.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, June 30, 2009

AKU, KAU BERBEZA..... AKU, KAU ADA ISTIMEWA...

LELAKI


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi bagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuanlah ye. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin daripada suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya, tapi berpada2lah.. Wujudkan kesefahaman masing2... Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1.sembahyang 5 waktu,

2.puasa di bulan Ramadhan,

3.taat suaminya dan

4.menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpan perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki..Kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin... Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.

(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Thursday, June 25, 2009

Malam Dinner yang Indah dan Ceria..

Alhamdulilah rezeki mai lagi.. Semoga Allah memberkati semua.. Su baru je habis dinner dengan AJK2 dan urusetia program.. Pengarah dah murah hati nak blanje.. Ape lagiii budak2 nie.. Bab makanan je pantang didengar.. Cepat je datang.. Ish.. Kalo mesyuarat tu, liat sikit.. Nak kene brain wash lagi ni..

Dinner malam tu ditempah tempat kat Bai World.. Restoran tu bersebelahan tempat kolam memancing ikan.. Di mana kolam memancing ikan tu, YB pun turun join jugak memancing dan pernah masuk paper untuk pertandingan memancing.. Juara bawak pulang RM10,000 tuu.. E'eh, macam buat promotion plak.. Hihi..

Btw, malam tu dihadiri oleh 25 orang kakitangan.. termasuk pengarah sekali.. Alhamdulillah segala perancangan yang su uruskan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.. Bab makanan xhabis memang xkan wujud sebab dah ade MPS.. Hehe.. Ramai yang tukang menghabiskan makanan.. Tu yang su xrisau time buat penempahan makanan tempoh hari.. Sebab da tau akan habis gak.. Dan malam tu jugak pengumuman perlantikan AJK baru.. Kepada yang dah kak su lantik tu, jalankan amanah anda ye..

Trime kasih diucapkan kepada smua yang bekerjasama.. Ha.. Blanje pun dah, kenyang pun dah.. Lepas ni jalankan tanggungjawab masing.. Tugas dah diberi.. Program pun dah tunggu berderet tuu.. Silakan yee..

Dialah Kekasihku...

Di saat aku susah, Dia membantuku..
Di saat aku senang, Dia mengujiku..
Di saat aku kecewa, Dia ada bersamaku..
Di saat aku sedih, Dia meggembirakanku..
Di saat aku tenang, Dia tersenyum padaku..
Di saat aku gelisah, Dia melapangkan dadaku..
Di saat aku menangis, Dialah tempat aku mengungkap sedu-sedan..
Di saat aku ada masalah, Dialah tempat aku meluahkan segalanya..
Di saat aku gagal, Dialah tempat aku bergantung..
Di saat aku rindu padanya, Dialah yang akanku temui..
Di saat aku memerlukannya, Dia ada untukku..
Di saat aku mengajaknya menemaniku, Dia sudi menemaniku..
Di saat aku berjalan ke arahnya, Dia berlari ke arahku..
Di saat aku terjatuh, Dialah yang memimpin tanganku..
Di saat aku berjaya, Dia membuatku bersyukur padanya..
Di saat aku alpa, Dialah yang menyedarkanku..
Di saat aku ungkapkan cintaku padanya, Dia menerima cintaku..

Aku amat menyintaiNya..
Aku amat menyayangiNya..
Aku amat mengasihiNya..
Aku amat merinduiNya..

Walau apapun keadaanku.. Dia tetap bersamaku.. Dia tetap ada untukku..
Aku bersedia menerima lamaranNya..

DIALAH KEKASIHKU YANG SEJATI………

Wednesday, June 24, 2009

Family Day..

Alhamdulillah baru2 ni Hari Keluarga berjaya dilaksanakan.. Walaupun seawal jam 3 pagi dah kene keluar cari bahan2 masak.. Is3, time tu orang sekeliling sedap lena diulik mimpi tuu.. =) Awal pagi tu dah start masak. Banyak menu yang parent plan.. Agak penat jugak nak urus masakan2 tu. Mak su jenis xnak tempah, die lebih suke masak sendiri. Nikmat tu lebih terasa. Lgpun jiran2 smua keluar membantu san saudara2 mara datang awal. Berkawahla kat depan rumah tu.

Tengah hari tu acara makan2 bersama jiran2.. Ye la, jiran lebih penting sebab ape2 hal yang berlaku, jiran lebih dekat untuk membantu kite kan. Lgpun jiran2 kat sini dah jadi macam saudara mara dah. Smua rapat2..

