.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Monday, September 28, 2009

Tersedut Udara UDM dah + Citarasa Kopitiam..

Alhamdulillah dah baru sampai UDM. DAri Kuala Lumpur naik flight kul 8 dan sampai sini kul 9 malam.. Be4 sampai airport, terase agak kelam kabut jugakla.. Meletihkan diri kalau buat keje dalam keadaan kelam kabut ni kan..

Tengah hari tu penulis pegi beraya.. Tujuan utama tu nak pegi buat sesi temu ramah seorang pengusaha kopitiam.. Ini bagi menyempurnakan assignment usahawan.. Kene buat projek pulak.. Tapi dalam mase yang same kami pegi beraye.. Sebab usahawan kopitiam tu merupakan kawan parent. Anak2 die belajar sekali ngan adik penulis kat Indonesia nun.. Alkisahnye target nak pegi dalam sejam je.. Tapi berlarutan sampai 3 jam pulak.. Mane taknye, family die da sediakan something yang special untuk kitorang.. Dah masak special, pastu ade hi-tea plak.. Then dok rancak berborak lagi pasal bisnes.. Plan utama untuk sesi temu ramah jadi laaasst skali.. Tebalik pulak jadinye..

Time nak balik tu, penulis dan sekeluarga singgah ke kopitiam die jap.. Nak jumpe manager kat sane dan ambik cop skali sebagai proof.. Haa.. Nak tau, banyak makanan yang menarik kat kopitiam ni. Nila satu2nya kopitiam yang ade menyediakan makanan Singapore yang rasenye memang asli dan best sangat2.. Suasana kat dalam tu pun agak santai, tenang dengan bunyi deruan air terjun, hiasan dan sentuhan klasik.. Sampai penah masuk media la kopitiam beliau..

Antara makanan yang dimakan dan sedap rasenye..

Pakej Extravaganza.. Dalam tu ade menu:

~ Geylang beef chop platter +
Mix fruit 'Surprise' +
Double ice choc +
shake

Minuman yang best plak..
Penulis suke
~Californian Orange Shake..

Tp bile rase minuman family punye best jugak.. Hehe..

~ Katira float
~ Jasmine Green Frisky n
~ Hazelnut white coffee ice blnded
(Tu memang slurrp)
Pendek kate sume best la.. Tu yang tercetus ilham nak buat paper work bout kopitiam tu.. Tp ilham yang tercetus ni lain sikitla.. Papepun, masih secreto.. Hehe..

Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri..

Walaupun macam dah terlewat tp rasenye belum lagi kot, nak wujudkan jugak entry Salam Aidilfitri ni.. Sebab sebelum ni lame dah xupdate blog atas faktor mase xmencukupi dan segala kesulitan yang tidak dapat dielakkan..

Ok, sempena Aidilfitri yang Mulia ini, penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini. Ampun dan maaf dipinta andai ada kekhilafan, terbuat salah, tersinggung, terasa, termakan hati dan segala jenis ‘ter’ yang sama waktu dengannya.. Maaf Zahir dan Batin..

p/s: Yang peminat setia main mercun tu, tahun ni sudah2 la ye.. Takut nanti beraye xsempurna pulak.. Kan dah xmeriah.. =)

KEMAAFAN DIDAHULUKAN,

DUIT RAYA DIUTAMAKAN.. Hehe..

Wednesday, September 16, 2009

Alkisahnye.. Kite Hepy nak Raye.. Tp camane ngan yang Susah??

Alkisahnye nak diceritakan satu pengalaman di sini.. Bukan penulis yang lalui.. Tp pengalaman ni orang lain yang lalui dan penulis seolah2 merasai kesengseraan yang dihadapinya..

Ok, macam ni ceritanya.. Minggu lepas, my parent upah orang untuk mengecat rumah.. Orang kate nak tukar mood raya la katakan.. So, kebetulan jiran sebelah rumah recommend sorang hamba Allah ni yang memang arif mengecat.. Nak dikatakan pulak, tukang cat tu orang Aceh (agak fasih berbahasa Melayu).. Hari pertama datang mengecat rumah, my parent berpuas hati dengan hasil kerjanya, kekemasannya, kecekapannya dalam menjalankan tugas yang diamanahkan..

