu panggilan dari penulis untuk ucapakan selamat hari lahir.. Tapi sebaliknya yang berlaku.. Sehinggalah di jam yang terakhir.. Akhirnya dia sendiri yang call ingatkan penulis.. Sanggup engkau biarkan dirinya menunggu, terus berharap dan berharap sehinggakan harapan itu terus hancur menghiris hatinya wahai Suhaila..? Sungguh kejam dirimu wahai Suhaila.

Penulis: "Ya Allah wafii.. Sorry dear, akak terlupa sangat-sangat.. Selamat hari lahir sayang.. Dah besar dah adik akak nii.."

Wafi: "Wafi tunggu akak tau.. Wafi nak makan kek coklat yang akak buat.. Tapi bila akak nak balik? Wafi lapar nii.."

Penulis: "Syiannye adik akak ni.. Alahai sayang.. Akak kat Terengganu, camane akak nak buat kek untuk wafi.. Balik bulan 2 nanti akak buatkan ye.. Nanti akak belikan hadiah skali.."

Sungguh menggamit perasaan penulis.. Rase macam nak terbang balik time tu jugak.. Biasa di hari lahir adik, penulis sendiri yang akan buat kek untuk adik.. Tapi penulis xdapat tunaikan hasrat tu pada hari ini..

Rase serba salah sungguh menebal dalam hati ini..

Friday, January 15, 2010

Program Cerapan GERHANA MATAHARI..




p/s: sila click pada gambar untuk melihat tentatif dengan jelas..

Semua dijemput hadir

..Mengenal Ilahi melalui Astronomi..

Wednesday, January 13, 2010

Gerhana Matahari Separa Jumaat ini..


KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku Jumaat ini, bermula 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku pada 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum jam 4.26 petang.

Sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai dengan khutbah khas gerhana, menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, hari ini. Jakim juga melalui Cawangan Falak akan mengadakan solat sunat kusuf di masjid utama negara iaitu Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya pada jam 3.45 petang.

Selain itu, katanya aktiviti cerapan juga akan diadakan di keempat-empat masjid dengan kerjasama seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Selangor dan Institut Latihan Islam Malaysia (IIim), Bangi, Selangor. Jakim menjadikan Masjid Putra, Putrajaya sebagai lokasi utama bagi menunaikan solat sunat kusuf, aktiviti cerapan dan pameran.

Selain itu, katanya orang ramai juga dijemput mendengar ceramah berhubung fenomena itu yang akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya bermula jam 2.45 petang iaitu sebelum solat sunat kusuf disempurnakan.

Ceramah yang akan mengupas tajuk Fenomena Gerhana Matahari itu akan disampaikan oleh Dr Azhari Mohamed dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Jakim juga menyeru semua masjid dan surau di negara ini agar dapat mengambil kesempatan ini untuk mengadakan solat sunat kusuf.

.:info:.

Friday, January 8, 2010

Mahar Hantaran ADAT vs Mahar Hantaran IBADAT..


“Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah banglo, ada kerja tinggi, dan ada kereta besar. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

“Hantaran kena sebelas dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10” Ayat-ayat yang biasa didengar.

Tergaman dibuatnya.

Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.

Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa. Hikmahnya ditinggalkan. Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling. Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.

JANGAN ADATKAN IBADAT.. Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui” an-Nur (24:32)


Bagi wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat. Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama. Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama. Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri. Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani.

Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu mahal, asalkan ikhlas dan berterusan. Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya. Mahar bukan harga jualan. Jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan.

Jangan terkejut jika ada ternampak warga ‘terlajak’ umur antara lingkungan 40-45 tahun yang menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.

TERBITNYA MASALAH LAIN... Sebenarnya masalah couple atau maksiat hati, mata dan sebagainya bukanlah masalah pokok, masalah ini terbit dari masalah yang lain. Apabila budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid, dengan hantaran dan mas kawin yang mahal-mahal, sehinggakan dengan belanja kahwin seseorang itu mampu memiliki sebuat rumah maka tidak hairanlah ramai yang berbondong memilih untuk bercouple dahulu.

Berjuang untuk memudahkan urusan perkahwinan juga merupakan suatu ibadah, secara tidak langsung menutup satu alasan kenapa perlu bercouple. Umumnya di barat pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia. Malah, sesuatu yang janggal sekiranya seseorang itu masih dara setelah berusia tujuh belas tahun. Mereka lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka berkahwin nanti.

Jangan kita lupa, masyarakat di negara kita pun sekarang tidak jauh bezanya. Menghalakan pergaulan bebas, berpelesaran lelaki dan perempuan. Tidak mustahil gejala seks bebas tidak pernah berlaku. Tugas berat ini terletak di bahu kita sekarang sebagai ad-Da’ie. Mulakan di kampus pengajian kita, tempat kerja untuk mengubah suasan tidak sihat ini.

Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin yang mendamba sakinah, mawaddah dan rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar dan hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di atas.

Moralnya, jangan adatkan sesuatu ibadah.

Tuesday, January 5, 2010

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK..


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sunday, January 3, 2010

Bantah guna KALIMAH ALLAH...


Sekumpulan ahli daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan hari ini bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Mereka berkumpul selepas solat Jumaat dengan membawa sepanduk yang menentang keputusan berkenaan.

Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Perlis, Selangor dan Perak, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Alumni UMNO Luar Negara.

Yang Dipertua Perkasa Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, sebagai orang Melayu beragama Islam yang sekian lama menggunakan kalimah Allah, mereka berasa tercabar dengan keputusan itu.

.:info:.

JPM akan kemuka rayuan berhubung kalimah Allah...

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan perkataan "Allah" di Mahkamah Rayuan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam di Malaysia terpelihara. Justeru itu, Menteri di JPM, Datuk Jamil Khir Baharom meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negara ini supaya bertenang dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara itu diselesaikan melalui proses perundangan. "Dalam hal ini, saya akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya, " katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan "Allah". Pada 16 Febuari tahun lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Jamil Khir juga berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 mencapai keputusan bersetuju bahawa lafaz "Allah" adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam.

Kandungan itu berbunyi: "Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. "Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

.:info:.


..Umat Islam menjaga dan menghormati perasaan kaum lain, siapa pula yang nak menjaga dan menghormati perasaan umat Islam...

~sungguh tercabar dengan insiden yang berlaku~

Wahai saudara seIslamku.. ALLAH itu SATU... Tiada yang dua.. Tidak ada yang boleh menyamainya.. Kalimah Allah itu suci dan AGUNG..

Ya Allah.. Bantulah kami dalam menegakkan kebenaran dan kalimahMu.. Engkau Maha Mengetahui segala yang baik dan buruk.. Sesungguhnya hanya pada Engkau sebaik-baik tempat pergantungan dan pengharapan kami.. Amin Ya Rabb..

Related Posts with Thumbnails