Then gotong royong2 untuk sebelah petang dan malam pulak.. Petang tu penyediaan makanan untuk tahlil nenek dan BBQ. Hmm.. Rindu kat nenek.. Kalau x, time2 macam ni kitorang akan call nenek. Nenek akan tanye su dulu, dah balik U ke belum, sihat ke x.. Lembut je pertanyaan die. Xpernah su dengar die naikkan suare, marah2 dengan cucu die.. Tp, sekarang dah xboleh dengar tu sume.. Di dah pergi ke tempat asalnye.. Allah lebih menyayangi nenek.. Su rindu nak dengar suare nenek, nak gurau2 dengan die.. Semoga Allah tempatkan nenek dalam kalangan orang2 yang beriman.. Amin..

Okay, kembali ke posisi.. Hari tu su diberi tanggungjawab untuk menjalankan game hari keluarga. Sehari sebelum tu dah sibuk2 pegi cari hadiah, buat hamper.. Antara game yang su jalankan:

1. Pertandingan meneka berat buah mangga
2. Pertandingan meneka kacang dalam botol
3. Pertandingan mencari gula2 dalam tepung
4. Pertandingan 'Semakin Jauh Semakin Sayang'

Smua game tu dijalankan pada selepas tahlil dan jamuan BBQ. Haa.. game meneka berat buah mangga tu, sebenarnya buah tu hasil dari pokok yang ayah tanam depan rumah. Hari2 buah tu dibelai. Sape yang tengok pasti nak.. Besar buah tu. Bayangkan sebiji buah tu boleh dimakan semua tetamu yang hadir hari tu.. Isy3.. Puas dapat hasil macam tu.. Agak riuh jugakla malam tu.. Nasib baik jiran2 smua dah biase sebab dah selalu buat jamuan BBQ dengan jiran2. Kadang2 rancang on da spot.. Haih, tu la jiran2 su.. Smua sporting2 belaka..

Tiba masanyaaaa... Taraaaa.. Hehe.. Ni plan su ngan adik su yang baru balik dari Indonesia tu.. Kami buat surprise untuk parent malam tu.. Nak tau ape?? Haa.. Kami plan sambut Hari Ibu dan Hari Bapa serentak.. Di tengah keriuhan tu, su bawak keluar kek.. Sambil cium mak ayah.. Best dapat duk dalam dakapan mak ayah malam tuu.. Dalam mase yang same adik bawak kluar hadiah.. Indah rase dapat tatap wajah gembira mak ayah.. Hmm.. Jasa mak ayah xmampu dibalas walau dengan segunung wang.. Kami sayang sangaaaatttt mak ayah.. Terima Kasih untuk segalanya.. =) Selepas tu, disusuli dengan permainan 'Semakin Jauh Semakin Sayang'.. Di mana mak ngan ayah wajib sertai acara ni.. Hehe..

Alhamdulillah smua berjalan lancar.. Stiap saudara-mara yang datang smua diberikan cenderamata 'Famili Day' sebagai kenangan.. Majlis malam tu berakhir pukul 1 pagi.. Terima kasih kepada ahli2 kelab su yang membantu mengemas ye.. Lain kali boleh datang lagi.. Hihi..

Sunday, June 14, 2009

Hah?? ERRA??........


Kenape dengan Erra ye?? Erra ok je.. Xde pape.. Anak die pun sihat walafiat.. =) Semalam Su ikut rombongan pengantin kat Sungai Choh.. Orang kate 'belarak'.. Betul x? Betulla kot... Hehe.. Pengantin tu merupakan sepupu kepada Erra Fazira.. Yang su tertariknye, majlis tu dibuat dalam suasana kampung.. Acara makan pengantin buat bawah pokok manggis yang rendang, sejuuukk.. Best sangat.. Jarang dapat peluang macam tu kat tengah2 bandar ni.. Suasana pun, suasana kampung.. Sekeliling kampung tu sume saudara-mara.. Best kan hidup macam tu.. Dekat ngan sedara2.. Lepas ni, bolehla selau ke sane.. Hihi.. Nenek Erra jemput ke rumah die, tapiiii.... Maafla nek, mase tidak mengizinkan...

Padatnye Jadual sepanjang 2, 3 minggu nie..

10hb - Ke Pahang dan balik dari Pahang buat Mesyuarat dan persediaan Program Qiamullail
11-12hb - Program Qimullail bermula
12hb - Gotong Royong surau
13hb - Awal2 Subuh ke KLIA then terus ke KKB rombongan pengantin
14hb - Hantar adik balik asrama di Cheras
15-17hb - Memerapkan diri menyiapkan skrip buku
18hb - Ke KLIA, ambil adik pulang dari Indonesia
2ohb - Family Day kat rumah..
21hb - 'Open Day' Kelab Remaja..
26hb
- Then terus ke Johor...
27hb - Bergerak ke Melaka dulu.. Akhirnya, Family Day di Genting Highland

Aduhh.. Penatnye tengok jadual nie dalam diari.. Tp yg last2 tu satu kepuasan.. =)

Wednesday, June 10, 2009

Penat sangat!!.... Tapi kenangan manis..