Bermula ceritanya yang tau die ni orang Aceh, time die nak balik lepas habis mengecat, tibe2 terkeluar dari mulutnya sesuatu yang tidak disangka2 dan menyentuh hati mak penulis..
“Ibu, sy nak minta sedikit air buk.. Saya kehausan..” (Time tu die xpuase sebab melakukan kerja berat di pagi hari)


My Mum terkesima sebentar sebab die panggil ibu dan my mum pun pegila ambikkan air untuk die.. Kesian tengok die dalam keadaan macam tu.. Tibe2 terkeluar soalan yang xdisangke dari mulut die..

“ Ibu, saya saya mau carik ibu saya.. Saya perlukan wang dan saya perlu bekerja lebih..”

“Kenapa dengan ibu adik?” Tanye my mum..


“Begini ibu.. Sebenarnya saya mangsa Tsunami.. Keluarga saya semuanya terkorban.. Ibu saya, bapak saya, abang saya dan adik saya.. Semuanya berlaku sekelip mata.. Dalam masa 5 saat nyawa keluarga saya diragut dan hilang dari pandangan saya.. Yang selamat hanya adik saya yang bongsu buk.. Tapi saya takkan putus asa.. Saya masih berharap dan sentiasa berharap yang ibu saya masih hidup buk.. Hati saya kuat mengatakan yang ibu saya masih ada di atas dunia.. Jadi, saya mau terus mencari ibu saya.. Sebelum saya ke sini, saya bekerja untuk menyekolahkan dan menyara adik saya.. Dialah satu-satunya keluarga yang saya ada..”

Emm.. Begitulah ceritanya serba sedikit.. Dan die ade tanye mak penulis ade x pihak yang boleh mambantu mencari ibunya.. Tp my mum nasihatkan die supaya redha dengan ape yang berlaku.. Redha dengan pemergian ibunya.. Die tak boleh menerima hakikat yang ibunya sudah pergi.. Bayangan ibunya masih di bayangan matanya.. Mak penulis hampir menitiskan air mata dengan kisahnye.. Agak menyayat hati.. Walaupun dah bertahun berlalu, tp die masih berharap. Kejadian yang berlaku masih segar di ingatannya.

Bayangkan bagaimana perasaan orang yang kehilangan insan yang paling disayangi.. Susah untuk menerima.. Tambah2 perginya dalam keadaan yang menyayat hati.. Kalau kalian nak tau, umur die baru 19 tahun.. Tpi dah pandai menyara diri dan adik2.. Dah pandai bawa diri.. Awal die diuji dengan ujian getir..

Bagaimana die melalui setipa perayaan tanpa kehadiran insan yang disayanginya, insan yang dikasihinya.. Sudah tentu setiap kali Aidilfitri menjelang, pasti dia akan teringatkan kisah silam.. Begitu pahit untuk ditelan.. Namun digagahkan jua..

Kite camane?? Ya.. Kite senang dan hanya pandang sebelah mata kisah macam ni.. Mungkin sebab kite xmerasai dan tidak berada di tempat mereka.. Tapi, yang menghapinya?? Ya Allah.. Begitu perit..

~Carilah satu masa, luangkanlah walau 1 saat untuk merasai bagaimana keperitan orang lain.. Kalau kite rase kite susah, ade lagi orang yg susah dari kite.. Kalau kite rase perit melalui hidup, ade lagi orang yang lebih perit dari kite..~

..:Bertemu lagi di entry akan datang:..

Saturday, September 12, 2009

Panggilan yang mengubah perasaan..