Laporan Kem Remaja di Kem Rimba Tamu



Kelab Remaja..


Suasana tapak kem


Seramai 27 orang peserta telah mengikuti kem Remaja termasuk 2 orang guru pengiring dan seorang pembantu guru. Guru pengiring tersebut adalah Su sendiri (Suhaila) dan Puan Rozana, turut dibantu oleh Mohd Imran. Tp kami jugakla yang jadi Fasilitator pd peserta2. Peserta tersebut adalah dari kalangan ahli kelab Remaja Rawang, Selangor dan bergabung dengan Rakan Muda. Setelah berhempas pulas menganjurkan satu kem untuk remaja2, akhirnya kem ini berjaya dijalankan.


Peserta baru tiba di tapak kem..

Berikut adalah rentetan sepanjang kem dijalankan:

Jumaat (29 Mei 2009)

4.30pm : Berkumpul di Pusat Kelab Remaja beroperasi
5.30pm: Bertolak ke tapak kem
6.30pm: Sampai di tapak kem/ taklimat
7.30pm: Solat Maghrib/ khidmat diri/ makan malam
9.00pm: Asas Bantuan Kecemasan (Bantu Mula)
10.30pm: Minum malam
11.00pm: Mafia game
12.00am: Night walk

Pada hari Jumaat, peserta bertolak ke tapak kem dengan menaiki trak askar. Sebanyak 2 buah trak askar yang digunakan sebagai pengangkutan ke sana. Ini adalah cabaran pertama untuk peserta supaya lebih lasak. Tapi, semua peserta gembira dengan pengalaman pertama ni. Almaklumla, kali pertama naik trak askar. Agak teruja! Masing2 bersorak riang. Naik kecoh jugak trak tu. Satu Bandar Tasik Puteri kecoh dek budak2 ni. Dah sampai ke tapak kem, kami disambut oleh pengurus kem. Di situlah bermulanya cabaran. Malam tu, aktiviti yang dinantikan adalah night walk. Macam2 reaksi dapat lihat. Ade yang syok, besorak. Ade yang muke pucat macam mayat. Terjerit2 masuk hutan. Mane taknye, dilepaskan dalam hutan, then kene balik ke tapak khemah sorang2. Itu untuk menguji keberanian seseorang.

Sabtu (30 Mei 2009)

5.30am: Persiapan diri/ solat dan kuliah Subuh
6.50am: Senaman pagi (Aerobic)
8.00am: Sarapan pagi
9.00am: Jungle tracking dan merentas halangan
12.30pm: Makan tengah hari/ solat Zohor
2.00pm: Game 5 section (Penyelesaian masalah)
4.30pm: Minum petang/ solat Asar
5.00pm: River crossing dan water confident
7.00pm: Makan/ solat maghrib dan Isyak/ kuliah
9.00pm: Perbincangan kumpulan
10.30pm: Minum malam
11.00pm: Terapi dalam kolam air panas

Haa.. Tibe mase untuk meredah hutan.. Jungle tracking! Aktiviti lasak dan mencabar ni.. Masuk hutan dari pukul 9 pagi, pukul 2 petang baru keluar. 4 jam dalam hutan tu.. Dah masuk hutan, smua diredah.. Bukit, gaung, curam Ade yang dah jadi tarzan pun ade. Perjalanan ke dalam hutan tu melalui perkampngan orang asli. Orang asli pun maju tau. Siap ade TV 29 inci lg tu. Ade yang pengsan sebab terjatuh dari pergantungan tali semasa nak turun dari bukit curam. Memang satu cabaran! Tp, ape yang membuatkan peserta2 ni seronok adalah bile tibenye time meredah sungai.. Haa.. Yang tu smua senyum sampai ke telinga. Pantang nampak air je, terus serbu macam semut serbu gula.. Arus sungai tu boleh tahanla jugak derasnye. Then, peserta2 ni kene merentas halangan pulak.. Yang paling menarik time peserta2 kene merangkak macam askar. Siap kene cium selut lagitu. Agak kelakarla. Malam tu pulak, agenda terakhir adalah berendam dalam kolam air panas. Lucu lihat gelagat budak2 ni. Sampaikan dalam kolam air panas tu pun boleh tidur. Penah sangat tuu. Hilangkan stress kononnye.. Hihi.. Kesian pulak su tengok..