Ermmm.. Hmmm.. Semalam time su tenga shopping2 ngan kawan2, tenga best2 la mase tu.. Tibe2 sedang su berjalan sambil bawak barang, telefon berdering dalam handbag.. Ingat my mum yang call untuk pesan sumthing.. Rupenye tersalah tafsiran, yang call tu AJK Kelab Remaja su.. Tertera nama Muiz tp yang bercakap tu Tengku..

Beginilah bunyinya..

Tengku: Assalamualaikum kak su..
Su: Wkumsalam w.b.t.. Ade ape Muiz?
Tengku: Ni bukan Muiz.. Sy Tengku kak su..
Su: Oh, Tengku.. Sorry Tengku.. Ade ape hal ye? Ade masalah ngan Kelab kat sane ke?
Tengku: Erm.. X kak su.. Bukan pasal tu.. Kak su busy x skang ni?
Su: Kak su x busy sangat pun. Cume tenga beli barang2 je sikit..
Tengku: Sy nak gtau sumthing ni.. Harap kak su banyak bersabarla..
Su: Err.. Knape tengku? Jangan buat kak su takut..
Tengku: Sorang AJK kite meninggal dunia..
Su: ..................................... (kaku terdiam)..... ~Langkah terhenti~...
Su: Innalillah.. Betul ke ape yang kak su dengar ni?? Knape?
Tengku: Betul kak su.. Baru je tadi lepas dua hari die koma.. Sebab eksiden ngan bas
Su: ~Membungkam seribu bahasa~......Ermmm.. Ok, time kasih Tengku.. Sampaikan salam takziah kak su pada keluarganya..

Ya Allah.. Mase terime berite tu, terkejut sangat.. Terus berubah perasaan.. Mood shopping pun dah hilang.. Mane taknye.. Seorang yang aktif tibe2 pergi.. Perginye dalam keadaan yang menyayat hati.. Beruntunglah die kembali ke Rahmatullah dalam bulan puasa.. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..

Then Su terus contact Kak Ros selaku setiausaha kelab untuk gtau hal ni.. Dan su contact Tengku semula untuk segera melancarkan tabung kutipan derma bagi mambantu keluarganya.. InsyaAllah hari Raya nanti pihak Kelab akan menziarahi keluarga Fazli..

Al-Fatihah..

~Setiap yang hidup pasti akan mati~

Sunday, September 6, 2009

Nuzul al-Qur'an Dan Lailatul Qadar...

Nuzul Al-Quran..




Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran..


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.


Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Sumber yang menulis...

Oleh Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Thursday, September 3, 2009

Cerita di sebalik nama-nama Bulan Islam..

1. Muharam ertinya yang diharamkan. Di dalam bulan ini diharamkan berperang atau bermusuhan.

2. Safar ertinya kosong. Di dalam bulan ini, orang-orang Arab di zaman Jahiliah biasanya meninggalkan kampung halaman masing-masing kerana berperang.

3. Rabiulawal ertinya musim bunga yang pertama. Pada bulan ini pokok-pokok mula berbunga.

4. Rabiulakhir ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi pokok-pokok berbunga.

5. Jamadilawal ertinya permulaan musim sejuk.

6. Jamaldilakhir ertinya musim sejuk yang akhir, salji-salji masih lagi turun di sana sini.

7. Rejab ertinya kebesaran. Bulan yang dimuliakan oleh masyarakat Jahiliah.

8. Sya'aban ertinya bercerai. Pada bulan ini biasanya orang-orang Arab Jahiliah meninggalkan kampung masing-masing pergi mencari sara hidup sama ada bertani atau pun berdagang keluar negeri.

9. Ramadhan ertinya bulan panas terik.

10. Syawal ertinya mencawat ekor. Biasanya unta betina mencari pasangan.

11. Zulkaedah ertinya tempat duduk. Pada bulan ini semua orang duduk beristirehat di rumah masing-masing.

12. Zulhijjah ertinya bulan haji. Pada bulan ini penduduk-penduduk di Semenanjung Arab berkunjung ke Kaabah di Mekah untuk mengerjakan ibadat haji mengikut kepercayaan masing-masing.
Related Posts with Thumbnails