Ahad (31 Mei 2009)

5.30am: Persiapan diri/ solat Subuh
6.50am: Senaman pagi (Aerobic)
8.00am: Sarapan pagi
9.00am: Trangtula dan flying fox
1.30pm: Makan tengah hari/ solat Zohor
2.00pm: Masakan dalam buluh
4.00pm : Majlis penutup
6.00pm: Sayonara

Hari Ahad adalah hari terakhir, Senaman pagi ni biasenye membosankan, tapi disebabkan dek telatah Tengku, jd happening plak.. Mcm2 gelagat ade.. Pagi tu, aktiviti yang ditunggu2 adalah Flying Fox. Slot ni yang budak2 suke. Xkurang jugak ade yang ketar lutut.. Nak xnak, kene naik jugak. Su pun nak cube jugak.. Hehe.. Tp, bile tibe time su je. Macam2 kene sakat. =( Budak2 ni nakal betul. Kalau ye pun nak bagi semangat, sebutla hal lain. Ni x, lain yang disebut. Too much! Kem akan datang kak su nak sakat korang plak. Pasni kak su nak jd guru pengiring dan fasi yang tegas pulak. No lembut2 lagi. Awas ye! Okay, lepas flying fox budak2 ni dibawak ke dalam hutan yang berhampiran dengan sungai. Haa.. Kat sini peserta2 kene masak dalam buluh. Stiap kumpulan diberikan beras, ubi kentang, telur, dan sardin. Mereka perlu masak kesemua makanan ni dalam buluh. Xmasak, xmakanla budak2 ni.. Time ni la nak lihat kepakaran memasak. Adakah nasi jadi bubur atau masak tapi mentah? Adakah telur masak jadi 5 suku? Adakan sardin tu dapat dimasak atau ikan sardin tu yang gelakkan korang? Haa.. Macam2 jenis ade. Hihi..

Lastly, majlis penutup. Ini yang membuatkan hati peserta jadi sedih nak tinggalkan kem. Tp, ade yang pandai menghidupkan suasana. Riuh pulak jadinya. Kak su respect ngan adik2 bimbingan kak su dan umie. Tak lupe jugak guru pengiring yang sentiasa bersama ngan su (su panggil umi). Kami sebagai guru pengiring dan fasi anda semua amat berbangga dengan pencapaian yang amat memuasakan dan perlakuan yang baik. Tahniah kak su ucapkan! Lepas ni kak su akan recommend satu lagi kem yang agak menarik. 4hari 2 malam. Kite akan buat di pulau. Kak Su sedang usahakan. Sabar ye adik2 KELAB REMAJA. =) Ape yang penting sekarang, focus pd program Qiamullail yang kak su dan umi akan buat xlame lagi dan program KARNIVAL KELAB REMAJA 2 minggu lagi. Get ready! Kak Su nak sume berjalan lancar tau. Jalankan tugas masing2 yang kak su dah aturkan tu. Kak su akan cube dapatkan walkie talkie untuk xplorace.

OK.. Setakat tu saje serba sedikit coretan dan pengalaman. Harap pd smua AHLI2 KELAB REMAJA dapat menyumbagkan idea yang lebih bernas untuk membentuk jiwa remaja dan memenuhi mase remaja dengan perkara yang berfaedah.. Salam perjuangan.. =)


Antara ahli2 Kelab Remaja yang join kem.

.
Sesi mencipta logo kumpulan


Cabaran dalam slot Jungle Tracking.. Meredah sungai!!


Penat dik?? Haa.. Ni la cabaran bile dah masuk hutan tuu..


Ni la namenye budak2.. Dah jumpe air, xingat dunie dah..
Bile diberi peluang 10minit tu, mainla air puas2..


Saat kemuncak..

Thursday, June 4, 2009

DI MANA TEMPAT WANITA??


Salam kepada sahabat2 sekalian.. Terutama kepada wanita2 yang dikasihi.. Entry kali ni kite gune bahase skema pulak ye.. Tp xdela straight sangat.. Perubahan angin dan cuaca.. =)

"Wanita dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan ”.

Dia adalah Hawa. Dia dicipta sebagai wanita. Pelengkap lelaki yang mempunyai keistimewaan yang tuntas dan termahal di dalam menjana peribadi unggul dan berprestij. Dia adalah aspirasi setiap generasi. Bertepatan dengan fitrahnya yang lembut, berhikmah, halus dan tersendiri, ia mempunyai sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat.Agung dan uniknya wanita kerana menjadi tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal mewarnai dunia dengan agenda perjuangan. Peranannya di dalam memanusiakan manusia tidak pernah dinafikan oleh kebenaran sejarah.

Dilahirkan sebagai wanita, insan yang dianggap lemah ini tidak pernah teragak-agak untuk bergandingan dengan rijal sebagai serikandi yang mekar dan terus mewangi di taman dakwah dan jihad. Senyumnya adalah rahsia yang tersingkap, tangisannya adalah rasa hati dan kemarahannya adalah pemberontakan kasih sayang. Amat malang, kewujudan makhluk ciptaan Tuhan yang merupakan sebahagian daripada juzu’ alam ini disalahertikan oleh golongan jahiliah suatu ketika dahulu. Bagi mereka, wanita adalah lambang kehinaan, punca kepapaan, satu kaum yang tidak bernilai dan boleh ditanam hidup-hidup. Memanjangkan hayat wanita bermakna membenarkan kehinaan bertapak di dalam keluarga. Wanita adalah golongan terpinggir yang tidak pernah diiktiraf haknya di dalam meneruskan kehidupan mereka.Kebencian mereka terhadap wanita didedahkan oleh Allah di dalam Al-Qur’an ketika kalam kepastiannya dituturkan.

Kedatangan Islam meninggikan martabat wanita untuk bergerak seiring dengan kaum lelaki sebagai sayap kiri perjuangan. FirmanNya yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Kelahiran Saidatina Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma’, Rabiah Al-Adawiah dan srikandi-srikandi pejuang didikan madrasah Rasulullah menyerlahkan imej wanita sebagai ratu manusia dan ibu yang telah berjaya membentuk generasi rabbani. Saidatina Khadijah adalah lambang keunggulan wanita muslimah. Sebaris nama itu sering menjadi sebutan dibibir Rasulullah biarpun pada hari-hari selepas kematiannya. Dia adalah wanita pertama yang menjadi penyeri dunia Rasulullah. Fatimah yang solehah punya peribadi anggun yang menjadi nadi kepada kelangsungan hayat Saidina Ali. Asma’ telah berjaya melahirkan Abdullah Az Zubir, panglima yang gagah berani melalui kemantapan tarbiyyahnya. Rabiah Al-Adawiah merupakan sumber inspirasi cinta yang sentiasa merindui Tuhannya. Dia tenggelam di dalam keasyikan cinta Pencipta yang sering melafazkan alunan resah pada setiap penjuru dosa.

Era pasca modenisme menyaksikan wanita-wanita yang seumpama itu kian lumpuh dan tandus. Wanita biasanya dikaitkan dengan kelemahan yang sering menuntut kebebasan. Mereka lebih mementingkan kecantikan zahir untuk dipertontonkan tanpa menekankan kecantikan diri (batin) yang lebih universal dan abadi. Wanita dieksploitasi oleh setiap golongan yang tidak memahami fungsi kewujudannya. Wanita bukan lagi pakar yang mempunyai penawar ampuh yang dapat merawat penyakit ummah yang semakin kronik dan bervariasi. Kebanyakan mereka adalah wanita adunan barat yang sering mengaplikasikan imej Diana, Madonna, Elizabeth Taylor, atau Whitney Houtsan sebagai budaya. Mereka adalah puteri, ratu dan Cinderella abad ke 21 yang menjadi igauan dan impian wanita-wanita yang berpenyakit hati.

Pastinya setiap wanita muslimah merasa terpanggil untuk merubah situasi ini. Emosi dan psikologi muslimah akan tertampar pedih melihat kemelut yang tercetus di abad ini. Ke mana hilangnya Khadijah, Aisyah, Fatimah, Rabiah dan Isabella di dalam diri wanita hari ini ? Apakah kehilangan mereka merupakan penamat kepada perjuangan muslimah atau pencetus kelahiran baru yang lebih gemilang? Biarlah ilmu dan kesedaran yang menentukan keinginan kita untuk bertindak. Marilah kita sama-sama mengutip sejarah keagungan wanita solehah terdahulu untuk kita warnakan kehidupan serikandi alaf baru. Kita adalah penerus kesinambungan semangat waja muslimah solehah yang bakal melahirkan seribu Asma’, Khadijah, Fatimah, Rabiah dan seumpamanya.

“ DUNIA ADALAH PERHIASAN. SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA ADALAH WANITA YANG SOLEHAH”.



Monday, June 1, 2009

Syabab..


Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Tidak inginku mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tapi diriku anginkan hati-hati yang ikhlas untuk mambantuku dan bersama membina kembali bangunan yang usang itu menjadi sebuah bangunan yang INDAH..
Related Posts with Thumbnails